Anda di halaman 1dari 10

NAMA: FAYAD NAUFAL BIN JOLDAH

UMUR: 19 TAHUN

TEMPAT TINGGAL: LIKAS COURT

EMAIL: FAYGRAPHY@GMAIL.COM
Kandungan

Biodata…………………………………………………………………………………………………1

Penghargaan …………………………………………………………………………...………….…2

1.0 Komunikasi yang berkesan ………………………………….………………………….……...3

2.0 Ucapan motivasi………………………………………………...………………………………..5

Rujukan………………………………………………………………………………………………..6
Penghargaan
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan
penulisan akademik bagi tugasan kursus Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103) ini
dengan penuh jaya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Tuan Simon Gihol
selaku pensyarah kami yang telah memberikan begitu banyak tunjuk ajar dan mengiringi
kami sepanjang tugasan kursus ini dijalankan. Beliau juga telah membantu kami dalam
menerangkan semua informasi mengenai kerja kursus ini dengan penuh teliti dan mudah
untuk difahami. Berkat tunjuk ajar beliau, saya mampu menghasilkan penulisan akademik
yang sangat berkualiti.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah membantu saya
dari segi sokongan moral dan kewangan. Mereka telah memberi dorongan kepada saya
untuk meneruskan semangat saya dalam melakukan kerja kursus ini sehingga saya dapat
menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang tidak putus-putus memberikan galakan dan tunjuk ajar ketika saya
mempunyai masalah dalam proses menyelesaikan tugasan kursus ini.
Akhir kata, saya berharap agar dengan sempurnanya tugasan kursus yang saya telah
siapkan ini, saya mampu mengambil iktibar dari apa yang telah saya buat sendiri sekaligus
memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang ini. Harapan saya agar diri saya
dapat berubah kearah yang lebih positif iaitu lebih bersopan santun dalam segala perlakuan
yang akan saya lakukan pada masa hadapan. Sebagai bakal guru pendidik, sudah pasti
anak-anak didik saya yang akan saya beri tunjuk ajar kelak dapat mencontohi segala
kelakuan baik sekiranya saya mampu mempraktikkan kebaikan tersebut di dalam bilik
darjah.
Sekian, terima kasih.
1)

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, komunikasi bermaksud perhubungan secara


langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, atau mengadakan perhubungan seperti
berbual dan bercerita. Komunikasi terbahagi kepada dua jenis bentuk iaitu, komunikasi lisan
dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan ialah sejenis komunikasi yang terjadi secara
langsung dan tidak dibatasi oleh jarak, bermaksud komunikasi ini dilakukan antara kedua-
dua belah pihak secara bertatapan muka. Manakala komunikasi bukan lisan ialah
komunikasi yang tidak langsung dan juga terbatas oleh jarak. Antara contoh komunikasi
bukan lisan ialah tulisan, mesej ringkas, dan juga media sosial. Manusia menggunakan
komunikasi yang berkesan daam kehidupan seharian mereka untuk mencapai
persefahaman antara semua pihak. Tanpa komunikasi yang berkesan, pelbagai perkara
tidak dapat dijalankan seperti contoh menjual-beli, dan sistem pembelajaran dan
pengajaran.

Komunikasi lisan yang efektif adalah apabila komunikasi tersebut dilakukan melalui
percakapan dan perbualan ataupun perkara yang melibatkan pengeluaran suara.
Komunikasi lisan terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan tidak langsung dan
komunikasi lisan langsung. Komunikasi lisan langsung adalah sejenis komunikasi yang
dilakukan secara langsung iaitu dari penghantar kepada penerima tanpa adanya orang
ketiga. Komunikasi lisan tidak langsung pula adalah bersifat antonim dengan komunikasi
lisan langsung iaitu komunikasi lisan tidak langsung terdapat perantara. Antara contoh
komunikasi bukan lisan adalah seperti radio, televisyen, dan juga media sosial. Komunikasi
lisan langsung dan tidak langsung mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyampaikan
sesuatu maklumat atau mesej. komunikasi lisan merupakan perlakuan harian yang mana
semua orang dari pelbagai jenis latar belakang, status ekonomi, dan umur melakukan untuk
menyampaikan maklumat ataupun mesej.
Komunikasi bukan lisan yang efektif pula adalah komunikasi yang tidak menggukana
tutur kata atau percakapan. Komunikasi bukan lisan ini selalunya digunakan dengan simbol-
simbol ataupun pergerakan tangan untuk menggantikan suara yang digunakan di
komunikasi lisan. Antara contoh komunikasi bukan lisan adalah bahasa isyarat dan juga
non-verbal iaitu bahasa badan seperti riak muka, pergerakan dan posisi badan. Komunikasi
bukan lisan merupakan medium yang agak sukar untuk menyampaikan maklumat dan
mesej kerana seringkali disalah tafsir oleh penerima. Perkara tersebut dapat menimbulkan
konflik, pergaduhan dan pelbagai masalah. Untuk mencapai komunikasi bukan lisan yang
efektif dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah, kita haruslah sentiasa menjaga non-
verbal kita dan sekiranya perlu, kita haruslah pelajari bahasa isyarat dengan betul daripada
pakar agar dapat menyampaikan informasi dengan betul dan berkesan.
Sebagai kesimpulan, sudah terang lagi bersuluh bahawa komunikasi merupakan
perbuatan yang vital dalam hidup manusia kerana perkara tersebut sering kali digunakan
dalam kehidapan seharian. Melalui komunikasi, kita dapat mengekspresi diri kita kepada
masyarakat dan juga menyampaikan maklumat ataupun mesej yang penting kepada
masyarakat sekeliling mahupun negara. Oleh hal yang demikian, eloklah jika kita
memperbaiki dan memantapkan kemahiran berkomunikasi kita agar dapat menjayakan
masyarakat kita dan dapat hindari daripada pergaduhan dan pelbagai jenis konflik. Perkara
ini juga dapat membuka lebih banyak peluang kepada kita, seperti contoh, peluang
pekerjaan, dan peluang menyambung pelajaran. Komunikasi adalah asas kepada segala
jenis pembelajaran dan pengajaran. Komunikasi yang efektif dan baik adalah amat
diperlukan oleh seorang guru dan juga murid, oleh itu kedua-dua belah pihak haruslah
memainkan peranan dalam menjayakan komunikasi harian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga dewan pada pagi
yang penuh kemuliaan dan berkat ini. Saya merupakan bekas pelajar yang cemerlang yang
bersekolah sini beberapa tahun lepas, dan saya kembali untuk memberikan anda semua
sebuah ceramah. Kita semua pasti inginkan kejayaan dalam kehidupan, dapat
membanggakan ibu bapa dan juga membalas jasa mereka, tetapi berapa ramaikah yang
mampu berusaha untuk berjaya dan merealisasikan impian mereka? Berdirinya saya di
hadapan kamu semua adalah untuk memberikan semua warga dewan ini motivasi untuk
mendorong diri ke hadapan.

Saya akan mulakan dengan menceritakan kisah kejayaan saya. Semuanya bermula
di sekolah ini, masa saya masih lagi murid di sekolah ini. Saya merupakan murid yang
malas, dan selalu membuat kes-kes disiplin, saya tidaklah sehebat mana berbanding
dengan diri saya sekarang. Saya merupakan murid yang bermasalah sehinggalah saya
berada di tingkatan 5. Semasa saya berada di tingkatan 5, saya dipanggil oleh seorang
cikgu, dia menasihati saya dengan cara yang sopan dan lemah-lembut, tetapi nasihat
tersebut adalah amat berkesan dan membuatkan saya terfikir tentang masa depan sendiri.
Dengan jujur saya berkata bahawa nasihat itu tidaklah begitu kompleks ataupun panjang,
tetapi nasihat tersebut hanya berbunyi sedemikian, “nak balas jasa ibu bapa semula?”. Dan
selepas daripada hari itu, saya menjadi murid yang rajin.

Saya mula mengulang-kaji setiap hari, menjaga solat dan adab ketika bersama guru
ataupun ibu bapa. Saya sentiasa bangun awal pagi untuk melakukan solat sunnat lalu
mengulang kaji untuk hari itu. Bekalan doa saya tidak terputus dan juga proses
pembelajaran saya berkekalan sehinggalah hari ini. Alhamdulillah, syukur saya ucapkan
apabila tiba hari menjawab peperiksaan SPM, saya dapat menjawab semua kertas dengan
mudah tanpa menyesali sebarang jawapan saya. Itu merupakan saat terindah dalam hidup
saya kerana saya merasakan saya telah berusaha sedaya upaya dan akhirnya dapat
melihat hasilnya dan bangga saya mengatakan bahwa saya dapat menggembirakan ibu
bapa saya dengan keputusan peperiksaan SPM yang boleh dikatakan cemerlang. Ingin
saya tekankan di sini bahawa, janganlah kita tunggu hingga ke saat-saat akhir untuk
mengulang-kaji pelajaran, memperkukuh ibadah kita dalam agama, dan beradab dalam
segala aspek, seoatutnya perkara-perkara tersebut dilakukan sejak kita dapat berfikir secara
waras, ataupun akil baligh.

Sebagai kesimpulannya, walaupun ceramah saya tidak begitu panjang dan juga tidak
begitu bermakna, tetapi lebih eloklah jika saya menceritakan pengalaman sendiri berbanding
jika saya menceritakan kisah kejayaan orang lain yang anda semua tidak kenal. Walaupun
kita semua tidak akan terhindar daripada kesilapan, tetapi lebih baik jika kita semua dapat
mengurangkan segala kesilapan yang kita lakukan agar dapat menjayakan diri kita sendiri.
Lebih elok jika kita semua bermula dari hari ini, mengambil langkah demi langkah untuk
memperbaiki diri, kerana pepatah melayu berkata bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit, dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain juga. Janganlah kita melupakan
ibu-bapa kita sekiranya kita telah berjaya, hal ini demikian kerana mereka telah menjaga
kebajikan dan proses pembesaran kita sejak dari kecil lagi dan tidak juga dilupakan jasa
guru-guru kita yang ibarat lilin, membakar diri mereka untuk cahaya org lain. Saya meminta
maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ataupun tersindir mana-mana pihak. Segala yang baik
datangnya daripada Allah dan segala kesilapan datang daripada kesilapan diri saya sendiri,
teima kasih.
Rujukan

Brophy, J. E. (2013). Motivating students to learn. Routledge.

Brophy, J. (1987). Synthesis of research on strategies for motivating students to


learn. Educational leadership, 45(2), 40-48.

Hermoyo, P. (2015). Membentuk komunikasi yang efektif pada masa perkembangan


anak usia dini. Pedagogi: Jurnal Anak Usia Dini dan Pendidikan Anak Usia Dini, 1(1).

Lestari, E. (2003). Komunikasi Yang Efektif: Bahan Ajar Diklat Prajabatan Golongan
III (Edisi Revisi I).

Nurrohim, H., & Anatan, L. (2009). Efektivitas komunikasi dalam organisasi. Jurnal
Manajemen Maranatha, 8(2), 11-20.

Nasir, Z. M., & Hamzah, Z. A. Z. (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 408-415.

Ruslan, R. (2008). Manajemen Public Relations & Media Komunikasi: Konsepsi dan
Aplikasi.
Bibliografi

Chrismawati, F. (2008). Motivasi untuk Sembuh Pada Remaja Penyalahguna


Narkoba Ditinjau Dari Dukungan Sosial (Doctoral dissertation, Prodi Psikologi Unika
Soegijapranata).

Miller, W. R., & Moyers, T. B. (2006). Eight stages in learning motivational


interviewing. Journal of Teaching in the Addictions, 5(1), 3-17.

Motivation, F. (2018, January 30). I"m Not Saying It Will Be Easy, But I Am Saying It
Will Be Worth It - Motivational Speech. Retrieved March 6, 2020, from
https://www.fearlessmotivation.com/2018/01/22/its-not-easy-but-its-worth-it-motivational-
speech/

Anda mungkin juga menyukai