Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

[35 markah]

Soalan 1 – Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata akronim. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkn bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Ketibaan tahun 2017 disambut erat bersama-sama cabaran dan harapan yang baru untuk meneruskan
kelangsungan hidup, namun begitu kita masih sedih apabila mendengar berita tentang pembungan bayi yang
terpampang di dada akhbar tempatan. Adakah semakin maju sesebuah negara itu, semakin terhakis nilai
kemanusiaan masyarakat?

Secara purata, sebanyak 1500 kes remaja hamil luar nikah dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan
dalam negara. Jabatan pendaftaran negara (JPN) merekodkan sebanyak 323 047 orang anak tidak sah taraf dari
tahun 2010 hingga 2015 . Bahana seks bebes dan malu memikul tanggungjawab seorang ibu anak tidak sah taraf
menjadi antara faktor jenayah pembuangan bayi di negara ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “ Buang Bayi Umpama Buang Sampah”
Oleh Dalila Roslan, Dewan Masyarakat , Februafi 2017)
[6 markah]

Soalan 2 – Sintaksis

Berdasarkan petikandi bawah, kenal pasti dan tulis dua ayat tunggal yang lengkap bagi tiga ayat majmuk yang
anda pilih seperti yang berikut:

Ayat majmuk : _______________________________________________________________________________

Ayat tunggal : _______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Udara sejuk menyapa tubuhku di luar. Walaupun semua tingkap dan pintu masih belum dibuka, hening
pagi masih lagi dapat dirasai dalam kediaman kami sekeluarga. Cahaya matahari subuh sudah meninjau sediki8t
ke dalam runag tamu. Patutlah ibu sudah bising, bisikku kepada diri sendiri. Topi keledar dank unci motosikal
ayah sudah tiada di atas almari. Baju kerjanya pun masih belum kulihat dari kelmarin. Aku masih ingat lagi
peristiwa itu. Hari pertama aku di sekolah. Ibu telah menghantarku bersama-sama kakak pada masa itu. Ayah
tidak dapat dating kerana rakan sekerjanya bercuti untuk menghantar anaknya ke asrama.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Surat untuk Kakak” oleh Muhammad Zahir Mad
Shah, Dewan Siswa, Oktober 201 7)
[6 markah]

Soalan 3 – Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan Bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan Bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1

Keistimewaan Malaysia dapat diperhati melalui budaya penduduknya, perusahaannya, tempat-tempat sejarah
yang unik, dan keindahan alam semulajadi. Semua keistimewaan-keistimewaan tersebut menjadi faktor
pendorong kepada kedatangan pelancong ke dalam negara kita. Bagi menggalakkan lagi kedatangan mereka,
langkah-langkah yang wajar dan program terancang harus terlaksana, seperti membuka tempat-tempat rekreasi
yang baharu dan berpotensi, serta melaksanakan pembangunan di kawasan pelancongan. Hal ini termasuklah
menyediakan pra-sarana dan kemudahan penginapan untuk kegiatan pelancongan, serta mengekalkan tempat-
tempat bersejarah.
[6 markah]

Petikan 2

“Aku rasa peperiksaan matapelajaran Sejarah hari ini paling susah sekali jika mahu dibandingkan dengan
peperiksaan sebelum ini, “ keluh Amir tentang peperiksaan tadi kepada Rohana.

“Inilah masalahnya bila kita cepat putus asa, Mir! Kita masih ada masa untuk perbaiki kelemahan kita,” Rohana
memberi kata-kata semangat kepada Amir.

“Banyak teknik menjawab soalan yang sudah diberikan oleh Cikgu Hanapi. Mungkin kelemahan aku dari segi
menhafaz fakta-fakta penting,” kata Amir.

“Sabarlah, sahabat. Mohon doa kepadanya, ya,” Rohana memulihkan semangat Amir dengan nasihatnya.

[5
markah]

Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawalsemalam tadi,
seorang puntak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Maka titah baginda, “Apatah
sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Maka baginda murka sedikt akan Temenggung. Maka
baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
[6 markah]

Soalan 5 – Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.

Dr. Hameed: Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana
sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesame jiran.
Rajesh : Betul, Dr. Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malah kita hendaklah
sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.
Mei Ling : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana
jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan.
Rajesh : saya setuju dengan pendapat Mei Ling.
[6 markah]
Soalan 6 – Petikan Umum.

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan  dengan teliti.  Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 Bahan 1
Antara usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah peranan pihak sekolah melalui
pendidikan alam sekitar.  pendidikan ini mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia.  pada peringkat Menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti biologi dan
pada peringkat Pengajian Tinggi Melalui kursus sains alam sekitar dan biologi persekitaran.   pertandingan
kelas terbersih antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam
diri pelajar dapat disemai.

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.  
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih efisien dan
efektif. Sebagai contoh Dengan menggunakan Teknologi Moden Kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula
bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar majalah lama kain dan bahan-bahan plastic.
Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal
yang tidak sempurna.
(Sumber: internet)
 Bahan2
  Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan
mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.  Perkara yang dimaksudkan
ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan
serius.  Akibatnya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh klorofluorokarbon (CFC) amat bahaya
kepada masyarakat di Malaysia oleh itu pihak kerajaan dan pihak swasta perlu memastikan penggunaan
bahan kimia dikurangkan supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Walaubagaimanapun, prakarsa yang diusahakan ini tidak bermakna jika masih wujud sebilangan
kecil masyarakat yang tidak bertanggungjawab.  Sebagai contoh jika dilihat pada hari ini,  berapakah kilang-
kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?  Jangkaannya
pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka.   Implikasi
daripada tindakan ini penguatkuasaan undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.   
(Sumber: internet)

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud efisien dan efektif. [2markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, senaraikan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar. [3 markah]

(iii) Walaupun sektor perindustrian menjadi sektor penting untuk menjana ekonomi negara Malaysia,
hakikatnya banyak isu pencemaran alam sekitar yang berlaku hari ini adalah disebabkan galakan
sektor perindustrian.
Pada pendapat anda, apakal implikasiyang akan berlaku sekiranya pencemaran alam sekitar
berterusan? [3 markah]
(iv) Usaha memberi pendedahan awal tengtang penjagaan alam sekitar perlu dilakukan sejak akar umbi.

Jelaskan peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan pendedahan awal ini
terlaksana.
[4 markah]

Soalan 7 -  Petikan Sastera

Baca  Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri .

Remaja

 Tujuan kehidupan kini disalah tafsir


 Tiada lagi kompas hidup menuju lorong terang
 Lantaran murahnya nilai remaja abad ini

 Maruah remaja yang tiada terbeli nilainya


 Namun, digadai rakus dek cinta murahan
 Kesangsian dan keghairahan
 Mencari kebebasan mengocak kesucian maruah remaja
 Kebebasan terus disambar
 Kemewahan duniawi terus dikejar
 Ekoran terbiah yang hambar
 Halangan dan batasannya tiada
 Susuk badannya dijual begitu sahaja
 Nafsu yang memakan diri dilayan jua
 Dirampas dan dijilat sang durjana
 Segala-galanya remaja murahan

 Sesungguhnya dunia memerlukan kalian


 Sedang pemudi jadikan tiang nusa
 Inikan pemuda harapan bangsa
 Bangkitlah dari ranjang hidonisme
 Bangkitlah dari buaian mimpi lena
 Duhai remaja

 Sedarlah
 Cinta luhur tanah watan ini di genggaman kalian
 Lantaran “untuk melihat kemajuan satu bangsa lihatlah remajanya”

  (Muhammad Hanif Naim, Dewan Siswa, Oktober 2017)


 Bahan 2
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik Bonda saya?” Selepas saya memperkenalkan
diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.

Kami bersalaman erat, saya menyampaikan Salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan


beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung. 

Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan aksi
anak-anak muda sebangsa saya.  Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan
maruah dan peribadi.  Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adengan sumbang wajah-wajah anak
muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang
murni.
  Dipetik Daripada Cerpen “Munsyi” Dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang Dari Istanbul,  Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(i) Berdasarkan Bahan2, berikan maksud kerapuhan aksi. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, Nyatakan permasalahan yang berlaku dalam kalangan anak muda pada hari
ini. [4 markah]

(iii) Dasawarsa ini, jadi dan remaja semakin terhapus. 


Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor penyumbang kepada keruntuhan jati diri dalam kalangan
remaja? [3 markah]

(iv) Anda terpilih untuk menyertai kem motivasi kepimpinan remaja anjuran sekolah anda. Di sana anda
mempelajari banyak perkara melibatkan emosi, pengetahuan dan jasmani.  Kem tersebut juga
menekankan remaja yang berwawasan. 
Pada pendapat anda,   jelaskan ciri-ciri remaja berwawasan. [4 markah]

Soalan 8 – Novel

(i)  Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Ceramah yang diberikan seolah-olah sengaja dipanjangkan oleh doktor  Raiha untuk
menganiayainya  kerana  memandang rendah akan statusnya yang hanya seorang jururawat
hantu,  Felicia   pasti tentang itu, “Raiha fikir dianya siapa?”   dengus hari Felicia. 

“Lupakah awak pada ikrar yang telah awak lafazkan  semasa mengikuti kursus
Kejururawatan itu dahulu, Sister Felicia Landosi?”

Bagaikan tidak dapat lagi ditangguh-tangguhkan, suara Doktor Raiha itu menerjah ke
dalam fikirannya dan terus tergiang-ngiang kembali dalam ingatannya. Suaranya yang tegang itu
mengingatkan Felicia agar menggunakan setiap lapisan kepekaan yang ada dalam dirinya. Yakni,
setiap pengalamannya, pengetahuannya dan pengamatannya untuk mencipta suatu bentuk
suasana yang harmonis bagi menjaga ketenteraman para pesakit di PRPK itu. Keterlibatannya
dalam peristiwa kebakaran kereta Porsche kecintaan Doktor Saidiz itu bagaikan disulami bara
dendam yang melingkari seluruh saluran nafasnya, sekian lama

Apakah ikrar yang telah Felicia Landosi lafazkan semasa mengikuti kursus Kejururawatan dahulu.
[ 4 markah]

(ii) Jawab soalan dibawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a.  Di Sebalik Dinara,  karya dayang Noor


b.  Leftenan Adnan Wira Bangsa,  karya Abdul Talib
c.  Jendela Menghadap Jalan, karya Rohaini Matdarin
d.  Pantai Kasih,  karya azmah Nordin
e.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh
pembaca.  [6markah]

Bahagian C: Rumusan
[30 markah]

Soalan 9
Bahan 1 - Petikan

Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti,  kemudian  buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan. 

  Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu.  Kesihatan merujuk keadaan
tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah.  Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk
memiliki tahap kesihatan yang baik.  Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan
penjaga.  Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya.  Ibaratnya, kita hendak melawan
musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak antara kaedah yang dapat diambil termasuklah
pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun.  Pemeriksaan begini mampu mengesan
penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu,
sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan.   Selain itu,
aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan
sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang
seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan. 

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi
dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di
dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang
baik, rakyat malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga
merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam
sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

 Dipetik dan diubahsuai daripada Nilai Kesihatan oleh Nur Amira Talib
Dewan Siswa,  November 2016.
 Bahan 2- Pantun

 
Melawan Covid-19

Mencari lokan di tepi tambak, 


Dapat setimbun sebesar lengan, 
Untuk elakkan virus merebak 
Gunakan sabun cucilah tangan.

Kayu dibelah tak sudah-sudah,


bapaknya tumpul tangan pun sakit,
jangan berkelah, jangan riadah,
kalau berkumpul boleh berjangkit.

dapat pelata dari limbungan,


penuh seraga jenuhlah siang
di rumah kita erat hubungan, 
Sekeluarga saling menyayang

si murai batu di pinggir rumah,


siul bergema merdu terpaku,
saling membantu masak bersama,
menonton drama membaca buku.

kembang perlahan ekor si merak,


warnanya pasti seri kan hutan,
patuh arahan bataskan jarak 
terhindar kita dari jangkitan.

Ibnu Din Assingkiri


Simpang Ampat, Pulau Pinang
5 April 2020 

KERTAS SOALAN TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai