Anda di halaman 1dari 25

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

SOALAN 2: ORANG LAUT ADALAH FAKTOR PENTING


MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KERAJAAN MELAYU
JOHOR PADA KURUN KE-17. SEJAUH MANAKAH ANDA
BERSETUJU DENGAN PERNYATAAN INI?

NAMA: AHMAD ZAKUAN BIN GHAZALI


NO MATRIK: AEA100008
NAMA TUTOR:ENCIK RAZALI
SEMESTER: 1
SESI: 2010/2011
HARI:RABU
MASA: 12.00 TGHRI -1.00 PTG
TEMPAT: BSAE 24
Pendahuluan

Kerajaan Johor adalah lanjutan dari kesultanan melayu Melaka yang jatuh ke tangan

Portugis pada 10 ogos 1511.Di ceritakan dalam Sulalatus Salatin,Sejarah Melayu

bagaimana peristiwa ketewasan Melaka yang pada masa itu diperintah Sultan Ahmad

bersama ayahnya Sultan Mahmud serta para pengikutnya berundur ke Hulu Muar akibat

tidak mampu menentang Portugis yang dipimpin Alfonso de Albuquerque sendiri

mengetui angkatan tentera laut disamping dilengkapi dengan kekuatan dan teknologi

senjata yang lebih maju dari kerajaan Melaka.

Di Hulu Muar Raja Ahmad diam di Pagoh manakala Sultan Mahmud diam di Batu

Hampar. Namun Portugis terus menyerang memaksa Sultan Ahmad dan Ayahandanya

berundur ke Penarikan dan seterusnya berundur ke Pahang dan ke Bintan.Di Bintan

berlaku satu peristiwa yang membawa kepada arahan Sultan Mahmud membunuh

anaknya Sultan Ahmad secara sembunyi dan kembali memerintah.Seperti diceritakan

dalam sejarah Malaysia “Tidak lama kemudian Sultan Ahmad Syah telah mati dibunuh

akibat hasutan ayahandanya Sultan Mahmud yang kembali memerintah.1”.Pada 1526

Portugis menyerang Bintan memaksa Sultan Mahmud bersama pengikutnya berundur ke

Kampar dan di Kampar Sultan Mahmud mangkat dan digelar marhum Kampar dan

digantikan putranya dengan Tun Fatimah iaitu Raja Ali yang mengasaskan kerajaan

Johor di Pekan Tua,Hulu Sungai Johor dengan gelaran Sultan Allaudin Riayat Syah

11.Pada kurun ke 17 pusat pentadbiran Johor telah berpindah Ke Riau Dan mula dikenali

empayar Johor- Riau.Peringkat awal abad ke 16 dan 17 kewujudan kesultanan melayu

Johor ini agak terumbang ambing dan terpaksa berpindah pusat pentadbirannya beberapa
1
1982 Barbara Watson Andaya, Leonard Y Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya,
Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. , 1983…hlm 63
kali akibat serangan Portugis dan Acheh yang pada masa itu kuasa besar di kepulauan

melayu.Namun kerajaan Johor terus bertahan dan ini hasil bantuan,kesetiaan orang laut

yang tidak putus-putus membantu membina kembali kerajaan Johor apabila

dimusnahkan.Di sini jelaslah kepada kita pentingnya orang laut dalam pengukuhan

kerajaan Johor namun faktor-faktor lain seperti ketiadaan Portugis di Melaka,kelemahan

kerajaan Acheh serta banyak faktor lain lagi tidak boleh kita abaikan begitu saja dalam

membantu pengukuhan kerajaan Johor pada kurun ke 17.

Orang laut sebagai faktor pengukuhan kerajaan Johor

Orang laut adalah faktor penting dalam pengukuhan kerajaan Melayu Johor

.Apakah orang laut ini?mereka adalah penduduk yang mendiami pulau-pulau di

kepulauan melayu seperti kepulauan Riau- Lingga,Pulau Tujuh,Kepulaun

Bintan,pesisiran pantai sumatera dan selatan semenanjung tanah melayu.Dalam penulisan

David E.Sopher ,Orang laut dapat ditafsirkan debagan kehidupan mereka yang tingal

ditepi pantai. Mereka mempunyai budaya semulajadi dari segi sosial dan teknologi serta

hidup secara primitif.2 Orang Laut mempunyai kemahiran teknologi yang berkaitan

dengan asas kelautan seperti membina bot, kemahiran berlayar, mempunyai ilmu tentang

perjalanan laut, dan menangkap ikan serta mempunyai sifat-sifat seperti hebat dan berani.

Hal inilah yang menjadikan orang laut lebih kedepan berbanding rakyat lain.3 Sesuai

dengan kedudukan petempatan mereka di kawasan pantai jadi tidak hairanlah mereka

cukup hebat dalam aspek ilmu kelautan.

2
David E. Sopher, The Sea Nomads: A Study of Maritime Boat People Sea, National Museum of Singapore,
1968, hlm: 47
3
Ibid, hlm: 48
Peranan orang laut bukan hanya penting semasa kerajaan Melayu Johor,malah

kepentingan orang laut bermula semenjak kesultanan Melayu Melaka lagi.Malahan

semasa zaman kerajaan Palembang lagu orang laut diberi kepercayaan menjaga istana

raja dan mengetuai angkatan laut.Orang laut terkenal dengan kesetiaan mereka kepada

pemerintah Melaka semenjak Parameswara lagi dan berlanjutan kesetiaannya kepada

kesultanan Melayu Johor. Tom Pires melaporkan ketika Parameswara dan rombongannya

berundur dari Palembang ke singapura dan seterusnya ke Melaka, baginda diiringi tiga

puluh orang laut. ketika berada di Muar merekalah yang mencadangkan agar

Parameswara datang dan menetap di Melaka. 4 Taat setia orang laut kepada raja dari

Palembang itu berterusan sehingga abad ke-18 apabila munculnya ketua puak dari orang

laut yang bernama Raja Negara di laut Singapura. 5 Terdapat beberapa suku di kalangan

orang laut seperti suku Bulang dari Pulau Bulang orang suku mepar dari pulau lingga,

dan orang Suku Galang dari Pulau Galang. Di Pulau Singapura juga terdapat Orang Laut

yang diketuai oleh Datuk Raja Negara dan Orang Pesukuan (orang Suku Bulo, Bekaka,

Kilang, Timiang, Mnau dan Pulau Boya), yang semuanya menjadi orang lindungan

pemerintah Johor.6 Orang laut terkenal dengan sifat berani bersesuaian dengan peranan

sebagai tentera kerajaan Johor dan mengawal peraiaran Johor dari aktiviti

perlanunan.Namun orang laut turut mempunyai tugas lain di mana golongan Orang Laut

ini mempunyai tugas mereka masing-masing. Tugas-tugas diberikan berdasarkan

kebolehan mereka. Sebagai contoh, Orang Suku Ladi, Galang Gelam, Sekanna, Klong,

Trong, Moro, dan Tambus diberi tugas sebagai pendayung angkatan tentera laut Johor .
4
Muhammad Yusuf Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Hlm 145

5
Ibid Hlm 145

6
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka1987, hlm: 57-58
Orang-orang Suku Matang pula membekalkan hasil pertukangan besi dan senjata kerana

mahir dalam pertukangan besi dan senjata, manakala hal atau tugas berkaitan menghantar

surat kepada pemerintah-pemerintah asing serta mengangkut duta menjadi tugas orang

Suku Mepar,tugas suku Ladi pula membekalkan hasil pertukangan kayu.Bagi tugas

menyediakan sagu dan agar-agar pula dijalankan Orang Suku Kasu (Selat), Trong, Sugi

dan Moro. Orang Suku Nam pula menjalankan kerja dapur seperti membekalkan kayu api

dan air.Orang suku Tambus pula berperanan sebagai penjaga anjing-anjing buruan raja. 7

Yang lebih menarik ialah pemerintah hanya perlu memberikan makanan sebagai upah

keatas khidmat Orang Laut.8 Dengan keistimewaan yang ada pada orang laut ini

menyebabkan mereka terpilih menjadi angkatan tentera yang handal di laut.Tambahan

pula orang laut ini senang dihubungi dan dikumpul apabila diminta . Keistimewaan ini

tidak terdapat pada orang atau suku lain iaitu dapat berkumpul dalam jangka masa yang

singkat serta cekap melancarkan serang balas ke atas musuh Johor. 9 Pengetahuan yang

luas dalam ilmu kelautan menyebabkan mereka mahir mengendalikan sampan kolek

dengan selamat menyusuri beting pasir yang berbahaya dan bering karang yang tentunya

pelaut yang kurang arif akan terkandas10.

Dari aspek ekonomi, orang laut melakukan kegiatan seperti memungut hasil hutan,

hasil laut dan lain-lain. Hasil hutan yang dikumpul adalah seperti daun nipah (anyam

tikar), nira (sejenis minuman keras), kulit bakau yang boleh mengeluarkan tanin (samak

7
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka,1987 hlm: 62-63
8
Ibid, hlm: 62
9
Abdullah Zakaria Ghazali, Johor Dahulu dan Sekarang, hlm: 19
10
Ibid, hlm: 15
kulit) dan kayu bakau (kayu api).11 Sementara hasil laut yang dikutip pula adalah seperti

kerang, tiram dan bunga karang. Selain itu, mereka juga mengumpul siput cowrie yang

digunakan sebagai mata wang, sebelum mata wang logam dan merupakan penghasilan

yang penting dan arkeologi telah menyusulkan bahawa kerang ini dikeluarakan dirantau

ini 4 000 tahun lalu. 12 tanpa kebolehan meraka menyelam dan berenag tentulah sukar

memungut kerang, tiram dan bunga karang di dasar laut itu. Kelebihan inilah

menyebabkan masyarakat di benua China kagum malahan turut tercatat dalam catatan

pada kurun ke-12 mengenai hamba abdi dan negeri melayu yang dikatakan sejanis orang

liar yang tinggal berdekatan laut dan boleh menyelam di air tanpa menutup mata

mereka.13 Justeru dapat meningkatkan taraf ekonomi kerajaan Johor.Malah mereka turut

berperanan memandu dan memepengaruhi kapal-kapal pedagang ke pelabuhan-

pelabuhan Johor.

Yang lebih menarik dalam mengambarkan kehebatan Orang Laut ini ialah mereka

diarah memantau perairan Johor bagi menunjukan kepada kuasa lain bahawa gangguan

keatas Johor akan menerima balasan yang setimpal.Malah ketakutan belanda dengan

kemahiran orang laut ini dapat dilihat dimana apabila wujud konflik antara Johor dengan

pembesar Belanda di Melaka. Di Betawi, utusan Johor secara halus membayngkan

sekiranya Belanda mengambil langkah untuk menghukum Johor, akibatnya Johor akan

berpindah dan akan mendirikan negeri baru di tapak lain, mungkin di salah sebuah pulau

ditengah-tengah hambanya orang laut. Di negeri baru itu nanti orang laut akan bertindak

mengganggu kapal-kapal yang berlayar menerusi selat Melaka dan memesongkan kapal-
11
1982 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, Petaling
Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1983, hlm….14

12
Ibid….15

13
Ibid….
kapal itu dari pelabuhan Belanda. Oleh itu Belanda memandang serius akan hal ini lalu

sering memihak kepada Johor dalam apa-apa perkara.Walau dalam perbincangan

mengenai Orang laut ini saya banyak menceritakan mengenai peranan dan kehebatannya

di zaman Melaka namun apa yang ingin saya tonjolkan adalah kehebatan mereka kerana

Orang Laut di Johor dan Melaka ini adalah golongan yang sama maka peranan dan

kepentingannya kepada kedua-dua kerajaan ini sama pentingnya.Jadi kesimpulannya

orang Laut adalah factor penting dalam pengukuhan kerajaan melayu Johor.

Faktor-faktor lain dalam membantu pengukuhan kerajaan Johor pada kurun ke 17

Ketiadaan Portugis di Melaka 1641

Faktor ketiadaan Portugis di Melaka turut menjadi faktor penting yang membawa

kepada pengukuhan kerajaan Johor pada kurun ke 17.Sebelum ini Portugis sering

menyerang kerajaan Johor memaksa pusat pentadbiran Johor dipindahkan beberapa

kali.Di Bintan pun Portugis tetap menyerang pada 1526 yang memaksa Sultan Mahmud

berpindah ke Kampar dan serangan ini berterusan keatas kerajaan Johor dari tahun 1528

hingga 1640.Tidak mungkin sebuah kerajaan yang bertubi-tubi diserang mampu

membangunkan kerajaannya.Ini jelas apabila kekalahan Portugis di Tangan Belanda

dengan bantuan Johor pada 1641 telah membawa kepada kegemilangan kerajaan Johor

akibat tiada lagi gangguan dari Portugis.Perjanjian antara Belanda dengan Johor bermula

pada Mei 1606 lagi dimana pakatan untuk menewaskan dan mengusir Portugis telah

dibuat namun kekuatan Portugis di Melaka ternyata tidak atau belum dapat ditembusi
oleh kekuatan Johor atau Belanda sekalipun mereka berpadu tenaga dalam gerakan

mereka.14

Oleh kerana kesedaran Belanda akan kebergantungan Portugis di Melaka

terhadap bekalan makanan dari luar maka langkah bijak telah di ambil semenjak 1630an

lagi dimana pengepungan keatas Melaka telah dilakukan bagi melemahkan dan

melaparkan tentera-tentera Portugis.Malah Belanda telah mengupah nelayan-nelayan

melayu untuk menilai sejauh mana kekuatan kota pertahanan Portigis iaitu A Farmosa.

Biarpun Portugis mula sedar akan kemerosotan perdagangan di Melaka Namur masih

terus bertindak memaksa papal-kapal dagang berdagang di pelabuhan Melaka dan turut

mengenakan cukai yang tinggi,sedangkan tindakan ini makin menjauhkan kapal-kapal

dagang dari pelabuhan Melaka dan implikasinya ekonomi Portugis makin merosot 15.

Serangan keatas Portugis di Melaka bermula pada Jun 1640 berterusan hingga januari

tahun berikutnya dimana usaha Belanda ini dibantu oleh Johor. Dalam gerakan

mengepung dan melanggar Melaka, Johor telah membekalkan 40 buah kapal dengan

1500 tentera dibawah pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil yang mengepung dari darat

manakala Belanda menyerang dari laut.Walaupun tentera Portugis bermatian berjuang

namun pengepungan belanda dan Johor mengakibatkan tentera Portugis lemah dan tewas

dalam serangan tersebut16


14
Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, cetakan ke-
7 – 1983, hlm….73

15
Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, cetakan ke-
7 – 1983, hlm….75

16
Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, cetakan ke-
7 – 1983, hlm….75
Walaupun Johor hanya memberi bantuan yang kecil seperti menolong memasang

tapak meriam dan memikul peralatan perang disamping membangkitkan semangat tentera

Belanda di Medan perang tetapi memberi kesan yang baik kepada kerajaan Johor sendiri.

Buktinya pada tahun 1643, Gabenor Jeneral Belanda, Antonio Van Diemen telah menulis

kepada Lembaga Pengarah VOC. Belanda menyatakan rasa terhutang budi kepada Johor

dengan kata-kata “kita hendaklah sentiasa ingat bahawa orang-orang Johor telah

memberikan sumbangan yang banyak terhadap usaha menakluki Melaka. Tanpa bantuan

mereka, kita tidak akan berjaya menjadi tuan kota yang kuat ini”. Sebagai pengakuan

mengenai bantuan itu, Belanda telah memberikan hak-hak istimewa yang tertentu kepada

Johor untuk berniaga di Melaka yang tidak diberikan kepada kerajaan lain, Belanda juga

memberi jaminan perlindungan kepada Johor menentang musuh ketatnya,

Acheh.17Ketiadaan kuasa Portugis di Melaka yang sebelum ini sering kali mengancam

kerajaan Johor membolehkan kerajaan Johor menumpukan lepada pembangunan negeri

sepenuhnya.Jesteru itu Johor telah bebas dari ancaman Portugis yang selama ini bertapak

di Melaka selama 112 tahun dan sering mengancam Johor.

Kemerosotan kerajaan Acheh

Kerajaan Acheh telah muncul sebagai satu kuasa baru yang mendominasi

perdagangan di Kepulauan Melayu yang bertapak di hujung sumatera utara.Kerajaan ini

diasaskan oleh raja yang bernama Ali Mughayat Syah yang menaiki takhta kerajaan

Acheh dari tahun 1497 hingga 1530.18Acheh mendapat manfaat dari kejatuhan kerajaan

17
1982 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, petaling
Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1983, hlm….79

18
1982 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, petaling
Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1983.hlm 64
Melaka di tangan Portugis dimana para pedagang mula beralih ke pelabuhan-pelabuhan

Acheh kerana tidak mahu singgah di Pelabuhan Melaka yang dikuasi Portugis.Tambahan

pula Acheh mula mengantikan Melaka sebagai pusat penyebaran islam dan dibanjiri

kedatangan pedagang yang membawa kain-kain bermutu dan d.itukarkan dengan rempah

ratus . Dalam tahun 1607, Iskandar Mahkota Alam menaiki takhta kerajaan Acheh.

Baginda adalah seorang sultan yang berkaliber dan bercita-cita tinggi. Tahun 1612,

sebuah jajahan takluk Johor, Aru berjaya di serang dan di tawan, tahun 1613, ibu kota

Johor iaitu Batu Sawar pula diserang. Kota itu telah dimusnahkan dan dibakar oleh

tentera-tentera Mahkota Alam.19Serangan berterusan dari kerajaan Acheh keatas Johor

mengakibatkan Johor tidak dapat mengukuhkan kerajaannya. 15 Februari 1641, Sultan

Acheh, Sultan Iskandar Thani telah mangkat. 20Selepas itu, Acheh telah diperintah oleh

raja-raja perempuan bermula dengan Sultanah Safiatuddin Tajul Alam Syah (balu Sultan

Iskandar Thani) dari 1641-1673. Dalam pentadbirannya, banyak aspek pentadbiran telah

diabaikan terutama sekali dalam aspek ketenteraan, sedangkan aspek inilah yang menjasi

asas kekuatan kan kekuasaan Johor. Apabila struktur ketenteraan Acheh semakin lemah,

Acheh tidak lagi dapat menyerang Johor sepertimana yang telah dilakukan oleh Sultan

Alauddin Riayat Syah al-Kahar, yang telah memusnahkan Johor 21 pada tahun 1564 atau

1565.Namun sebagai pengkaji sejarah kita tidak boleh menyalahkan golongan wanita

yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Acheh kerana seperti yang kita tahu sifat

agresif Acheh mula hilang semenjak 1629 semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam lagi apabila tewas kepada Portugis dalam satu peperangan.Dimana dalam
19
Ibid….hlm 69

20
Leonard Y. Andaya,Kerajaan Johor 1644-1728:perkembangan politik dan ekonomi, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka,1987,hlm: 35
21
Leonard Y. Andaya,Kerajaan Johor 1644-1728:perkembangan politik dan ekonomi, Kuala
Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1987 hlm: 32
perang ini Acheh kehilangan 19 000 tenteranya dan beratus-ratus kapal musnah yang

akhirnya memperlihatkan kemerosotan kerajaan Acheh semenjak dari itu tidak lagi aktif

dalam menjalankan dasar perluasan kuasa dan dilihat mula hilang taringnya.

Kemerosotan kerajaan Acheh makin parah apabila golongan Orang kaya

yang sebelum ini lebih tertumpu kepada mengukuhkan kawalan keatas takhta kerajaan

daripada jalankan dasar perluasan kuasa. Rentetan peristiwa tersebut, para pemerintah

Johor telah dapat mengukuhkan kerajaan mereka kerana tiada lagi ancaman dari kuasa

luar yang boleh menggugat kekuasaan Johor.Pada 1641 melalui perantaraan Belanda satu

perjanjian telah dibuat antara Johor dan Acheh dimana antara isi perjanjiannya : antara

lain kedua-dua kuasa itu bersetuju bahawa masing-masing duduk di kerajaan sendiri dan

semua tindakan permusuhan dihentikan. Dengan perjanjian ini dan penaklukan Melaka,

Johor adalah bebas dari ancaman Portugis dan Acheh yang tidak putus-putus selama lebih

sekurun.Lemahnya kerajaan Acheh ditonjolkan melaui peristiwa yang berlaku tidak lama

selepas itu dimana Johor bertindak menghalau Acheh dari Pahang.22

Persahabatan dengan Belanda

Kedatangan pedagang Belanda ke timur mulannya secara persendirian jadi ini tidak

menyenangkan pihak Belanda yang berazam mempersatukan kuasa-kuasa Belanda di

Timur supaya ditadbir satu saja kuasa pentadbiran maka tertubuhlah Kompeni

Vereenigde Oostindische Compagnie(VOC)tahun 160223.Persahabatan dengan Belanda

memberi impak atau kesan yang cukup besar dalam membantu pengukuhan kerajaan

Johor pada kurun ke 17.Disni kenapa saya utarakan kepentingan persahabatan dengan

Belanda kerana dengan bantuan Belanda lah Portugis berjaya di halau dari Melaka pada

22
1982 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, Petaling
Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1893 hlm….79
1641.Sebelum ini beberapa percubaan Johor untuk menghalau Portugis dari melaka tidak

berjaya contonnya,pada Jun 1551 angaktan Johor bersama angkatan perang Perak,Pahang

dan Japara bergabung namun tetap tidak mampu menumpaskan portugis di Melaka walau

dikepung selama 3 bulan malah serangan keatas Melaka berterusan hingga tahun 1564

dan tetap mengalami kegagalan.Persahabatan antara Belanda dengan Johor bermula pada

tahun 1603 lagi namun perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1639, antara

laksamana Tun Jamil dengan Philip Lukasz di pantai Patani untuk menyingkir Portugis di

Melaka. Oleh itu merupakan titik penting dalam membantu pengukuhan kerajaan Johor,

Johor telah membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka pada 14 Jun 1641 yang

akhirnya Belanda dapat menewaskan Portugis yang bertapak di Melaka lebih sekurun.

Malah daripada perjanjian ini Johor telah diberi ganjaran yang amat penting

iaitu hak-hak istimewa untuk berniaga dan jaminan perlindungan kelengkapan

persenjataan Johor dalam usaha Johor menentang Portugis dan Acheh. Buktinya

menerusi perjanjian yang dibuat antara Johor dan Acheh melalui perantaraan Belanda

______________________________________________________________________
23
H.B Ahmad dan J.B Baba.1963.Tawarikh Tanah Melayu.kelantan:MUSLIM PRINTING AND PRESS
KELANTAN.hlm 36….
pada 1641.Malah melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1639 itu juga Belanda

bersetuju membantu Johor membangunkan kelengkapan pertahanan di Batu Sawar.

Konsep Daulat

Konsep daulat dikaitkan dengan pelbagai perkara seperti kesempurnaan,

kebolehan dan keistimewaan, kuasa politik tertinggi dan kebahagiaan kepada sultan.

Menurut Sejarah Melayu diceritakan bagaimana konsep ini terlaksana dalam masyarakat

melayu melalui perjanjiaan atau waad yang termeterai antara Demang Lebar Daun yang

mewakili rakyat dan Saans Seperba yang mewakili golongan pemerintaha. Orang laut
utamanya percaya bahawa sultan yang berdaulat berasal dari Bukit Si Guntang yang

berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain. Ditambah dengan konsep tulah, maka dapat

menguatkan taat setia mereka terhadap sultan dan telah menyumbang kearah pengukuhan

kerajaan Johor.

Institusi kesultanan yang meninggalkan status sesebuah kerajaan amat berprestij

kerana kesultanannya yang berasal dari keturunan raja berdaulat Bukit Siguntang. Oleh

itu, sultan di anggap mempunyai mandate untuk memerintah. 23 Kedaulatan empayar

Melayu Melaka dilanjutkan kepada empayar Johor-Riau. Penerusan dan pengekalan ini

bukan sahaja terjadi dalam bentuk penerusan tradisi budaya politik tetapi apa yang

penting ialah nasab keturunan kerabat Melaka yang memerintah itu sendiri khasnya di

dalam mengekalkan konsep daulat.24 Perkataan daulat berasal daripada bahasa Arab,

daulah yang bererti negeri atau kerajaan.Boleh dikatan simbol daulat ini lambang

kesempurnaa Raja dalam semua aspek dan simbol penyatuan masyarakat dan ketua

tertinggi kerajaan dan penentuan undang-undang. Hal inilah yang berkait dengan konsep

daulat yang ada pada sultan tersebut.

Selain itu, daulat juga dihubungkan dengan semangat yang dimiliki oleh sultan

semasa pemerintahannya. Sekiranya kerajaan dan negeri aman dan makmur, hasil

tanaman dan ternakan menjadi, kekayaan negara melimpah ruah, serta ramai pedagang

datang berniaga, maka raja yang memerintah dianggap tinggi dan sungguh istimewa

kedaulatannya. Tetapi, seandainya berlaku hal yang sebaliknya, maka raja dianggap

23
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka 1987 hlm: 40
24
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1989, hml: 351
rendah dan daiflah kedaulatan yang dimiliki raja tersebut.25 . Menurut Wan Hashim Wan

Teh dan Ismail Hamid dalam buku mereka,”Nilai Budaya Masyarakat Desa”, mereka

menyatakan bahawa seorang pemimpin atau pemerintah negeri dianggap

mempunyai”daulat”,iaitu kuasa luar biasa yang tidak ada pada rakyat biasa dan pembesar

negeri yang lain26. .Dengan adanya konsep daulat ini sudah pasti rakyat mahupun

pembesar akan taat setia lepada Sultan maka sudah pasti ini membawa kepada

pengukuhan sesebuah kerajaan .

Kecekapan dan Kebijaksanaan Jentera Pentadbiran

Sesebuah kerajaan tidak akan maju dan membangun tanpa adanya sistem

pentadbiran yang cekap dan pemipmpin yang bijaksana.Di Johor mempunyai sistem

pentadbiran yang cukup sistematik dimana Johor mengamalkan sistem pembesar empat

lipatan seperti mana di Melaka Cuma menggunakan gelaran yang berbeza Contohnya,

gelaran bagi orang kaya di Johor ialah Sri Bija Diraja, Bendahara, Laksamana, dan

Temenggung.Kelainan di Johor adalah terdapat majlis orang kaya yang berperanan

membingcangkan titah perintah sultan dan dasar-dasar kerajaan.

Kebijaksanaan Pemerintah Johor

Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 111

Ketokohan seseorang sultan dalam pemerintahan kerajaan Johor turut

menyumbang ke arah pengukuhan kerajaan Johor. Sultan yang dimaksudkan ialah Sultan

Abdul Jalil Syah 3 iaitu anak kepada Sultan Alauddin Riayat Syah 3 yang memerintah

Johor pada tahun 1637.27 Baginda telah menandatangani perjanjian dengan Belanda untuk
25
(Artikel) Muhammad Yusoff Hashim, Daulat, Konsepnya dalam Budaya Politik Kerajaan Melayu Awal,
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1998, hlm: 4
26
Wan Hashim Wan The dan Ismail Hamid, ‘Nilai Budaya Masyarakat Desa’, Jilid 1, 1998, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 2.

27
Shaharom Husain, Sejarah Johor dan kaitannya dengan negeri melayu,kuala kumpur:fajar bakti. 1919
menyerang Portugis di Melaka. Akhirnya pada julai 1640, baginda telah menhantar

angkatan perang sebanyak 40 perahu dengan 1 500 askar melayu yang dipimpin oleh

laksamana Tun Abdul Jamil untuk membantu Belanda menyerang Portugis dan misi ini

berjaya menundukkan kekuasaan Portugis selama 112 tahun dari tahun 1511-1641.Malah

pada zaman beliau jugalah aktiviti penaklukan keatas Siak dan Aru.Malah baginda Sultan

yang bijak kepentingan ekonomi perdgangan dalam pengukuhan kerajaan Johor,dimana

melalui inisiatif beliau pedagang dihantar ke Koromondel dan Taiwan bagi mendapatkan

berangan untuk diperdagangkan di pelabuhan Johor.Jadi tidak hairanlah dengan usaha

yang dilakukan oleh baginda pada tahun 1641 95 kapal dagang dari koromondel dengan

pelbagai kain bermutu yang dibawa . Tambahan pula baginda menghargai rakyat atas jasa

mereka melalui upacara penganugerahan. Hal ini dapat menaikkan rasa taat setia rakyat

terhadap sultan. Sejajar dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran ditambah lagi dengan

pengalamannya yang turut disokong oleh pegawai dan rakyat maka baginda mampu

mentadbir selama 54 tahun (1623-1677).

Laksamana Tun Abdul Jamil

Bercakap mengenai Laksaman Tun Abdul jamil sumbangannya kepada

pengukuhan kerajaan Melayu Johor bukannya kepalang kalu tidak manakan mungkin

gelaran Paduka Raja yang selama ini hanya diberikan lepada Bendahara dianugerahkan

kepada beliau.Semasa Jambi menyerang Johor pada 1673 dimana Sultan pada masa itu

melarikan diri ke Pahang untuk mencari perlindungan diarahkan Laksamana Tun Abdul

Jamil untuk membangunkan kembali kerajaan Johor.Beliau Beliau bergerak melaui

pangkalan yang selamat di tengah-tengah dunia orang laut di Riau, beliau telah berjaya
membalas dendam ke atas kerajaan Jambi dan mengembalikan semula martabat kerajaan

Johor dalam alam melayu28 dan telah dianugerahkan gelaran Paduka Raja oleh Sultan

Ibrahim iaitu taraf yang hampir sama dengan jawatan bendahara.Pakatan yang dibuat

dalam perjanjian bersama VOC yang diwakili oleh beliau sendiri bagi pihak Johor dan

Philip Lukasz di pantai Patani untuk menyingkir Portugis, dikatakan bahawa Belanda

mengepung tentera portugis dari posisi laut manakala Johor pula telah bersedia

mengepung dari posisi darat. Pakatan ini amat membuahkan hasil apabila Belanda

berjaya menakluki Melaka manakala Johor mendapat hak istimewa seperti jaminan

keselamatan.Malahan beliau turut meletakan wakil di setiap jajahan Johor seperti

Aru,Rokan,Indragiri,Zampar,Bangkalis bagi pengukuhan kuasa Johor.

Majlis orang kaya

Majlis orang kaya turut menjadi nadi kepada pentadbiran di Johor. Majlis ini

merupakan bahagian ketiga penting dalam pentadbiran. Majlis ini berfungsi sebagai

penasihat kepada sultan selain bendahara.Pada 1710 diceritakan bagaimana 10 0rang

anggota Majlis Orang kaya ini mengiringi Raja Muda Johor dalam lawatan ke tanah

jajahan Johor.Pelbagai gelaran yang diberi kepada ahli Majlis Orang Kaya ini seperti Seri

Nara Diraja,Paduka Raja dan Laksamana.Menarik mengenai majlis ini adalah berperanan

membincangkan dasar kerajaan bersama Bendahara. Selain penasihat mereka juga

bertindak dalam membetulkan sebarang ketidakseimbangan dalam pelaksanaan kuasa

atau pengumpulan harta yang berlebihan oleh mana-mana pembesar atau orang kaya

28
1982 Barbara Watson Andaya & Leonard Y Andaya, Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah Malaysia, Petaling
Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd., 1983, hlm….80-81
lain.29 Hebatnya pengaruh Majlis Orang Kaya ini dapat dilihat dimana apabila Inggris

meminta membuat satu tempat untuk berdagang di Johor pada peringkat awalnya

dipersetujui Pembesar namun setelah berunding dengan majlis Orang kaya ini kebenaran

tersebut telah di tarik balik hal ini menunjukan betapa kuatnya pengaruh mereka dalam

pentadbiran kerajaan Johor .Ringkasannya peranan mereka tidak dapat dinafikan dalam

meningkatkan sistem politik Johor seterusnya membantu dalam pengukuhan Johor.

Geografi

Bercakap mengenai faktor geografi dalam membantu pengukuhan kerajaan

Johor pada kurun ke 17 boleh dikatakan faktor yang agak penting.Kedudukan Kerajaan

Johor berada di pintu masuk ke selat Melaka dan seperti mana yang diketahui selat

melaka adalah laluan perdagangan utama timur dan barat,ini membolehkan Johor

mendapaat manfaat dari perkembangan perdagangan di selat Melaka.Malah pelabuhan

Johor turut terlindung dari tiupan angin monsun yang membolehkan pedagang menunggu

peralihan angin sebelum belayar.Perairan sungai Johor yang dalam memeudahkan kapal-

kapal berlabuh dan kapal-kapal ini membawa barang dagangan bersamanya.Kesemua

faktor geografi ini akhirnya membantu dalam pengukuhan kerajaan Johor pada kurun ke

17.Jadi bercakap mengenai kedudukan geografi kedudukan cukup strategik sebagaimana

kedudukan Melaka sebelum ini.

Dasar suai faedah yang dijalankan kerajaan Johor

29
Andaya, Leonard Y, Kerajaan Johor 1641-1728 : Pembangunan Ekonomi dan Politik,Kuala
Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987,hlm….58
Dasar suai faedah atau erti kata lain adalah satu dasar persahabatan bagi mendapat

manfaat dari persahabatan tersebut.Di awal kewujudan kerajaan Johor dasar ini dilihat

banyak membantu dalam mengekalkan kedaulatan kerajaan Johor yang berhadapan

dengan ancaman Acheh dan Portugis dalam perang tiga segi.Peringkat awal dasar ini

dijalankan keatas kerajaan Acheh dan Portugis dimana pada tahun 1536 kerajaan Johor

telah membuat perjajanjian damai dengan Portugis dalam rangkaian menyerang Acheh.

Namun apabila Acheh menyerang Johor pada 1568 . Maka Johor harus berbaik-baik

dengan Acheh bagi memastikan keadaan seperti itu tidak berulang lagi.Pada tahun yang

sama Acheh membuat pakatan dengan Johor bagi menyerang Portugis sedangkan pada

masa yang sama pakatan telah wujud antara Johor dan Portugis maka perang tidak

berlaku. Tahun 1575, Acheh ingin menyerang Johor semula tetapi Johor telah berpakat

dengan Portugis untuk menyerang balas Acheh maka Acheh gagal lagi.30

Dasar ini dilihat paling membawa kejayaan kepada pengukuhan kerajaan

Johor apabila dasar ini dijalankan melalui persahabatan dengan Belanda pada 1603 lagi

dan pada1639 perjanjian antara Johor yang diwakili Laksamana Tun Abdul Jamil dan

Belanda diwakili Philip Lukasz bagi membantu Belanda menghalau Portugis dari

Melaka.Dimana jika dilihat dari manfaat yang diperoleh bukan sahaja Portugis berjaya di

halau dari Melaka pada 1641 yang selama ini sering menganggu Johor, malah pelbagai

manfaat lain seperti jaminan perdagangan malah kedua-dua pihak dapat memonopoli

perdgangan bijih timah.Malah kelengkapan persenjataan di Batu Sawar diberikan

Belanda kepada Johor mengelakkan gangguan Acheh dan musuh-musuh lain keatas Johor
30
Andaya, Leonard Y, Kerajaan Johor 1641-1728 : Pembangunan Ekonomi dan Politik ,Kuala
Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1987, hlm….58
,buktinya menerusi perjanjian yang dibuat antara Johor dan Acheh melalui perantaraan

Belanda pada 1641 dimana kedua-dua pihak tidak akan menganggu satu sama lain.

Perkembangan aktiviti Perdagangan dan Pengunaan sistem naungan

Perkembangan aktiviti perdgangan di Pelabuhan kerajaan Johor dilihat sesuatu

yang cukup menarik dalam membantu pengukuhan kerajaan Johor.Jika kita bercakap

mengenai kemudahan perdagangan yang ada di Melaka maka di zaman kerajaan Johor

pelabuhannya turut menyediakan kemudahan yang sama untuk para pedagang.Di Johor

seperti dinyatakan Leonard Andaya dalam bukunya The Kingdom Of Johor,segala

kemudahan seperti gudang menyimpan barang bawah tanah disediakan bagi mengelakan

kecurian dan kebakaran.Malah pengurusan perdagangan yang cekap disamping sistem

timbang kira yang sistematik menggalakan perkembangan perdagangan di Johor.Malah di

Johor turut disediakan kemudahan membaiki kapal-kapal yang rosak akibat

pelayaran.Pegawai Belanda pernah menyebut mengenai pelabuhan belanda yang begitu

lengkap dan bagaimana pegawai-pegawai pelabuhannya menjalankan tugas dengan

begitu cekap.Malah pelabuhan johor juga berkembang maju dengan pelbagai barang

diperdagangkan di pelabuhan Johor seperti Gaharu,Damar,Rotan,The,emas,sutera putih

dan pelbagai barangan lagi yang menarik kedatangan pedagang dan yang lebih menarik

bagaimana pelabuhan Johor dikenali sebagai pembekal kain dengan corak-corak

terbaru.Malah pengunaan mata wang secara meluas dijalankan di Johor dimana

matawang Emas dikenali sebagai mas,Perak sebagi kupang dan timah dikenali sebagai

katun.Namun begitu matawang asing seperti matawang Sepanyol,Mexico dan Belanda

menunjukkan peranan pelabuhan Johor dikunjungi pedagang dari pelbagai benua di

Dunnia..Malah sistem percukaian yang digunakan sangat sistematik berdasarkan jenis


barangan yang didagangkan seperti satu bahara bijih timah dikenakan cukai 6 keping

emas manakala satu bahara bijih timah dikenakan 10 keping emas.Rekod Belanda pada

tahun 1644 telah merekodkan 6 buah jong atau kapal dari Johor berdagang di

Betawi.Kebanyakan kapal mengandungi 50 hingga 50 orang anak kapal membawa

pelbagai muatan seperti sagu,kajang,bijih timah dan beras dan ikan masin(terebok).Hanya

kapal dari Johor dan Lingga ada anak kapal seramai 60 orang,bawa 20 bahara timah,1

setengah tong beras,8 tong sagu 100 kajang31.Pada bulan Mac ramai pedagang melawat

Johor membawa pakaian,kain dari China, dan penchalang membawa 184 kain dan mas

tulen.31Wylde dalam tulisannya mencatatkan pelabuhan Johor dipenuhi kain-kain

bermutu dari Gujerat dan terjual tak kurang dari 8 bandela32.Turut dinyatakan eksport

_______________________________________
31
R.O Winstedt.1992.A HISTORY OF JOHORE.MBRAS HLM 44…..

32
Ibid hlm 44

dari Johor ke Betawi adalah pelbagai seperti hamba,lilin,tikar,bijih

timah,sagu,kayu,minyak,lada hitam dan beras malah johor menjadi pelabuhan entreport

untuk pedagang China.21April 1661 pedagang dari China ke Johor membawa muatan

emas,100 kuali ,4000 keping porselin,4000 cawan,100 basen,100 makanan kasar,12 pikul

lada hitam,1 setengah pikul tea,100 paket tembakau China,Pada bulan May dating pula 2

kapal dari Canton dan Amoy33.Hal ini meninjukkan kepesatan perdagangan di Johor pada

kurun ke 17 yang akhirnya membantu pengukuhan kerajaan Johor.Malah Belanda sendiri

berdagang ke Johor dengan membawa pelbagai kain bermutu

System naungan

Apa yang menarik mengenai kepesatan perdagangan di pelabuhan Johor ialah

satu sistem yang diperkenalkan bagi melancarkan sistem perdagangan iaitu sistem
naungan.Sistem iaitu setiap pembesar akan melindungi dan mengawal keselamatan

nyawa dan harta benda setiap pedagang yang dating berdagang berdagang ke Johor.

Antara pembesar yang terlibat ialah bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan

penghulu bendahari. Kebiasaannya pembesar yang terlibat akan menerima ganjaran

mereka hasil perdagangan pelanggan mereka.Dengan cop khas yang dimiliki pedagang

dibawah naungan mereka pedagang dapat berdagang bebas hingga ke Acheh,Perak dan

Kedah. Tujuan utama sistem ini diwujudkan adalah untuk memberi perlindungan keatas

diri pedagang dari penagih hutang dan penjenayah.34 Dengan pengenalan sistem naungan

ini telah menarik ramai pedagang datang berdagang di Pelabuhan Johor yang seterusnya

33
R.O Winstedt.1992.A HISTORY OF JOHORE.MBRAS hlm 47
34
Andaya, Leonard Y, Kerajaan Johor 1641-1728 : Pembangunan Ekonomi dan Politik ,Kuala

Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1987hlm..51

meningkatkan ekonomi Johor ammya dan khususnya meningkatkan kestabilan kerajaan

Johor.

Taat setia negeri-negeri di bawah naungan Johor

Faktor lain seperti taat setia negeri-negeri naungan Johor seperti

Aru.Rokan,Siak,Pahang,Japara,Tongkang, dan Indragiri yang meneruskan taat setia

mereka kepada Johor yang menjadi warisan kesultanan Melaka telah membantu

mengukuhkan kerajaan Johor.Contoh pada 1551 Japara.Pahang membantu Johor dalam

Usaha menghalau Portugis dari Melaka.Malah pada 1540 kerana bantuan negeri naungan

iaitu Pahang dan Peraklah kerajaan Johor mampu mengalahkan angkatan Acheh34.

Wujudnya taat setia yang diberikan oleh negeri-negeri dibawah naungan Johor ini dapat

memudahkan bekelan barang perdagangan diperolehi dan tenaga tentera dan kerja apabila
perlu.Malah ufti yang dbayar oleh negeri-negeri naungan ini dapat meningkatkan

ekonomi Johor.

Perkembangan sebagai pusat penyebaran islam dan intelektual

Faktor lain yang membantu dalam pengukuhan kerajaan Johor adalah

perananya sebagai pusat intelektuak dan penyebaran islam menggantikan kerajaan

Acheh.Kemerosotan kerajaan Acheh telah mula menunjukan bibit-bibit perubahan pusat

pengajian islam di Johor terutamanya ketika Makam Tauhid menjadi pusat pentadbiran

Johor .Perkembangan ini mendorong kedatangan pedagang islam ke Johor yang pada

masa yang sama datang mendalami agama islam di Johor.Hal ini meningkatkan ekonomi

Johor dan mengukuhkan lagi kerajaan Johor pada kurun ke 17.

34
H.B Ahmad dan J.B Baba.1963.Tawarikh Tanah Melayu.kelantan:MUSLIM PRINTING AND PRESS
KELANTAN.hlm 45
Johor juga menjadi pusat perkembangan intelektual dengan kewujudan para

intelek seperti Tun Sri Lanang yang merupakan pembesar yang turut banyak membantu

kearah pengukuhan kerajaan Johor kurun ke 17 disamping terkenal dalam ilmu

pengetahuan yang turut berperanan sebagai penyusun kitab Sejarah Melayu.Malah

kewujudan tokoh intelek lain seperti Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad.

Kesimpulan

Kesimpulannya Orang laut merupakan faktor penting dalam membantu

pengukuhan kerajaan Johor,namun sebagai pelajar sejarah saya melihat faktor ketiadaan

Portugis di Melaka pada 1641 dan kemerosotan kuasa Acheh merupakan factor utama

yang membolehkan kerajaan Johor bangkit menjadi sebuah kuasa ingá kyat.Hal ini
kerana Orang Laut telah lama ada di Johor Namun Johor tetap lemah dihimpit kekuatan

Portugis dan Acheh,geografi pula Johor berada di situ sekian lama Namun tetap tidak

maju sehinggalah 1641.Jadi yang nyata disini ketiadaan Portugis di Melaka dan

Kemerosotan kerajaan Acheh mula menunjukkan bibit- bibit kebangkitan kerajaan Johor.

Tetapi seperti mana yang terjadi dalam sejarah ketamadunan manusia

diaman tiada sebuah kerajaan pun akan kekal maju untuk selamanya,dimana selepas

kemangkatan Sultan Mahmud iaitu waris terakhrir kesultanan Melayu Melaka di Johor,

1699 menjadi tahun yang huru hara dalam kerajaan Johor dengan pelbagai masalah

seperti pemberontakan dan sebagainya. Dengan perlantikan Bendahahra Seri Maharaja

Tun Abdul Jalil telah ditabalkan menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil

Riayat Syah 4 (1699-1717).Telah memulakan era penguasaan Bungis dalam politik di

Johor malah mula menggantikan peranan Orang Laut dalam kebanyakkan tugas termasuk

tugas mengawal peraiaran selat melaka,dan mungkin kerana ini juga dikatakan faktor

Orang Laut tinggalkan kerajaan Johor disamping sumpah taat setia kepada keluaraga

Sultan dan bukannya Bendahara.Selain itu, susur galur daripada negeri Pahang iaitu

Sultan Abdul Jalil Syah 1 (1570) turut mengalami masalah. Maka bermulalah era

kepincangan dalam pentadbiran yang mana seterusnya menamatkan zaman kegemilangan

kesultanan Johor.
BIBLIOGRAFI

1. Haji Buyong Adil. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Lotfi Ismail B.A. Sejarah Malaysia 1400-1963.(1975). Kuala Lumpur : Utusan


Publications & Distributors.
3. Leonard Y. Andaya.(1987). Kerajaan Johor 1641-1728 : Pembangunan Ekonomi
dan Politik.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Malaysia Kita. (1991). Kuala Lumpur : Institusi Tadbiran Awam (INTAN).

5. Ruslan Zainuddin.(2004) Nota Lengkap STPM, Sejarah Malaysia k2,. Edisi kedua.
Penerbit Fajar Bakti.

6. zainal Abidin Abdul Wahid et al. Malaysia,Warisan dan Perkembangan. (1996).


Edisi kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya.(1982). Sejarah Malaysia. Edisi


Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

8.Abdullah Zakaria Ghazali.(1997). Istana dan Politik Johor (1835-1885), Kuala


Lumpur,Yayasan Penataan Ilmu.

9.Abdullah Zakaria Ghazali.(1994).Johor Dahulu dan Sekarang.Kuala Lumpur:Persatuan


Mezium Malaysia.

10.Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya. (1983). Edisi Bahasa Malaysia, Sejarah
Malaysia, Petaling Jaya, Cawangan Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

11.David E. Sopher. (1968).The Sea Nomads: A study of Maritime Boat People Sea,
National Museum of Singapore.

12. Muhammad Yusoff Hashim.(1989). Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur,


Dewan Bahasa dan Pustaka.

13.Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid.(1998.)Nilai Budaya Masyarakat Desa,Jilid
1.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.A.Samad Ahmad.(2000).Sulalatus Salatin,Sejarah Melayu.Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.
15.H.B Ahmad dan J.B Baba.(1963)Tawarikh Tanah Melayu.Kelantan:MUSLIM
PRINTING PRESS.
16.R.O Winstedt(1992).A HISTORY OF JOHORE 1365-1941.MBRAS

Anda mungkin juga menyukai