Anda di halaman 1dari 6

‫جابنت حال إحوال اضام إسالم نضر ي سابه‬

KHUTBAH JUMAAT 4 REJAB 1441H / 28 FEBRUARI 2020 M


TENTERA DARAT DAN RAKYAT: SEDIA SEBILANG MASA
Disemak Oleh: JHEAINS

.ُ‫ وَْهَْدَْانَْا بِالِقُزْءَْان لِلَّتِى هِىَْ أَقِوَْم‬،َْ ‫الَِْمْدُ لِلَّى ِالَّذِى عَْلَّمَْ وَْأَنْعَْم‬

         :ِ‫قَالَْ اللَّىُ تَْعَْاىل فِى كِتَْابِىِ الِعَْزِيز‬

4 ‫ سورة الصف أية‬ 

‫ سورة الهشاء‬           :ّ‫وَْقَالَْ أَيْضا‬

17 ‫أية‬

ِّ‫ اللَّهُمَّ صَل‬، ُ‫ وَأَشِهَدُ أَنَّ مُحَمَّدّا عَبِدُهُ وَرَسُىِلُه‬، ُ‫أَشِهَدُ أَنِ آل إِلَهَ إِالَّ اللَّهُ وَحِدَهُ الَ شَريِكَ لَه‬

. َ‫وَسَلِّمِ عَلَى سًَِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصِحَابِهِ أَجِمَعًِِن‬

. َ‫ أُوِصًِِكُمِ وَإِيَّايَ بِتَقِىَى اللَّهِ فَقَدِ فَازَ الِمُتَّقُىِن‬، َ‫ اتَّقُىاللَّه‬، ِ‫ فًََا عِبَادَ اللَّه‬، ُ‫أمَّا بَعِد‬

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,


Saya ingin mengajak jamaah sekalian marilah kita tingkatkan taqwa kepada Allah SWT
dengan melaksanakan semua yang diperintahkan-Nya dan meninggalakan segala yang
ditegah-Nya mudah-mudahan kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat akan mendapat
reda daripada-Nya.Hakikat taqwa Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang
bermaksud:

”Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya. Sentiasa mengingati Allah dan tidak
melupainya. Bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya”.(HR:Imam Bukhari
dari Abdullah Bin Abbas)

Bersempena memperingati hari tentera darat ke-87 yang disambut pada 1 Mac setiap
tahun, marilah kita telusuri sejarah penubuhan tentera darat pada 1 Mac 1933 yang
berfungsi sebagai tonggak utama benteng pertahanan Negara ini sejak 87 tahun yang lalu,
sudah tentu hasilnya adalah daripada sumbangan bakti serta pengorbanan para pahlawan
dan pejuang dengan kegagahan dan kesetiaan terus mengibarkan panji-panji untuk diwarisi
oleh generasi masakini. Mereka telah melakar satu sejarah untuk kita kenang selamanya,
bermula dengan episod berjuang menentang penjajahan Jepun sekitar tahun 1941, diikuti
dengan era konfrantasi 1960-an dan berterusan dengan memerangi melawan insurgensi
yang berakhir sekitar 1989, disusuli pula tragedi pencerobohan Tanduo di Lahad Datu pada
tahun 2013, semuanya ini adalah manifestasi keberanian, kesetiaan, kekentalan,
kesungguhan, kecekalan, kesabaran, keikhlasan serta kebanggan mereka dalam memikul
amanah demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta. Kepada yang terkorban
marilah kita tadahkan tangan memohon doa ke hadrat Ilahi:

ْ‫اللَّوُم َّ اغِفِزْ لَوُم ْ وَْارْحَْمْوُم ْوَْعَْافِوِمْ وَْاعْفُ عَْهْوُم‬

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,


Sama-samalah kita semua ingat, menginsafi serta memahami bahawa dalam suasana
keselesaan, kedamaian serta keamanan kehidupan yang sedang kita nikmati ketika ini,
nun di sana ada sekelompok warga, mereka mungkin ayah kita, anak-anak kita, saudara
mara kita, rakan taulan, orang sekampung, sedang bersengkang mata, bermandi peluh,
malah berlumuran darah di hutan belantara di dalam belukar bertemankan nyamuk dan
agas, siang dan malam sama sahaja bagi mereka. Merekalah anggota tentera darat
Malaysia yang gagah setia, sanggup berkorban apa sahaja. Ramai dikalangan mereka
telah gugur sebagai pahlawan dan pejuang, tidak kurang juga mereka yang mengalami
kecederaan dan kecacatan. Kesusahan, keperitan serta kepayahan para isteri, balu, anak-
anak serta ahli keluarga yang ditinggalkan bukan kepalang. Mereka tidak menuntut apa-apa
dari kita, mereka tidak menyalahkan sesiapa kerana mereka telah merelakan diri mereka
sebagai galang ganti untuk mempertahankan kedaulatan Negara ini. Sewajarnya kita
sebagai masyarakat dan rakyat yang bermaruah lagi prihatin ini merakamkan kalimah
kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga untuk para pahlawan dan pejuang
berkenaan, di atas segala kebaktian dan pengorbanan yang dicurahkan. Firman Allah SWT
dalam surah Al-Ahzaab ayat 23:

                 

  


Yang bermaksud: “Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar
menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam);
maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid),
dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang
mereka janjikan itu) sedikitpun.”

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN,


Dalam sejarah dunia kita mengetahui bahawa ada dua peperangan dunia yang berlaku,
pertama, peperangan dunia pertama yang berlaku pada tahun 1914 hingga tahun1918 dan
kedua, peperangan dunia kedua yang berlaku pada tahun 1939 hingga tahun 1945. Tragedi
dua peperangan yang dahsyat ini telah menghambat negara-negara berdaulat. Menyedari
hakikat ini, sesungguhnya untuk memiliki kekuatan pertahanan yang kukuh, tentera darat
Malaysia sebagai tonggak utama pertahanan Negara sentiasa bersiapsiaga dari segi
mempertahankan kedaulatan Negara jangan sampai terancam oleh anasir-anasir yang
mahu menceroboh Negara Malaysia. Semua persiapan perang, latihan peperangan,
pengawasan di kawasan tanggungjawab dan semua aspek yang berkaitan medan perang
adalah diberikan keutamaan yang unggul. Pastinya tindakan ini meletakkan tentera darat
sentiasa dalam keadaan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja apabila
diperlukan serta sokongan padu dari aset ketenteraan yang yang canggih. Hal ini
membuktikan bahawa komitmen dan kewibawaan tinggi tentera darat dapat memberi
keyakinan kepada masyarakat dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat dan sekaligus menjaga kedaulatan Negara dengan memenuhi visi pertahanan
Negara iaitu mempertahankan Malaysia sebagai Negara yang selamat, berdaulat dan
makmur.

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DILINDUNGI ALLAH SWT SEKALIAN,


Sebagai persiapan menghadapi cabaran mendatang yang lebih kompleks dan sukar
diramal, tentera darat terus memperkasa dan mengukuhkan amalan kepada akar tunjang
ketumbukan tentera darat, merealisasikan sistem pemerintahan regimental, berani
melakukan adaptasi dengan perkembangan ilmu dan teknologi kontemporari serta
memastikan kesiagaan ketumbukan sebilang masa. Pemusatan kepada pembangunan dan
perkembangan tentera darat secara tersusun, seimbang, konsisten dan kerkesinambungan
bersama pengubahsuaian doktrin, konsep operasi dan peperangan, teknologi pertahanan
dan integrasi teknologi dengan manusia terus diberi keutamaan. Justru, tentera darat
memberikan tumpuan kepada kemampuan dalam operasi konvensional, operasi bersama
dan latihan bersama dengan tentera dari luar negara. Pada masa yang sama tentera darat
terus terlibat dengan projek-projek pembangunan negara, bantuan penanganan bencana
serta sumbangan dalam misi luar negara yang sentiasa mendapat pengiktirafan masyarakat
dunia. Rasionalnya tentera darat dengan keupayaan yang ada, telah, sedang dan akan
terus memastikan kedaulatan negara ini tidak tergugat kehidupan masyarakat dan
rakyatnya aman sentosa. Bertepatan dengan pemilihan tema sambutan hari tentera darat
ke 87 tahun ini iaitu: ”TENTERA DARAT BERSAMA RAKYAT SEDIA SEBILANG
MASA.”

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,


Sempena memperingati hari tentera darat ke 87, saya ingin mengajak seluruh ahli jemaah
sekalian memahami bahawa tugas mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara
adalah satu tugas keagamaan yang mesti dipikul di pundak semua peringkat rakyat negara
ini. Maksudnya sekiranya negara ini diserang, marilah kita berganding bahu memikul
tanggungjawab ini bersama dengan anggota tentera mempertahankan kedaulatan negara
ini dalam kapasiti masing-masing dengan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan
negara. Semangat bantu-membantu, tolong menolong di jalan kebaikan tertulis dalam al-
quran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2:

          


Yang bermaksud: ”Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.”

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DISAYANGI ALLAH SWT SEKALIAN,


Firman Allah SWT:

            
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan
sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan
sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan).” (Surah Al-Anfaal ayat 45)
Marilah kita mengembeling segala kepakaran, kebolehan dan keupayaan yang kita miliki
untuk memberi perkhidmatan dan sumbangan terbaik demi kesucian agama islam yang kita
anuti ini, ketahanan kedaulatan Negara serta kelangsungan maruah bangsa. Semoga
Allah SWT memberikan keharmonian kepada rakyat Malaysia, terus merahmati dan
melindungi tentera darat Malaysia untuk berkhidmat dengan penuh kegagahan dan
kesetiaan. Tentera darat bersama rakyat sedia sebilang masa.

ِ‫أَعُىذُ بِاللَّهِ مِنَ الشًَِّطَانِ الرَّجًِم‬

          

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu
menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak Demi sepuak, atau
(jika perlu) maralah serentak beramai-ramai”.

Anda mungkin juga menyukai