Anda di halaman 1dari 5

3.

2 Analisis temubual tok sami tentang agama Hindu

Mengikut pandangan tok sami menyatakan bahawa agama Hindu

merupakan ‘‘ agama tertua ’’ di dunia . Agama Hindu juga di sebut

sebagai ‘‘ Sanatana Dharma ’’ . Kitab utama agama Hindu ialah Veda

yang dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Rig Veda , Yajur

Veda , Sama Veda dan Atharvana Veda . Dalam agama Hindu tidak ada

pengasas . Walaupun dalam agama Hindu sembah pelbagai dewa pada

asasnya mengakui Tuhan adalah satu . Dalam agama Hindu mempunyai

dua karya utama yang menerangkan tentang nilai - nilai baik harus umat

manusia perlu diikuti melalui watak - watak utama . Karya tersebut ialah

Ramayana dan Mahabharata . Epik Ramayana dikarang oleh Valmiki dan

epik Mahabharata pula dikarang oleh Vyasa Bhagavan .

Justeru itu mengikut bualan Tok Sami kitab dan epik Hindu , nilai -

nilai seperti kebijaksanaan , kemaafan , kebenaran , kesederhanaan dan

keikhlasan bukan sahaja nilai asas tetapi prinsip atau kod utama yang

perlu diikuti oleh penganut Hindu . Tok Sami menerangkan tentang nilai

pertama iaitu kebijaksanaan merupakan aspek yang harus dimiliki oleh

penganut Hindu dari peringkat umur kanak - kanak mengikut Veda . Lebih

kurang seribu lima ratus tahun dahulu ibu bapa hantar anaknya ke

‘‘ Gurukulam ’’ ( rumah guru ) apabila umur anak mencapai 6 atau 7

tahun . Di ‘‘ Gurukulam ’’ ‘‘ Shisyan ’’ ( murid ) bukan sahaja belajar

ilmu setakat yang tertulis di ‘‘ Ohlaichuvadhi ’’ (sejenis daun) tetapi harus

membuat kerja - kerja seperti basuh pinggan , cuci kain , sapu lantai dan
lain - lain lagi disuruh oleh guru . Kerja - kerja yang dilakukan oleh murid

seperti sebut di atas dapat meningkatkan nilai kebijaksanaan untuk

menyesuaikan dirinya untuk berdikari . Nilai kebijaksanaan ini juga di ajar

oleh Krishna kepada Arjuna dalam Mahabharata semasa peperangan di

antara ‘‘ Panchapaandava ’’ dengan ‘‘ Thooriyothana ’’ iaitu bijak

mengambil keputusan membawa pasukan peperangan ke arah pemusuh .

Nilai kebijaksanaan ini juga termaktub dalam Ramayana iaitu dewa Raman

setiap kali mengambil keputusan yang bijak semasa menghadapi masalah .

Oleh itu , nilai kebijaksanaan ini sangat ditekankan oleh agama Hindu

untuk umat manusia supaya dapat hidup secara aman dan damai .

Seterusnya Tok Sami menjawab soalan kami iaitu tentang

kemaafan dalam agama Hindu . Beliau mengulas kenyataan tentang nilai

kemaafan dengan beberapa contoh dalam agama Hindu iaitu nilai ini sangat

penting kepada seseorang individu . Agama Hindu sangat menekankan

tentang nilai kemaafan ini kerana manusia dapat hidup secara toleransi

sesama manusia . Agama Hindu menasihatkan manusia bahawa nilai ini

perlu di hayati atau tunjuk ajar oleh ibu bapa kepada anak semasa waktu

kecil . Di Ramayana Raman maafkan ramai orang yang membuat kesalahan

tanpa di sedari . Sebagai contoh Raman maafkan adik Ravana dan terima

sebagai adik kandung dan menjaga keselamatan dan memenuhi kehendak

asas . Di Mahabharatha pula dewa Krishna maafkan Karna dan terima pada

waktu meninggalkan dunia . Tok Sami mengulas bahawa agama Hindu

menyuruh tanamkan dalam hati nilai kemaafan untuk mengeratkan hubungan


manusia antara satu sama lain di dunia ini supaya boleh hidup dengan

aman dan damai .

Selain itu , apabila kami menuju soalan berkaitan nilai kebenaran dari

perspektif agama , beliau memberitahu sepatah slogan iaitu mantra tentang

kebenaran . Mantra itu adalah daripada Veda iaitu ‘‘ Sathyam Bathe ’’

membawa maksud sentiasa perlu ikut kebenaran . Beliau mengatakan

bahawa dalam kitab agama Hindu menekan dan mengutamakan nilai

kebenaran ini sepanjang masa manusia hidup di alam semester ini . Tok

Sami juga memberitahu bahawa nilai ini mendekatkan umat manusia kepada

Tuhan . Selain daripada agama Hindu agama - agama lain juga menasihati

umat manusia supaya ikuti nilai kebenaran . Nilai ini menyatupadukan

semua etnik manusia dan menjadikan huru - hara atau memecah belahkan

umat manusia apabila tidak memathui nilai ini . Tok Sami mengulas

bahawa di rumah ibu bapa banyak memainkan peranan penting anaknya

mengikuti nilai kebenaran . Ibu bapa perlu menjadi contoh baik kepada

anak sendiri dulu untuk menikmati nilai tersebut .

Nilai ke empat ialah kesederhanaan . Tok Sami menjawab tentang nilai

kesederhanaan bahawa mengikut kitab suci agama Hindu pesan setiap insan

manusia harus mempunyai nilai kesederhanaan . Kesederhanaan melahirkan

hati manusia yang tidak mempunyai tabiat ketamakan . Untuk

mengurangkan tabiat ketamakan , dalam buku ‘‘ Athicudhi ’’ yang dikarang

oleh bernama ‘‘ Avvayar ’’ menasihati umat manusia supaya melakukan

perkara derma kepada orang - orang yang memerlukan bantuan . Apabila


dirinya sanggup memberi derma kepada yang memerlukan tabiat negatif

iaitu ketamakan tidak wujud di hati malah kasih sayang dan perasaan

simpati mendekati Tuhan . Oleh itu , untuk mencapai ‘‘ moksha ’’

(sempurna) nilai kesederhanaan amat penting kepada semua manusia untuk

menggelakan dirinya daripada tabiat ketamakan .

Tok Sami juga menerangkan tentang nilai terakhir iaitu keikhlasan

mengikut agama Hindu . Beliau mengatakan bahawa pada zaman kini nilai

keikhlasan ini semakin hari semakin dah berkurang di kalangan keluarga ,

sekolah dan masyarakat . Sebaliknya anak tidak ikhlas kepada ibu bapa ,

murid tidak ikhlas kepada guru dan akhirnya orang politik tidak ikhlas

kepada masyarakat . Dalam kitab agama Hindu menyebut bahawa perlu

ikhlas kepada tiga orang utama yang hidup di bumi dan akhirnya Tuhan

iaitu ‘‘ Maatha , Pitha , Guru , Theivam ’’ ( emak , bapa , guru dan

Tuhan ) . Perlu ikhlas kepada emak kerana memberi susu dan kasih sayang

serta kenalkan bapa kepada kita . Bapa pula memberi ilmu asas dan

nasihat apabila kita melakukan kesalahan . Ibu dan bapa pula membawa

anak kepada guru untuk mendapatkan ilmu yang tinggi dan pelajari segala

aspek berkaitan positif . Guru agama pula tujuk ajar tentang falsafah -

falsafah Tuhan untuk mendekati Tuhan . Oleh itu , setiap insan harus

ikhlas kepada empat perkara ini untuk menjadi seorang manusia yang

berguna semasa hidup dan menuju ke arah baik pada akhirat .


Akhirnya , Tok Sami simpulkan bahawa agama Hindu menunjuk jalan

baik kepada etnik manusia supaya setiap insan boleh hidup dengan toleransi

dengan insan lain . Nilai - nilai seperti kebijaksanaan , kemaafan ,

kebenaran , kesederhanaan dan keikhlasan dalam agama Hindu sangat

ditekankan untuk mengamalkan sifat positif dikalangan umat manusia .

Nilai - nilai ini dapat merapatkan hubungan di antara kaum terutamnya di

Malaysia yang berbilang kaum iaitu Melayu , Cina , India dan lain - lain .

Selain itu , tujuan utama agama Hindu adalah setiap manusia harus

mengetahui bahawa ‘‘ Anbe Sivam ’’ ( Kasih Sayang Adalah Tuhan ) .

Lima nilai tersebut merupakan asas kepada mengetahui ‘‘ Anbe Sivam ’’

secara mendalam untuk menyempurnakan jiwa manusia kepada segala

kebaikan .

Anda mungkin juga menyukai