Anda di halaman 1dari 29

1

KAJIAN TINDAKAN

PENGURUSAN DISIPLIN
PELAJAR PELAJAR
SK. BUKIT SAWA, MARANG,
TERENGGANU.
2

1.0 PENGENALAN

Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat
meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama,
sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah
sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat
penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang
pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem
persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam
menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara
menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu,
aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga
mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,
1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di
luar sekolah”. KPM 1981

Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada
diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada
bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari
jenis yang ringan sehinggalah kesalahan – kesalahan yang berat, seperti
penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah
(vandalism), mengancam guru – guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi.
Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri ianya akan menjejaskan
minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara
3

tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam


membangunkan generasi yang terbilang.

Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan
perbuatan – perbuatan tersebut dan faktor – faktor ini boleh dikategorikan kepada
faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan
sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat
kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian,
kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh
dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh
kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988)
mengenai perkara ini.

“ Hari ini sekolah – sekolah menampung murid – murid yang lebih tidak seragam,
iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang – peluang bagi
mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu,
faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin
murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan
penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya
sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap tanggapan serta harapan para
Guru”. (KPM1988 pp25-26)

Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca


mengikut pandangan murid dan cadangan cara – cara mengatasi masalah disiplin
khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid
khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius.
Oleh yang demikian usaha pihak sekolah untuk menangani permasalahan disiplin di
sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah kearah pengukuhan
disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah perubahan sikap dan perlakuan
4

murid kepada yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam usaha membendung
masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.

2.0 SOALAN – SOALAN KAJIAN

1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah ?


2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
mengikut pandangan pelajar ?
3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan / mengatasi masalah disiplin
murid ?

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian yang akan dijalankan
lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi ibu
bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar dari segi disiplin, salahlaku berat dan
juga kesan yang mungkin berlaku. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut persepsi ibu
bapa terhadap hukuman merotan yang dijalankan oleh pihak sekolah ke atas pelajar-
pelajar yang melakukan kesalahan. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku
salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan
dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku
ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka
mengejek rakan, menyorok barang, mengugut pelajar, berkuku panjang dan
sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam
perhubungan sesama rakan – rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan
tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian
tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku
tersebut akan dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci.
Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku
dikalangan murid - murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi
5

dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang
utama kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid – murid
itu sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan
ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan
perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata – mata tanpa memikirkan
keburukannya.
Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak
sedar kesan-kesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku
yang kecil maka ianya mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang
besar keatas pelajar yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya
melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka
sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri
yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun masyarakat. Apabila
ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut,
dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri.
Masalah salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan
berkesan dikuatiri akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga
institusi sekolah. Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang salahlaku
pelajar di sekolah oleh guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat
perlu dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ini.
6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :


i) Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di sekolah rendah
ii) Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut
pandangan murid.
iii) Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan
atau mengatasi masalah disiplin murid.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan


salahlakupelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat
menjelaskan lagi tentang salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan
Bukit Sawa, Marang seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras
ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program pencegahan
yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah
Kebangsaan Bukit Sawa, Marang. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan
membolehkan pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya mendapatkan bantuan
daripada pihak yang berkenaan seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi
menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yang dialami mereka.

Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas
kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah salahlakudi sekolah
seperti polisi “sifar salahlaku”. Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat
membantu guru untuk mengatasi dan mencegah masalah salahlaku pelajar yang
berlaku di kelas atau di sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat
berkenaan salahlaku pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani
masalah yang berlaku di kelas mereka.
7

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2014
bagi pelajar – pelajar di sekolah ini. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel
sebenar responden – responden yang terhad sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk
membuat generalisasi kepada sekolah lain. Namun, bentuk dan kaedah penyelidikan
ini boleh dijadikan rujukan / panduan bagi sekolah lain yang bermasalah yang
hampir sama bagi mencari jalan membendung masalah yang dihadapi.

7.0 TINJAUAN LITERATUR

Sebagai manusia, sudah pastinya murid – murid tidak lari dari mempunyai masalah.
Masalah – masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah
disebabkan oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan –
harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti
yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al – Banna ( 2003) dan Train (1995)

“Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut tingkah laku antaranya adalah
dengan melaksanakan ibadah – ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu
dan ibadat – ibadat sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku
seseorang pelajar terhadap Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan
ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar
bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan dia
juga dapat membentuk tingkah laku seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh
menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: : Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.” Hasnan, 2008

“Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk
daripada latihan – latihan melalui ibadat. Dimana antara cara yang terbaik untuk
membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat – solat yang khusuk. Solat dapat
mengilap hati manusia dan dapat membuang segala noda dan dosa serta kekotoran
hati.Oleh itu, perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik agar dapat memperbaharui
diri dan membersihkan hati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “Mintalah
8

pertolongan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan sesuatu perintah


Allah S.W.T.) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat” (al-Baqarah, 2:153)
Al – Banna, 2003

“There are three main reasons why a child reacts aggressively:


When he feels that his objectives are being thwarted.
When anyone criticizes him or his friends.
When he feel that a situation is unjust, or that someone has been negligent or
careless.”
Train, 1995 (pp 24)

“If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will react with increasing
difficult behaviour.”
Train, 1995 (pp 60)

“If a child is becoming frustrated because he cannot understand something, he will


be restless dan will start to misbehave.”
Train, 1995 (pp 116)

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan
dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi
perkembangan kanak – kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970:27)
selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi.
(W.C Miler 1971:102)

Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian
mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan
disiplin murid ( Utusan Malaysia, 1987)

Murid – murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, dimana mereka
tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada
masalah tatatertib di sekolah – sekolah (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim
Saad, 1982:260)
9

Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa adalah punca utama yang
mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca
utama remaja terjebak ke kancah maksiat (Berita Harian, 10.11.93,23)

Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati


purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam
seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,
mendidik dan membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan
keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga
tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru
sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali sekala supaya lebih
memahami situasi anak mereka di sekolah.

Rakan sebaya dialam persekolahan adalah kumpulan rujukan murid yang


memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti pembentukan imej (Pomberi,

1990, Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk
mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek – aspek gaya pakaian, pertuturan,
orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain – lain. Masalahnya timbul
apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai – nilai buruk yang
membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.
10

8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan


Bukit Sawa, Marang, Terengganu adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan
kaedah temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata
salahlaku yang ada di sekolah. Data yang diperolehi dianggap penting kerana
kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan ditafsirkan
secara kuantitatif.

8.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bukit
Sawa, Marang iaitu seramai 252 orang pada sesi 2015. Di mana 20 orang pelajar
telah terlibat dengan salahlaku di sekolah itu pada tahun 2015. Pelajar-pelajar yang
menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian ini adalah merupakan pelajar yang
pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu di
bawah pengawasan guru bagi memastikan perancangan, tindakan, pemerhatian,
pengkajian dan refleksi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

8.3 Instrumen Kajian

Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual
separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di
sekolah.

Temubual separa struktur dengan Guru Disiplin, dan guru – guru penolong mengenai
masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan
cara – cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)
11

Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah
yang dikaji. (Lampiran 2)

Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM

 Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan


 Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan
 Jadual punca salahlaku
 Jadual jenis tindakan disiplin / hukuman

8.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin
disalah sebuah ini. Hampir 60% pelajarnya berasal dari penempatan perkampungan
di kawasan sekitar sekolah yang dimana pendapatan seisi keluarga kurang
RM1000.00 sebulan. Melalui kajian soal selidik dan penyelidikan didapati 40%
pelajar adalah bukan penduduk tempatan, iaitu mereka datang berhijrah dari negeri
luar Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dimana semua murid
sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari
sekolah yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada
guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah tersebut. Penyelidik juga telah
menemubual 15 dari 20 orang murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di
sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi
daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis
secara kualitatif juga.

8.5 Analisis Data

Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa
struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan
maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi
salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji.
12

Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin,
kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca
berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah
untuk menangani masalah ini.

8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan
Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku

Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah
yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat
dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan
merangkumi kesalahan seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri,
memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan
mengancam/memukul/mencederakan murid lain.
13

Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2015


Bil Jenis Salahlaku Kekerapan / Bilangan Jumlah Jumlah
murid yang terlibat murid kekerapan
Lelaki Perempuan yang berlaku
*B *K *B *K terlibat kes
salahlaku
1. Tingkah laku Jenayah
Mencuri 2 4 1 3 3 7
2. Mengancam/memukul/mencederakan
murid lain. 1 3 0 0 1 3
3. Kekemasan Diri
Berkuku panjang 2 2 4 5 6 7
4. Berambut Panjang 2 2 0 0 2 2
5. Ponteng
Ponteng Sekolah 3 2 1 3 4 5
6. Jumlah 11 13 6 11 16 23

Petunjuk ; *B – Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku


*K – Kekerapan berlaku kes salahlaku

Jadual 1 menunjukkan 11 orang murid lelaki telah terlibat dengan 13 kes salahlaku
manakala 6 orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada
keseluruhannya, seramai 20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes salahlaku di
sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2015.

Pada keseluruhannya, murid – murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes
salahlaku. Seramai 11 orang lelaki telah terlibat dengan 13 kes salahlaku manakala 6
orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku.

8.5.3 Punca Salahlaku Murid – Murid Tahap 2, Tahun 2015

Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut


pandangan murid – murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan persekitaran
merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah
dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 9 kes dari faktor persekitaran, 2 kes dari
faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah.

Jadual 2: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun 2015


14

Bil Punca Salahlaku Bilangan Kes Salahlaku Jumlah


Lelaki Perempuan
1 Diri Pelajar 8 3 11
2 Keluarga 2 2 4
3 Persekitaran 2 1 3
4 Sekolah 1 0 2
Jumlah 13 6 20

Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling
kerap menjadi punca penyebab utama salahlaku di sekolah yang dikaji. Ini diikuti
dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.

8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman Yang Telah Diambil, Tahun 2015

Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk
menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini
telah mengambil keputusan memberi nasihat / bimbingan kepada murid yang telah
melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat
kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep
“Sekolahku Syurgaku”, “Sekolah Penyayang” dan “Sekolah Selamat” menjadi
realiti.

Jadual 4 : Jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil, Tahun 2015

Bil Jenis Tindakan Disiplin Bilangan Kes Catatan


Lelaki Perempuan
15

1 Pembuangan
2 Penggantungan
3 Hukuman – Hukuman Biasa
3.1 Hukuman dera / rotan
3.2 Penahanan
3.3 Denda 3
3.4 Amaran 2 3 Amaran Pertama
3.5 Nasihat 8 3
14 6
Jumlah
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010

Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK
Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji.
Kesemua 20 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi jenis
tindakan disiplin mengikut jenis kes salahlaku dari yang ringan kepada berat
mengikut keperluan sekolah. Seramai 11 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan
nasihat oleh kauseling sekolah, manakala 6 pelajar telah diberi Amaran Pertama dan
3 pelajar lagi telah diberi hukuman dera / rotan diatas kesalahan berat yang
berulangan. AJK Unit Disiplin dan Lembaga Pengawas sekolah memandang serius
salahlaku tersebut dengan memantau disiplin semua pelajar – pelajar dari semasa ke
semasa khususnya pelajar yang pernah melakukan salahlaku.

8.6 Analisis Kualitatif

Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh
menyokong maklumat/rekod/penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.
16

Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang
boleh diambil kira dalam analisis. Perkara- perkara ini diklasifikasikan seperti
berikut.

8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid

Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti


berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan
kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.Bentuk / jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali
memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Ini ditunjukkan
dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh – contoh di bawah.

“Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri,
mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan kasar dengan murid, ponteng
sekolah dan berambut panjang bagi pelajar lelaki.” ( Guru A)

“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah hampir sama.Tetapi


pelajar perempuan tidak memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan
murid lain.” (Guru S )

“Salahlaku murid lelaki yang membuli dan ponteng sekolah lebih rumit dan kerap
kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan yang kesalahannya biasanya tidak
akan berulang.” (Guru R)

8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku

Sepanjang tahun 2015, seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan telah
dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan
oleh Guru R. Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku
17

adalah lebih kurang sama seperti yang dinyaakan oleh Guru B. ini dapat
diperkukuhkan dalam contoh – contoh transkrip temubual separa struktur dengan
guru – guru seperti berikut.

“Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih
kurang sama” (Guru B)

“Pada tahun 2010, 20 orang murid terlibat dengan 30 kes salahlaku di sekolah yang
dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah
berlaku.” (Guru C)

9.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang


dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

9.1 Punca Salahlaku


Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat
kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.

9.1.1 Faktor diri murid


11 daripada 20 orang murid, bersamaan 55% telah dikenalpasti melakukan salahlaku
kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid – murid yang ditemubual
telah terdorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah
18

kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip
temubual dengan Murid S, Murid T dan H

“Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada
duit yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).”
( Murid S)

“Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.”
(Murid U)

“Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah
yang akan diberi guru nanti.” (Murid H)

9.1.2 Faktor keluarga

4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20% telah melakukan salahlaku kerana faktor
keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid M.

“Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ayah dan emak
terpaksa pergi kerja.” (Murid M)

9.1.3 Faktor persekitaran


3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan salahlaku kerana faktor
persekitaran. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid F.

“Saya disuruh mengacau (rakan sebaya) oleh (rakan sebaya). Kalau saya tidak ikut,
saya akan dimarahi dan dipukul oleh (rakan sebaya).Saya takut.” (Murid F)

9.1.4 Faktor sekolah


19

2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan salahlaku kerana faktor
sekolah. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh
Murid Z seperti berikut..

“Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru selalu memberi terlalu banyak kerja
rumah setiap hari.” (Murid Z)

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan
perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani
yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor
persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan
salahlaku pelajar – pelajar di sekolah yang dikaji.

10.0 INTERVENSI DAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN

Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi masalah


salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang,
Terengganu.

1. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa salahlaku masih berlaku di Sekolah


Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu. Justeru itu, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, JPN, PPG, pentadbir sekolah dan guru-guru tidak boleh
memandang ringan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan
program yang berterusan mencegah aktiviti salahlaku di sekolah perlulah dilipat
gandakan serta dinilai keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi
mencegah

perilaku salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan iaitu
dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau menggunakan tiga pendekatan untuk
menangani masalah salahlaku individu iaitu;
20

i) Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar


mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.
Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku
akan dikenakan tindakan yang serius.
ii) Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau
undang - undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui
pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu
sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-undang
sekolah.
iii) Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu
pendekatan dimana pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu
dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk
mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor
menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah
tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan
kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah
dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu
dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang
menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai
– nilai islam khususnya bagi pelajar Islam.

2. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan salahlaku


pelajar berlaku dalam kalangan pelajar – pelajar khususnya pelajar Tahap 2.
Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan PIBG telah mengenal pasti punca-
punca salahlaku tersebut, kemudian rancangan pencegahan telah dibuat
berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat terutama pihak sekolah
dan guru juga telah mengadakan lebih banyak aktiviti yang berbentuk motivasi
untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

3. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah


sedia ada memainkan peranan yang penting serta digerakan secara menyeluruh
dan bersepadu telah dijalankan . PRS merupakan salah satu unit sokongan kepada
pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut Zuraidah
(1988), konsep asas program ini ialah ‘rakan bantu rakan’. Dalam konteks ini,
21

pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan
kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin dan
sosial. Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi
lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah dan tidak terlibat
dalam aktiviti-aktiviti salahlaku seperti yang biasa berlaku.

4. Peranan PIBG bersama guru-guru sekolah bersama-sama menangani


masalah disiplin pelajar. Kajian mendapati “penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
sekolah” merupakan antara program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu,
sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam
setiap program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat
diperlukan. Disamping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa
juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah salahlaku ini.
Gejala salahlaku di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa pelajar semakin berani
mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Setiap
kali berlaku insiden negatif seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di
sekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai
penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka adalah orang
yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga membesarkan dan
mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah
pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran
mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,
kemahiran – kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam
sesebuah keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat
dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.

5. Peranan Polis Perhubungan telah dijadikan peranan utama bagi


mengatasi masalah ini. Memandangkan salahlaku khususnya kes berat seperti
bergaduh, ponteng sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku di dalam
kawasan sekolah sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak
Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu
untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika mereka berada di
luar kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah
semata-mata, tetapi remaja juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan
22

undang-undang ketika berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak


amat diperlukan demi membentuk peribadi remaja yang lebih Gemilang dan
Terbilang.

Pihak sekolah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak sekolah telah
menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru dan juga ibubapa yang
bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku
murid. Semua staf telah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan – tindakan
disiplin ke atasu murid, memberi peringatan dan khidmat bimbingan. Langkah –
langkah yang telah diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam
transkrip temubual dengan Guru R, Guru S dan Guru A seperti berikut,

“Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpal dengan jenis dan seriusnya
sesuatu salahlakumurid.” (Guru R)

“Kami mendapati pendekatan bimbingan dan kauseling atau nasihat adalah lebih
sesuai dan berkesan bagi murid – murid sekolah ini.” (Guru S)

“Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan
disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.” (Guru B)

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru telah mencari pendekatan yang
sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam
murid – murid itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan
kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut.
Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru di sekolah ini telah menunjukkan disiplin
yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid – murid
dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan
bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.

Keberkesanan Tindakan

Pada tahun – tahun lepas, pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan


menangani masalah disiplin murid dengan pendekatan yang ‘tegas’ terhadap pelajar.
23

Setelah lebih kurang 5 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan, pendekatan


memberi nasihat atau bimbingan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kauseling
dengan Panitia Agama Islam melalui pelaksanaan “Program Santapan Rohani”
boleh dianggap lebih sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini
dapat dibuktikan dengan penurunan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Mei
2015 berbanding dengan tahun 2014. Ini juga boleh diterjemahkan dengan transkrip
hasil temuduga seperti berikut:

“Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan
bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.”
(Murid Z)

“Ayah saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh – sungguh. Dia tidak lagi
suruh saya menolongnya di warung waktu sekolah. Terima kasih, Cikgu.”
(Murid K)

“Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibu bapa saya, sudah tentu saya
tidak bersekolah lagi.”
(Murid Y)

“Maafkan saya Cikgu, saya akan tidak akan mengulangi kesalahan saya lagi dan
akan belajar bersungguh – sungguh.”
(Murid I)

11.0 KESIMPULAN

Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di Sekolah
Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu. Untuk mencapai objektif kajian,
penyelidik, guru – guru mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat telah
mengenalpasti atau memilih jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah
ini dan seterusnya mengenalpasti strategi atau tindakan yang sesuai untuk
mengurangkan serta mengatasi masalah tersebut.
24

Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji
dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 20 orang daripada
enrolmen 565 orang murid, bersamaan 3.54% pernah terlibat dengan kes salahlaku
sepanjang tahun 2015.

Melalui kajian ini, guru – guru di sekolah ini telah menjadi lebih arif dan prihatin
terhadap kebajikan dan disiplin murid – murid yang diajar. Ini dijangka akan
membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya
meningkatkan prestasi akademik murid. Guru lebih bersifat kreatif, inovatif dan bijak
membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan
masalah disipilin murid.

Oleh sedemikian itu, semua staf sekolah, ibubapa dan PIBG telah memberikan
bekerjasama sepenuhnya dan konsisten dalam tindakan – tindakan disiplin ke atas
murid agar hasrat “Sifar salahlaku” disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji
akan tercapai.

RUJUKAN

Connel, A., dan Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young


25

offenders: Developing an interview schedule and some preliminary results.


Journal of Adolescence, 19, 75-93.

Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:
PTS Publications dan Distibutors Sdn. Bhd, Bentong

Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Diffcult Children.
Channel Island: The Guernsey Press co. Ltd, Guemsey

Panduan Am Disiplin Sekolah – Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian
Pendidikan Malasia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988

Pekeliling – Pekeliling Ikhtisas


Kementerian Pendidikan Malaysia
1968 – 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah

Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. (2000). Examining the social
context of Bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling
Development, 78, 326-333.

Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.


Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada analisis data
berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Mynard dan Joseph (2000). Development of the Multidimensional Peer-


26

Victimization Scale. Aggressive Behavior, 26, 169-178.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and


effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., dan
Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression.
Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K., dan Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations questionaire. Underdale:
University of South Australia.

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan


10 Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.

Thompson, D., dan Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in
school. improving schools: Establishing and integrating whole school
behaviour policies. London: David Fulton.

Lampiran 1

A. Instrumen Temubual Dengan Guru Penolong


HEM/Guru Disiplin Sekolah
27

Bil Soalan Respon Catatan


1 Berapa lamakah Cikgu _____ sudah
bertugas di sekolah ini ?
2 Berapakah jumlah murid sekolah ini ?
4 Adakah murid sekolah ini pernah
melakukan kesalahan disiplin ?
5 Pelajar dalam darjah berapakah melakukan
kesalahan disiplin ?
6 Apakah masalah utama disiplin pelajar di
sekolah tuan ?
7 Berapakah kekerapan berlakunya masalah
disiplin murid ?
8 Adakah kekerapan salahlaku di antara
pelajar lelaki dan perempuan berbeza ?
9 Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar
lelaki dan perempuan berbeza ?
10 Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi
untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah
ini?
11 Apakah punca berlakunya masalah disiplin
murid ?
12 Bagaimanakah pihak guru menangani
masalah ini ?
13 Sejauh manakah keberkesanan langkah –
langkah yang diambil untuk menangani
masalah ini ?

14 Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang


masalah disiplin di sekolah tuan ?
15 Apakah tindakan susulan pihak atasan
untuk membantu pihak sekolah dalam
perkara ini ?
28

Lampiran 2

B. Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod


Masalah Disiplin

Bil Soalan Respon Catatan


A1 Adakah anda menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dalam kelas?
Mengapa?
29

2 Bagaimanakah keputusan ujian bulanan


anda bagi bulan lepas ?
3 Adakah anda yakin kepada diri sendiri ?
4 Siapakah yang mendorong anda melakukan
perbuatan salahlaku ?
B1 Adakah murid suka kepada ibu bapa ?
2 Adakah ibu bapa sayangkan murid ?
3 Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran
murid di skeolah ?
4 Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa
untuk menolong mereka berkerja ?
5 Adakah murid dipaksa bekerja pada cuti
sekolah ?
C1 Berapa jauhkan rumah anda dari sekolah
ini?
2 Adakah anda suka kepada rakan – rakan di
sekolah ?
3 Adakah anda mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya ?
4 Adakah anda mudah menyesuaikan diri
dengan rakan - rakan ?
D1 Adakah peraturan sekolah sesuai dan
praktikal ?

2 Adakah kerja- kerja rumah yang disuruh


oleh guru cukup dan mudah diselesaikan ?
3 Adakah guru mengambil berat terhadap
masalah pelajar ?
4 Apakah hukuman yang biasanya dikenakan
kepada pelajar yang melanggar peraturan
sekolah yang anda tahu ?

Anda mungkin juga menyukai