Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
keyakinan diri dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif
seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan
aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik
dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh mereka
lakukan khususnya membaca? Hal ini demikian kerana, membaca akan menghubungkan
antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan kajian, rakyat
Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh
rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara kata “yang buruk
dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan muafakat” untuk menjadikan rakyat
Malaysia gemar membaca. Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari
inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan amalan membaca itu amalan hidup.
Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya perlulah rajin
pergi ke perpustakaan. Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di
negara ini terdapat pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah, perpustakaan
awam dan perpustakaan bergerak. Di perpustakaan yang dikunjungi, saya dapat membaca dan
meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Saya akan sentiasa
berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca walaupun memaklumi bahawa
perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak
mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca sebuah buku seminggu, dapat saya
rasakan ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Sementara itu, saya juga akan melakukan
lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti-universiti
terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri, saya juga dapat
melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ bertepatan dengan kata peribahasa sambil
menyelam minum air. Ternyata pasti, dengan bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya
akan sentiasa terdorong untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, amat
bersesuaian untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca. Kata-kata
hikmat di atas akan diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif menyediakan sudut bacaan
di rumah atau bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan
cara yang paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan membaca sebagai amalan dalam
kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut
bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua ahli keluarga. Situasi ini akan
menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu
supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga. Sementalahan itu,
saya perlu membeli pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping
mengamalkan budaya “bed story” sebelum tidur. Neville Black, seorang ahli falsafah Barat,
berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah aset yang paling dominan sekiranya kita ingin
bersaing dengan pihak lain pada zaman globalisasi ini. Atas kedahagaan menuntut ilmu
pengetahuan, saya akan membaca dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan
yang berminda kelas pertama. Berdasarkan perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu
memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.
Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu
Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi
buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku
NILAM. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan
bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga
boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca. Rakan Pembaca
berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka.
Kesannya pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu
keperluan dalam hidup mereka. Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah
bahan bacaan yang dibaca perlu lahir daripada diri saya tanpa wujud paksaan daripada pihak
lain. Dalam hal ini, saya amat berpegang kepada ayat al-Quran yang menyatakan
bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sekiranya seseorang itu sendiri tidak
mahu mengubahnya.
Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana,
saya akan mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang
dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam
pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah dan
berpatutan dan membaca buku secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di pameran
tersebut. Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di sudut maklumat di pameran atau
ekspo tersebut mengenai sinopsisi buku-buku yang dijual. Dengan ini, saya dapat membaca
secara ringkas tentang buku-buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk membelinya.
Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara percuma, malah dapat menjimatkan masa,
kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau kedai buku, saya akan
mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Peribahasa jauh
perjalanan luas pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan situasi yang saya
bincangkan di atas.
Seterusnya, saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Buku-buku atau
majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga bercorak
santai seperti Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah saya boleh mendapatkan
buku atau majalah tersebut? Saya boleh melanggannya melalui internet atau meminta
bantuan guru di sekolah untuk melanggannya. Impaknya, saya akan sentiasa membaca pada
setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini apabila
melanggan buku pada setiap bulan. Dalam hal ini, saya akan menjadikan individu yang gemar
membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola. Sebagai contoh, A.Samad Said yang
terkenal dengan karya puisinya, Profesor Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku
sejarahnya dan penulis novel tersohor, Sharifah Abu Salem. Apabila saya menjadikan mereka
sebagai idola, saya akan sentiasa terdorong untuk melanggan pelagai buku di pasaran sekali
gus menjadikan membaca sebagai rutin hidup saya.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan
kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda
seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan
hasrat membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Saya juga berperanan penting dalam
menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca. Pada
dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau
media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran
di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang
demikian, saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara, menulis esei, syarahan dan
sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya dapat mengajak
rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen ”Amalan Membaca Nadi
Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil menyelam minum air dan
serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info
terkini tentang amalan membaca.
Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini
kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara
kerana bertepatan dengan kata-kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah
dibiarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara yang sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa
remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang
teguh dan jitu dengan slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat Membaca, Bangsa
Berjaya’ seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul
Razak. Generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam tempoh lapan tahun mendatang.