Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU TAHUN SATU

Kemahiran Menulis

Tema Keluarga
Standard 3.4 Menulis imlak dengan tepat
Kandungan
(SK)
Standard 3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata
Pembelajaran terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat
(SP)
Penerangan Imlak
- Perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain atau
sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain.
Suku kata
- Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata.
- Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu
konsonan.
- Suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Suku kata terbuka


- Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal.
- Suku kata terbuka biasanya dalam jumlah abjad yang genap.
- DIA, KERUSI, MEMPERDAYA, UNIVERSITI.

Suku kata tertutup


- Suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan.
- Dalam Bahasa melayu, terdapat 7 jenis suku kata tertutup.

Pola Suku Kata Suku Kata


Vk Ma-in
Kvk Be-lum
Kkvk E-lek-trik
Vkk Na-ung
Kvkk Pa-yung
Kkvkk Kom-pleks
Kkkvk Skrip

Perancangan Induksi :
Aktiviti - Murid-murid ditayangkan paparan video pengajaran suku kata terbuka dan
tertutup.
“Belajar Cepat Pintar Membaca Suku Kata Untuk Anak TK, Balita, SD, PAUD.mp4”

Tugasan :
- Murid dibahagikan kepada pasangan.
- Murid dikehendaki memilih watak ‘runner’ dan ‘writer’.
- Guru memaparkan cerita ringkas di dalam komputer.
- ‘Runner’ perlu pergi kepada teks dan menghafal baris pertama kemudian
kembali kepada pasangan atau pun ‘writer’.
- ‘Runner’ pergi kepada teks dan berpatah balik kepada pasangan
sehinggalah semua teks telah diimlak.
- Peranan ‘runner’ dan ‘writer’ boleh ditukar apabila separuh teks telah
diimlak.
- Secara berpasangan, murid diminta untuk mengasingkan suku kata terbuka
dan suku kata tertutup berdasarkan teks yang telah diimlak.

FRASA
SUKU KATA TERBUKA SUKU KATA TERTUTUP
ruang tamu rumah Farah
cuci longkang bilik tidur
sapu sampah pokok bunga
bawa penyakit Farah kemas rumah itu
Abang susun majalah

- Cerita yang telah selesai diimlak diminta untuk membentangkan hasil


tersebut di hadapan kelas.
- Aktiviti ini sebaiknya menggunakan teks pendek sahaja.
- Kaedah ini juga boleh digunakan kepada murid pemulihan menggunakan
teks yang lebih ringkas.
Penilaian - Frasa terbuka dan tertutup diimlak dengan ejaan yang betul.
- Frasa terbuka dan tertutup diimlak berdasarkan kedudukan dan turutan
dengan tepat.
- Pengasingan frasa terbuka dan tertutup dilakukan dengan betul dan
sempurna.
- Teks yang diimlak tulis dengan kemas dan tersusun.