Anda di halaman 1dari 22

1

KAJIAN TINDAKAN

PENGURUSAN DISIPLIN
PELAJAR-PELAJAR
SK. BUKIT SAWA, MARANG, TERENGGANU.

Oleh :

MAT AZAN BIN YATIM


SK. BUKIT SAWA,
MARANG, TERENGGANU
2

1.0 PENGENALAN

Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat
meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama,
sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah
sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat
penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang
pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem
persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam
menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara
menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu,
aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga
mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,
1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di
luar sekolah”. KPM 1981

Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada
diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada
bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari
jenis yang ringan sehinggalah kesalahan – kesalahan yang berat, seperti
penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah
(vandalism), mengancam guru – guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi.
Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri ianya akan menjejaskan
minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara
3

tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam


membangunkan generasi yang terbilang.

Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan
perbuatan-perbuatan tersebut dan factor-faktor ini boleh dikategorikan kepada faktor
sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan
sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat
kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian,
kajian ini akan berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh
dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh
kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah.

Kajian ini telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca
mengikut pandangan murid dan cadangan cara-cara mengatasi masalah disiplin
khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid
khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius.
Oleh yang demikian usaha pihak sekolah telah cuba menangani permasalahan
disiplin di sekolah ini sebagai satu langkah kearah pengukuhan disiplin sekolah.
Semoga usaha ini menjurus kearah perubahan sikap dan perlakuan murid kepada
yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam usaha membendung masalah tersebut
ke suatu tahap yang paling minimum.

2.0 SOALAN – SOALAN KAJIAN

1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah ini ?


2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah ini mengikut
pandangan pelajar ?
3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan / mengatasi masalah disiplin
murid ?
4

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kebanyakan pelajar yang


terlibat dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku
yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku.
Jenis-jenis tingkah laku ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan
mereka seperti suka mengejek rakan, menyorok barang, mengugut pelajar, berkuku
panjang dan sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara
biasa dalam perhubungan sesama rakan – rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap
kali dilakukan tanpa batasan, ianya boleh mengundang pelbagai masalah.
Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku
dikalangan murid - murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi
dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang
utama kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid – murid
itu sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan
ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan
perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata – mata tanpa memikirkan
keburukannya.
Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak
sedar kesan-kesan buruk akibat salahlaku tersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku
yang kecil maka ianya mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang
besar keatas pelajar yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya
melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka
sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri
yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun masyarakat. Apabila
ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut,
dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri.
Masalah salahlaku dikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan
berkesan dikuatiri akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga
institusi sekolah. Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang salahlaku
pelajar di sekolah oleh guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat
perlu dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ini.
5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :


i) Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di sekolah ini
ii) Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut
pandangan murid.
iii) Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan
atau mengatasi masalah disiplin murid.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan salahlaku
pelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan
lagi tentang salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa,
Marang seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut,
membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program pencegahan
yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah
Kebangsaan Bukit Sawa, Marang. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan
membolehkan pelajar yang terlibat salahlaku tersebut terus mendapatkan perhatian
daripada pihak sekolah seperti guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan
konflik dalaman dan luaran yang dialami mereka.

Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas
kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah salahlakudi sekolah
seperti polisi “sifar salahlaku”. Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat
membantu guru untuk mengatasi dan mencegah masalah salahlaku pelajar yang
berlaku di kelas atau di sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat
berkenaan salahlaku pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani
masalah yang berlaku di kelas mereka.
6

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku sepanjan Januari
hingga Mei 2015 bagi pelajar – pelajar di sekolah ini. Dapatan dari kajian ini
merupakan sampel sebenar responden – responden yang terhad sahaja. Oleh itu,
ianya tidak sesuai untuk membuat generalisasi kepada sekolah lain. Namun, bentuk
dan kaedah penyelidikan ini boleh dijadikan rujukan / panduan bagi sekolah lain
yang bermasalah yang hampir sama bagi mencari jalan membendung masalah yang
dihadapi.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan


Bukit Sawa, Marang, Terengganu adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan
kaedah temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata
salahlaku yang ada di sekolah. Data yang diperolehi dianggap penting kerana
kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan ditafsirkan
secara kuantitatif.

7.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bukit
Sawa, Marang iaitu seramai 416 orang pada sesi 2015. Di mana 47 orang pelajar
telah terlibat dengan salahlaku di sekolah itu sepanjang Januari hingga Mei 2015.
Pelajar-pelajar yang menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian ini adalah
merupakan pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku. Kajian ini
dijalankan selama 2 minggu di bawah pengawasan guru bagi memastikan
perancangan, tindakan, pemerhatian, pengkajian dan refleksi dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
7

7.3 Instrumen Kajian

Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual
separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di
sekolah.

Temubual separa struktur dengan Guru Disiplin, dan guru – guru penolong mengenai
masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan
cara – cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)

Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah
yang dikaji. (Lampiran 2)

Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM

 Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan


 Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan
 Jadual punca salahlaku
 Jadual jenis tindakan disiplin / hukuman

7.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin
disalah sebuah ini. Hampir 60% pelajarnya berasal dari penempatan perkampungan
di kawasan sekitar sekolah yang dimana pendapatan seisi keluarga kurang RM
2000.00 sebulan. Melalui kajian soal selidik dan penyelidikan didapati 40% pelajar
adalah bukan penduduk tempatan, iaitu mereka datang berhijrah dari negeri luar
Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dimana semua murid sekolah
ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari sekolah ini.
Sesi temubual separa struktur kepada guru-guru, guru disiplin dan guru kauseling
sekolah telah diadakan . Temubual juga telah diadakan kepada 30 dari 47 orang
murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah. Hasil temubual dianalisis
8

secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dan disokong dengan
rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis secara kualitatif juga.

7.5 Analisis Data

Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa
struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan
maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi
salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji.

Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin,
kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca
berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah
untuk menangani masalah ini.

7.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan
Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku

Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah
yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat
dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan
merangkumi kesalahan seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri,
membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain.

Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Januari hingga Mei 2015
Bil Jenis Salahlaku Kekerapan / Bilangan Jumlah Jumlah
murid yang terlibat murid kekerapan
Lelaki Perempuan yang berlaku
*B *K *B *K terlibat kes
salahlaku
1. Tingkah laku Jenayah
Mencuri 2 4 1 1 3 5
2. Mengancam/memukul/mencederakan
murid lain. 1 2 0 0 1 3
3. Kekemasan Diri
Berkuku panjang 12 12 10 10 22 22
9

4. Berambut Panjang 20 20 0 0 20 20
5. Ponteng
Ponteng Sekolah 1 2 2
6. Jumlah 36 40 11 11 27 34

Petunjuk ; *B – Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku


*K – Kekerapan berlaku kes salahlaku

Jadual 1 menunjukkan 36 orang murid lelaki telah terlibat dengan 40kes salahlaku
manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada
keseluruhannya, seramai 47 orang murid telah terlibat dengan 34 kes salahlaku di
sekolah yang dikaji sepanjang Januari hingga Mei tahun 2015.

7.5.2Punca Salahlaku Murid – Murid Tahap 2, Januari hingga Mei 2015

Jadual 2 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut


pandangan murid – murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan persekitaran
merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 24 kes telah
dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 8 kes dari faktor persekitaran, 13 kes
dari faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah.

Jadual 2: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Januari hingga Mei 2015

Bil Punca Salahlaku Bilangan Kes Salahlaku Jumlah


Lelaki Perempuan
1 Diri Pelajar 18 6 24
2 Keluarga 15 3 13
3 Persekitaran 6 2 8
4 Sekolah 2 0 2
Jumlah 36 11 47

Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling
kerap menjadi punca penyebab utama salahlaku di sekolah yang dikaji. Ini diikuti
dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.
7.5.3 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman Yang Telah Diambil
10

Jadual 3 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk
menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini
telah mengambil keputusan memberi nasihat / bimbingan kepada murid yang telah
melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat
kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep
“Sekolahku Syurgaku”, “Sekolah Penyayang” dan “Sekolah Selamat” menjadi
realiti.

Jadual 4 : Jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil, Tahun 2015

Bil Jenis Tindakan Disiplin Bilangan Kes Catatan


Lelaki Perempuan
1 Pembuangan
2 Penggantungan
3 Hukuman – Hukuman Biasa
3.1 Hukuman dera / rotan
3.2 Penahanan
3.3 Denda
3.4 Amaran 4 1 Amaran Pertama
3.5 Nasihat 32 10
Jumlah 36 11

Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK
Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji.
Kesemua 47 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi jenis
tindakan disiplin mengikut jenis kes salahlaku dari yang ringan kepada berat
mengikut keperluan sekolah. Seramai 32 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan
nasihat oleh kauseling sekolah, manakala 4 pelajar telah diberi Amaran Pertama

7.6 Analisis Kualitatif

Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh
menyokong maklumat/rekod/penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.
11

Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang
boleh diambil kira dalam analisis. Perkara- perkara ini diklasifikasikan seperti
berikut.

7.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid

Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti


berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan
kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.Bentuk / jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali
memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Ini ditunjukkan
dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh – contoh di bawah.

“Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri,
mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan kasar dengan murid, ponteng
sekolah dan berambut panjang bagi pelajar lelaki.” ( Guru A)

“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah hampir sama.Tetapi


pelajar perempuan tidak memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.” (Guru S )

“Salahlaku murid lelaki yang membuli dan ponteng sekolah lebih rumit dan kerap
kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan yang kesalahannya biasanya tidak
akan berulang.” (Guru R)

7.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku

Sepanjang Januari hingga Mei tahun 2015, hanya seramai 47 orang murid lelaki dan
perempuan telah dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti
12

yang dinyatakan oleh Guru R. Jumlah murid lelaki lebih ramai berbanding dengan
pelajar perempuan yang terlibat dalam salahlaku.

“Pada tahun 2014, 60 orang murid terlibat dengan 60 kes salahlaku di sekolah yang
ini. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah berlaku.”
(Guru C)

8.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang


dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

8.1 Punca Salahlaku

Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat
kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.

8.1.1 Faktor diri murid

24 daripada 47 orang murid, bersamaan 51% telah dikenalpasti melakukan salahlaku


kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid – murid yang ditemubual
telah terdorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah
kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip
temubual dengan Murid S, Murid T dan H

“Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada
duit yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).”
( Murid S)

“Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.”
(Murid U)
13

“Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah
yang akan diberi guru nanti.” (Murid H)

8.1.2 Faktor keluarga

13 daripada 47 orang murid, bersamaan 37% telah melakukan salahlaku kerana


faktor keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan
oleh Murid M.

“Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ayah dan emak
terpaksa pergi kerja.” (Murid M)

8.1.3 Faktor persekitaran

8 daripada 47 orang murid, bersamaan 17% telah melakukan salahlaku kerana faktor
persekitaran. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid F.

“Saya disuruh mengacau (rakan sebaya) oleh (rakan sebaya). Kalau saya tidak ikut,
saya akan dimarahi dan dipukul oleh (rakan sebaya).Saya takut.” (Murid F)

8.1.4 Faktor sekolah

2 daripada 47orang murid, bersamaan 4.2% telah melakukan salahlaku kerana faktor
sekolah. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid Z seperti berikut..

“Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru selalu memberi terlalu banyak kerja
rumah setiap hari.” (Murid Z)

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan
perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani
yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor
14

persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan
salahlaku pelajar – pelajar di sekolah ini.

9.0 INTERVENSI DAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN

beberapa langkah yang perlu telah diambil bagi mengatasi masalah salahlaku dalam
kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu agar tidak
berterusan. Antaranya ialah :

1. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa salahlaku masih berlaku di


Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu. Justeru itu, pentadbir
sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang ringan masalah salahlaku dalam
kalangan pelajar sekolah ini. Tindakan dan program yang berterusan mencegah
aktiviti salahlaku di sekolah iini telah, sedang dan akan dilipat gandakan serta dinilai
keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah perilaku
salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Antara pendekatan untuk menangani masalah
salahlaku individu iaitu;

i) Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar


mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.
Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku
akan dikenakan tindakan yang serius.
ii) Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau
undang - undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui
pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu
sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-undang
sekolah.
iii) Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu
pendekatan dimana pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu
dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk
mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor
menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah
tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan
15

kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah


dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu
dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang
menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai
– nilai islam khususnya bagi pelajar Islam.

2. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan salahlaku


pelajar berlaku dalam kalangan pelajar – pelajar khususnya pelajar Tahap 2.
Justeru itu, pihak sekolah, guru dan PIBG telah mengenal pasti punca-punca
salahlaku tersebut, kemudian rancangan pencegahan telah dibuat berdasarkan
kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat terutama pihak sekolah dan guru juga
telah mengadakan lebih banyak aktiviti yang berbentuk motivasi untuk
meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

3. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah


sedia ada memainkan peranan yang penting serta digerakan secara menyeluruh
dan bersepadu telah dijalankan . PRS merupakan salah satu unit sokongan kepada
pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Rakan Sebaya
pelajar telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan kepada
rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin dan sosial.
Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi lebih
cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah dan tidak terlibat dalam
aktiviti-aktiviti salahlaku seperti yang biasa berlaku.

4. Peranan PIBG bersama guru-guru sekolah bersama-sama menangani


masalah disiplin pelajar. Justeru itu, sebagai orang yang paling rapat dengan
pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap program pencegahan yang dijalankan
oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan. Disamping dapat memantau
perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan
kesedaran tentang masalah salahlaku ini. Perjumpaan ibubapa yang berterusan
dan acapkali bersama dengan pihak sekolah membolehkan pihak ibubapa
mengetahu situasi semasa anak-anak mereka .
16

5. Peranan Polis Perhubungan Sekolah telah dijadikan peranan utama


bagi mengatasi masalah ini. Memandangkan salahlaku khususnya kes berat
seperti bergaduh, ponteng sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku
di dalam kawasan sekolah sahaja, maka pihak sekolah dengan kerjasama pihak
luar seperti pihak Polis, pihak Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat
keseluruhannya telah memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika
mereka berada di luar kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam
kawasan sekolah semata-mata, tetapi remaja juga perlu dididik untuk mematuhi
peraturan dan undang-undang ketika berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan
semua pihak amat diperlukan demi membentuk peribadi remaja yang lebih
Gemilang dan Terbilang.

6. Peranan sarana ibubapa dalam menangani bersama masalah ini


adalah penting. Kerjasama semua ibubapa, masyarakat bersama dengan guru
bekerjasama bagi membendung dan mengatasi masalah ini bersama. Beberapa
sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan

Pihak sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru dan
juga ibubapa yang bertanggungjawab mengesan, menangani dan menyelesaikan
masalah/salahlaku murid. Semua staf telah bekerjasama dan konsisten dalam
tindakan – tindakan disiplin ke atasu murid, memberi peringatan dan khidmat
bimbingan.

“Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpal dengan jenis dan seriusnya
sesuatu salahlaku murid.” (Guru R)

“Kami mendapati pendekatan bimbingan dan kauseling atau nasihat adalah lebih
sesuai dan berkesan bagi murid – murid sekolah ini.” (Guru S)

“Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan
disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.” (Guru B)
Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru di sekolah ini telah menunjukkan disiplin
yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid – murid
17

dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan
bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.

Keberkesanan Tindakan

Setelah lebih kurang 5 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan, pendekatan


memberi nasihat atau bimbingan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kauseling
dengan Panitia Agama Islam melalui pelaksanaan “Program Santapan Rohani”
boleh dianggap lebih sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini
dapat dibuktikan dengan penurunan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Mei
2015 berbanding dengan tahun 2014. Ini juga boleh diterjemahkan dengan transkrip
hasil temuduga seperti berikut:

“Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan
bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.”
(Murid Z)

“Ayah saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh – sungguh. Dia tidak lagi
suruh saya menolongnya di warung waktu sekolah. Terima kasih, Cikgu.”
(Murid K)

“Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibu bapa saya, sudah tentu saya
tidak bersekolah lagi.”
(Murid Y)

“Maafkan saya Cikgu, saya akan tidak akan mengulangi kesalahan saya lagi dan
akan belajar bersungguh – sungguh.”
(Murid I)

10.0 KESIMPULAN
18

Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di Sekolah
Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu. Untuk mencapai objektif kajian, guru
– guru mahupun pihak pengurus sekolah telah mengenalpasti atau memilih jenis
masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya mengenalpasti
strategi atau tindakan yang sesuai untuk mengurangkan serta mengatasi masalah
tersebut.

Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 47 orang daripada
enrolmen 839 orang murid, bersamaan 5.60% pernah terlibat dengan kes salahlaku
sepanjang tahun 2015.

Melalui kajian ini, guru – guru di sekolah ini telah menjadi lebih arif dan prihatin
terhadap kebajikan dan disiplin murid – murid yang diajar. Ini dijangka akan
membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya
meningkatkan prestasi akademik murid. Guru lebih bersifat kreatif, inovatif dan bijak
membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan
masalah disipilin murid.

Oleh sedemikian itu, semua staf sekolah, ibubapa dan PIBG telah memberikan
bekerjasama sepenuhnya dan konsisten dalam tindakan – tindakan disiplin ke atas
murid agar hasrat “Sifar salahlaku” disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji
akan tercapai.

RUJUKAN
19

Connel, A., dan Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young


offenders: Developing an interview schedule and some preliminary results.
Journal of Adolescence, 19, 75-93.

Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:
PTS Publications dan Distibutors Sdn. Bhd, Bentong

Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Diffcult Children.
Channel Island: The Guernsey Press co. Ltd, Guemsey

Panduan Am Disiplin Sekolah – Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian
Pendidikan Malasia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988

Pekeliling – Pekeliling Ikhtisa Kementerian Pendidikan Malaysia 1968 – 2002


Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah

Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. (2000). Examining the social
context of Bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling
Development, 78, 326-333.

Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.


Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada analisis data
berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Mynard dan Joseph (2000). Development of the Multidimensional Peer-


Victimization Scale. Aggressive Behavior, 26, 169-178.
20

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and


effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., dan
Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression.
Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K., dan Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations questionaire. Underdale:
University of South Australia.

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan


10 Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.

Thompson, D., dan Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in
school. improving schools: Establishing and integrating whole school
behaviour policies. London: David Fulton.

Lampiran 1
21

A. Instrumen Temubual Dengan Guru Penolong


HEM/Guru Disiplin Sekolah

Bil Soalan Respon Catatan


1 Berapa lamakah Cikgu _____ sudah
bertugas di sekolah ini ?
2 Berapakah jumlah murid sekolah ini ?
4 Adakah murid sekolah ini pernah
melakukan kesalahan disiplin ?
5 Pelajar dalam darjah berapakah melakukan
kesalahan disiplin ?
6 Apakah masalah utama disiplin pelajar di
sekolah tuan ?
7 Berapakah kekerapan berlakunya masalah
disiplin murid ?
8 Adakah kekerapan salahlaku di antara
pelajar lelaki dan perempuan berbeza ?
9 Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar
lelaki dan perempuan berbeza ?
10 Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi
untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah
ini?
11 Apakah punca berlakunya masalah disiplin
murid ?
12 Bagaimanakah pihak guru menangani
masalah ini ?
13 Sejauh manakah keberkesanan langkah –
langkah yang diambil untuk menangani
masalah ini ?

14 Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang


masalah disiplin di sekolah tuan ?
15 Apakah tindakan susulan pihak atasan
untuk membantu pihak sekolah dalam
perkara ini ?

Lampiran 2

B. Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod


Masalah Disiplin
22

Bil Soalan Respon Catatan


A1 Adakah anda menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dalam kelas?
Mengapa?
2 Bagaimanakah keputusan ujian bulanan
anda bagi bulan lepas ?
3 Adakah anda yakin kepada diri sendiri ?
4 Siapakah yang mendorong anda melakukan
perbuatan salahlaku ?
B1 Adakah murid suka kepada ibu bapa ?
2 Adakah ibu bapa sayangkan murid ?
3 Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran
murid di skeolah ?
4 Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa
untuk menolong mereka berkerja ?
5 Adakah murid dipaksa bekerja pada cuti
sekolah ?
C1 Berapa jauhkan rumah anda dari sekolah
ini?
2 Adakah anda suka kepada rakan – rakan di
sekolah ?
3 Adakah anda mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya ?
4 Adakah anda mudah menyesuaikan diri
dengan rakan - rakan ?
D1 Adakah peraturan sekolah sesuai dan
praktikal ?

2 Adakah kerja- kerja rumah yang disuruh


oleh guru cukup dan mudah diselesaikan ?
3 Adakah guru mengambil berat terhadap
masalah pelajar ?
4 Apakah hukuman yang biasanya dikenakan
kepada pelajar yang melanggar peraturan
sekolah yang anda tahu ?

Anda mungkin juga menyukai