Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KELAS 1 AL BIRUNI ( 34 orang)

TARIKH/ HARI 18 MEI 2017 KHAMI MASA 10.30 – 11.30 PAGI

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR :


TEMA SEJARAH DAN WARISAN TAJUK CIRI-CIRI RUMAH MELAYU

1.3
Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan memberikan respons.
STANDARD KURIKULUM

1.3.1
STANDARD Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan
PEMBELAJARAN bermakna.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


OBJEKTIF
PEMBELAJARAN 1.Membaca petikan dan menyebut sekurang-kurangnya tiga jenis rumah Melayu.
2. Mengenal pasti ciri rumah Melayu berdasarkan petikan.
Murid dianggap berjaya sekiranya mereka dapat : (Eksplisit)
KRITERIA 1.Menyatakan sekurang-kurangnya tiga perbezaan rumah Melayu moden dengan rumah Melayu
KEJAYAAN
tradisional di Malaysia .
1.Set induksi – Gambar jenis-jenis rumah di Malaysia.
2.Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru secara luncuran.
3.Murid diminta membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
AKTIVITI PENGAJARAN 4.Murid diminta untuk menyatakan tiga jenis rumah Melayu yang didengar.
& PEMBELAJARAN
5.Secara berkumpulan, murid diminta untuk menggariskan sekurang-kurangnya tiga ciri rumah Melayu
(PdP)
dalam petikan ( aplikasi Round Robin ).
6.Murid diminta menyatakan tiga perbezaan rumah Melayu moden dengan rumah Melayu tradisional.

7.Murid dan guru membuat rumusan pelajaran pada hari ini.

BAHAN BANTU BELAJAR  Buku teks  Internet  Radio / TV/LCD  Pen maker/gam/gunting
(BBB)  Modul  Laptop  Kertas mahjung  Gambar / Cerita
 Powerpoint  Model  Buku Cerita  Lain-lain : Petikan, kertas A4

KECERDASAN PELBAGAI  Interpersonal  Muzikal  Kinestatik  Naturalis


 Intrapersonal  Verbal Linguistik  Logik Matematik  Visual Ruang

ELEMEN MERENTASI
 Kreativiti & Inovasi  Bahasa  Sains & Teknologi  Keusahawanan
KURIKULUM (EMK)
 Pendidikan Alam Sekitar  Patriotisme  TMK  Nilai Murni

 Membanding beza  Menghubungkait  Membuat Inferens  Membuat Keputusan


KEMAHIRAN BERFIKIR
 Mengkategori  Menginterpretasi  Membuat Ramalan  Membuat Rumusan
 Menjana Idea  Mencipta Analogi  Mentafsir  Menilai

PETA i-THINK  Peta Buih  Peta Titi  Peta Bulatan  Peta Dakap
 Peta Buih Berganda  Peta Air  Peta Pokok  Peta Pelbagai Alir

REFLEKSI
LAMPIRAN 1 : GAMBAR RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA
LAMPIRAN 2 : PETIKAN – SENI BINA RUMAH MELAYU

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat
bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya
bangsa Melayu dalam bidang seni bina. Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan
sifat  kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.

Reka bentuk rumah tradisional Melayu memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan
keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu
sendiri. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu  ialah faktor iklim, agama
Islam, sosial dan alam sekitar.

Secara amnya, rumah tradisional Melayu ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding
diperbuat daripada kayu atau ayaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-
tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran
udara yang secukupnya kepada rumah. Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi
dan   dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi  seperti sebuah rumah
menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Ruang dalaman rumah tradinional Melayu mempunyai
ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina
Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini
seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat. Rumah tradisional dibina
menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya
Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan (Rumah Minangkabau) mempunyai bumbung
panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang memanjang dari kiri ke kanan atau arah
hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai. Bumbungnya mempunyai lentik yang bervariasi.
Disamping itu, rumah jenis ini mempunyai atap yang bertingkat antara atap bumbung rumah
hadapan (rumah ibu) dengan atap serambi.

Ciri utama Rumah Perak ialah penggunaan bumbung dengan ‘Tebar Layar’ (Gable End)
yang dilengkapi dengan papan tumpu kasau (Fascia board) berukiran motif tradisional. Bahan
binaan yang digunakan secara turun temurun adalah kayu dan papan dari jenis Chengal dan
Meranti. Ini adalah kerana kayu jenis ini mudah diperolehi dengan banyaknya di Negeri Perak.

Rumah Tradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk
warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut
jubin.Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang
unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.

Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini
mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia
mula dibina di Terengganu. Ia cukup popular dalam kalangan raja dan bangsawan. Di
Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan reka bentuk ini iaitu Istana Tengku
Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.
LAMPIRAN 3 : ROUND ROBIN

CIRI-CIRI RUMAH MELAYU TRADISIONAL CATATAN

1.

2.

3.

4.

5.

Disediakan oleh;

KUMPULAN 1 PPD HULU SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai