Anda di halaman 1dari 6

PERBINCANGAN

Kaedah temubual telah dijalankan untuk membuat kajian berkaitan dengan dualisme

dalam pendidikan. Terdapat dua orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih

sebagai responden. Responden telah ditemu bual mengenai pendapat mereka tentang

dualisme, impak-impak dualisme dalam pendidikan dan juga kaedah-kaedah penyelesaian

dualisme dalam pendidikan.

Melalui temu bual yang telah dijalankan, kita mendapati bahawa dualisme dalam

pendidikan adalah teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan. Hal ini dapat dilihat melalui

kefahaman responden 1 terhadap dualisme adalah dua prinsip yanag saling bertentangan iaitu

antara kebaikan dan kejahatan. Dualism juga wujud apabila dua sifat yang ketara saling

bertentangan pada diri seseorang. Menurut responden 2 pula, dualisme dalam pendidikan

ditakrifkan sebagai wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan

tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih

menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan

ilmu-ilmu moden manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden

dengan mengabaikan ilmu-ilmu kegamaan.

Dualisme dalam pendidikan mempunyai impak-impak sama ada yang positif atau

negatif. Impak positif pendidikan yang berbentuk dualisme adalah dapat memastikan sesuatu

ilmu itu dapat dikuasai dengan mendalam dan mantap oleh para penuntutnya. Menurut

responden 2, “penumpuan yang jitu merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan.” Oleh

yang demikian, kemantapan penguasaan ilmu seseorang individu dapat dijamin dengan

mengasingkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain.

Antara impak negatif bagi dualisme dalam pendidikan adalah terdapat pemisahan antara

pendidikan agama dengan pendidikan umum dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dilihat
melalui contoh yang diberikan oleh responden 1 iaitu “akan mempunyai sekolah madrasah yang

hanya memberikan pelajaran pengetahuan agama. Dengan ini hanya akan melahirkan

golongan ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu moden. Sebaliknya, mempunyai

sekolah moden yang mementingkan berbagai ilmu. Dengan ini, akan melahirkan golongan yang

hanya pandai dalam bidang keilmuan dan kemahiran tanpa pengetahuan agamanya.” Oleh itu,

negara yang memperkenalkan dualisme dalam pendidikan tidak dapat melahirkan golongan

yang sempurna dalam menguasai ilmu-ilmu moden seperti sains, teknologi dan ubat-ubatan

dan juga ilmu agama.

Selain itu, impak negatif pendidikan yang berbentuk dualisme ialah kewujudan

persaingan antara golongan cendekiawan dan ilmuwan. Responden 2 berpendapat bahawa

golongan cendekiawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang

didiskriminasikan ini akan saling bersaing antara satu sama lain, bukan dalam keadaan yang

membina bahkan mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam. Inilah yang

akan menyebabkan konflik pemikiran yang tidak selari malah bertentangan dengan ajaran

Islam.

Melalui temu bual ini, kita menndapati bahawa responden 1 dan responden 2 telah

mengeluarkan pandangan yang sama terhadap kaedah-kaedah penyelesian dualisme dalam

pendidikan iaitu dengan memperkenalkan sistem pendidikan bersepadu. Hal ini demikian

kerana sistem pendidikan bersepadu berbeza dengan dualisme dalam pendidikan. Menurut

responden 1, “dualisme dalam pendidikan hanya mementingkan pendidikan agama atau

pendidikan umum sahaja. Namun, pendidikan bersepadu tidak mengasingkan antara

pendidikan agama dengan pendidikan umum sebaliknya menyatukan dan mengintegrasikan

pendidikan agama dengan pendidikan umum.” Dengan ini, dapat melahirkan masyarakat yang

sempurna dalam kedua-dua pendidikan ini iaitu dalam pendidikan umum atau pendidikan

agama. Hal ini juga dapat disokong dengan pandangan responden 2 yang berpendapat bahawa
“perlu diusahakan satu model kurikulum dan pembelajaran bersepadu yang dapat memadukan

kedua-dua cabang ilmu ini.” Sejajar dengan itu, pendidikan bersepadu merupakan salah satu

pendekatan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu dualisme dalam pendidikan.
DIALOG TEMU BUAL (A = penemu bual B = responden)

RESPONDEN 1

A Selamat pagi. Maaf ganggu. Bolehkah saya menemu bual saudari?


B Selamat pagi. Ya, memang boleh. Apa yang anda ingin ketahui?
A Pada pendapat anda, apakah yang anda faham tentang dualism?
B Pada pendapat saya, dualism adalah berasaskan dua prinsip yang saling

bertentangan iaitu antara kebaikan dan kejahatan. Dualism juga wujud apabila

dua sifat yang ketara saling bertentangan pada diri seseorang.


A Pada pendapat anda, apakah impak-impak dualisme dalam pendidikan?.
B Pada pendapat saya, impak-impak dualism dalam pendidikan adalah terdapat

pemisahan antara pendidikan agama dengan pendidikan umum dalam

kalangan masyarakat. Contohnya, akan mempunyai sekolah madrasah yang

hanya memberikan pelajaran pengetahuan agama. Dengan ini hanya akan

melahirkan golongan ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu

moden. Sebaliknya, mempunyai sekolah moden yang mementingkan berbagai

ilmu. Dengan ini, akan melahirkan golongan yang hanya pandai dalam bidang

keilmuan dan kemahiran tanpa pengetahuan agamanya. Oleh itu, negara yang

memperkenalkan dualism dalam pendidikan tidak dapat melahirkan golongan

yang sempurna dalam menguasai ilmu-ilmu moden seperti sains, teknologi dan

ubat-ubatan dan juga ilmu agama.


A Pada pendapat anda, apakah kaedah-kaedah penyelesaian dualisme dalam

pendidikan?
B Pada pendapat saya, kaedah-kaedah penyelesian dualism dalam pendidikan

adalah memperkenalkan sistem pendidikan bersepadu. Hal ini demikian kerana

sistem pendidikan bersepadu berbeza dengan dualism dalam pendidikan.

Dualism dalam pendidikan hanya mementingkan pendidikan agama atau

pendidikan umum sahaja. Namun, pendidikan bersepadu tidak mengasingkan


antara pendidikan agama dengan pendidikan umum sebaliknya menyatukan

dan mengintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan umum. Dengan

ini, dapat melahirkan masyarakat yang sempurna dalam kedua-dua pendidikan

ini iaitu dalam pendidikan umum atau pendidikan agama.


A Terima kasih.
B Sama-sama.

RESPONDEN 2

A Selamat pagi, apa khabar?


B Selamat pagi, khabar baik.
A Maaf ganggu. Bolehkah saya menemu bual saudari?
B Ya, boleh. Apa yang anda ingin ketahui?
A Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang dualisme dalam pendidikan. Pada

pandangan saya, saya hanya mengetahui bahawa dualisme pendidikan

merupakan pengasingan antara ilmu agama dengan ilmu selain agama secara

umumnya. Bolehkah saudari berkongsi banyak sikit tentang dualisme

pendidikan?
B Pada pendapat saya, dualisme dalam pendidikan ditakrifkan sebagai wujudnya

dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam

dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih

menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata

dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden

hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu

kegamaan.
A Pada pendapat anda, apakah impak-impak dualisme dalam pendidikan?
B Pada pandangan saya, dualisme dalam pendidikan mempunyai impak yang

positif dan juga impak yang negatif. Impak positif dualisme dalam pendidikan

ialah dengan pengasingan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain dapat menjamin

kemantapan penguasaan ilmu seseorang individu itu. Maka, impak yang negatif

bagi dualisme dalam pendidikan ialah golongan cendekiawan dan ilmuwan


yang lahir dari dua sistem pendidikan yang didiskriminasikan ini akan saling

bersaing antara satu sama lain, bukan dalam keadaan yang membina bahkan

mungkin menjatuhkan sesama sendiri walaupun beragama Islam. Inilah yang

akan menyebabkan konflik pemikiran yang tidak selari malah bertentang

dengan ajaran Islam.


A Jadi, apakah kaedah penyelesaian yang terbaik bagi dualisme pendidikan?
B Untuk itu perlu diusahakan satu model kurikulum dan pembelajaran bersepadu

yang dapat memadukan kedua-dua cabang ilmu ini. Pendidikan bersepadu

merupakan salah satu pendekatan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu

dualisme dalam pendidikan.


A Wah, banyak maklumat yang saya dapat dalam perkongsian dengan saudari.

Terima kasih banyak-banyak.


B Sama-sama. Harap saya dapat membantu.

Anda mungkin juga menyukai