Anda di halaman 1dari 3

DASAR-DASAR KOKURIKULUM SK

SERI MENDAPAT

DASAR   1   :    DASAR-DASAR KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA

Pihak sekolah akan mematuhi segala dasar-dasar yang


telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di
sekolah.

DASAR   2   :    TENAGA PENGAJAR

Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti


kokurikulum
Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis
kegiatan bagi setiap bidang berikut :
    Unit Beruniform
     Pengakap
     Bulan Sabit Merah
     Tunas Kadet Remaja Sekolah
    Kelab dan Persatuan
     Persatuan Bahasa
     Persatuan Sains Dan Matematik
     Persatuan Agama Islam
    Sukan dan Permainan
     Kelab Bola Tampar
     Kelab Ragbi
     Kelab Sofbol
    Rumah Sukan
     Rumah Biru
     Rumah Kuning
     Rumah Merah
Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu
melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
    Menggubal perlembagaan
    Melantik jawatankuasa
    Merancang aktiviti tahunan
    Merekod kehadiran pelajar
    Melaksanakan aktiviti harian
    Membuat penilaian
    Menyediakan laporan

DASAR   3   :    PENYERTAAN PELAJAR

Semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 diwajibkan menyertai


setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :
    Unit Beruniform
    Kelab dan Persatuan
    Sukan dan Permainan
Semua pelajar tahun 3 diwajibkan menyertai satu
kegiatan unit beruniform.
Semua pelajar diwajibkan menyertai satu rumah sukan
yang berikut :
    Rumah Biru
    Rumah Kuning
    Rumah Merah
Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih
kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-
pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
Penentuan pemilihan pelajar akan diputuskan oleh
GPK Kokurikulum.
Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan
dijalankan.

DASAR   4   :    PENJADUALAN KEGIATAN

Takwim kegiatan kokurikulum sepanjang tahun


persekolahan disediakan.
Kegiatan Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan,
Sukan dan Permainan serta latihan rumah sukan
dijalankan pada ketetapan berikut :
    Unit beruniform dan Latihan Rumah Sukan
    Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan
Permainan
    Kegiatan tersebut dijalankan pada setiap hari Selasa
(dua minggu sekali).
    Unit beruniform bagi tahun 3 akan dijalankan pada
hari Khamis ( dua minggu sekali ).
Waktu kegiatan adalah seperti berikut :
    Unit beruniform / Kelab dan persatuan bermula pada
jam 04.00 petang hingga 05.00 petang.
    Latihan Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan
Permainan bermula pada jam 05.00 petang hingga
06.00 petang.
    Unit beruniform tahun 3 akan bermula pada jam 12.35
tengah hari hingga 01.35 tengah hari.
Kegiatan atau aktiviti kokurikulum boleh juga
dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad, seperti
Pertandingan Larian Merentas Desa pada hari Sabtu
dan Perkhemahan Unit Beruniform pada hari Sabtu
dan Ahad.
Kegiatan akan ditangguhkan atas sebab-sebab
berikut :
    Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)
    Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
    Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun
dan Akhir Tahun.
    Atas arahan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

DASAR   5   :    PENYERTAAN KEGIATAN LUAR


SEKOLAH

Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana


kegiatan peringkat Kawasan , Daerah, atau Negeri
tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah
pasukan.
Sekolah tidak memfokuskan kepada kegiatan tertentu
untuk dijadikan Program Sasaran.
Sekolah sentiasa berusaha mencungkil dan
memperkembangkan bakat pelajar ke tahap tertinggi
melalui :
    Latihan yang bersistematik
    Kelengkapan yang sempurna
    Pertandingan dalaman
    Penyertaan yang aktif

DASAR   6   :    PENILAIAN

Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum


akan dinilai dengan menggunakan kaedah dalam
buku ‘Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum
Sekolah Menengah’. terbitan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran.
Pihak sekolah juga akan menggunakan kaedah
‘Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum’ (PAJSK) yang diterbitkan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

DASAR   7   :    PENGHARGAAN

Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada


pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui
pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :
    Barangan atau wang tunai
    Sijil Penghargaan
Mewujudkan Anugerah Tokoh Kokurikulum kepada
pelajar yang cemerlang pencapaian dalam bidang
kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai