Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM ELIT OLAHRAGA


PPD KUALA PENYU

PENDAHULUAN :

Sukan terutamanya bidang OLAHRAGA memainkan peranan yang penting


dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan olahraga, pelajar-pelajar kita bukan
sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di


peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan
secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Sektor Pembangunan Murid Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Penyu akan meningkatkan corak pengurusan sukan di
sekolah ini dengan mengadakan kegiatan Program Elit Olahraga sepanjang tahun
yang bertemakan “ MISI MENGAPAI IMPIAN”. Jika dirancang dengan teliti dan
menyeluruh, Daerah kuala penyu akan berupaya menjadi kuasa utama sukan
olahraga di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5
MATLAMAT :

i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan


olahraga.
ii) Dapat memilih atlit-atlit yang berbakat berpotensi untuk diketengahan
dalam Kejohanan olahraga peringkat negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.
iii) Melahirkan atlet bertaraf antarabangsa selaras dengan sasaran Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, menigkatkan penyertaan murid di peringkat
antarabangsa.
iv) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF :
i) Medan bagi memilih peserta yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili
daerah ke Kejohanan olahraga peringkat negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.
ii) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.
iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
iv) Mendekatkan ibu bapa / penjaga dengan sekolah melalui sukan.

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5
ANJURAN:
 Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dan
Pengerusi Teknik pembangunan Sukan Daerah.

JANGKA MASA:
 2021 – 2023 ( 3 tahun )

TEMPAT:
 Padang latihan setiap sekolah yang tersenarai

TEMA:
 “ MISI MENGAPAI IMPIAN ”

PESERTA DAN SASARAN:


 Murid Sekolah Rendah
 Tahun 4 (2021 )
 Murid Sekolah Menengah
 Tingkatan 1 (2021 )
 Tingkatan 3 ( 2021)
 Pemilihan atlet berdasarkan beberapa kriteria:-
 Pencapaian atlet tahun sebelum
 Pengesanan bakat
 Pencapaian semasa

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5
JURULATIH & JADUAL LATIHAN:

 Latihan dan program latihan di selaraskan oleh PTPS Daerah


 Latihan rutin akan dikendalikan jurulatih peringkat sekolah yang dilantik oleh
pihak PPD
 Cadangan masa latihan

Isnin - 3.30 p.m. hingga 5.30 p.m.


Rabu - 3.30 p.m. hingga 5.30 p.m.
Khamis - 3.30 p.m. hingga 5.30 p.m.

Setiap jurulatih akan melatih, membimbing dan menyediakan pada para atlit yang
terpilih dalam program “ELIT” ini secara berkala dan sistematik berdasarkan modul
yang akan disediakan pihak PTPS. Latihan ini akan diadakan sebagai satu program
yang berterusan sepanjang tahun bermula pada bulan Januari hingga Disember
setiap tahun.

6.0 Cadangan Aktiviti


 Klinik Kejurulatihan Asas
 Begkel Pengurusan Sukan Olahraga jurulatih
 Bengkel pemakan atlet kepada jurulatih
 Bengkel/Klinik Kecederaan Sukan kepada jurulatih
 Bengkel membina modul latihan
 Sukan Tara
 Kem Bakat Atet
 Kejohanan Tempatan Fasa 1 dan Fasa 2 Program
 Kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa Fasa 3 Program

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5
7.0 Kewangan
7.1 Sumber Kewangan
* PPD Kuala Penyu
* Sekolah
* PIBG
* Sumbangan sektor korporat

7.2 Anggaran Perbelanjaan


Sumber Barang dan Keperluan Kuantiti Jumlah keseluruhan
Kewangan

JUMLAH

8.0 Peralatan
Memperkasakan alatan latihan
Disediakan oleh pihak PPD Kuala Penyu dan pihak sekolah

9.0 Penutup
.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

( ) ( )
ABDUL RAHMAN BIN MOHD TAIB AZRIH TAIP
PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TIMBALAN PPD
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PENYU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PENYU

Tarikh : Tarikh :

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5
Diluluskan oleh

Tuan Hj Abdullah Sarudin


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu

Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Penyu )
5

Anda mungkin juga menyukai