(MODEL UPSI)
KRITERIA MAKLUMAT
U - Understanding (Pemahaman) Murid dapat menyatakan dan melakukan kemahiran-kemahiran asas yang
ada di dalam acara sukan lompat kijang dengan cara yang betul serta
menyatakan otot-otot utama yang digunakan semasa melakukan lompatan.
Dengan melakukan teknik yang betul semasa lompatan dibuat, pelajar
dapat mengelak daripada melakukan kesalahan dan kecelakaan. Hal ini
berkait rapat dengan objektif yang telah di tetapkan berteraskan domain
pengajaran iaitu psikomotor,kognitif dan afektif. Justeru, aspek ini secara
tidak langsung dicapai dengan baik.
Ulasan Keseluruhan:
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Murid dapat
mengikuti semua aktiviti yang di rancangkan. Untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, sebelum
memulakan kelas, murid diminta untuk memanaskan badan dengan sempurna dan melakukan ansur maju dengan
lebih kerap supaya mengelakkan kecederaan
Disediakan oleh:
luqmanbukhari
( Muhamad Luqman Bukhari B Borhanuddin)
STANDARD PENYATAAN
KRITERIA DEFINISI OPERASI
U - Understanding (Pemahaman) - Mengupas sejauh mana tahap pengetahuan murid bagi objektif
yang telah ditetapkan berdasarkan domain pengajaran iaitu
kognitif, psikomotor dan afektif.
- Penilaian perlulah berpandukan kepada aspek kejelasan dan
pengukuran objektif yang jelas serta boleh diukur.
P - Procedure (Prosedur) - Melihat proses pengajaran yang terancang dengan mengambilkira
konsep pelaksanaan aktiviti atau penyampaian maklumat daripada
aras rendah ke aras sukar.
- Sejauhmana murid dapat mengikuti aktiviti yang telah dirancang.
S - Strategy (Strategi) - Sejauhmana strategi pengajaran yang digunakan bersesuaian
dengan murid berdasarkan topik pembelajaran.
- Adakah pendekatan startegi pengajaran sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran memberikan keseronokan kepada
murid untuk terus belajar.
I - Intervention (Peneguhan) - Adakah murid yang tidak menguasai diberikan intervensi khas agar
tidak ketinggalan dengan murid yang lain.
- Apakah kaedah yang digunakan bagi mengatasi murid yang tidak
dapat menguasai pembelajaran semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ulasan Keseluruhan - Komen secara keseluruhan proses penhgajaran dan pembelajaran.
- Adakah perancangan dalam rangcangan pengajaran harian dapat
dilaksanakan seprti yang telah ditetapkan.
- Saranan pengajaran dan pembelajaran akan datang.