Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam oleh Siti Zalikhah Md. Nor. Kuala
Lumpur: Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Cetakan Kedua. 1996. 129 hlm.
Islamiyyat 20
Buku ini pada dasarnya ditujukan kepada umat Islam Malaysia khususnya untuk
mereka memahami apakah landasan dasar dalam pembentukan institusi
perkahwinan selaras dengan jalur-jalur yang sudah tersedia di dalam Islam.
Keterikatan di dalam perkahwinan adalah menjadi kunci di dalam perkem-bangan
ummah selaras dengan ungkapan-ungkapan yang digembar-gemborkan pada
dewasa ini iaitu ‘Rumahku syurgaku’.
Pengarang telah membahagikan penulisan beliau kepada sebelas bab. Pembahagian-
pembahagian bab ini dapat membantu khalayak untuk memahami setiap isu yang
ingin dibahaskan. Daripada judul-judul bab yang diberi, kita dapat merumuskan
bahawa pengarang ingin merealisasikan sesebuah perkah-winan yang ideal
seharusnya berlandaskan ciri-ciri keislaman. Segala kemelut dan keruwetan di dalam
rumah tangga dilihat berpunca dari ketidakfahaman yang berkaitan dengan peranan
yang harus dimainkan oleh setiap individu yang berkaitan sama ada si menantu,
anak, kedua orang tua di dalam sesebuah rumah tangga. Hubungan di antara
individu di dalam sesebuah rumah tangga turut disentuh oleh pengarang
sebagaimana yang tertulis pada halaman 8 yang memaparkan perhubungan secara
vertikal dan horizontal.
Pengarang memberatkan kepada prinsip-prinsip perkahwinan ideal dari perspektif
Islam yang saya kira sudah diketahui umum seperti paparan yang diberikan pada
bab satu mengenai tujuan perkahwinan iaitu ‘perkahwinan ada-lah untuk memenuhi
fitrah emosi manusia seperti mendapat ketenangan jiwa dan kasih sayang’
sebagaimana yang diungkapkan di dalam al-Qur’an, surah al-Rum 30:21. Tujuan-
tujuan perkahwinan menurut syarak turut dihuraikan lagi di halaman 26 dengan
meletakkan lima perkara seperti – sebagai suatu cara penghalalan hubungan di
antara lelaki dan perempuan, suatu sistem yang diiktiraf, suatu bentuk agihan
tanggungjawab, memperkembangkan muhibbah dan sebagai benteng pertahanan
moral. Pengarang tidak memperincikan setiap satu tujuan ini secara lebih jitu.
Mungkin pengarang hanya ingin memaparkan landasan sebenar yang dituntut oleh
Islam.
Selain itu pengarang juga turut membincangkan ketidak keberkesanan konsep
kekeluargaan sebagaimana yang disarankan oleh Islam (halaman 10). Pada
pandangan saya bahagian ini pengarang sebaiknya memperluaskan secara lebih
terperinci faktor-faktor ketidakberkesanan ini dan tidak hanya menulis seperti: …
kursus-kursus perkahwinan harus diberi perhatian di samping mengemaskini kursus
berkenaan. Sejauh ini sememangnya amat banyak kursus perkahwinan diadakan
tetapi kesannya seperti perceraian, penderaan di dalam keluarga masih terus
berlaku. Di sini kita persoalkan di mana silapnya? Adakah peserta kursus atau
jentera kursus yang dikendalikan itu kurang keber-kesanannya atau kurang
impaknya. Teknik mengemaskini sebaiknya disentuh dengan memberi saranan-
saranan yang jitu. Hal ini dapat disamakan dengan ungkapan “Jagalah kebersihan
supaya sihat!”, tetapi tidak dihuraikan apakah langkah-langkah yang harus diambil
berdasarkan umur, jantina dan lingkungan.
Untuk meneliti kelangsungan perkahwinan secara ideal menurut wadah yang
ditetapkan Islam pengarang telah meneruskan penulisan dengan me-maparkan
ketepatan pemilihan calon menantu sama ada yang perempuan atau lelaki
berdasarkan sifat-sifat yang dianjurkan oleh syarak (halaman 27).
Pengarang telah memaparkan ciri khusus sejak institusi perkahwinan ini bermula
dengan menampilkan cara pemilihan pasangan yang dikaitkan dengan sistem
lamaran. Di sini pengarang hanya menyentuh kepada satu pihak sahaja iaitu lelaki
meminang wanita. Saya dapati tidak disentuh kalau wanita yang meminang lelaki
sebagaimana yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah kepada Nabi besar Muhammad
(s.a.w.). Mungkin ini jarang berlaku tetapi saya kira suatu kewajaran untuk disentuh
dan dilihat pula dari perspektif Islam. Lebih-lebih lagi dari senario budaya Melayu
yang berpegang kepada prinsip ‘perigi tidak akan mencari timba dan lesung tidak
akan mencari alu’. Dengan ketetapan yang sedemikian dapat menghindarkan diri
dari terjerumus ke dalam gejala kumpul kebo (sekedudukan) dan perkara seperti ini
amat sering dilukiskan di dalam pantun Melayu:
Umumnya, sesebuah penulisan dapat dilihat kepada dua segi, iaitu ciri-ciri luaran dan
ciri-ciri dalaman. Dari segi luaran, sesebuah penulisan seharusnya mempunyai struktur
yang terdiri daripada bahagian pendahuluan, isi dan penutup.
Bahagian Pengenalan:
Bahagian ini memperkenalkan secara implisit dan eksplisit akan isu atau persoalan yang
menjadi tajuk penulisan itu. Perlulah bahagian ini dipersembahkan dengan gaya yang
menarik dan bertenaga untuk memberangsangkan minat dan menarik tumpuan perhatian
pembaca kepada tema penulisannya. Sekiranya penyampaian dalam bahagian ini hambar
maka minat atau perhatian pembaca tidak akan tekal bagi meneruskan pembacaannya.
Sebagai bahagian pengenalan, bahagian ini mestilah memperlihatkan perkaitan yang
rapat dengan judul penulisan supaya pembaca dapat tahu dengan cepat akan isu, aspek,
butiran dan pendekatan yang diketengahkan oleh penulisan itu.
Bahagian Isi/Penghuraian.
Bahagian ini memperkembangkan dan membicarakan judul yang menjadi fokus
penulisan secara mendalam. Dalam bahagian ini akan dimuatkan segala fakta,
pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan hujah berhubung dengan judul sesebuah
penulisan.
Di sini dipenuhkan dengan segala pembahasan yang bermaksud menghurai jalan fikiran,
keterangan-keterangan dan segala data yang berkaitan dengan persoalan (tajuk/kehendak
soalan). Dalam kata lain, bahagian ini mengisi pembahasan problematik secara terperinci
dan tepat.
Bahagian Kesimpulan
Bahagian yang mengisi ikhtisar (resume) yang ringkas mengenai inti persoalan dan inti
kesimpulan. Yang penting diperhatikan ialah, bahagian ini menyampaikan kesimpulan
yang bertalian dengan pokok masalah (yang dimaksudkan oleh soalan/judul) dan (ii)
kesimpulan itu hanyalah mengenai soal-soal yang telah dibahas dan yang
diperlengkapkan dengan bukti-bukti (seperti terhurai dalam bahagian isi). Selain itu,
umumnya, teknik membuat kesimpulan ini sangat berkait rapat dengan jenis penulisan
yang diterapkan oleh penulis. Contohnya, jika penulisan itu jenis deskriptif, penutupnya
mestilah dapat memberikan gambaran keseluruhan (total impression) tentang isu yang
dibicarakan. Jika penulisan itu jenis penceritaan (narration), penutupnya haruslah dapat
memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang bermakna. Jika penulisan itu jenis hujahan
(argumentative), maka penutupnya mestilah merumuskan bukti-bukti penting
(kecondongan penegasan hujah tertentu dilakukan). Jika penulisan itu jenis bujukan
(emotional appeals/Persuasion), penutupnya mestilah merumuskan tindakan-tindakan
yang diharap akan diambil oleh pembaca.
Penulisan Ulasan Artikel — Document Transcript
1. Ulasan Artikel Visualisasi Menerusi Sistem Berasaskan Pendekatan
Pembelajaran Situasi Dalam Persekitaran Autentik Dalam Mempelajari
Rekabentuk Infrastruktur Rangkaian Komputer Bagi Program Perguruan Noor
Azean Atan & Zaidatun Tasir (Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, 81310, Skudai,Johor) Pengenalan. Artikel ini adalah berkenaan
membangunkan satu rangkaian komputer yang menggunakan visualisasi dalam
persekitaran autentik berasaskan pendekatan pembelajaran situasi bagi membantu
guru-guru pelatih untuk mendapatkan latihan yang cukup. Penyelidik menyatakan
adalah penting bagi guru pelatih untuk mengaplikasikan segala teori dan
kemahiran yang dipelajari secara berkesan pada situasi sebenar. Penyelidik
berpendapat penggunaan dan infusi pembelajaran berasaskan komputer serta
kemudahan pengaksesan kepada internet dalam pengajaran dan pembelajaran
telah berkembang dan merubah strategi pengajaran di dalam dunia pendidikan,
sekaligus merubah kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Ini kerana
Pembelajaran sebenarnya merupakan suatu proses interaksi dengan dunia sebenar,
iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi informasi baru yang
diterima, seterusnya menghubungkaitkan pada konteks kehidupan. Isu dan
Persoalan Kajian Menurut penyelidik, berdasarkan kajian-kajian lepas
menunjukkan guru pelatih perlu mahir dalam ICT sebagai persiapan untuk
memantapkan kerjaya di masa hadapan. Oleh itu mereka seharusnya memperoleh
kemahiran teknikal secara praktis dan pemahaman melalui teori berkenaan
penggunaan ICT dalam profesion perguruan mereka. Ianya secara tidak langsung
menuntut guru-guru ini sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa
serta mampu mengusainya agar pembelajaran yang dijalankan adalah sentiasa
segar dan dapat menarik minat murid secara berterusan. 1
2. Dalam pernyataan masalahnya, penyelidik mengutarakan perlunya rangkaian
komputer dibangunkan menggunakan visualisasi dalam pembelajaran autentik
kerana Pembelajaran secara konvensional dimana pelajar secara pasif menerima
sahaja maklumat yang diberikan adalah tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran
yang memerlukan perkaitan dan berasaskan kepada dunia sebenar. Begitu juga
dengan subjek-subjek sains komputer yang dilihat mengalami pelbagai masalah
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran konsep kandungannya agar
pelajar secara langsung dapat mengaitkan pengaplikasiannya pada situasi sebenar.
Objektif Kajian Makanya dalam kajian ini penyelidik menetapkan tiga objektif
utama kajian iaitu mengenalpasti konsep persekitaran pembelajaran autentik yang
berasaskan kepada ciri-ciri rekabentuk pembelajaran situasi, membangunkan
sebuah sistem pembelajaran interaktif menerusi web berdasarkan ciri rekabentuk
pembelajaran situasi, tugas autentik serta penggunaan media visual dan menilai
keberkesanan sistem pembelajaran berasaskan kepada persekitaran pembelajaran
autentik bervisualisasi menerusi web. Metodologi Kajian Kajian ini akan
dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif.
Instrumen yang akan digunakan pula adalah temubual dan soal selidik. Bagi
menjayakan kajian ini responden yang terlibat sebagai sampel adalah pelajar-
pelajar sarjana muda pendidikan tahun dua Universiti Teknologi Malaysia yang
mengambil matapelajaran Pengenalan Kepada Telekomunikasi dan rangkaian
komputer. Kepentingan Kajian Bersandarkan kerangka teori yang digunakan,
penyelidik dengan jelas menyatakan kepentingan kajian ini adalah untuk
membantu pihak fakulti dan pensyarah lain dalam pemilihan pendekatan/ strategi
pengajaran yang bersesuaian dalam membangunkan/menyediakan bahan bantu
mengajar serta persekitaran pembelajaran yang efektif dan kondusif kepada
pelajar-pelajar. Manakala dalam konteks pelajar pula, hasil dari prototaip sistem
pembelajaran ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari subjek
rangkaian komputer dengan lebih jelas serta mampu menghubungkaitkannya
dengan keadaan sebenar, seterusnya memperbaiki pencapaian pelajar dalam
subjek ini dari segi teoritikal dan praktikal. 2
3. Kesimpulan Melalui gabungan pendekatan pembelajaran menerusi situasi
dalam persekitaran autentik bagi pembinaan sistem pembelajaran interaktif untuk
kajian ini, pelajar dapat mempelajari rekabentuk infrastruktur rangkaian komputer
dengan lebih jelas lagi dengan pengaplikasian media visual berdasarkan prinsip-
prinsip rekabentuknya, dan seterusnya mampu mempertingkatkan tahap literasi
visual pelajar daripada pemikiran visual, pembelajaran visual kepada komunikasi
visual. Ini kerana pembelajaran melalui pendekatan situasi yang menekankan
kepada persekitaran sebenar (autentik) sememangnya dapat memberikan
pengalaman yang paling hampir kepada pengalaman sebenar. Melalui sistem
rangkaian yang dibangunkan kelak, ia bukan sahaja menjadi tempat para guru
pelatih menajamkan kemahiran ICT dan pedagogi sekaligus, namun ia juga
menjadi medan untuk mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang mantap
dalam pengisian pengajaran dan pembelajaran mereka nanti. 3
Panduan menulis
ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_ — Document
Transcript
1. LAMPIRAN PANDUAN MENULIS ULASAN KRITIS (CRITICAL
REVIEW) 1. Tujuan menulis ulasan kritis. Ulasan kritis ialah suatu tugas menulis
yang memerlukan anda membuat kesimpulan dan menilai sesuatu teks. Ulasan
kritis boleh dilakukan terhadap sebuah buku teks, satu bad atau suatu artikel.
Menulis ulasan kritis memerlukan anda membaca teks yang dipilih dan juga
membaca teks lain yang berkaitan supaya anda dapat mepamerkan penilaian yang
adil dan munasabah tentang teks yang dipilih. 2. Apakah yang dimaksudkan
kritis ? Kritis tidak bermaksud mengkritik dengan cara yang negatif. Anda perlu
menyoal maklumat dan pendapat dalam sesuatu teks serta menyampaikan
penilaian atau keputusan (judgement) tentang teks itu. 3. Apakah yang
dimaksudkan dengan penilaian atau keputusan (judgement) ? Anda menilai
kekuatan dan kelemahan sesuatu teks berdasarkan kriteria yang spesifik. Penilaian
melibatkan pemahaman isi kandungan, matlamat, sasaran dan struktur teks. 4.
Format / Langkah dalam menulis ulasan kritis 4.1 Pengenalan Panjang
pengenalan biasanya satu perenggan sahaja. Pengenalan mengandungi perkara-
perkara berikut : (i) Nama pengarang artikel (ii) Tajuk artikel (iii) Isi-isi penting
artikel (iv) Kenyataan ringkas penilaian anda sama ada positif atau negatif atau
kedua-duanya 4.2 Ulasan Kritis (i) Penilaian dan perbincangan kekuatan (positif)
artikel (ii) Penilaian dan perbincangan kelemahan (negatif) artikel (iii) Ulasan
kritis yang baik memetik sumber / rujukan untuk menyokong penilaian anda. (iv)
Huraikan cara bagaimana maklumat dalam artikel boleh membantu seorang guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah 4.3 Kesimpulan
Nyatakan semula pendapat keseluruhan dan ringkasan penilaian anda tentang
artikel. /CHF
Contoh ulasan artikel
The Singapore Executive: Stress, Personality and Wellbeing
Janice T.S. Ho
1. Latar Belakang
Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Janice T.S. Ho terhadap para
eksekutif Singapura berkaitan dengan tekanan, personaliti dan kesejahteraan dalam
pekerjaan. Para eksekutif dipilih dari syarikat-syarikat kewangan, bank dan juga insurans.
Artikel ini diterbitkan di dalam Journal of Management Development (1995). Tujuan
artikel ini ialah untuk mendapatkan gambaran tentang tekanan pekerjaan `occupational
stress’ yang menarik perhatian di kalangan ahli psikologi dan organisasi-organisasi besar
khususnya di sektor perkhidmatan dalam bidang perniagaan. Antara pembolehubah yang
telah dipilih dalam kajian ini ialah personaliti, pengalaman tekanan, gaya daya tindak
(coping) dan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan.
2. Sasaran Pembaca
Berdasarkan tajuk dan juga fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para akademik dan
professional yang berminat terhadap kajian yang berkaitan dengan bidang psikologi dan
juga pengurusan. Cara penyampaian maklumat dan ilmu memerlukan kefahaman dan
pengetahuan dalam bidang berkenaan dan penggunaan statistik inferens. Oleh itu
pembaca dari golongan bukan akademik dan profesional agak sukar untuk memahami
keseluruhan artikel tersebut. Justeru itu, penerbitan artikel ini dalam jirnal yang berwasi
bersesuaian dengan sasaran pembacanya.
a) Tema
Tema utama artikel ini ialah permasalahan tekanan yang dihadapi oleh para eksekutif di
dalam sektor perniagaan khususnya di bidang perbankan, insurans dan kewangan dan
kaitannya dengan personaliti eksekutif di Singapura.
b) Tesis
Penulis tidak menunjukkan secara langsung tentang pendiriannya berkaitan dengan
tekanan pekerjaan di kalangan eksekutif di Singapura. Penyelidik artikel tersebut hanya
mensintesiskan dapatan kajiannya dengan hasil kajian-kajian orang lain. Hanya
pernyataan umum (generalization statements) berkaitan dengan status personaliti dan
perbezaan tekanan mengikut sektor perniagaan tersebut.
e) Kerangka Konseptual
Artikel ini tidak secara jelas menerangkan kerangka konseptual kajian. Hanya ditentukan
pembolehubah-pemboluhubah yang dipilih berdasarkan kajian-kajian lepas.
Pembolehubah-pembolehubah yang dipilih ialah personaliti, tekanan pekerjaan,
kesejahteraan individu, strategi mengatasi serta demografi responden.
f) Kandungan
Penyelidik menggunakan isu semasa untuk memulakan kajian. Bagi penyelidik
permasalahan tekanan dan juga personaliti merupakan fenomena yang mempengaruhi
jenis perkajaan dan pekerja dalam sesebuah orangisasi. Ini bermakna kajian ini penting
untuk menunjukkan bahawa pekerjaan jenis perniagaan dan diterajui oleh eksekutifnya,
isu personaliti serta tekanan meruapakan isu sejagat seperti yang dipetik di dalam laporan
kesihatan pekerjaan (Occupational Health) oleh World Health Organization (1950 dan
1985).
g) Fakta Utama
Saya bersuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan satu
siri dapatan kajian orang lain serta dikukuhkan lagi dengan dapatan penyelidikan sendiri.
Ini sekali gus kita membenarkan atau memperakukan bahawa personaliti dan tekanan
senatiasa melanda kepada sesiapapun.
h) Gaya Penulisan
Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan
penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri
perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang
digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang
memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan
penyeldidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format Gaya APA.
i) Kredibiliti Kandungan
Penyelidik ada meneroka isu-isu berkaitan dengan mengemukakan pandangan dan
pendapat para psikologi dan juga psikiatrik dari pelbagai sumber. Malah penyelidik juga
mengemukakan dapatkan kajian melibat negara-negara dari barat dan timur sebagai
perbandingan. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba mengesahkan sama ada dapatan
kajian di Singapura mempunyai persamaan dengan dapatan kajian-kajian lain.
4. Kesimpulan
Saya dapati artikel sesuai digunakan sebagai salah satu hasil penyelidikan yang
melibatkan pengurus pihak atasan. Kita dapati pihak pengurusan atasan memerlukan
ruang, masa dan tempat untuk menyediakan diri sebelum menceburi bidang-bidang yang
mencabar emosi, rohani dan intektual. Tekanan kerja, cara atasinya dan juga imej kendiri
perlu dipupuk dan dimantapkan lagi supaya kesediaan ini tidak menjadi halangan atau
shock dengan kerjaya ini.
Teori pembelajaran dan pengajaran
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan
isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan
bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh
guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara
berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses
pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan
oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui
pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik
pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik
menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik
perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.
Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar,
guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-
konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-
contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu
dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya.
Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan
lain-lain.
3. Memory
Address three pressing problem you have faced in your class and solve these
problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya
tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak
sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam
pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza.
Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama
ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran
mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut
pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c.
kematangan emosi
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan
kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980)
metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada
seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal
proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang
pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari,
mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih
baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model
‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah
merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan
menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer
menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu
sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill
used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation
seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”.
Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam
mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah
fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin
menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang ,
memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan
menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam
penyelasaian masalah tersebut.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara
tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.