Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Penjelasan Mengenai Konsep PDCA dan Perjalanan Projek

Plan

Act Do

Check

4.1 Perancangan

Perancangan ialah mengenalpastian dan menganalisis masalah atau peluang,


membangunkan hipotesis mengenai apa yang menjadi isu, dan memutuskan siapa yang akan
diuji. Semasa dalam proses perancangan, pengkaji telah mengenalpasti beberapa masalah
yang menjadi isu penting di Universiti Utara Malaysia (UUM). Isu yang telah dibincangkan
adalah mengenai tahap kebersihan yang kurang memuaskan di Inapan Siswa (Inasis) di
UUM. Pengkaji juga telah mengenalpasti beberapa punca yang telah menyebabkan tahap
kebersihan di Inasis ini kurang memuaskan. Antara punca yang dibincangkan ialah masalah
tidak perihatin pelajar, sikap pekerja dan keadaan persekitaran di Inasis. Pengkaji telah
memilih satu punca untuk difokuskan dalam kajian ini iaitu pengkaji memberi tumpuan lebih
kepada masalah tidak perihatin pelajar. Dalam kajian ini pengkaji akan membincangkan lebih
lanjut mengenai tindakan atau langkah yang perlu dilakukan agar masalah kebersihan Inasis
yang berpunca dari pelajar ini dapat dibendung.

4.2 Pelaksanaan

Pelaksanaan ialah menguji penyelesaian yang berpotensi, idealnya dalam skala


kecil, dan mengukur hasilnya. Pengkaji telah memilih beberapa altenatif iaitu dengan
mengadakan Program Pembentukan Kesedaran Kebersihan dan Kesihatan Dalam Kalangan
Mahasiswa di UUM dan Program Gotong-Royong Di Setiap Inasis. Program pembentukkan
kesedaran tentang kebersihan itu akan diadakan di Dkg ½ dimana pesertanya melibatkan
pelajar UUM ini sendiri. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk
kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan Inasis dan memberi motivasi kepada
pelajar untuk terus peka terhadap kebersihan disekeliling mereka. Seterusnya menjalankan
program gotong-royong di Inasis. Aktiviti gotong royong ini akan melibatkan semua pelajar
di setiap Inasis. Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk mengajar pelajar tentang
kebersihan di Inasis adalah tanggungjwab bersama dan tidak hanya bergantung harap pada
pekerja tukang cuci di Inasis ini sahaja. Selain ini program ini dapat memupuk sikap
kerjasama antara pelajar dan sikap sayang akan alam sekitar.

4.3 Semak

Tindakan semak adalah bertujuan untuk mengkaji keputusan, mengukur


keberkesanan, dan memutuskan sama ada hipotesis disokong atau tidak. Setelah selesai
program tersebut pengkaji akan melakukan pemerhatian terhadap perubahan tahap kebersihan
di setiap Inasis. Pemerhatian ini dilakukan secara berkala bagi merekod perubahan setelah
Program Pembentukan Kesedaran Kebersihan dan Kesihatan Dalam Kalangan Mahasiswa di
UUM dan Program Gotong-Royong Di Setiap Inasis dijalankan. Tujuan tindakan semak ini
dilakukan adalah untuk tentukan sama ada prestasi proses ini telah bertambah baik atau gagal.
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan melakukan pemerhatian secara berkala ini dapat
mengawal tahap keberkesanan program tersebut terhadap pelajar serta persekitaran Inasis dan
segala perubahan yang terdapat daripada pemantauan ini sama ada dari segi positif atau pun
negetif. Seterusnya dapat membantu pengkaji untuk mengenalpasti percubaan lanjut yang
mungkin diperlukan pada masa akan datang.

4.4 Tindakan

Tindakan pada akhir proses pula ialah jika penyelesaian berjaya


melaksanakannya dimana perubahan atau jalan penyelesaian yang terbaik dipilih. Pada
peringkat ini pelan pelaksanaan akan dibangunkan seperti apa yang perlu dilakukan oleh
pengkaji, apa yang sepatutnya terlibat dan bila rancangan itu dilaksanakan. Setelah langkah
pemantauan dalam proses semak dilakukan beberapa tindakan baik pulih dilakukan agar
perancangan pada masa akan datang akan menjadi lebih teliti dan sempurna. Pelan tindakan
dalam proses ini diseragamkan jalan penyelesaian dengan penulisan prosedur operasi
standard baru. Pengkaji juga menubuhkan proses bagi memantau dan mengawal prestasi
proses tersebut. Tindakan diambil berdasarkan keputusan yang terdapat dalam langkah
kajian. Sekiranya perubahan tersebut tidak berfungsi, pengkaji akan melaksanakan kitaran
yang lain dan jika langkah sebelum ini berjaya pengkaji akan mengekalkan cara tersebut atau
merancang penambahbaikan baru.

3.0 Pengenalpastian Masalah

3.1 Pelajar

Jenis sampah yang dibuang oleh pelajar-pelajar di Inasis adalah salah satu
sebab mengapa tahap kebersihan di Inasis tidak memuaskan. Sisa utama yang dibuang
pelajar adalah seperti bekas makanan yang masih mempunyai makanan yang sisa,
seperti tulang ayam, ikan, lebihan nasi dan lain-lain. Bahan buangan ini dengan cepat
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Seterusnya, sisa itu juga dibuang ke
dalam tong tanpa ditutup dengan rapi. Hal ini akan menyebabkan makanan itu tumpah
walaupun ia berada dalam tong dan bau busuk akan tersebar. Terdapat juga pelajar
yang membiarkan tong sampah kecil mereka diluar bilik. Bau dari sampah tersebut
dapat menarik perhatian kucing dan monyet untuk mencari makanan dan selerakkan
sampah tersebut. Di samping itu, terdapat juga pelajar seperti pencinta kucing yang
sering memberi makanan kepada kucing di bawah blok dan ada juga yang memberi
makanan kucing di hadapan pintu bilik mereka. Hal ini akan menyebabkan kucing
terus tinggal di kawasan itu dan lebih bermasalah apabila kucing membuang najisnya
di blok tersebut. Seterusnya ialah masalah singki dan tandas tersumbat. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat pelajar yang tidak bertanggungjawab pelajar yang
membuang makanan ke dalam sink. Seterusnya, terdapat pelajar yang meninggalkan
hidangan yang tidak disentuh di sinki dan menyebabkan serangga terkumpul di atas
pinggan. Terdapat pelajar yang suka membuang tisu ke lubang tandas. Ini akan
menyebabkan tandas menyumbat dengan cepat dan jika tersumbat ia akan
menghasilkan bau yang tidak baik.
3.2 Pekerja

Masalah pekerja yang berkurangan juga menjadi salah satu punca kebersihan
di Inasis kurang memuaskan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila tukang cuci
di blok inasis berkurang, masa untuk mencuci di setiap blok juga menjadi terhad. Ini
akan menyebabkan tukang cuci tersebut mengambil masa yang sangat singkat untuk
menyiapkan kerja-kerja pembersihan mereka. Mereka hanya melakukan tugas supaya
selesai dan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membersihkan blok tersebut.
Selain itu, tukang cuci ini kebanyakkan daripada mereka ini tergolong sebagai warga
emas. Faktor usia mereka yang kian meningkat ini dapat menyebabkan mereka sering
sakit dan tidak sihat. Hal ini akan menyebabkan mereka direhatkan sementara dan
akan menyebabkan kurang tenaga kerja pembersihan di Inasis. Keadaan inasis yang
kurang bersih ini dapat menimbulkan perasaan malas dalam diri mereka dan mereka
melakukan kerja mereka dengan tidak bersungguh-sungguh.

3.3 Persekitaran

Masalah persekiran dapat dikaitkan dengan persekiran di inasis. Setiap Inasis


mempunyai banyak pokok-pokok besar terutamanya di laluan pejalan kaki sehingga
ke blok. Daun-daun yang berguguran setiap hari dan akan berselerak di laluan pejalan
kaki tersebut. Selain itu apabila tiba musim panas, kadar keguguran daun akan
meningkat dan menjadi lebih kerap. Faktor angin juga menjadi salah satu penyebab
daun-daun kering tersebut banyak di laluan pejalan kaki dan juga blok inasis. Selain
itu daun-daun kering tersebut juga sering menyebabkan masalah longkang tersumbat.
Daun yang berlebihan di dalam longkang akan menghalang laluan air dalam longkang
tersebut dan hal ini akan menyebabkan bau busuk dari longkang akan tersebar. Bau
busuk ini akan menyebabkan pencemaran bau di Inasis. Persekitaran UUM yang
berada di kawasan hutan juga menyebabkan haiwan liar seperti monyet sering datang
ke kawasan Inasis dan menyebabkan tahap kebersihan di Inasis kurang memuaskan.
Pelbagai masalah yang berpunca daripada monyet ini antaranya ialah sampah yang
diselerakkan dan najis haiwan ini berada di laluan pejalan kaki dan juga di blok
Inasis. Hal ini akan menyebabkan kawasan Inasis dicemari oleh bau busuk sampah
dan najis haiwan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai