Anda di halaman 1dari 4

Tutorial Bab 2 (L05)

1. Bincangkan pendidikan dalam Tamadun Islam meliputi:-

i. zaman Rasulullah

Pendidikan Islam bermula sejak Nabi Muhammad menerima wahyu kerasulannya dan
kenabian. Setelah mendapat wahyu baginda terus menyeru dan membimbing
masyarakatnya supaya melakukan sesuatu yang baik dan menghindari diri daripada
perbuatan keji. Pendidikan yang diberikan oleh Rasulullah adalah untuk membentuk
peribadi yang mulia dan hidup bersaudara mengikut ajaran yang diterima oleh baginda
daripada wahyu. Ini merangkumi berbuat baik, berlaku adil, berkasih sayang, sabar,
amanah, jujur, bertawakkal, sanggup berjuang pada jalan Allah serta bertaubat apabila
melakukan kesalahan.

Tujuan pendidikan tersebut adalah untuk membentuk Sahsiah Islamiah yang tulen
serta mampu berjuang bagi menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci di muka
bumi ini. Disamping itu, pendidikan yang disampaikan oleh Rasulullah bergantung
kepada wahyu daripada Allah itu sendiri. Selain itu, kelahiran pendidikan Islam adalah
merupakan satu era baru bagi dunia pendidikan yang ada pada masa Nabi Muhammad.

ii. zaman Khulafa Al Rasyidin

Sistem pendidikan yang dijalanakan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah


berkembang dengan baik dan memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem
pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad. Pada zaman baginda,
Negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Selain itu, pusat
pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan
Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah
tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.

Selain ilmu al-Quran dan Hadis, pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’
al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq,
bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan. Di samping itu, pada zaman Khulafa
al-Rasyidin ada juga ilmu fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang
dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta
menghafaz dan mengingat beberapa surah.

iii. zaman selepas Khulafa Al Rasyidin.


Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah pula, perkembangan pendidikan bermula
denganmelalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam Bahasa Arab.
Pembinaanbaitulhikmah di Baghdad pada zaman Harun al-Rasyid merupakan institusi
keilmuan yangmencapai kegemilangannya semasa zaman Khalifah al-Ma’mun. Aktiviti
penterjemahanmencapai zaman kemuncaknya pada zaman ini dan kerja-kerja
penterjemahan juga menjadi lebihsistematik dengan penterjemah bekerja secara
berkumpulan dan diawasi oleh seorang pelaras.

Pada zaman Kerajaan Uthmaniyah, sistem pendidikan yang berjaya menjadi sistem
yangpaling berpengaruh terhadap perkembangan tamadun Islam ialah sistem madrasah.
Selain itu,sistem pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik, maktab tentera,
maktab teknik,kolej perubatan dan sekolah sastera juga memainkan peranan sebagai pusat
sistem pendidikanpada tamadun ini.

2. Bincangkan pemerintahan dan pentadbiran dalam Tamadun Islam meliputi:-

i. zaman Rasulullah

Rasulullah berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan


oleh Allah dalam pemerintahannya. Hukum yang berkaitan dengan aspek politik,
pentadbiran, undang-undang, ekonomi, social, pendidikan dan kekeluargaan. Seterusnya,
Rasulullah melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara mesyuarat dan
perundingan seperti yang diperintahkan oleh Allah. Walaupun baginda seorang rasul dan
orang yang paling mulia, baginda tetap meminta pandangan sahabat-sahabat baginda dalam
menjalan pentadbiran. Rasulullah juga mempraktikkan syura dalam peperangan baginda,
contohnya ketika menentukan kedudukan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh
dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Baginda berbincang dengan para sahabat dan
menerima pandangan sahabat tentang kedudukan yang paling baik bagi tentera Islam.

Bagi melicinkan pentadbian Negara, Nabi Muhammad telah menggubal Piagam


Madinah. Piagam tersebut mempunyai 47 fasal yang terkandung perkara-perkara yang
berkaitan dengan orang Islam dan bukan Islam yang tinggal di Madinah. Piagam Madinah
menjadi teras peraturan kepada masyarakat yang berbilang kaum.

ii.  zaman Khulafa Al Rasyidin

Kerajaan khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 dan kerajaan
ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad. Gelaran Khulafa’ al-Rasyidin
digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad. Selain itu,
dalam kerajaan Islam pemerintahan tertinggi ialah Khalifah. Kekuasaan tersebut tidak
bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura, iaitu
keputusan dibuat melalui suara majority. Anggota syura dilantik daripada kalangan para
sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Khalifah juga
merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Seterusnya, ibu pejabat baitulmal bagi
mengendali segala sumber pendapatan dan perbelanjaan nergara. Laporan kewangan daripada
tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Negara Islam telah
dibahagikan kepada 10 daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund,
Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya
diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab yang berjaya meluaskan
kuasa. Negara Islam dibahagiakan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah,
Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan
mempunyai pusat pentadbiran masing- masing. Untuk memastikan urusan pertadbiran
berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokasi yang
sistematik. Setiap wilayah menpunyai Gabenor sebagai ketua dan akan dibantu oleh pegawai-
pegawai lain seperti setiausaha tentera, pegawai cukai, pegawai polis, pegawai
perbendaharaan Negara dan seorang kadi.

iii.  zaman selepas Khulafa Al Rasyidin.

Selepas berlaku Peperangan Siffin (Peperangan Saudara) maka di situlah permulaan


Kerajaan Bani Umaiyah. Selepas Khalifah Ali Bin Abu Talib meninggal dunia pada tahun
661M, maka berakhirlah kaedah pelantikan khalifah mengikut sistem syura. Kaedah ini telah
digantikan dengan sistem warisan, iaitu jawatan pemerintahan diwarisi secara turun-temurun.
Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Pemerintahan Monarki. Pada zaman Kerajaan Bani
Umaiyah, pusat pemerintahannya berpusat di Damsyik. Pada peringkat awalnya, Kerajaan
Bani Umaiyah sangat mementingkan orang Arab dalam pemerintahannya. Ianya dapat dilihat
dari sudut perjawatan dalam pentadbiranya yang dikuasai para pegawai dari keturunan Arab.

Kerajaan Abbasiyah pula telah dipengaruhi kebudayaan parsi dalam sistem


pemerintahan. Jabatan perakaunan telah diwujudkan bagi menjaga ekonomi Negara dan
sistem mata wang yang diperkenalkan ketika ditadbir oleh Abu Jaa’far al Mansur. Pusat
pemerintahan juga telah dipindah ke Bahgdad. Pada pemerintahan Harun al Rasyid, Negara
Islam telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Perancis. Beliau telah memindahkan
kuasa pentadbiran daripada orang Parsi kepada orang Arab dan dimusuhi oleh Syiah. Pada
masa ini juga bidang astronomi berkembang pesat.

Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah diasaskan oleh
Osman I, yang turut juga dikenali dengan nama Osman Gazi Khan dan Osman I El-Gazi
(1258-1324). Beliau merupakan pengasas kepada Kerajaan Uthmaniyyah dan mengasaskan
Empayar pemerintahan tersebut. Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan tenteranya
untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk pada tahun 1299. Bermula dari itulah
beliau telah membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada
kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang
berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut. Golongan Byzantine yang merasai
kehangatan kehadiran Osman di Turki, sebahagian mereka telah mengambil pendirian untuk
meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampunganperkampungan countryside
dalam negara yang dikenali sebagai Anatolia. Kepimpinan Osman Gazi ini telah membuka
ruang yang besar kepada kerajaan yang diasaskan oleh beliau untuk terus menyebarkan Islam
dengan menguasai wilayah-wilayah penting di sebelah Asia dan Eropah. Penguasaan ke atas
beberapa kota sebelum kematiannya juga memberikan gambaran betapa pasukan pimpinan
beliau merupakan satu pasukan yang hebat dengan membawa misi jelas ke pelosok dunia.

Anda mungkin juga menyukai