Anda di halaman 1dari 35

KAJIAN LAPANGAN CTU555

TAJUK: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA BERADA


DI RUMAH OLEH PELAJAR UiTM PUNCAK ALAM

NAMA PENSYARAH: DR. MUHD HASIF BIN YAHAYA

DISEDIAKAN OLEH :-

BIL NAMA ID STUDENT

1 ZUR AIN BINTI ZAM ZAM 2019207296

2 NUR ‘AIN NADHIRAH BINTI MOHD JANI 2019452398

3 SAFIYAH BINTI ZULLKEFLEE 2019230058

4 NUR ZAKIRAH HUDA BINTI AMINUDIN 2019294792


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN

1. 1
Penghargaan

2. 2
Abstrak

3. Pengenalan 3

4. Pernyataan masalah 4

5. Objektif kajian 4

6. Kajian Literatur 5-6

7. Metodologi kajian 7-9

8. 10-27
Dapatan kajian dan perbincangan

9. 28-29
Bibliografi dan rujukan

10. 30-33
Lampiran
PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami
menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Puncak Alam kerana telah menyediakan
kemudahan bagi kami untuk mencari maklumat dan mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tugasan yang telah kami sediakan secara dalam talian.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Muhd Hasif bin Yahaya, selaku
pensyarah bagi kod subjek CTU 555 (Sejarah Malaysia) kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna kepada kami sepanjang proses kami menyiapkan laporan ini.
Kami turut ingin berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk
menjalankan tugasan ini.

Kami turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua rakan kami yang sudi meluangkan masa menjawab soalan berkaitan dengan
tugasan kami yang telah kami sebarkan secara dalam talian. Segala maklum balas yang kami
terima banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan daripada mereka,
kami tidak akan dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, kami harap tugasan yang telah kami jalankan ini dapat menambah ilmu
pengetahuan kami dan menjadikan kami pelajar yang lebih berdedikasi dalam segala bidang
pelajaran.

1
ABSTRAK

Pendidikan merupakan aspek penting yang menjadi keutamaan kebanyakan masyarakat


kini. Dengan berlakunya perkembangan teknologi maklumat ini, pendidikan juga turut merasai
kemajuannya sehingga mampu mewujudkan pembelajaran secara online atau lebih dikenali
sebagai E-pembelajaran (Hasifah Abdul Aziz, 2011). E-pembelajaran boleh diketegorikan
sebagai mod pembelajaran sepanjang hayat malah diterima baik kewujudannya dalam kalangan
komuniti global. Masyarakat mulai sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan informasi
dengan menerima konsep E-pembelajaran sebagai model pembelajaran sementara untuk masa
hadapan (Hazwani Mohd Najib, 2017). Sistem pembelajaran dalam talian ini membantu pelajar
dan para pendidik untuk lebih mudah berkomunikasi tanpa perlu bersemuka secara berhadapan.

Dalam berlakunya perintah kawalan berkurung ini, sistem pembelajaran ini telah diguna
pakai bagi memastikan pelajar masih berada dalam silibus dan tidak lari jauh daripada
penjadualan yang telah ditetapkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk
mengetahui medium yang digunakan oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian semasa
berada di rumah di samping untuk mengenal pasti gangguan yang dialami oleh pelajar semasa
sesi pembelajaran dalam talian serta untuk mengetahui pendapat pelajar tentang cara
pembelajaran yang berkesan menurut dari sudut pandangan mereka. Kajian ini pada akhirnya
akan membentangkan dapatan kajian berdasarkan daripada tinjauan yang telah kami lakukan
kepada populasi yang telah kami tetapkan.

2
PENGENALAN

Menurut Ismail (2003), perkembangan teknologi di dunia hari ini semakin sempit di mana
ia membawa maksud bahawa maklumat semakin mudah diperoleh dan diakses di mana-mana
sahaja. Perkembangan teknologi ini juga turut memberi kesan kepada pembelajaran di negara
kita di mana pembelajaran secara atas talian atau pembelajaran online dijalankan. Pembelajaran
ini makin giat dijalankan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan penyataan
supaya pembelajaran atas talian dilakukan semasa tempoh PKP pada 1 April 2020 lalu.

Pembelajaran atas talian merupakan penggunaan teknologi digital untuk melakukan


sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran seperti ini dapat dilakukan tanpa
mengira jarak kedudukan di antara pelajar dan pengajar. Pembelajaran ini juga dapat melibatkan
lebih banyak pelajar tanpa perlu risau infrastruktur dan kebesaran sesuatu tempat pembelajaran.
Selain itu, pembelajaran secara talian ini juga menggunakan video, audio dan visual grafik
sebagai medium untuk menjalankan pembelajaran bagi membolehkan lagi pelajar lebih
memahami tentang sesuatu tajuk pembelajaran tersebut.

Namun, terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah untuk melakukan


pembelajaran secara atas talian ini disebabkan atas faktor-faktor tertentu. Terdapat juga pelajar
yang sukar untuk memahami perkara yang disampaikan oleh pensyarah akibat faktor
persekitaran pembelajaran yang mengganggu pelajar untuk fokus semasa pembelajaran.

Oleh itu, kajian ini dilakukan dan dilaksanakan bagi mengetahui medium yang digunakan
oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian semasa berada di rumah dan mengenal pasti
gangguan yang dialami oleh pelajar semasa sesi pembelajaran atas talian sewaktu berada di
rumah. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui pendapat pelajar tentang cara
pembelajaran yang berkesan semasa berada di rumah. Kajian ini juga menghuraikan beberapa
subtopik kajian antaranya ialah pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, lokasi kajian,
metodologi kajian dan dapatan kajian.

3
PERNYATAAN MASALAH

Antara pernyataan masalah yang diambil kira sewaktu kajian lapangan ini dijalankan ialah
keberkesanan pembelajaran secara atas talian untuk tempoh masa yang lama. Hal ini demikian
kerana pembelajaran dalam talian merupakan suatu kaedah pembelajaran yang baru bagi pelajar
universiti. Tambahan lagi, aktiviti pembelajaran ini telah berlangsung di pelbagai lokasi dan
keadaan yang berlainan bagi setiap pelajar.

Selain itu, kami juga ingin mengenal pasti kekangan yang dihadapi pelajar dalam memastikan
mereka mengikuti silibus pembelajaran dengan baik. Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini pasti
akan membimbangkan banyak pihak. Oleh yang demikian, kajian ini telah diadakan bagi
mengetahui tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah pembelajaran di samping dapat mengenal
pasti kesusahan yang dialami pelajar dalam penggunaan sistem pembelajaran dalam talian.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif kajian yang berikut:

1. Mengetahui medium yang digunakan oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian
semasa berada di rumah.
2. Mengenal pasti gangguan yang dialami oleh pelajar semasa sesi pembelajaran dalam
talian sewaktu berada di rumah.
3. Mengetahui pendapat pelajar tentang cara pembelajaran yang berkesan semasa berada
di rumah.

4
KAJIAN LITERATUR

Pembelajaran dalam talian

Menurut Aziaris Aziz (2015), seorang pegawai Teknologi Maklumat di Universiti


Kebangsaan Malaysia, pembelajaran atas talian, juga dikenali sebagai E-learning merupakan
bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital.
Pembelajaran atas talian membenarkan proses pembelajaran dijalankan tanpa mengira jarak dan
bilangan ahli yang melayarinya. Beliau turut mengatakan bahawa pelajar dapat mengamalkan
pembelajaran yang berterusan dan menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan melalui
pembelajaran dalam talian. Menurut beberapa tokoh saintis Eropah iaitu Galbraith (1967) dan
Seattler (1990), teknologi dilihat sebagai satu proses pendekatan atau teknik yang berkesan
menggunakan ilmu saintifik bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan berkaitan. Berdasarkan
definisi teknologi tersebut, jelaslah bahawa sistem teknologi telah memberi kemudahan dalam
pembelajaran atas talian kepada pelajar.

Istilah ‘atas talian’ merupakan terjemahan berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘Online’
yang bermaksud “an activity or service done by using the internet or other computer network”
(Oxford Learner’s Dictionary, 10th Edition). Berdasarkan definisi tersebut, dapat difahami bahawa
perkataan ‘atas talian’ merupakan penyambungan sesuatu sistem (Internet) bagi alatan teknologi
tertentu.

Kajian keberkesanan pembelajaran dalam talian

Kajian keberkesanan ini adalah kajian yang dilakukan oleh beberapa orang penyelidik
berkenaan pembelajaran dalam talian ini yang dapat membezakan kaedah pembelajaran secara
bersemuka atau dalam talian. Terdapat banyak penyelidikan yang mengkaji perbandingan
keadaan bersemuka dengan dalam talian menggunakan teori-teori bersemuka di bilik darjah
(Zain Hazmi, 2008). Di Malaysia, Siti Salmah (2007) telah mengkaji proses perundingan
kandungan dalam sistem e-pembelajaran, melalui kajian yang bertajuk Analisis model seni bina
generik bagi komponen perundingan kandungan dalam sistem ePembelajaran, Mohd Fadzli
(2007) menganalisis interaksi pelajar dan tutor dalam talian menggunakan teknik analisis
kandungan dan Salmon’s Five-Step Model. Mohd Sukri, Mohd Anuar dan Ting (2004) menerokai
kecekapan pelajar dan halangan-halangan dalam penggunaan e-Pembelajaran.

5
Masalah berkenaan proses pembelajaran dalam talian

Berdasarkan kajian Berkshire Media yang membabitkan 1.78 juta sampel data yang
diperoleh daripada media sosial, sejumlah 155,296 data telah membincangkan berkenaan isu
pendidikan (Harits Asyraf Hasnan, 2020). Isu yang dbangkitkan ini bukan sahaja melibatkan
tenaga pengajar atau pelajar di peringkat rendah atau menengah, malahan ia juga disuarakan
oleh golongan profesional dan penuntut di peringkat pengajian tinggi. Golongan tersebut
mengadu berkenaan kesukaran pembelajaran dalam talian di rumah yang berlaku disebabkan
kekurangan akses internet di kawasan pedalaman, kekurangan infrastruktur serta kekangan
pelajar pengajian tinggi dalam menjalankan tugasan berkumpulan. Masalah ini adalah gangguan,
kekangan dan halangan yang mengganggu sesi pembelajaran dan ia tidak mengira secara fizikal,
mental mahupun abstrak.

Perintah kawalan pergerakan di Malaysia

Perintah kawalan pergerakan Malaysia atau lebih dikenali sebagai PKP, adalah
merupakan tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik
corona virus (COVID-19) pada 16 Mac 2020. Oleh itu, kawalan pergerakan dilaksanakan bagi
menghentikan penularan virus di Malaysia (Bunyan, 2020). Disebabkan oleh perintah kawalan
pergerakan yang telah dilaksanakan di Malaysia menyebabkan sistem pembelajaran secara
dalam talian terpaksa dikuatkuasakan bagi menghindar para pelajar daripada berkumpul dalam
satu kelompok yang membolehkan penyebaran virus korona ini meningkat.

6
METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan tersusun dan
mudah dilaksanakan supaya data-data yang diperoleh dapat menyumbang kepada kejayaan
kajian lapangan ini. Metodologi kajian terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan.
Kajian perpustakaan merupakan hasil dapatan yang diperoleh dari sumber perpustakaan. Kajian
perpustakaan yang telah digunakan dalam laporan ini adalah penggunaan EZ Access/Online
Database iaitu merupakan satu sistem online yang disediakan pihak UiTM bagi menyediakan
maklumat yang boleh diperoleh oleh pelajar secara dalam talian. Manakala, kajian lapangan yang
dijalankan adalah secara kualitatif yang mengumpulkan data daripada sampel yang berfokus.
Metodologi kajian lapangan ini merangkumi skop kajian, lokasi kajian, reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian termasuk juga instrumen kajian.

Skop kajian

Kajian ini terbatas kepada aspek-aspek seperti berikut:-

1. Aspek sistem pembelajaran dalam talian oleh pelajar UiTM Puncak Alam.
2. Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan pelajar UiTM Puncak Alam yang terlibat
dengan sistem pembelajaran dalam talian.
3. Melibatkan 68 orang responden yang menjawab soalan soal selidik yang telah disebarkan
secara dalam talian.

Lokasi kajian

Kajian telah dilakukan secara dalam talian melalui pengedaran soal selidik di Google form.

Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Puncak Alam, Selangor yang
sedang menjalani sistem pendidikan secara dalam talian semasa tempoh perintah kawalan
pergerakan yang berlaku disebabkan oleh berlakunya virus pandemik di Malaysia. Menurut
statistik, seramai 68 orang yang telah menjawab soal selidik ini. Sampel yang terlibat dalam kajian
ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Instrumen kajian

Menurut Suriyati, Merhayati dan Fazlin (2012), Instrumen ialah alat untuk mengumpulkan
data yang dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan yang telah

7
ditetapkan. Instrumen yang digunakan bagi soal selidik kajian ini ialah 'google form'. Soal selidik
ini lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian tanpa menggunakan sebarang
kos memandangkan semua pelajar ketika ini berada di rumah masing-masing. Soal selidik yang
digunakan adalah berkaitan dengan objektif kajian lapangan ini.

Soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

Bahagian A

Bahagian A mengandungi 5 pernyataan berkaitan dengan latar belakang pelajar iaitu


Umur, Jantina, Semester, Fakulti dan Lokasi Sekarang.

Bahagian B

Bahagian B terdiri daripada persoalan kajian yang akan mengetahui medium yang
digunakan oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian semasa berada di rumah.

Dalam bahagian ini, persoalan 1 responden diminta untuk memberi respon berkenaan
peranti komunikasi yang digunakan sama ada telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya.
Persoalan 2, berkenaan rangkaian internet di kawasan mereka sama ada wifi, data internet atau
sebagainya. Manakala, persoalan 3 berkenaan medium yang digunakan semasa pembelajaran
sama ada Google Meeting/ Zoom, Whatsapp/ Telegram, Google Classroom, iLearn/ uFuture dan
lain-lain. Persoalan 4 bertanyakan kebaikan medium yang responden gunakan dan persoalan 5
pula berkaitan dengan keburukan medium yang mereka gunakan ini bagi sesi pembelajaran
dalam talian di kediaman masing-masing.

Bahagian C

Bahagian C terdiri daripada persoalan kajian yang akan mengenal pasti gangguan yang
dialami oleh pelajar semasa sesi pembelajaran dalam talian sewaktu berada di rumah.

Dalam bahagian ini, persoalan 1, responden diberi pilihan jawapan YA atau TIDAK
berkenaan persoalan permasalahan pembelajaran dalam talian sewaktu di rumah. Persoalan 2
pula responden menyatakan masalah yang dihadapi semasa berada di rumah sama ada
disebabkan capaian internet yang lemah, persekitaran yang mengganggu fokus atau lain-lain
lagi. Sementara itu, persoalan 3 berkenaan cara responden mengatasi masalah tersebut.
Manakala, persoalan 4, responden menyatakan perasaan sekiranya ditimpa masalah tersebut
sama ada mereka sedih, tertekan atau lain-lain lagi. Akhir sekali, persoalan 5 adalah berkaitan

8
dengan harapan responden terhadap peranan pihak lain dalam membantu menghadapi masalah
mereka.

Bahagian D

Bahagian D adalah bahagian yang akan mengambil tahu pendapat pelajar tentang cara
pembelajaran yang berkesan semasa berada di rumah.

Dalam bahagian ini, persoalan 1 responden disoal berkenaan persetujuan mereka


terhadap pembelajaran atas talian ini. Sekiranya mereka tidak bersetuju, mereka perlu
menjelaskan sebab atas ketidaksetujuan mereka itu pada persoalan 2. Persoalan 3 pula,
responden diminta untuk memberi idea mereka berkenaan dengan cara yang berkesan untuk
meneruskan pembelajaran semasa berada di rumah. Dalam persoalan 4, mereka perlu
menjelaskan sebab memilih idea berkenaan. Persoalan terakhir bagi soal selidik ini adalah
menyentuh berkenaan, sekiranya tempoh perintah kawalan tamat dengan segera, adakah
mereka masih bersetuju supaya pembelajaran atas talian ini diteruskan.

9
DAPATAN KAJIAN

Kumpulan kami telah menyediakan 20 soalan yang merangkumi daripada 5 soalan


mengenai demografi dan 5 soalan bagi setiap ketiga-tiga objektif kajian kami. Hasil daripada
kutipan soal selidik, kami mendapati sebanyak 68 orang responden yang merupakan para pelajar
UiTM Puncak Alam telah menjawab soal selidik ini. Soal selidik kami bertujuan untuk mengenal
pasti keberkesanan pembelajaran secara dalam talian semasa berada di rumah oleh pelajar
UiTM Puncak Alam.

A) Demografi

Gambar rajah 1

Carta palang di atas menunjukkan bahawa majoriti responden sebanyak 33 orang pelajar
berusia 20 tahun, diikuti oleh 22.1% responden iaitu 15 orang pelajar berusia 21 tahun dan 17.6%
responden iaitu 12 orang pelajar berusia 22 tahun telah menjawab soal selidik ini. Namun berlaku
sedikit kekeliruan apabila masih terdapat baki 2.9% responden mewakili 2 orang pelajar yang
juga berusia 22 tahun. Seterusnya, kita dapati 3 orang pelajar iaitu 4.4% responden berusia 23
tahun dan 1.5% responden menunjukkan seorang pelajar bagi usia 24 tahun dan 25 tahun.
Seorang lagi responden iaitu 1.5% daripada keseluruhan pelajar tidak dapat diketahui umurnya
dengan jelas kerana beliau memberikan nombor pelajar.

10
Gambar rajah 2

Carta pai di atas menunjukkan bahawa 62 orang responden adalah merupakan pelajar
wanita sekali gus mewakili 91.2% daripada keseluruhan responden soal selidik ini. Baki 8.8%
responden adalah merupakan 6 orang pelajar lelaki.

Gambar rajah 3

Carta palang ini menunjukkan bahawa 3 orang pelajar iaitu sebanyak 4.4% responden
terdiri daripada pelajar semester pertama, 67.6% responden mewakili 46 orang pelajar daripada
semester dua diikuti 20.6% responden daripada 14 orang pelajar semester tiga, 5.9% responden
diwakili oleh 4 orang pelajar semester 4 dan akhir sekali 1.5% responden iaitu seorang pelajar
semester 6 telah menjawab soal selidik ini.

11
Gambar rajah 4

Menurut carta pai di atas, majoriti responden iaitu 45.6% terdiri daripada 31 orang pelajar
daripada fakulti sains kesihatan, 38.2% responden diwakili oleh 26 orang pelajar fakulti
pengurusan dan perniagaan, 5.9% responden diwakili oleh 4 orang pelajar fakulti perakaunan,
4.4% responden diwakili oleh 3 orang pelajar fakulti pendidikan, 2.9% diwakili oleh pelajar fakulti
farmasi dan 1.5% diwakili oleh setiap seorang pelajar daripada fakulti seni lukis dan seni reka
serta fakulti seni bina, perancangan dan ukur.

Gambar rajah 5

Carta pai di atas memberikan lokasi semasa pelajar sewaktu soal selidik ini dijalankan
menunjukkan majoriti responden iaitu 44.1% responden diwakili oleh 30 orang pelajar di
Selangor, 14.7% responden diwakili oleh 10 orang pelajar di Kedah, 11.8% responden diwakili
oleh 8 orang pelajar di Kuala Lumpur, 8.8% responden diwakili oleh 6 orang pelajar di Johor,

12
5.9% responden diwakili oleh 4 orang pelajar di Pahang, 2.9% responden diwakili oleh 2 orang
pelajar masing-masing di Kelantan dan Perak, 1.5% responden diwakili oleh seorang pelajar
daripada Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya dan tiada
wakil pelajar dari Sabah dan Perlis.

B) Medium yang digunakan oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian semasa berada
di rumah

Gambar rajah 6

Berdasarkan carta palang di atas, 92.6% responden iaitu sebanyak 63 orang pelajar
menggunakan komputer riba sebagai peranti komunikasi yang digunakan semasa pembelajaran
dalam talian, manakala 82.4% responden iaitu 56 orang pelajar menggunakan telefon bimbit.
Jumlah responden yang menggunakan telefon bimbit berkemungkinan terdiri daripada para
pelajar yang menggunakan kedua-dua komputer riba dan telefon bimbit atau hanya
menggunakan telefon bimbit sahaja. Maka, jumlah sebenar pelajar yang hanya menggunakan
telefon bimbit sahaja tidak dapat dikenal pasti.

13
Gambar rajah 7

Carta pai tersebut menunjukkan peratusan sebanyak 57.4% responden iaitu 39 orang
pelajar menggunakan data internet telefon mereka semasa pembelajaran dalam talian manakala
42.6% responden lagi iaitu 29 orang pelajar menggunakan wifi sebagai rangkaian internet
semasa pembelajaran dalam talian.

Gambar rajah 8

Berikut carta palang di atas menunjukkan jenis-jenis medium yang digunakan oleh para
pelajar semasa pembelajaran dalam talian. Sebanyak 91.2% responden iaitu 62 orang pelajar
menggunakan Google Meeting dan Zoom, 86.8% responden iaitu 59 orang pelajar menggunakan
Whatsapp dan Telegram, 88.2% responden iaitu 60 orang pelajar menggunakan google
classroom, 64.7% responden iaitu 44 orang pelajar menggunakan iLearn atau uFuture, 2.9%
responden iaitu 2 orang pelajar menggunakan Microsoft Team dan 1.5% responden iaitu seorang

14
pelajar bagi setiap penggunaan Cisco Webex, Webex, Microsoft team dan skype. Respons yang
diberikan tidak terhad kepada satu jenis penggunaan medium sahaja, sebaliknya responden
dibenarkan memilih beberapa medium lain yang digunakan oleh mereka. Maka, peratusan
medium yang dipaparkan merupakan kekerapan medium tersebut digunakan oleh responden.

Gambar rajah 9

Carta pai di atas merupakan jawapan para responden tentang kebaikan menggunakan
medium-medium yang digunakan oleh mereka semasa pembelajaran dalam talian. Sebanyak
47.1% responden iaitu 32 orang pelajar menyatakan medium yang digunakan mudah untuk
berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan, 45.6% responden iaitu 31 orang pelajar
berpendapat medium yang digunakan mereka mudah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
pembelajaran, 4.4% responden iaitu 3 orang pelajar menyatakan medium yang digunakan mudah
untuk memahami pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah dan 1.5% responden iaitu
seorang pelajar bagi kebaikan penggunaan medium yang mudah dari segi penggunaan masa
kerana tiada penggunaan kelas secara fizikal serta seorang lagi responden yang mewakili 1.5%
responden memberikan jawapan kerana terpaksa.

15
Gambar rajah 10

Carta pai ini menunjukkan peratusan bagi soal selidik tentang keburukan medium yang
digunakan oleh para pelajar untuk pembelajaran atas talian. Sebanyak 35.3% responden iaitu 24
orang pelajar mengalami sakit mata dan pening kepala, 29.4% responden iaitu 20 orang pelajar
sukar memahami isi kandungan yang disampaikan oleh pensyarah, 27.9% responden iaitu 19
orang pelajar menggunakan data internet yang sangat banyak, 1.5% responden iaitu setiap
seorang pelajar menyatakan bahawa ketiga-tiga keburukan yang dinyatakan sebelum ini, suara
pensyarah kurang jelas, pensyarah yang tidak faham menyebabkan kekeliruan, gangguan
penggunaan aplikasi kerana tiada arahan penggunaan aplikasi dan semua keburukan di atas.
Peratusan respons ini bermungkinan boleh meningkat atas faktor responden hanya dibenarkan
memilih satu keburukan sahaja daripada senarai pilihan jawapan yang disediakan oleh pihak
kami.

16
C) Gangguan yang dialami oleh pelajar semasa sesi pembelajaran dalam talian sewaktu
berada di rumah.

Gambar rajah 11

Carta pai menunjukkan sebanyak 80.9% responden iaitu sebanyak 55 orang pelajar
mempunyai masalah pembelajaran dalam talian semasa berada di rumah, manakala 19.1%
responden iaitu 13 orang pelajar tidak mempunyai masalah.

Gambar rajah 12

Carta pai menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh responden semasa di


rumah. Sebanyak 54.4% responden iaitu 37 orang pelajar mempunyai capaian internet yang
lemah, 77.9% responden iaitu 53 orang pelajar mempunyai persekitaran yang mengganggu
fokus, 23.5% responden iaitu 16 orang pelajar mempunyai kerosakan atau tidak memiliki peranti

17
komunikasi untuk pembelajaran, 7.4% responden iaitu 5 orang pelajar tiada masalah, 1.5%
responden iaitu seorang pelajar bagi setiap keburukan seperti pensyarah kurang mengetahui
penggunaan teknologi, berasa pening dan sakit kepala, rangkaian hotspot yang sukar
bersambung dengan komputer riba, persekitaran yang bising, pelajar yang bersuara serentak
semasa kelas dan kerja yang terlalu banyak.

Gambar rajah 13

Berdasarkan carta palang mengenai cara responden mengatasi masalah yang dihadapi
oleh mereka, 42.6% responden iaitu 29 orang pelajar meminta bantuan rakan-rakan, 38.2%
responden iaitu 26 orang pelajar memaklumkan masalah tersebut kepada pensyarah, 35.3%
responden iaitu 24 orang pelajar tidak berbuat apa-apa mengenai masalah mereka. Terdapat
1.5% responden masing-masing merupakan satu respons mengenai cuba untuk memahami
pelajaran dalam talian, mencari tempat belajar yang bersesuaian, meminta bantuan keluarga,
menangis sepanjang hari, menunggu rangkaian internet kembali pulih dan mengadu kepada ibu
bapa.

18
Gambar rajah 14

Menurut carta pai respons mengenai perasaan responden sekiranya masalah menimpa
mereka sewaktu sesi pembelajaran dalam talian, 76.5% responden iaitu 52 orang pelajar berasa
tertekan, 17.6% responden iaitu 12 orang pelajar berasa sedih dan 1.5% responden masing-
masing merupakan satu respons bagi pelajar yang berasa terganggu, keliru, bertenang dan
mengalami masalah pening kepala yang serius selepas tamat kelas.

Gambar rajah 15

Carta pai respons bagi soalan mengenai peranan pihak lain yang diharapkan oleh
responden supaya dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi, sebanyak
75% responden iaitu 51 orang pelajar berharap pensyarah memahami dan tidak memberikan
tugasan yang banyak melibatkan penggunaan internet, 14.7% responden iaitu 10 orang pelajar
berharap kerajaan menambah baik capaian capaian internet di kawasan perumahan mereka,

19
7.4% responden iaitu 5 orang pelajar berharap rakan-rakan mereka sering menghulurkan
bantuan dan 1.5% responden masing-masing merupakan satu respons bagi harapan syarikat
telekom meluaskan capaian internet mereka di kawasan yang kurang capaian internet dan
mengharapkan pembatalan semester pada kali ini.

D) Pendapat pelajar tentang cara pembelajaran yang berkesan semasa berada di rumah.

Gambar rajah 16

Bagi objektif kajian kami yang ketiga iaitu untuk mengetahui pendapat pelajar tentang cara
pembelajaran yang berkesan semasa di rumah, soal selidik kami mendapati majoriti responden
iaitu sebanyak 44 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan pembelajaran atas talian ini
menunjukkan sebanyak 64.7%, manakala 24 orang pelajar lagi bersetuju dengan kaedah
pembelajaran ini membawa peratusan sebanyak 35.3%.

20
Gambar rajah 17

Berdasarkan carta pai di atas, beberapa alasan telah dikemukakan oleh para pelajar yang
tidak bersetuju dengan pembelajaran di atas talian pada soalan sebelum ini. Sebanyak 85.1%
responden iaitu 40 orang menyatakan mereka tidak dapat fokus di dalam kelas atas talian. Selain
itu, peratusan responden yang memberikan alasan bahawa pembelajaran atas talian
memerlukan perbelanjaan yang banyak pula adalah sebanyak 8.5% persamaan dengan 4 orang
responden. Tiga alasan yang lain iaitu alasan pensyarah kurang mengetahui penggunaan
teknologi pembelajaran atas talian,alasan bahawa terdapat aplikasi yang selari dengan subjek
yang lain dan aplikasi tersebut mempunyai arahan penggunaan atau pensyarah telah
menerangkannya sebelum kelas bermula serta alasan komunikasi sukar dijalankan antara pelajar
dengan pensyarah mengenai tugasan dan beberapa pelajar tidak mempunyai data yang laju.
Ketiga-tiga alasan ini mempunyai peratusan sebanyak 2.1% menunjukkan bahawa seorang
responden bagi setiap alasan yang dinyatakan.

21
Gambar rajah 18

Soal selidik seterusnya iaitu mengenai pandangan pelajar mengenai cara yang berkesan
untuk meneruskan pembelajaran semasa di rumah menunjukkan sebanyak 64.7% responden
iaitu 44 orang berpendapat bahawa pensyarah perlu merekodkan video dan menghantarnya
kepada pelajar. Seterusnya, 23.5% responden iaitu 16 orang pelajar mengemukakan pensyarah
membuat kelas dalam talian secara langsung. Cara yang lain iaitu pensyarah hanya
membekalkan nota dan tugasan sahaja disokong sebanyak 8.8% responden iaitu seramai 6
orang pelajar. Minoriti responden menunjukkan 1.5% iaitu seorang pelajar bersetuju bahawa
apabila pensyarah mengurangkan tugasan yang diberikan serta pensyarah yang pintar teknologi
adalah lebih berkesan untuk kaedah pembelajaran di rumah.

Sebab Cara berkesan meneruskan pembelajaran di rumah Peratus


responden (%)
memilih cara Kelas Rakaman Bekalan Pensyarah Kurangkan
tersebut
atas video nota dan tahu guna tugasan
talian kelas tugasan teknologi

Tidak risau line 7 10.3


putus

Mudah dan 10 3 1 25.6


fleksibel

22
Mudah faham 6 9 22.1

Boleh ulang 23 33.8

Tengok 1 1.5
sebelum kelas

Boleh tanya 2 1 4.4


melalui
whatsapp

Produktif dan 3 4.4


berkesan

Suka dengar 1 1.5

Komunikasi dua 6 8.8


hala

Rasa terbeban 1.5

Suasana kelas 2 1 4.4


sebenar

Tiada jawapan 1 1.5


lain

Jadual 1

23
Jadual di atas merupakan penjelasan responden atas pilihan mereka terhadap cara yang
berkesan untuk meneruskan pembelajaran semasa di rumah. Antara sebabnya adalah sebanyak
10.3% ‘berasa tidak risau talian akan terputus’ mewakili 7 orang responden yang memilih
rakaman video kelas, 25.6% pula beralasan pilihan mereka ‘mudah dan fleksibel digunakan’
mewakili 10 responden yang memilih rakaman video kelas, 3 responden memilih ‘bekalan nota
dan tugasan’ serta seorang responden yang memilih ‘pensyarah yang tahu menggunakan
teknologi’, 22.1% mengatakan pilihan mereka ‘mudah untuk faham’ mewakili 6 responden yang
memilih kelas atas talian dan 9 responden memilih rakaman video kelas, 33.8% responden ‘ingin
mengulang kembali video’ mewakili 23 responden yang memilih rakaman video kelas dan
sebanyak 8.8% ‘menginginkan komunikasi dua hala’ mewakili 6 responden yang memilih kelas
atas talian. Terdapat empat alasan yang mempunyai peratusan yang sama iaitu sebanyak 1.5%.
Alasan-alasan tersebut adalah ‘ingin tengok sebelum kelas atas talian’ oleh satu responden yang
memilih rakaman video kelas, ‘suka mendengar’ oleh satu responden yang memilih kelas atas
talian, ‘pelajar berasa terbeban’ oleh satu responden yang memilih kurangkan tugasan dan tiada
jawapan lain oleh satu responden yang memilih kelas atas talian. Akhir sekali, terdapat 3 alasan
lain yang turut peroleh peratusan yang sama iaitu 4.4%. Ini termasuklah alasan ‘boleh bertanya
melalui Whatsapp’ mewakili 2 responden yang memilih rakaman video kelas serta satu
responden yang memilih ‘bekalan nota dan tugasan, lebih produktif dan berkesan’ mewakili 3
responden yang memilih kelas atas talian dan ‘ingin rasa seperti kelas sebenar’ mewakili 2
responden yang memilih kelas atas talian serta satu responden yang memilih rakaman video
kelas.

Gambar rajah 19

24
Soalan terakhir soal selidik ini mendapati bahawa majoriti responden, 61.8% iaitu
sebanyak 42 orang pelajar tidak bersetuju untuk meneruskan pembelajaran di atas talian
sekiranya tempoh perintah kawalan pergerakan tamat dengan segera. Sebaliknya, sebanyak
38.2% responden iaitu 26 orang bersetuju dengan kaedah pembelajaran atas talian walaupun
tempoh perintah kawalan pergerakan telah tamat.

RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperoleh melalui tinjauan secara dalam talian
yang telah dijalankan, majoriti pelajar yang telah menjawab soal selidik ini adalah dalam kalangan
pelajar yang berusia 20 tahun dan majoritinya adalah pelajar perempuan. Pelajar juga didapati
merupakan pelajar semester 2 dan di bawah aliran Fakulti Sains Kesihatan (FSK). Majoriti pelajar
yang menjawab survey ini juga didapati merupakan pelajar yang menetap di Selangor.

Salah satu objektif kajian lapangan ini adalah untuk mengetahui medium yang digunakan
oleh pelajar untuk sesi pembelajaran dalam talian semasa berada di rumah. Berdasarkan dari
dapatan kajian yang telah diperoleh, majoriti pelajar menggunakan komputer riba sebagai peranti
komunikasi yang digunakan semasa pembelajaran dalam talian. Sebahagian besar dari mereka
telah menggunakan data internet mereka sendiri semasa pembelajaran dalam talian dijalankan.
Pelajar juga didapati menggunakan aplikasi Google meeting atau zoom sebagai medium sesi
pembelajaran mereka. Sebanyak 47.1% pelajar mengatakan bahawa pembelajaran dalam talian
memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran.
Selain itu, sebanyak 35.3% pelajar mengatakan keburukan pembelajaran dalam talian adalah
bahawa mereka akan mengalami sakit mata dan pening kepala semasa pembelajaran dalam
talian dijalankan.

Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenal pasti gangguan yang dialami oleh pelajar
semasa sesi pembelajaran dalam talian sewaktu berada di rumah. Majoriti pelajar iaitu sebanyak
80.9% telah menjawab ‘Ya’ bermakna mereka mempunyai masalah semasa sesi pembelajaran
dalam talian dijalankan. 77.9% pelajar telah memilih jawapan ‘persekitaran yang mengganggu
fokus’ sebagai masalah yang dihadapi mereka semasa berada di rumah. Majoriti pelajar telah
mengatakan bahawa mereka telah meminta bantuan rakan-rakan sebagai cara mengatasi
masalah tersebut. Selain itu, sebahagian besar daripada pelajar iaitu sebanyak 76.5% telah
mengatakan bahawa mereka berasa tertekan apabila masalah ini menimpa mereka sewaktu sesi
pembelajaran dalam talian ini berlangsung. 75% daripada mereka telah menjawab bahawa

25
mereka berharap pensyarah memahami dan tidak memberi tugasan yang banyak sepanjang
sesi pembelajaran dalam talian berlangsung.

Objektif ketiga adalah untuk mengetahui pendapat pelajar tentang cara pembelajaran
yang berkesan semasa berada di rumah. 64.7 % pelajar telah menjawab mereka tidak setuju
akan pembelajaran secara dalam talian kerana mereka tidak dapat fokus di dalam kelas dalam
talian. 64.7% dari mereka berpendapat bahawa ‘Pensyarah merekodkan video dan menghantar
kepada pelajar’ merupakan cara yang berkesan untuk meneruskan pembelajaran semasa berada
di rumah. Kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa dengan cara ini, lebih mudah untuk
mereka memahami dan mengelakkan mereka dari ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Akhir
sekali, sebahagian besar daripada pelajar iaitu sebanyak 61.8% telah mengatakan bahawa
mereka tidak setuju sistem pembelajaran dalam talian ini diteruskan sekiranya tempoh perintah
kawalan pergerakan ini tamat.

LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian merupakan masalah yang timbul semasa kajian sedang dijalankan.
Berdasarkan kajian ini, metodologi yang telah digunakan adalah merupakan penggunaan sistem
online survey yang telah disebarkan melalui Google form, soalan-soalan yang disediakan adalah
berkaitan dengan objektif kajian yang dilaksanakan.

Permasalahan yang timbul dari pelaksanaan kajian ini adalah bilangan responden yang
diperoleh daripada penyebaran online survey ini tidak memuaskan. Hal ini terjadi apabila
segelintir pelajar UiTM Puncak Alam tidak mahu memberikan kerjasama untuk menjawab soalan
survey tersebut. Walaupun penyebaran online survey ini telah disebarkan secara meluas melalui
aplikasi Whatsapp, bilangan pelajar yang sukarela melibatkan diri dalam kajian ini masih sedikit.

Selain itu, kemungkinan responden iaitu dari kalangan pelajar untuk tidak berlaku jujur
semasa menjawab soalan online survey ini juga tinggi. Pelajar mungkin tidak membaca soalan
dengan betul yang menyebabkan mereka menjawab soalan online survey ini secara tidak jujur.
Responden juga didapati terlalu mengikut perasaan semasa memberi pendapat mereka melalui
online survey ini. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara rasional lalu
memberikan jawapan atau pendapat yang tidak menepati kehendak kajian.

Permasalahan yang timbul ini menyebabkan dapatan kajian yang diperoleh melalui kajian
lapangan ini tidak berapa tepat.

26
KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembelajaran atas talian ini merupakan kaedah pembelajaran yang


dilakukan oleh pelajar UiTM Puncak Alam pada masa kini dan semakin giat dijalankan semasa
tempoh perintah kawalan pergerakan. Pembelajaran ini perlu dilakukan bagi membolehkan para
pelajar senang untuk maklumat serta tidak perlu menangguh pembelajaran pada semester yang
akan datang di samping dapat berkomunikasi dengan pensyarah dengan baik

Di samping itu, para pensyarah juga haruslah memainkan peranan bagi membantu
meningkatkan kualiti proses pembelajaran pelajar dengan menyediakan informasi yang berguna
semasa menjalankan pembelajaran atas talian ini. Para pensyarah juga wajarlah prihatin dan
memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menyertai dan mengikuti pembelajaran
ini semasa berada di rumah disebabkan mengalami masalah capaian internet yang rendah.
Selain itu, pensyarah juga haruslah memastikan tidak ada pelajar yang ketinggalan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan.

Akhir sekali, para pelajar dan pensyarah haruslah bekerjasama dan bertolak ansur bagi
membolehkan pembelajaran secara atas talian ini dijalankan dengan baik dan dapat memberikan
kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar semasa berada di rumah. Di samping kerajaan
menangani isu Covid-19 ini, pelajar juga haruslah berjihad dan menuntut ilmu yang perlu
dipelajari dengan memberi komitmen yang penuh semasa pembelajaran atas talian ini
berlangsung.

27
BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

Amiruddin, Ahmad Zaki & Hassan, Ahmed & Rahman, Ahmad & Rahman, Nor & Abu Bakar,
Shahriman. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada quizzlet.com. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/306378709_PENGGUNAAN_APLIKASI_ATAS_T
ALIAN_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BAHASA_KETIGA_PENGENA
LAN_KEPADA_QUIZLETCOM
Bunyan, John (2020). "PM: Malaysia under movement control order from Wed until March 31,
all shops closed except for essential services". The Malay Mail. Diarkib daripada yang
asal pada 16 March 2020. Dicapai pada 16 March 2020.
Embi, M. A. (Ed.). (2010). Rumusan Amalan, Trend dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran
di IPT Malaysia. Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran Di
IPT Malaysia, 1st Edition.
Harits Asyraf Hasnan. (2020, April 20). Masalah internet, infrastruktur P&P di rumah jadi keluhan
rakyat Malaysia - Kajian. Retrieved from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/masalah-internet-infrastruktur-p-p-di-rumah-jadi-keluhan-rakyat-malaysia-
kajian-237984
Hasifah Abdul Aziz. (2011).Keberkesanan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-
learning.Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10041_c8e6939a6eba
4813b53038f343245023.pdf
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-Pembelajaran
Dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor, 1(1), 74-82.
Retrieved from http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/74-
82_Vol.1_No.1_2017-1.pdf
Ismail Zain. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber.Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nor Hidayati Mokhtar. (April,2020). Pembelajaran Atas Talian untuk Pembelajaran Sepanjang
Hayat. Retrieved from https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-
pembelajaran-sepanjang-hayat/
Mohamad Idham Md RazaK.(April,2020).COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan
ke arah menuju Malaysia maju. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid-19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-
maju-237496
Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin, Razali Hassan. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan ‘Streaming Video’ bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad ke-
21. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_berasaskan
_streaming_video.pdf

28
Suriyati, Merhayati & Fazlin. (2006). BAB 6: INSTRUMEN KAJIAN/ALAT PENGUKURAN
INSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE CONSTRUCTION FOR
PREUNIVERSITY RESEARCH). Universiti Putra Malaysia. Retrieved from http://hipotesisfpp
2012.blogspot.com/2012/12/bab-6-instrumen-kajianalat-pengukuran. html?m=1
Wan Aziaris Aziz. (2015). Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera, EDX,Futurelearn).
Retrieved from http://www.ukm.my/wadahict/pembelajaran-atas-talian-epsa-coursera-
edxfuturelearn/
Yusup Hashim. (Oktober,2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang Berkesan. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/282642078_Penggunaan_e-
Pembelajaran_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_yang_berkesan_Profesor_Dr_Yu
sup_Hshim_Asia_e_University_Kuala_Lumpur
Zain Hazmi Zain Baharin. (2008). Keberkesanan Pembelajaran dalam Talian dan Kesannya
Terhadap Kepuasan Belajar dan Pencapaian Pelajar di Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Ipoh. Retrieved from
http://ir.upsi.edu.my/2850/1/Keberkesanan%20pembelajaran%20dalam%20talian%20da
n%20kesannya%20terhadap%20kepuasan%20belajar%20dan%20pencapaian%20pelaj
ar%20di%20institut%20pendidikan%20guru%20malaysia%20kampus%20ipoh.pdf

29
Lampiran

Berikut adalah lampiran hasil kajian kami yang memuatkan borang soal selidik

30
31
32
33

Anda mungkin juga menyukai