Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 13

MELAYU ISLAM BERAJA (TAHUN 5)

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Amalan Berjimat-cermat.

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan
atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk
perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Selain itu,
sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli
sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan
yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita. Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja
sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang
hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai
contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini
dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada
masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk
mendapatkan rawatan. Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu
berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan.
Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin
hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil
elektrik yang tinggi. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan
berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Faedah Menyimpan Wang.

“Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.” Itulah pegangan orang yang pandai berjimat-cermat
demi masa depan mereka. Wang amat penting dalam kehidupan manusia. Dengan wang kita
dapat membeli apa sahaja yang diingini. Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika
menggunakan wang. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung dan bank. Sungguhpun pada
mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi banyak.
Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit perbelanjaan sekolah
seperti membeli buku-buku dan alat tulis. Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang
untuk menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan betapa susahnya mereka mencari wang. Jadi,
dengan menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat membantu pula ibu bapa kita. Jika kita
jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh digunakan pada saat-saat
genting ini. Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah. Tabiat ini
haruslah ditanam sejak kecil lagi. Kata pepatah, “kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan berjimat-cermat?

________________________________________________________________________

2. Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. Apakah maanfaat yang kita dapat jika kita mengamalkan sikap berjimat-cermat?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pepetah “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

5. Bagaimakah sikap menyimpan wang dapat membantu kita di masa hadapan?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai