Anda di halaman 1dari 13

Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property...

Page 1 of 13

Tahu Tak Cara-Cara Kurangkan Faedah


Pinjaman Perumahan Di Malaysia?
30 September 2020 • 4 mins read

    

Apabila ingin membeli rumah baru, sebahagian besar daripada kita akan
memohon pinjaman perumahan, kecuali jika anda mempunyai wang tunai yang
banyak untuk membayar sekaligus. Sebenarnya, ada cara untuk anda
kurangkan pembayaran kadar faedah pinjaman!

Click here for English version.

Dalam kebanyakan kes, harga pembelian rumah baru terlalu mahal untuk dibayar
sekaligus bagi para pembeli. Inilah punca ramai orang beralih kepada pinjaman
perumahan dengan tujuan untuk mendapatkan wang tambahan.

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 2 of 13

Malangnya, kadar faedah yang dikenakan di samping jumlah pinjaman boleh


menjadi beban yang besar dalam jangka panjang, dan kita ingin
meminimumkannya sebanyak yang mungkin.

Sebelum kita mengetahui cara-cara untuk menurunkan pembayaran faedah


pinjaman perumahan, apa kata anda fahami terlebih dahulu cara-cara faedah
pinjaman berfungsi.

Untuk lebih banyak tip dan panduan bagi pembeli rumah pertama, ikuti saluran
Telegram PropertyGuru Malaysia kami!

Inilah Cara-Cara Untuk Mengira Faedah Pinjaman


Perumahan!
Salah satu cara untuk mengetahui jumlah faedah pinjaman adalah dengan
menggunakan ‘kaedah baki berkurangan’.

Dengan menggunakan kaedah ini, faedah yang perlu dibayar akan dikira
berdasarkan jumlah pinjaman yang belum dijelaskan selepas melakukan bayaran
bulanan secara berkala.

Setiap kali anda membayar ansuran, sebahagian daripada pembayaran anda


meliputi faedah, dan selebihnya meliputi jumlah pinjaman pokok yang terhutang.

Okay, biasanya, semakin tinggi jumlah pinjaman pokok yang terhutang, semakin
besar bahagian pembayaran faedah pinjaman.

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 3 of 13

Jadi, jom guna logik: Jika anda dapat mengurangkan jumlah pinjaman pokok,
anda boleh menikmati pembayaran faedah yang lebih rendah sepanjang tempoh
pinjaman anda. Perkara ini dikira berdasarkan jumlah pinjaman pokok yang belum
dijelaskan:

Faedah selepas pembayaran setiap ansuran = Pinjaman pokok


belum dijelaskan x Kadar faedah

Oleh itu, sebilangan peminjam akan berusaha untuk membuat pembayaran


tambahan (atau jumlah yang lebih besar) untuk mengurangkan jumlah pinjaman
pokok, supaya dapat mengurangkan faedah hutang mereka.

Hasilnya, jadual pembayaran balik mereka akan menjadi seperti ni:

Bulan pertama

RM20,000
Baki pinjaman

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 4 of 13

RM355
Pembayaran balik bulanan

RM100
Faedah dibayar

RM255
Pinjaman pokok dibayar

RM19,745
Imbangan baru

Bulan kedua

RM19,745
Baki pinjaman

RM355
Pembayaran balik bulanan

RM98.73
Faedah dibayar

RM256.27
Pinjaman pokok dibayar

RM19,488.73
Imbangan baru

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 5 of 13

Bulan ketiga

RM19,488.73
Baki pinjaman

RM355
Pembayaran balik bulanan

RM97.44
Faedah dibayar

RM257.56
Pinjaman pokok dibayar

RM19,231.17
Imbangan baru

Bulan keempat

RM19,231.17
Baki pinjaman

RM355
Pembayaran balik bulanan

RM96.16
Faedah dibayar

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 6 of 13

RM258.84
Pinjaman pokok dibayar

RM18,972.33
Imbangan baru

Anda ada perasan tak yang jumlah faedah menurun setiap bulan?

Macam Mana Nak Kurangkan Pembayaran Faedah


Pinjaman Perumahan?
Salah satu cara paling biasa yang sedia ada, adalah dengan memilih pinjaman
boleh ubah, bukannya pinjaman bertempoh.

Untuk menggambarkannya dengan lebih baik, mari kita lihat jenis pinjaman
perumahan yang sering ditawarkan oleh bank di Malaysia.

Jenis Perumahan Perumahan Di Malaysia


Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 7 of 13

Di Malaysia, terdapat tiga jenis pinjaman perumahan yang boleh dipilih:

• Pinjaman bertempoh
• Pinjaman separa boleh ubah
• Pinjaman boleh ubah

Jom kita lihat dengan lebih dekat lagi apa maksud ketiga-tiga jenis tu!

1) Pinjaman Bertempoh
Pinjaman bertempoh mempunyai jadual pembayaran balik yang tetap, dan
jumlah pembayaran ansuran bulanan adalah serupa sepanjang tempoh
pinjaman.

Kebiasaannya, pinjaman jenis ini tidak membolehkan anda mengurangkan faedah


pinjaman melalui bayaran pendahuluan. Bayaran tambahan dianggap sebagai pra
pembayaran untuk ansuran akan datang.

Anda boleh memohon pertimbangan khas daripada bank, tapi ia terserah pada
budi bicara pihak bank untuk membenarkannya.

Melakukan pembayaran tambahan (tanpa permohonan persetujuan khas terlebih


dahulu dari bank) akan menyebabkan wang anda kekal di dalam akaun, dan anda
tidak akan dibenarkan mengeluarkannya.

Jumlah wang tambahan yang telah anda bayar tidak akan membantu anda
menjimatkan faedah pinjaman, atau memperoleh faedah sebagai deposit.

2) Pinjaman Separa Boleh Ubah

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 8 of 13

Syarat-syarat pinjaman separa boleh ubah tidak setegas pinjaman bertempoh.


Para peminjam boleh membuat bayaran pendahuluan untuk menurunkan faedah
mereka, tanpa perlu membuat permohonan rasmi kepada bank.

Sebarang jumlah tambahan yang telah anda bayar di samping ansuran bulanan
anda akan digunakan untuk mengurangkan jumlah pinjaman pokok, sehingga
menurunkan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Anda juga boleh mengeluarkan sebarang jumlah tambahan yang telah anda bayar
lebih awal daripada jadual pinjaman, tetapi anda perlu membayar yuran
pemprosesan untuk sebarang pengeluaran yang dibuat daripada akaun
pinjaman.

Bergantung kepada bank, anda mungkin perlu menulis permohonan sebelum


anda dapat mengeluarkan wang.

3) Pinjaman Boleh Ubah


Pinjaman boleh ubah membolehkan para peminjam bukan hanya melakukan
pembayaran pendahuluan untuk menurunkan faedah pinjaman perumahan
mereka, tetapi juga mengeluarkan pembayaran tambahan yang telah mereka
lakukan apabila mereka memerlukannya.

Di bawah pinjaman boleh ubah, akaun pinjaman perumahan anda akan


dihubungkan dengan akaun semasa. Jumlah ansuran dipotong secara automatik
setiap bulan dari akaun semasa.

Sebarang dana tambahan yang dimasukkan ke dalam akaun semasa akan


digunakan untuk menurunkan jumlah pinjaman pokok.
Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Property... Page 9 of 13

Para peminjam boleh melakukan semua ini tanpa perlu berdepan dengan
sebarang proses yang rumit atau dikenakan bayaran tambahan.

Ada Tak Perkara Lain Yang Perlu Saya


Pertimbangkan Semasa Memilih Antara Pinjaman
Bertempoh Dan Pinjaman Boleh Ubah?

Berdasarkan perbincangan di atas, anda mungkin berpendapat bahawa pinjaman


boleh ubah adalah pilihan yang jauh lebih baik daripada yang lain. Namun, setiap
perkara mempunyai kekurangan juga! Ingat tu ye!

Pertama, kebanyakan bank akan mengenakan yuran bulanan (biasanya antara


RM5 hingga RM10) untuk penyelenggaraan akaun semasa.

Kedua, sesetengah bank menawarkan kadar faedah pinjaman jangka panjang


yang lebih baik berbanding dengan pinjaman boleh ubah, dan bukan semua bank
mempunyai pilihan pinjaman boleh ubah.

Secara ringkas, pinjaman boleh ubah akan menjadi pilihan yang lebih baik untuk
anda sekiranya anda mempunyai dana tambahan.

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Proper... Page 10 of 13

Sebaliknya, pinjaman bertempoh mungkin sesuai untuk anda jika tidak


mempunyai banyak dana kerana kebiasaannya, ia menawarkan kadar faedah
yang lebih baik.

Ada Tak Alternatif Untuk Kurangkan Faedah


Pinjaman Perumahan Saya?
Ya, sudah tentu! Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk refinance rumah
(pembiayaan semula) dengan pembayaran faedah yang lebih rendah.

Pada dasarnya, pembiayaan semula adalah proses penggantian pinjaman yang


sedia ada, dengan pinjaman baru yang mempunyai syarat-syarat yang lebih baik,
seperti kadar faedah yang lebih baik atau jangka masa pinjaman yang lebih
pendek.

1) Inilah cara pembiayaan semula berfungsi

Sebelum pembiayaan semula


Katakan anda telah mengambil pinjaman perumahan sebanyak RM450,000 untuk
tempoh selama 30 tahun, dengan kadar faedah dikira seperti berikut: Kadar
Pinjaman Asas (BLR) – 1.8% (dengan andaian BLR ialah 6.4%).

Kadar faedah = 6.4% - 1.8% = 4.6%. Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Proper... Page 11 of 13

Pembayaran balik bulanan = RM2,307 

Selepas Pembiayaan Semula


10 tahun kemudian, anda memutuskan untuk membiayai semula pinjaman
perumahan yang mempunyai kadar faedah baru yang dikira seperti berikut: BLR –
2.4% (dengan anggapan BLR masih sama).

Baki jumlah pinjaman selepas 10 tahun pertama = RM361,549


Kadar faedah = 6.4% - 2.4% = 4%
Pembayaran balik bulanan = RM2,191

Berdasarkan kira-kira di atas, anda dapat lihat bahawa pembiayaan semula


dengan pinjaman perumahan baru menjimatkan RM116 setiap bulan, atau
sebanyak RM27,840 dalam bentuk simpanan faedah.

Walaupun semua ini kedengaran sangat menarik, ingatlah bahawa anda perlu
mempertimbangkan kos bergerak dan tempoh tertutup pinjaman perumahan asal
anda.

2) Kos bergerak:

Tidak berkaitan dengan logistik, hal ini merujuk kepada wang yang akan anda
belanjakan untuk sesuatu ketika anda memutuskan untuk memulakan
pembiayaan semula, seperti:

• Pentaksiran
• Yuran guaman Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Proper... Page 12 of 13

• Perbelanjaan
• Cukai setem

Kos ini dianggarkan sekitar 2 hingga 3% daripada jumlah pinjaman anda.

3) Tempoh tertutup

Banyak pakej pinjaman disertakan dengan tempoh tertutup. Tempoh tertutup


adalah tempoh yang mana pinjaman tidak boleh dilunaskan lebih awal daripada
yang dijadualkan tanpa dikenakan denda.

Sekiranya anda memutuskan untuk keluar daripada pinjaman semasa tempoh


tertutup, anda harus membayar sejumlah besar denda keluar, yang boleh
mencapai hingga 5% daripada jumlah pinjaman.

Klik Untuk Sertai Kami!


Telegram Rasmi
PropertyGuru Malaysia

Perlukan bantuan untuk mengira ansuran pinjaman rumah anda? Kami


mempunyai kalkulator pinjaman perumahan yang cekap di sini. Sekiranya anda
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan, lihatlah
PropertyGuru Loan Pre-Approval percuma di sini jika anda mahukan jaminan
yang lebih besar untuk mendapatkan pinjaman perumahan di Malaysia!

    

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020
Tahu Tak Cara-cara Kurangkan Faedah Pinjaman Perumahan Di Malaysia? | Proper... Page 13 of 13

Read Next

Apakah Itu Syarikat Apakah Itu Skim Sewa- Tahu Tak Cara-Cara
Pemegang Pelaburan, Untuk-Beli (Rent-To- Kurangkan Faedah
Dan Bilakah Ia Boleh Jadi Own/RTO)? Pinjaman Perumahan Di
Bermanfaat? Malaysia?
 Article • September 2020  Article • September 2020  Article • September 2020

 

Feedback

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-kurangkan-faedah-pinjaman-p... 1/10/2020