Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : NURLYANA BT EZANI


No Kad Pengenalan : 980104145252
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP
Sekolah : SK DESA AMAN PURI
Minggu Praktikum :7
Tarikh : 25-07-2019
Tajuk : Amalan Nilai Murni dalam PdP Bahasa Melayu
Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah Penyelia : Dr. AZMAN BIN RAHMAT
Guru Pembimbing : NORSYALSABILLA BINTI JAMALUDDIN

1. Isu Yang Difokuskan :

Semasa menjalani PdP bahasa Melayu, saya mendapati penerapan nilai murni seperti yang dirancangkan dalam RPH tidak
diamalkan secara nyata. Apabila ditanyakan, murid tidak dapat mengaitkan dengan nilai murni yang diajar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Guru menghadapi masalah dari segi pemupukan nilai semasa PdP murid. Oleh hal yang demikian, murid hanya menerima isi
pelajaran sahaja tanpa diterapkan nilai-nilai murni atau nilai kewarganegaraan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat mementingkan pembentukan insan berakhlak mulia. Justeru itu, kepentingan penghayatan
nilai murni dalam kalangan manusia amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan jenis manusia yang ingin
dibentuk. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa pendidikan tidak akan
bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai mumi (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj.
Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, 1994). Nilai-nilai inilah yang membentuk cara seseorang individu itu
bertingkahlaku, berfikir dan bertindak schingga mencorakan kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat (Mohd. Ariff Hj. Ismail,
Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005)

Oleh itu, nilai-nilai murni dapat dipupuk secara formal dan tidak formal. Namun begitu, pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika
disampaikan melalui sistem pendidikan fomal yang jelas strukturnya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).Menurut Wan Mohd.
Zahid Mohd. Noordin (1988), nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui
kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal
dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1988, hlm. 9)

Daripada pemyataan diatas jelas bahawa konsep penerapan nilai murni merentas kurikulum merupakan strategi utama bagi
memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, demi melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan
pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-nilai mumi akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan
bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud,
2005)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Pada setiap kali selepas menamatkan langkah pengajaran, guru boleh segera mengaitkan dengan nilai murni yang
ditekankan.Selain itu, sesi soal jawab memerlukan murid mengaitkannya dengan isi pelajaran yang dipelajari.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Penerapan elemen nilai-nilai murni perlu sentiasa ditekanakan oleh guru kepada murid pada setiap kali selepas sesi penerangan isi
pelajaran dijalankan di dalam kelas bahasa Melayu.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

29-07-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pemupukan nilai dapat meningkatkan lagi jati diri murid sebagai seorang warga Malaysia yang berjiwa patriotik. Di samping itu,
dalam mata pelajaran BM juga murid dapat dipupuk dengan nilai-nilai positif dan secara tidak langsung menjadikan murid
tersebut seorang yang bermoral dan senang untuk bergaul dengan orang lain.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, pemupukan nilai ini amat sukar dikaitkan dalam PdP bahasa Melayu khususnya semasa PdP aspek tatabahasa. Hal
ini demikian kerana, aspek tatabahasa lebih menekankan konsep salah betul dan fakta bahasa semata. Lantaran itu, guru harus
merancang dengan lebih teliti apabila memberikan penerangan kepada murid - murid agar nilai - nilai kewarganegaraan dapat
diserap dalam jiwa mereka semua. Guru juga harus menguasai nilai kewarganegaraan agar dapat memudahkan penerapan nilai
kewarganegaraan dalam diri murid ketika sesi PdP dijalankan. Dengan pemupukan nilai yang telah diterapkan kepada anak murid,
murid bukan sahaja dapat memperoleh ilmu berkaitan tatabahasa bahasa Melayu, malahan dapat memupuk jati diri sebagai
warganegara Malaysia melalui tema yang ditekankan.

Rujukan :

Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai mumi dan pendidikan bersepadu: ke
arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat, Bangi.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR I KBSM.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Pengisian wawasan pendidikan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Pendidikan Nasional Peringkat Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rabil Hj. Mahyuddin. (1996). Penerapan nilai murni merentas
kurikulum : Satu Tinjauan. Laporan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Pertanian Malaysia.