Anda di halaman 1dari 3

Analisis Dan Rekabentuk Sistem

PENGENALAN

Objektif
Setelah menamatkan bab ini pelajar akan memahami:
 konsep sistem dan sistem maklumat
 kompenan-kompenan bagi suatu sistem maklumat berkomputer
 kategori-kategori sistem maklumat berkomputer

1.1 KONSEP SISTEM

 Sistem adalah satu koleksi komponen-kompenan berkaitan dan saling berinteraksi untuk
mencapai tujuan tertentu.
 Ciri- ciri bagi suatu sistem adalah:
 Tujuan– matlamat yang hendak dicapai. Sepakat dalam mencapai satu tujuan.
 Komponen– terbina dari beberapa komponen atau elemen yg juga dikenali sebagai
sub- system
 Berinteraksi- Setiap komponen berinteraksi dan berkerjasama utk mencapai tujuan.
 Sempadan- garis pemisah antara sistem dan persekitaran
 Persekitaran- sebarang elemen luar yang tetapi berinteraksi dengan sistem samada
membekalkan input atau menerima output dari sistem.
 Antaramuka– laluan di sempadan di mana input dari persekitaran masuk ke dlm
sistem dan output dari system keluar ke persekitaran.
 Input- sebarang objek atau elemen yang masuk dari persekitaran ke dalam sistem.
Input membolehkan komponen subsistem berfungsi
 Output- Input yang dimasukkan menghasilkan output dan di keluarkan ke
persekitaran.
 Kekangan- batas yang menghalang sistem mencapai tujuan. Boleh datang dari
sistem itu sendiri atau dari persekitaran.

1.2 SISTEM MAKLUMAT

• Apakah Sistem Maklumat( SM)?


– Mengenai susun atur manusia, data, proses, perwakilan maklumat dan teknologi maklumat
yang bertindak untuk menyokong dan meningkatkan operasi harian dalam perniagaan atau
organisasi.
– Membantu dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang diperlukan oleh
pihak pengurusan.
– Teknologi maklumat pula menerangkan tentang gabungan teknologi komputer, perisian
dan perkakasan, dengan teknologi telekomunikasi (seperti data, imej dan rangkaian).

• Apakah Sistem Aplikasi Komputer?

1
Analisis Dan Rekabentuk Sistem

– Penyelesaian berasaskan komputer bagi masalah dan keperluan bisnes. Satu sistem
maklumat biasanya mempunyai sekurang- kurangnya satu aplikasi computer.

 Asas Sistem Maklumat


• Apakah perbezaan di antara Data & Maklumat?
- Data: fakta mentah yang tidak bermakna yang berkaitan dengan organisasi dan transaksi
bisnes yang dijalankan.
- Maklumat: data yang telah diproses dan mempunyai makna.
- Proses: aliran data, pergerakan data berpindah dari satu tempat dalm sistem ke tempat lain.

 Sistem Maklumat menukarkan data kepada maklumat yang berguna.


 Teknologi maklumat meningkatkan kuasa dan potensi sesebuah Sistem Maklumat

 Jenis- Jenis Sistem Maklumat


- Sistem maklumat boleh dikategorikan kepada empat, iaitu:

i. Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS)


ii. Sistem Maklumat Pengurusan (MIS)
iii. Sistem Sokongan Keputusan (DSS)
iv. Sistem Pakar (ES)
Sistem Maklumat

Sistem Pemprosesan Sistem Maklumat Sistem Sokongan Sistem


Transaksi Pengurusan Keputusan Pakar

Sistem Sokongan
Sistem Maklumat Keputusan
Pemasaran Berkumpulan

Sistem Maklumat Sistem Sokongan


Perakaunan Eksekutif

Sistem Maklumat
Kewangan

Sistem Maklumat
Sumber Manusia

Sistem Maklumat Rajah 1.1: Kategori Sistem Maklumat


Pengeluaran

i. Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS)


 Merupakan aplikasi sistem maklumat yang mengumpul dan memproses data
mengenai transaksi dalam organisasi atau perniagaan. Ia juga dikenali sebagai sistem
pemprosesan data.
 Contoh, Sistem Penempahan Tiket, Sistem Invois, dan Pemprosesan Bayaran Gaji.

2
Analisis Dan Rekabentuk Sistem

 Aktiviti utama meliputi pemprosesan tempahan jualan, akaun penerimaan, akauan


pembayaran, inventori dan perolehan serta pembayaran gaji.

ii. Sistem Maklumat Pengurusan (MIS)


 SM yang berupaya memenuhi keperluan pengurus dalam sebuah organisasi seperti
menjana laporan dalam format yang ditentukan. Selain laporan dalam bentuk
berkala seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan, ia juga menjana laporan
atas permintaan.
 Contoh MIS adalah seperti perancangan belanjawan, laporan kewangan, laporan
inventori, jadual produksi, dan ramalan jualan.

iii. Sistem Sokongan Keputusan (DSS)


 SM yang berorientasikan keputusan di mana situasi yang memerlukan keputusan
dibuat. DSS hanya menyokong dalam proses pembuatan keputusan bukan penentu
keputusan.
 Penyelesaian bagi sesuatu masalah yang boleh dibantu oleh komputer dikenali
sebagai masalah berstruktur yang mana penyelesaian tersebut dirujuk sebagai
keputusan terprogram. Contoh pengiraan keputusan PNGK. Masalah tidak
berstruktur pula tidak mampu diselesaikan oleh komputer seperti penilaian prestasi
staf.
 Oleh itu sistem ini dibangunkan khusus bagi membantu para pengurus
menyelesaikan masalah tidak berstruktur. Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem
Maklumat Eksekutif (EIS).

iv. Sistem Pakar (ES)


 SM yang berupaya meniru cara manusia berfikir dan membuat pertimbangan untuk
membuat keputusan. Ia diprogramkan untuk menghasilkan pengetahuan dan
kepakaran bagi penyelesai masalah pakar atau pembuat keputusan dengan berfikir
atau bertindak mengikut pakar.
 Ianya merupakan cabang bagi bidang Kecerdasan Buatan dan penggunaannya telah
diimplentasikan dalam bidang komersial, kejuruteraan, perubatan, pendidikan,
pembuatan, pemasaran dan banyak lagi.
 Sebagai contoh di dalam institusi perbankan, ianya digunakan untuk menilai
permohonan peminjaman wang.

v. Sistem Automasi Pejabat (OA)


 Aplikasi yang menyokong aktiviti pejabat untuk memperbaiki aliran kerja dan
komunikasi antara pekerja tanpa mengira masa dan lokasi dalam persekitaran
pejabat secara fizikal mahupun secara maya (virtual).
 Contoh-contoh:
 Emel elektronik
 Pemprosesan perkataan
 LAN
 Photocopying
 Emel suara
 Desktop publishing
 Jadual elektronik
 Mesin fax

Anda mungkin juga menyukai