Anda di halaman 1dari 25

Table of Contents

1. PENGENALAN..............................................................................................................................1
2. SEJARAH PERISTIWA 13 MEI 1969............................................................................................4
3. FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA PERISTIWA 13 MEI 1969.................................................10
3.1. PEMASALAHAN KAUM............................................................................................................10
3.2. FAKTOR NILAI SOSIAL ANTARA ETNIK..............................................................................10
3.3. FAKTOR PENDIDIKAN YANG BERLAINAN.......................................................................................11
3.4. FAKTOR DASAR PECAH DAN PEMERINTAHAN BRITISH.................................................12
3.5. FAKTOR POLITIK KEPENTINGAN ANTARA ETNIK............................................................12
4. PENGAJARAN DARI KISAH 13 MEI 1969...............................................................................13
4.1. DASAR DAN PROGRAM KERAJAAN SELEPAS 13 MEI 1969..............................................16
4.2. RUKUN NEGARA.......................................................................................................................16
4.3. DASAR EKONOMI BARU..........................................................................................................17
4.4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN....................................................................................17
4.5. DASAR BUDAYA KEBANGSAAN............................................................................................18
5. ANALISIS KESEPADUAN SOSIAL DIMALAYSIA DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 19
6. KESIMPULAN.............................................................................................................................20
8. BIBLIOGRAPHY.........................................................................................................................23
1. PENGENALAN

13 Mei 1969, Selasa adalah hari yang dikatakan sebagai hari tragedi nasional disebakan oleh

peristiwa berdarah iaitu rusuhan antara kaum Melayu dan China di Tanah Melayu pada ketika

itu. Namun, disebakan oleh kecekapan kerajaan semasa itu mengatasi pemasalah itu, ianya dapat

di redakan dan diselesaikan dengan bantuan dari pihak berkuasa iaitu pihak polis tentera. Dengan

kecekapan dan kepantasan pihak

berkuasa, tanah melayu dapat

diselamatkan. Tanpa kecekapan

kerajaan pada waktu itu dan bantuan

dari pihak berkuasa, sudah pasti rakyat

jelata menjadi kucar kacir dan hidup

dalm keadaan yang tidak aman dan

tenteram.

Peristiwa ini perlu di pandang serius dan perlu diberikan perhatian oleh semua golongan

walaupun berbeza agama, bangsa dan peringkat usia. Ianya bertujuan bagi mengelakan kejadian

yang sama berulang dan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan yang lebih kukuh serta

meningkatkan keharmonian antara kaum di Negara Malaysia. Seperti mana yang di war-warkan

di kaca televisyen, corong-corong radio dan di media sosial, pada pilihan raya yang ke-14 baru-

baru ini yang telah berlangsung pada 9 Mei 2018 tempoh hari, seluruh warganegara Malaysia

telah keluar mengundi dan keputusannya kemenangan berpihak pada parti pakatan harapan.

Semasa peralihan kuasa dari pemerintahan parti Barisan Nasional kepada pemerintahan parti

Pakatan Harapan, semua pihak berkuasa seperti pihak tentera dan pihak polis dalam keadaan siap

siaga untuk sebarang sebarang kemungkinan.


1|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652
Namun, yang mengecewakan di Putrajaya masih terdapat kumpulan penyokong yang

mencetuskan provokasi. Namun, hal itu berjaya dikawal oleh pihak Federal Reserve Unit (FRU)

dengan mengarahkan golongan ini untuk bersurai dengan mengunakan amaran, semburan air dan

tembakan gas pemedih mata kepada kumpulan penyokonh yang enggan bersurai.

Gambar (utusan Online, 2018) di atas menunjukan bahawa pihak Federal Reserve Unit

(FRU) terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata di Putrajaya pada pilihan

raya Ke-14 oleh kerana kumpulan penyokong yang enggan bersurai.

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah merdeka selama 60 tahun, kejadian provokasi seperti itu

tidak seharusnya berlaku di zaman moden ini. Seharusnya semua kaum menerima akan

keputusan yang telah dipilih dan berganding bahu untuk memajukan negara Malaysia. Setiap

warganegara Malaysia perlu memastikan pemikiran di zaman penjajajah dahulunya perlu di ubah

bagi mengelakkan peristiwa tumpah darah ini berulang di zaman yang moden ini. Jika peristiwa

tumpah darah ini berulang dizaman ini, ia melambangkan bahawa pemikiran penjajah masih

dalam diri kita.

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif lain dengan mengukuhkan lagi undang-undang negara

dengan wujudkan undang-undung bagi mengelakan isu perkauman berlaku.

2|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


Undang-undang itu adalah di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 iaitu kesalahan

menghasut, seksyen 504 kanun keseksaan (akta 514) kesalahan dengan sengaja mengaibkan

dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan seksyen 505 kanun keseksaan

mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awan. Undang-undang lain yang boleh

didakwa ialah, seksyen 506 kanun keseksaan (kesalahan menakutkan secara jenayah) seksyen 4A

akta kesalahan pilihan raya 1954 (akta 5) kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau

pemusuhan dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 (akta 588) kesalahan

penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) (sinar online 2016).

Kerajaan memandang serius tentang isu perkauman ini kerana ingin mengelakan peristiwa lepas

berlaku dan untuk mengekalkan keamanan negara demi rakyat jelata hidup dengan aman dan

tenteram.

Penulisan ini akan membentangkan dan membincangkan sejarah sebelum dan selepas 13 Mei

1969, kemudian faktor-faktor terjadinya peristiwa itu. Seterusnya akan menceritakan tentang

implikasi-implikasi daripada peristiwa tumpah darah ini terhadap hubungan ethnik pada masa

kini dan mada lalu. Selain itu, akan memaparkan analisis kesepaduan sosial di Malaysia rentetan

dari peristiwa 13 Mei 1969 dan di akhir dengan kesimpulan dari tragedi yang mengerikan ini.

3|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


2. SEJARAH PERISTIWA 13 MEI 1969

Disebabkan oleh dasar pecah dan pemerintahan British, telah berlakunya jurang

antara kaum Cina dan Melayu. Telah terjadinya pergenalan kaum dari segi sosial

dan ekonomi dimana penduduk Melayu tinggal di kampung dan menjadi petani,

mana kala orang cina tinggal di Bandar sebagai peniaga bijih timah dan orang india

tinggal di ladang sebagai penoreh gerah.

Selain itu terdapat salah faham didalam perlembagaan yang telah dibina serta

berlakunya ketidakpuasaan hati kepada orang Melayu kerana hak dan keistimewaan

mereka menjadi keutamaan. Antara hak-hak dan keistemewaan orang melayu adalah

seperti menerima tanah dengan kebenaran kerajaan, jawatan dalam kerajaan,

peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Rentetan itu, kaum lain berasa bagai di pinggirkan oleh kerajaan pada ketika itu

dan mula menyimpan perasaan tidak puas hati itu sehinggalah pemilihan raya Ke-3

pada tahun 1969. Tambahan, isu politik seperti bagaimana penguasaan politik oleh

golongan elit Melayu yang menyebabkan hak-hak kaum lain di pinggirkan telah

menjadi isu umun pada ketika itu.

Oleh disebakan oleh pemasalah sedemikian, bermulalah tercetusnya tragedi

berdarah 13 Mei 1969 tersebut yang melibatkan nyawa dan harta benda. Ianya

bermula apabila setiap parti mula berkempen untuk meraih perhatian dan undian

penduduk untuk Pilihan Raya Ke-3. Malangnya kempen tersebut di jalankan tanpa

kawalan, tinjauan dan tapisan daripada pihak berkuasa.

4|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


Pentas untuk berkempen untuk meraih perhatian penduduk telah dijadikan sebagai

satu tempat para kaum ini meluahkan dan melepaskan rasa marah dan ketidakpuasan

hati mereka. Setelah itu, isu anti perkauman ini dijadikan sebagai tema bagi kempen

Pilihan Raya Ke-3. Tempoh berkempen ini di anggap sebagai medan untuk setiap

kaum membela nasib yang dipinggirkan dan mencabar hak keistimewaan orang

melayu.

Pencetus utama rusuhan kaum pada 13 mei 1969 ini

adalah kerana berlakunya pergolakan kaum yang

serius sejak awal pembentukan gagasan Malaysia

yang terjadi di Bukit Mertajam pada tahun 1964, di

Kuala Lumpur pada tahun 1965 serta di Pulau Pinang


Gambar diatas menunjukan
jenazah Pak Kassim Omar yang pada tahun 1967. Kejadian tumpah darah ini mula
terkorban semasa rusuhan di
tercetus disebakan oleh terkorbannya salah seorang
Pulau Pinang.
pengikut Cina dalam satu perarakan yang telah di

anjurkan oleh Parti Buruh pada 9 Mei semasa kempen pilihanraya Ke-3 itu sedang

berlangsung. Dari sinilah bermulanya kekecohan demi kekecohan sehinggalah

berlakunya perarakan secara besar-besaran pada 13 mei 1969 dan bermulalah

pertempuran sehingga perlu di istytiharkan darurat di seluruh Negara.

Pada 12 Mei 1969, di kawasan Batu di Selangor, kemenagan telah berpihak Dr. Tan Chee Khoo

dan beliau telah meminta untuk melakukan perarakan untuk meraikan kemenangan beliau. P a r t i

Dap dan parti Gerakan telah melakukan perarakan secara besar-besaran pada 13 Mei 1969

(Arkib Negara Malaysia,2015) bertujuan untuk meraikan kemenangan besar yang meraka
5|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652
perolehi oleh mereka ketika pilihan raya yang Ke-3 itu. Disamping itu, niat mereka dalam

perarakan tersebut adalah untuk memberitahu kepada penduduk melayu bahawa mereka telah

berjaya memiliki Tanah Melayu.

Hal ini dianggap seperti mencabar kewibawaan orang melayu sebagai tuan rumah di Tanah

Melayu. Pada petang 13 Mei 1969, setelah parti Perikatan memperolehi kemenangan, satu

perhimpuanan telah di buat di rumah Dato’ Harun yang juga Menteri Besar Selangor. Kumpulan

ini langsung berarak ke kawasan setapak setelah menerima berita bahawa orang Cina telah

menyerang orang melayu di kawasan tersebut. Semasa dalam perjalanan ke Setapak, kumpulan

ini terserempak dengan dua orang berbangsa cina yang menunggang motosikal lalu pemuda itu

dibunuh oleh mereka untuk membalas dendam terharap kaum cina. Setelah kaum cina mendapat

tahu akan hal itu, mereka menahan bas yang lalu lalang di jalan untuk mencari orang-orang

melayu dan ‘menjerit’ hutang darah dibayar darah. Hal atau pekara seperti ini menambahkan

lagi kemarahan antara kaum dan mencetuskan rusuhan yang lebih parah.

Keadaan semakin tegang apa bila dua kumpulan iaitu kumpulan kaum melayu dan kumpulan

kaum cina ini bertembung dan berhimpun. Banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan pada

harta benda. Rusuhan ini berterusan sehingga seluruh Negara diisytiharkan darurat, peletakan

jawatan perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan beberapa peristiwa yang lain. Titik

permulaan kearah membanteras pemasalahn kaum ini adalah dengan membaca semula

perlembangaan 1948.

6|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


Demi keamanan agama, bangsa dan Negara orang melayu telah bertolak ansur dalam hal

menerima taraf kerakyatan bagi kaum lain di tanah melayu. Oleh disebabkan pengorbanan

tersebut, orang melayu menerima taraf hak keistimewaan di tanah melayu. Namun, sejauh

manakah pengorbanan ini dilihat oleh kaum lain? Pada pendapat saya, hal ini boleh diselesaikan

sekiranya pentadbiran kerajaan yang lebih aktif dan agresif dalam mengetatkan undang-undang

sebelum, semasa dan selepas pilihan raya agar tidak berlaku rusuhan yang seperti ini.

Contohnya, pemantauan yang ketat dan rapi semasa kempen yang diadakan oleh setiap parti-

parti yang bertanding, agar tiada isu perkauman di bangkitkan atau isu-isu yang sensitive yang di

bincangkan. Tambahan, untuk mengelakkan salah faham antara kaum, pihak kerajaan perlu

menerangkan pada kaum selain melayu, mengapa kaum melayu memiliki hak-hak keistimewaan

ini dengan lebih jelas dan teratur. Sekiranya komunikasi antara pihak kerajaan dan rakyat berlaku

dengan baik, ianya pasti dapat mengelakkan dari kesalahan pahaman antara mana-mana pihak.

Tamabahan itu, di panggung Odeon anak muda daripada kumpulan kongsi gelap telah

mengepung Panggung odean di jalan tuanku abdul Rahman kuala lumpur. Terdapat iklan

dalam Bahasa Cina telah dikeluarkan yang memaparkan notis untuk menyuruh penonton kaum

cina untuk meninggalkan panggung itu dengan segera. Pemuda-pemuda ini telah menyerang dan

membunuh orang ramai yang ada di panggung tersebut termasuklah dua anggota tentera dan

seorang pelakon wanita iaitu Seniwati Minah Hashim atau di kenali sebagai mak minah.

Disamping itu, kejadian di pasar memanaskan lagi keadaan apabila askar melayu menembak

kaum cina dengan mengunakan kereta perisai dengan alasan mereka (kaum cina) melanggar

perintah berkurung. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah

membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan

7|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina

yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh.

Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa,

askar melayu telah menembak orang cina yang baru tiba daripada luar Negara di Lapangan

Terbang Sungai Besi oleh sebab melanggar perintah berkurung. Seorang polis bernama Rahim

yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala

dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.

Susualan itu, orang melayu menjadi bertambah marah dan menagatakan “kepala orang cina yang

dibunih akan di gantung di pagar. Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya

dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan

kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei 1969 itu. Beliau terpaksa melangkah mayat-

mayat yang bergelempangan di atas jalan rentetan daripada kejadia 13 mei yang begitu ngeri.

Selain itu, tentera Sabill dari Sungai Manik ke Kampung baru tersekat dan tentera selempang

Merah dari Muar dan Batu pahat telah disekat oleh pihak polis.

Kesimpulannya, pergaduhan ini rusuhan perkauman yang majorinya daripada kaum cina dan

melayu di Kuala Lumpur Akhirnya selepas Tun Abdul Razak meniggal dunia dan Tun Hussein

Onn dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan Datuk Harun ditangkap kerana

pecah amanah duit bank rakyat. Datuk Harun telah menaja Muhammad Ali kononnya juga

beragama Islam untuk datang ke Malaysia berlawan tinju dengan Joe Bugner untuk menunjuk-

nunjuk bahawa orang Islam mampu menandingi barat. Perlawanan tersebut mengalami kerugian

kerana diboikot akibat kecelakaan Datuk Harun semasa peristiwa Mei Datuk Harun juga

8|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


berhasrat untuk mencabar tempat Tun Hussein Onn.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina

merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini

sebagai negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama

dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dan cina yang menjadi

tali barut Jepun telah dikenakan hukuman bunuh.

9|Page NURUL ALYA FATIN BINTI MOHD YUSOF 257652


3. FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA PERISTIWA 13 MEI 1969

Pada 16 Mei 1969 tanah melayu dengan rasminya di isytiharkan

darurat dan pemerintahan Negara di terajui oleh Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) . MAGERAN dipengerusikan oleh Tun Abdul


Gambar diatas adalah barisan Majlis
Razak Bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada Gerakan Negara MAGERAN yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak Bin Dato’
Hussein sejurus selepas 13 Mei 1969.
ketika itu setelah perlimen persekutuan Malaysia dibubarkan.

Setelah melalukan beberapa kaji selidik, pihak MAGERAN

telah mengenali beberapa faktor utama berlakunya rusuhan perkauman ini. Antaranya ialah

masalah perpaduan kaum dan ketidak seimbangan ekonomi antara kaum.

3.1. PEMASALAHAN KAUM


Sepertimana kita semua telah di ajar di bangku sekolah lagi maksud perpaduan itu sendiri adalah

untuk menyatukan masyarakat dan negara agar terbinanya satu identiti dan nilai-nilai murni

dalam masyarakat yang dapat di guna pakaikan bersama-sama. Selain itu, perpaduan juga dapat

membantu melahirkan perasaan cintakan Negara sekaligus banggakan tanah air. Apabila

dilihatsemula klonologi sejarah 13Mei 1969, jelas sekali kelihatan bahawa masyarakat pada

waktu itu masih lagi tidak menyedari kepentingan perpaduan dalam masyarakat olehkerana

proses perpaduan tersebut tidak berlaku secara menyeluruh. Walaupun Negara sudah merdeka

pada tahun 1958, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bebas dari pemikiran

penjajahan yang lepas.

3.2. FAKTOR NILAI SOSIAL ANTARA ETNIK


Kaum Melayu, India dan Cina adalah kumpulan etnik utama di negara Malaysia yang

mempunyai perbezaan dalam bahasa, agama, adat resam dan kebudayaa serta nilai kehidupan

yang berbeza. Sebagaian contoh kebanyakan orang cina menganuti agama campuran Buddha,

10 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
confiucuis dan lao-tzedan manakala, orang india pula Beragama hindu. Namun, terdapat juga

orang india dan cina yang menganuti agama kristian. Agi orang melayu, mereka menganuti

agama islam. Pada tahun 1969 dan tahun sebelumnya, kumpulan etnik ini di anggap jahil kerana

tiada pengetahuan dalam hal adat resam dan budaya bagi masyarakat etnik yang berlainan.

Mereka menganggap hanya kumpulan mereka sahaja yang hebat dalam apa jua hal. Hal ini

menyebabkan setiap kumpulan etnik ini menghadkan pergaulan dalam memilih kawan, mencari

pekerja atau pekerjaan dan dalam hiudp berjiranan.

3.3.FAKTOR PENDIDIKAN YANG BERLAINAN.


Bagi sistem pendidikan yang diwujudkan ianya mempunyai hanya empat aliran pendidikan yang

berbeza, iaitu aliran melayu, cina, india dan inggeris. Oleh kerana kurang pengetahuan tentang

pergaulan sesama kumpulan etnik, ibu bapa dalm golongan ini telah menghantar anak-anak

meraka ke sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh, kumpulan etnik

melayu meghantar anak-anak mereka kesekolah kebangsaan yang mengamalkan bahasa melayu

sebagai bahasa pengantar untuk mengajar untuk anak- anak mereka menerima pendidikan disana.

Kesimpulan dari itu, anak-anak ini tidak merasai pengalaman untuk mempelajari kelainan

budaya dan mempelajari adat resam dari kumpulan etnik yang lain. Oleh kerana masih terdapat

sekolah yang mengamalkan bahasa pengantar tunggal pada tahun 1970, kerajaan telah

menetapkan dan mneyelarakan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa

melayu dijadikan salah satu mata pelajaran di sekolah india, cina dan inggeris. Perkara ini

dilaksanakan oleh kerana ianya bercanggah dngan akta pendidikan 1957. Matlamat utama dalm

sistem pendidikan, mengikut laporan tun razak, adalah untuk menyatukan murid-murid dari

kumpulan etnik yang berbeza di bawah satu pendidikan kebangsaan. Oleh itu, bahasa melayu

ditetapkan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sehingga

ke hari ini. Pada pandangan saya, saya bersetuju dengan perubahan sistem pendidikan ini kerana
11 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
jika semua orang memahami satu bahasa iaitu bahasa melayu, maka komunikasi dapat dilakukan

dngan baik sekli dan dari situlah dapat dielakkan kesalahfahaman antara sama sendiri.

3.4. FAKTOR DASAR PECAH DAN PEMERINTAHAN BRITISH.

Semasa pemerintahan British, mereka mengamalkan dasar dan pemerintahan yang menjadi salah

satu faktor berlakunya jurang antara kaum dari sudut ekonomi dan polarasi kaum. Disebabkan

oleh British mahukan keuntungan besar mereka telah menetapkan status perana yang berbeza

bagi kumpulan etnik ini. Kaum melayu di digalakkan tingal di kampong atau luar bandar untuk

menjadi petani dan nelayan kecil manakala kaum india ditempatkan di estet-estet untuk menjadi

buruh kasar kerajaan dan peladang. Bagi kaum cina pula mereka di tempatkan di bandar dan

kawasan pelombongan untuk menjalankan perniagaan dan menjadi pelombong bijih timah.

Daripada penyusunan ini, kita dapat lihat bahawa konsep ekonomi bagi kaum melayu dan india

adalah jenis konsep sara diri berbeza dengan kaum cina dimana ekonomi mereka lebih kukuh.

Dasar pecah ini juga telah menyebabkan terbatasnya komunikasi diantara kaum ini dan antara

penyebab utama dalam berlakunya trajedi 13 Mei 1969.

3.5. FAKTOR POLITIK KEPENTINGAN ANTARA ETNIK

Kesan dari kejadian pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 telah

terciptanya sologan ‘Malaysia untuk orang Malaysia’. Pekara ini secara tidak

langsung menjadi pertikaian dalam aspek kedudukan dan hak-hak istimewa orang

melayu dan menjadi semakin tegang apabila Lee Kuan Yew masuk campur

sehinggakan timbulnya perasaan anti cina dan anti melayu pada ketika itu. Selain

itu, masyarakat cina dan india berasa bimbang akan pertikaan yang dibuat oleh

orang melayu dalam soal hak-hak kerakyatan.

12 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
Dengan berasakan kumpulan etnik ini, maka wujudnya persatuan-persatuan politik

ekonomi dan sosial. Persatuan-persatuan ini hanya akan memperjuangkan

kepentingan hanya untuk kumpulan etnik yang diwakilinya sahaja dan ianya

dipanggil sebagai politik perkauman. Politik perkauman ini hanya menambahkan

lagi jurang di dalam ketidaksepaduan dan kefahaman antara kaum. Apabila pilihan

raya semakin dekat maka semakin banyak kempen yang dilaksanakan.

Selain itu, medan ini dijadikan tempat untuk mereka menyuarakan kepentingan

persatuan masing-masing tanpa mengira kepentingan persatuan yang lain. Ia adalah

manisfestasi hububngan antara kaum di persekutuan tanah melayu yang

sememangnya retak menanti belah.

4. PENGAJARAN DARI KISAH 13 MEI 1969

Setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku pasti ada

pengajaranya. Pengajaran pertama dari peristiwa 13 mei ini

adalah terbuktinya bahawa pertelingkahan dan rusuhan

kaum tidak mendatangkan sebarang faedah pada negara,

agama dan bangsa kecuali pada musuh-musuh Negara.

Malah hasil daripada rusuhan itu telah mendatangkan

kerugian yang besar kepada semua pihak dan telah meragut nyawa mereka yang

tidak bersalah. Statistik menunjukkan angka jumlah kematian bagi kamu cina 143

orang, melayu 25 orang dan india 13 orang. Manakala, jumlah yang lain adalah 342

orang cedera, 912 ditahan kerana melanggar perintah berkurung. Statistik

13 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
kerosakkan harta benda pula 118 bangunan dipecah masuk dan barangan berharga di

curi serta 109 kenderaan musnah dan di bakar. (Petikan ucapan hari kemerdekaan,

1957) “tidak kira siapa anda, hiduplah dengan harmoni dinegara kita yang

gemilang ini. Kita telah berusaha untuk mencapai hari ini dan kemerdekaan ini

dicapai bukian secara keganasan akan tetapi melalui perlembangaan, rundingan,

persefahaman dan kepercayaan”. (Tunku abdul Rahman).

Ucapan ini seharusnya dijadikan satu pegangan dan panduan kepada semua kaum

dan di perlu di praktiskan untuk membina generasi baru pada masa akan datang.

Namun, setelah 12 tahun merdeka, mereka yang fikirannya masih dijajah menjadi

gunting dalam lipat atau duri dalam daging yang terus yang terusan menghasut

kumpulan etnik ini untuk bermusuhan.

Menurut pedana menteri Ke-2, Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussian, 1971

‘racangan ini (RMK2) ialah satu panduan berasaskan dasar ekonomi baru (DEB)

kerajaan. Ia mengandungi dua matlamat untuk membasmi kemiskinan tanpa

mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan

mengurangkan dan lama kelaman menghapuskan sama sekali pengenalan kaum

dengan fungsi-fungsi ekonomi” Pengajaran kedua ialah kerajaan perlu berlaku adil

dalam hal ekonomi. Dalam kisah peristiwa 13 Mei ini, perpaduan tidak tercapai

apabila terdapat sebahagian golongan rakyat yang harus bekerja ibarat kais pagi

makan pagi kais petang makan petang. Rentetan daripada pemasalah itu, pihak

kerajaan telah sedar dan telah mewujudkan dasar ekonomi baru (DEB) bagi

14 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
melaraskan semula ekonomi Negara. DEB ialah satu rancangan jangka masa panjang

yang akan berjalan selama 20 tahun kemudian, daripada tahun 1970 hingga 1990.

Yang ke tiga, untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum, pihak kerajaan

telah memperkenalkan rukun Negara. Apabila rakyat menangkat sumpah untuk taat setia melalui

ikrar rukun Negara ianya membantu untuk memantapkan lagi sistem demikrasi Negara dan

sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Terakhir, taraf pendidikan. Dari kejadian 13 Mei

ini, pihak kerajaan melihat soal pendidikan yg minimum terhadapat seluruh masyarakat oleh itu,

pihak kerajaan telah menubuhkan dasar pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan berdasarkan

falsafah pendidikan Negara. Ianya bertujuan untuk melahirkan generasi yang lebih berkuali dan

berilmu untuk membantu membina Negara yang makmur dan aman. Selain itu, pihak kerajaan

jugak membuat dasar kebudayaan kebangsaan untuk anak-anak baru melihat serta mempelajarari

budaya dalm setiap kaum yang ada di muka bumi Malaysia ini. Dalam perhimpunan SPS di bukit

jawi golft resort pulau pinang 1999, datuk seri Abdullah bin haji ahamda badawai ada

menyatakan bahawa golongan muda yang lahir dalam sistem pendidikan baru ini harus di bentuk

dengan baik dan pengamalan nilai-nilai murni serta ketertiban budaya bangsa perlu di utamakan.

Hal ini perlu dilihat dengan baik dan lebih mendalam.

Gambar disebelah menunjukkan mayat yang


bergelimpangan dan harta benda yang
musnah akaibat dari peristiwa 13 Mei 1969

4.1. DASAR DAN PROGRAM KERAJAAN SELEPAS 13 MEI 1969

15 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
Setelah sejarah hitam 13 Mei terjadi, ia meninggalkan kesedaran pada pelbagai pihak dimana

perpaduan antara kaum itu penting demi keharmonian Negara, bangsa dan agama. Oleh itu,

pihak kerajaan telah mengambil pelbagai jenis inisiatif dan telah membina dan merancang

pelabagai program dan dasar baru bagi memulihkan keadaan Negara dan rakyat Negara

Malaysia. Antaranya, kerajaan telah memperkenalkan dan melaksanakan rukun Negara, dasar

pendidikan kebangsaan, dasar ekonomi baru, dasar kebudayaan kebangsaan dan wawasan 2020.

4.2. RUKUN NEGARA

Majlis Perundangan Negara ditubuhkan bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi

pemasalah perkaum yang berlaku sehingga terjadinya sejarah hitam 13 mei 1969 ini. Disamping

itu, ia berfungsi untuk menasihati kerajaan atas segala perancangan, stategi dan dasar yang

dirancang untuk penyelesaian kepada pemasalah yang berlaku. Juteru, pada tahun 1970 tanggal

31 Ogos, Majlis Perundangan Negara telah mengubal rukun Negara. Rukun negara dibuat adalah

untuk menjadi idealogi kebangsaan untuk Negara tercinta. Dengan lima element atau prinsip

yang terdapat didalam rukun Negara ini, berharap ia dapat membentuk jati diri masyarakat

menjadi satu bangsa dalam Negara Malaysia. Lima prinsip dalam rukun Negara adalah 1)

Percaya kepada tuahan 2) kesopanan kepada raja dan Negara 3)keluhuran perlembagaan 4)

kedaulatan undang-undang 5) kesopanan dan kesusilaan. Harapan kelima prinsip rukun Negara

ini, ianya dapat menyatupadukan semua golongan masyarakat. “Saya yakin dengan izin

Tuhan jika kita patuhkepada kedua-dua ini (Perlembagaan Negara dan Rukun Negara), rakyat negara ini

akan dapat hidup dengan aman damai dan negara kita akan terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu padu

serta makmur.” (Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein, Perhimpunan Pergerakan Ibu UMNO,Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur, 22 Januari 1971)

16 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
4.3. DASAR EKONOMI BARU

Misi dan visi dasar adalah untuk mencapai sesuatu okjebtif tertentu yang dikehendaki oleh

sesebuah Negara. Contohnya seperti membuka peluang pekerjaan, menyediakan keselamatan

Negara, menstabilakan ekonomi dan pelbagai. Dasar pembangunan Negara di Malaysia, secara

umumnya telah dirancangan untuk dibangunakan Negara ini setelah beberapa peristiwa yang

melanda. Melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah

dilancarkan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk menstabilakan sosial ekonomi yang telah wujud

Malaysia.

Menerusi strategi serampang dua mata, rancangan pembangunan ini di atur dan di laksanakan

dengan tujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada semua jenis kaum dan sekaligus

membasmi kemiskinan secara berperingkat. Kerajaan mengambil langkah untuk membasmi

kemiskinan adalah kerana untuk mematikan perasaan tidak puas hati kepada semua golongan

dimana dahulunya ianya menjadi punca rusuhan kaum apabila setiap kaum diletakkan had-had

untuk mencari sesuap nasi. Oleh itu kerajaan membuat dasar ini dan projek-projek pembangunan

telah dirangka untuk menyelesaikan isu sosial ekonomi ini.

4.4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Melalui penyata Razak 1956, dasar pendidikan pelajaran kebangsaan telah di keluarkan dan

dimuktamadkan dalam ordinan pelajaran 1957. Ianya telah disemak dan telah tehasil lapotan

Rahman Talib pada tahun 1960 kemudian dimuktabadkan didalam akta pelajaran 1961. Bagi

mengkaji semuala dasar pendidikan ini satu jawatankuasa cabinet telah ditubuhkan pada tahun

1974 bertujuan untuk membetulkan perlaksaan ini. Tambahan, jawatankuasa ini juga harus

memastikan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti seperti berdisiplian dan
17 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
bersatu padu dicapai. Didalam laporan jawatan kuasa ini, ada menerangkan tentang member

penekanan kepada usaha untuk mendidik sekaligus melahirkan generasi yg ilmuwan, dermawa,

budiman,budayawan dan sukarelawan dalam keadaan yg harmoni agar mereka yang Berjaya ini

dapat member sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Antara strategi dasar pendidikan kebangsaan adalah 1) mengadakan kurikulum untuk semua

sekolah 2) pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif 3)menjadikan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama dan akhir sekali 4) memupuk perpaduan

melaui pembangunan budaya, ekonomi dan sosial serta politik sejajar dengan prinsip rukun

Negara.

4.5. DASAR BUDAYA KEBANGSAAN

Setiap kaum pasti ada amalan, budaya dan adat resam tersendiri. Bagi memastikan ianya terjaga

dan terpelihara, kerajaan telah mengubalkan dasar budaya kebangsaan untuk dijadikan pegangan

dan panduan dalam memelihara serta menbentuk semula identiti Negara untu ke peringkat

antarabangsa. Antara objektif pembentukan kebudayaan kebangsaan Malaysia ialah

1)mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan, 2)mementingkan kualiti

kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi 3)

memelihara dan memupuk keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan

kebangsaan dan 4) memperkayakan dan memperingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi .

5. ANALISIS KESEPADUAN SOSIAL DIMALAYSIA DARIPADA PERISTIWA 13


MEI 1969

18 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
Menerusi klonologi yang dibaca dalam sejarah peristiwa 13 mei 1969 ini, berdasarkan rujukan

ilmiah dan video yang dipaparkan oleh pihak yang betul, banyak pekara yang kita sebagai

masyarakat berbilang bangsa di Negara Malaysia ini boleh dijadikan iktibar dari aspek ekonomi

politik dan sosial. Setelah menganalisa kesan-kesan sejarah hitam ini, terdapat beberapa langkah

yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan untuk memupuk semula semangat perpaduan antara

kaum. Antaranya seperti mengajak seisi keluarga menghadir ke kempen atau program perpaduan

kaum atau yang berkenaan. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajak dan menyokong anak-anak

kita hadirkan diri ke kempen atau sertai program dan pertandingan yang melibatkan perpaduan

perkauman ini kerana ianya amatlah bagus untuk pemikiran anak anak ketika mereka sedang

mempelajari pekara baru untuk di gunakan ketika mereka dewasa nanti. Selain itu, anak-anak

jugak perlu mengambil iniseatif untuk hadirkan diri serta pupuk minat untuk pergi ke program-

program yang disediakan. Seterusnya, peranan daripada ibubapa sendiri menunjukkan contoh

yang baik kepada anak-anak dalam pergaulan antara manusia. Sebagai ibu bapa, haruslah kita

menjaga tutur bicara dan pergaulan kita. Kita perlu menunjukan bahawa mempunyai sahabat

yang berlainan kaum tidak akan mengahalang atau mendatangkan masalah kepada kita malah

ianya memberi manfaat dan faedah keada kita. Akhir sekali, media juga memainkan peranan

yang penting. Mereka tidak seharusnya memanipulasikan keadaan sehingga ianya mendapat

tanggapan yang negative kepada sesetengah golongan.

19 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
6. KESIMPULAN

Rusuhan kaum merupakan senjata yang mengancam keharmonian rakyat dan juga meruntuhkan

sesebuah negara. Tidak kiralah apa jua bangsa, janganlah masyarakat membeza atau

membandingkan sesama sendiri kerana setiap kaum pasti memiliki perbezaan sendiri.

Sebenarnya, rusuhan kaum ini adalah satu fitrah manusia dan fakta yang tidak dapat dielakkan

kerana anggapan yang telah ditanamkan oleh persepsi sejarah lama diperkuatkan oleh faktor-

faktor luaran. Berikutnya, ekonomi negara seperti di Malaysia yang masih bergantung pada

pelabur asing juga akan mundur. Oleh itu, semua pihak perlu memiliki sifat tanggungjawab

untuk mengurangkan dan membanteras rusuhan tersebut, terutamanya pihak kerajaan dan pihak

masyarakat. Pihak dahulu mempunyai kuasa rasmi untuk mempersatukan rakyat-rakyat di

sesebuah negara manakala pemupukan nilai murni dalam masyarakat ialah sokongan yang kuat

daripada pihak yang kemudian.

Sebagai rakyat Malaysia, kita diseru agar mempertahankan maruah bangsa dan memakmurkan

bumi Malaysia melalui perpaduan. Bak kata pepatah “bagai enau dalam belukar melepaskan

pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum hanya akan wujud apabila semua kaum dapat

menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolar-unsur dan

menghormati antara satu sama lain. Hal ini tidak seharusnya dijadikan perbalahan kerana kita

hidup dalam negara yang sudah merdeka. Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting

dalam menangani masalah rusuhan ini. Sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera maka

keadaan akan menjadi lebih rumit dan jumlah nyawa yang terkorban dan jumlah kerosakan harta

benda juga akan meningkat. Rumusannya, semua pihak perlu memainkan dan menjalankan

20 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
tanggungjawap dengan baik untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. Bak kata

peribahasa melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

21 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
7. LAMPIRAN 1

ANTARA KATA-KATA YANG


MENCABAR KAUM MELAYU
PADA PERISTIWA 13 MEI 1969

GAMBAR DIATAS INI MENUNJUKAN KEGANASAN DAN KEROSAKAN


HARTA BENDA YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969

AL-FATIHAH BUAT MAK MINAH YANG TERKORBAN SEMASA


KEJADIAN 13 MEI 1969

22 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
8. BIBLIOGRAPHY

Abdul Rahman Putra Al-Haj(1969), Mei 13: Sebelum Dan Selepas, Kuala
Lumpur:Utusan Malaysia.

Arkib Negara Malaysia. (2015). Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Diperolehi pada

23 June 2015, daripada http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihan-raya-umum-ketiga-

tahun-1969.

Bahagian Pernerbitan Dasar Negara (2009), 1malaysia: Rakyat Didahuluka Pencapaian


Diutamankan, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia. Komunikasi Dan
Kebudayaan, Kementerian Penerangan.

Dato Seri Yuen Yuet Leng (2008), Nation Before Self: And Values That
Don’t Die, Ampang. Jabtan Penerangan Negara (2010), Menghayati Semangat
Perpaduan, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Kamunikasi Dan Kebudayaan,
Kementerian Penerangan.

Jasman Agmad Dan Siti Razmah Hj Idris (2008), Siti Remaja Dan Isu
Semasa: Belia Berwawasan, Seri Kembangan Penerbitan Maju Mas.

Majlis Gerakan Negara(1969), The May 13 Tragedy: A Report, Kuala Lumpur


: Majlis Gerakan Negara (Malaysia)

Mary Tan Swee Ee-Lew (2009),Sejarah Spm 4-5 Petaling Jaya. Sasbadi
Muhamad Ridzuan Amin (2009), Masyarakat Majmuk Di Malaysia, Subangjaya: Mika
Cemerlang.

23 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652
Norliza Abd Rahman. 10 Mei 2018. Utusanonline.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fru-lepas-gas-pemedih-mata-ke-arah-

penyokong-pakatan-harapan-di-putrajaya-1.670117.

Ranjit Singh Malhi (1989) Pegajian Am Stpm: Kenegaraan Malaysia,


Pertaling Jaya Federal Publications

Sinaronline. 29MAR2016. http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-perkauman-

sensitiviti-agama-masih-boleh-ditangani-1.503220

24 | P a g e N U R U L A L Y A F A T I N B I N T I M O H D Y U S O F 257652

Anda mungkin juga menyukai