Anda di halaman 1dari 7

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN KEPUJIAN

(BECHE)
SEPTEMBER / 2020

HBEC3603

SASTERA KANAK-KANAK 2 : CERITA RAKYAT MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 960118016410001


NO. KAD PENGNEALAN : 960118-01-6410
PROGRAM : BECHE
NO. TELEFON : 012-7718596
E-MEL : NADYRAZME@OUM.EDU.MY
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PONTIAN
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 : RANCANGAN PEMBELAJARAN.......................................................................3


BAHAGIAN 2 : VIDEO PEMBELAJARAN....................................................................................6
RUJUKAN...........................................................................................................................................7
BAHAGIAN 1 : RANCANGAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PEMBELAJARAN
Kelas : K1 Hamtaro
Tarikh/masa : 13 November 2020
9.30 pagi – 10.00 pagi
Kumpulan usia kanak-kanak : 5 Tahun
Fokus/domain : Cerita Rakyat
Hasil pembelajaran : Dapat menggalakkan kanak-kanak membina nilai moral
dan
kemahiran sosial mereka.
Bahan pembelajaran : 1. Buku Besar Cerita Rakyat
2. Kotak Rahsia
3. Kertas
4. Kad-kad gambar

Pelaksanaan

1. Set induksi :
Kotak Rahsia : Dalam satu kotak yang diberi nama kotak rahsia, terdapat sehelai
kertas
yang di tulis satu tajuk cerita rakyat. Selepas itu, guru akan pilih
seorang
murid untuk baca kan tajuk yang tertulis di kertas tersebut.

2. Pengenalan :
Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam
sesuatu masyarakat, yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan
daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan. Kanak-kanak juga dapat
menggunakan sebutan, intonasi dan gaya bercerita dengan betul.

Cerita rakyat adalah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang
dalam masyarakat pada masa lampau yang menjadi ciri khas setiap bangsa yang
memiliki kebudayaan yang berlainan dan merangkumi kekayaan budaya dan sejarah
yang dimiliki masing-masing bangsa. Pada umumnya, cerita rakyat mengisahkan
tentang suatu kejadian di suatu tempat atau asal muasal suatu tempat. Tokoh-tokoh
yang dimunculkan dalam cerita rakyat umumnya diwujudkan dalam bentuk binatang,
manusia mahupun dewa.
Dalam cerita rakyat, kebaikan selalu dihargai. Pahlawan hidup bahagia
selamanya sementara penjahat dihukum dengan ganjaran yang sesuai. Sepanjang
generasi, cerita rakyat ini biasa berubah-ubah, tetapi isinya tetap sama. Cerita rakyat
biasanya tidak memiliki penulis ataupun pengarangnya, tetapi dapat mencerminkan
nilai-nilai dan budaya masyarakat dari mana mereka berasal.
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular dalam kalangan
rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan dengan daerah
tersebut. Dalam masyarakat, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti cerita
binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita rakyat juga
sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa perantaraan yang berkaitan
dengan pelbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, hukum, kegiatan
ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.
Cerita-cerita rakyat adalah yang bersumber hikayat-hikayat warisan bangsa,
yang diungkapkan dari satu generasi ke generasi tanpa disandarkan kepada
pendiriannya. Misalnya watak haiwan dalam cerita-cerita rakyat bertujuan untuk
menghibur anak-anak namun bukanlah fokus utama kerana tumpuannya adalah lebih
terarah ke jalan cerita tersebut. Daya imaginasi anak juga diasah menerusi cerita
rakyat. Misalnya pembacaan mereka tentang cerita itik yang berwajah hodoh namun
memiliki hati yang baik dan pekerti yang baik pula. Contoh cerita rakyat lain iaitu
beruk tunggal yang menceritakan seorang beruk mengahwinkan seorang puteri
bongsu dan tidak disetujui oleh raja. Cerita rakyat ini mengandungi pelajaran iaitu
jangan memandang hina kepada orang miskin.
3. Aktiviti pembelajaran / main peranan :
i. Guru perlu membacakan buku besar cerita rakyat yang telah dituliskan di
dalam kertas tersebut.
ii. Kanak-kanak perlu mendengar dan melihat dengan teliti buku besar tersebut.
iii. Kanak-kanak perlu berbincang mengenai jalan cerita bersama guru.
iv. Guru akan bahagikan kepada tiga kumpulan, satu kumpulan lima pelajar.
v. Setiap kumpulan akan mempunyai 5 kad yang bergambar.
vi. Setiap kumpulan perlu bekerjasama dalam menyusun gambar tersebut untuk
dijadikan jalan cerita.
vii. Murid akan menceritakan balik cerita tersebut.

4. Pengukuhan dan kesimpulan.


Murid-murid dapat bercerita dengan gaya penyampaian yang betul. Mereka
juga dapat mempelajari nila-nilai murni dan dapat memupuk semangat bekerjasama
dalam satu kumpulan. Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran sosial mereka. Cerita
rakyat dapat memberikan impak yang baik terhadap keperibadian kanak-kanak
tersebut. Memupuk semangat cerita rakyat di kalangan kanak-kanak amatlah
digalakkan di seluruh tadika agar dapat menerapkan lagi minat mereka untuk
membaca buku.
Cerita rakyat merupakan salah satu budaya yang sangat perlu ditekankan,
kerana cerita rakyat banyak dengan nilai-nilai moral dan kearifan lokal yang boleh
menjadi salah satu sarana pembelajaran karakter anak dan mengajarkan nilai-nilai
tentang kehidupan. Namun pesatnya perkembangan zaman kini dengan kesibukan
yang dialami oleh para ibu bapa sehingga anak menjadikan cerita rakyat semakin
lama semakin tidak ternilai lagi. Kebanyakan mereka tidak mengetahui cerita rakyat
yang ada di Malaysia. Pengetahuan anak-anak tentang cerita rakyat ini menjadi salah
satu faktor Malaysia mengalami kekurangan budaya. Sehingga kalangan anak muda
atau generasi muda khususnya anak-anak semakin kehilangan karakternya dan
menjadi tidak ada moral dalam kehidupan.
BAHAGIAN 2 : VIDEO PEMBELAJARAN

https://youtu.be/GYvAwbuPScw
RUJUKAN

1. http://teachersyafa.blogspot.com/2012/04/cerita-asal-usul-cerita-kanak-kanak.html
2. https://www.scribd.com/doc/248591580/Pengenalan-Cerita-Rakyat
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Cerita_rakyat
4. https://www.thepatriots.asia/cerita-cerita-rakyat-yang-terkenal-dalam-kalangan-orang-
melayu/

Anda mungkin juga menyukai