Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN KES LITERASI TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN ATAS

TALIAN

NURSYAHIRAH BINTI RALIMON


A20HP0209

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2020
ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kepentingan literasi teknologi


sebagai kunci dan sokongan untuk pelaksanaan pembelajaran atas talian yang
dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19. Kajian ini di analisis melalui
empat langkah iaitu membuat pemilihan topik yang akan dikaji, mencari dan memilih
artikel yang berkaitan dengan topik yang dipilih, menganalisis dan membuat
penulisan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penularan COVID-19 memberikan
perubahan yang dramastik dalam bidang pendidikan. Pembelajaran atas talian
merupakan satu kaedah pembelajaran yang sesuai semasa krisis global akibat
penularan COVID-19 ini. Oleh yang demikian, teknologi merupakan kunci kepada
kelestarian pembelajaran atas talian yang boleh menjadi penghubung antara tenaga
pengajar dan para pelajar. Walau bagaimanapun, ianya akan memberi impak negatif
jika para pengguna terutamanya tenaga pengajar kurang pengetahuan atau kemahiran
dalam penggunaan teknologi. Literasi teknologi merangkumi semua pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan teknologi seperti cara mengendalikannya, cara
memprosesnya dan cara untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, literasi teknologi
mempunyai peranan yang sangat penting untuk menjalankan pembelajaran atas talian
yang lebih berkesan.
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan...............................................................................................................1
2.0 Pembahasan.............................................................................................................2
2.1 Konsep pembelajaran atas talian.........................................................................2
3.0 Objektif Kajian........................................................................................................3
4.0 Persoalan Kajian......................................................................................................3
5.0 Definisi Literasi Teknologi.....................................................................................3
6.0 Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Atas talian
.......................................................................................................................................4
6.1 Mudah di akses....................................................................................................4
6.2 Memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar.................................5
6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran atas talian sama seperti pembelajaran
bersemuka......................................................................................................................5
7.0 Peranan Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran atas
talian..............................................................................................................................6
8.0 Kesimpulan..............................................................................................................9
9.0 Rujukan.................................................................................................................10
1

1.0 Pengenalan

Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform
aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila
dunia pendidikan dilaksanakan dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Krisis
global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran
dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru
semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan
dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)
dilaksanakan secara dalam talian.

Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang


hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam
talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai
literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Dalam PKP ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP bermula 1 April 2020
yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Classroom
supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Beberapa buah universiti turut
memulakan kuliah dan pembelajaran secara atas talian. Contohnya di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), pembelajaran secara atas talian telah bermula 1 April
2020 supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran khususnya pelajar yang
perlu bergraduan.

Pelaksanaan pembelajaran atas talian ini memerlukan pelajar membina


kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar tidak boleh lagi menggunakan set
pemikiran dahulu iaitu menunggu cikgu atau pensyarah untuk bercakap atau
berkuliah baharu mula belajar. Pelajar perlu menentukan apakah yang perlu
dipelajari, mencari bahan yang telah guru atau pensyarah letak di platform
pembelajaran maya seperti Google Classroom dan e-learning universiti, kemudian
menyusun masa sendiri untuk meneliti bahan tersebut kemudian menyelesaikannya.
Pelajar perlu belajar menyusun masa dan keutamaan, bahan mana yang perlu
dipelajari dan diselesaikan terlebih dahulu, yang mana kemudian.
2

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menelaah bagaimana pembelajaran


dengan menggunakan teknologi pada krisis global akibat penularan wabak COVID-
19 ini dan mengenal pasti peranan literasi teknologi. Penelitian ini menjadi penting
untuk mengemukakan kemungkinan hasil yang diperoleh dalam pembelajaran yang
menggunakan teknologi.

2.0 Pembahasan
2.1 Konsep Pembelajaran Atas talian

Pembelajaran atas talian merupakan suatu konsep baru dalam proses


pembelajaran dan menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Dalam
kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Selain itu,
kaedah pembelajaran yang berbantukan teknologi untuk menghantar bahan
pembelajaran ke pelajar. Sebagai seorang pelajar khususnya di Malaysia, telefon
mudah alih dan komputer riba merupakan “gadget” yang mampu dimiliki. Dengan
adanya peralatan berteknologi ini, secara tidak langsung berpeluang untuk mengubah
bentuk kaedah pembelajaran yang dapat menghubungkan manusia pada dunia maya
untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong
pembelajaran sepanjang hayat dalam tempoh PKP ini. Jadi, interaksi antara tenaga
pengajar dan pelajar dilakukan secara alam maya. Dalam krisis global akibat
penularan COVID-19, pembelajaran atas talian dilakukan bertujuan untuk mencegah
penyebaran wabak COVID-19. Ini merupakan usaha yang amat penting untuk
menyekat penyebaran wabak ini secara meluas, terutamanya di kalangan tenaga
pengajar dan pelajar.
3

3.0 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan berpandukan beberapa objektif seperti yang berikut :

i. Mengenal pasti maksud literasi teknologi

ii. Mengenal pasti penerapan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


pelaksanaan pembelajaran atas talian.

iii. Mengenal pasti peranan literasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pelaksanaan pembelajaran atas talian.

4.0 Persoalan kajian

Permasalah kajian dapat dikenalpasti berdasarkan objektif kajian seperti berikut :

i. Apakah maksud literasi teknologi?

ii. Apakah penerapan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan


pembelajaran atas talian?

iii. Apakah peranan literasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan
pembelajaran atas talian?

5.0 Definisi Literasi Teknologi

Menurut Maryland Technology Education State Curriculum, literasi teknologi


ialah kemampuan untuk menggunakan, memahami, mengatur dan menilai suatu
inovasiyang melibatkan proses dan ilmu pengetahuan untuk memecahkan masalah
danmemperluas kemampuan seseorang.

Menurut National Academy of Engineering and National Research Council of
The National Academics, teknologi literasi ialah sebuah pemahaman tentang
4

teknologi padasebuah tingkatan yang memungkinkan pemanfaatan secara efektif


dalam masyarakat teknologi moden yang terdiri dari tiga komponen utama yaitu
pengetahuan,kemampuan dan berpikir kritis, serta pembuatan keputusan.
 
Menurut Rose (2007:43) istilah literasi teknologi dapat di definisikan sebagai
pemahaman atas hasil karya buatan manusia, hubungan di antara sains, lingkungan,
dan teknologi, kemampuan untuk menggunakan teknologi khususnya di
dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan kemampuan berinkuiri serta
kemampuan untuk mengevaluasi dan membuat suatu keputusan

  Berdasarkan ketiga definisi di atas, maka literasi teknologi dapat di definisikan
sebagai kemampuan yang terdiri dari aspek ilmu pengetahuan, keterampilan berfikir
kritis,serta pembuatan keputusan dalam upaya pemanfaatan teknologi/ inovasi hasil
karya manusia secara efektif khususnya pada dunia pendidikan.

6.0 Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pelaksanaan


Pembelajaran atas talian

6.1 Mudah di akses

Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi mestilah mudah di akses ke


sumber pembelajaran. Pembelajaran atas talian menuntut kebebasan dan inisiatif
pelajar dalam mengakses pelbagai sumber pembelajaran. Jadi, untuk memudahkan
pelajar mengakses pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran, maka sumber itu
mestilah memenuhi syarat berikut :

1. Isi kandungan mestilah memudahkan pelajar dalam menyelesaikan pembelajaran


mereka.
2. Isi kandungan mestilah sesuai dengan tahap kognitif para pelajar.
3. Struktur kandungan mestilah ringkas dan jelas.
4. Kandungannya mestilah dirancang dengan baik.
5. Susun atur ke sumber pembelajaran mestilah jelas untuk memudahkan pelajar
mengakses.
5

Jadi, merujuk perkara ini, sumber pembelajaran yang ada semasa pembelajaran
atas talian akibat daripada penularan COVID-19 ini, mestilah mudah di akses dan
diperoleh oleh pelajar. Oleh yang demikian, pelajar dapat memulakan pembelajaran
dengan banyak perkara dari sumber yang ada.

6.2 Memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar

Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi mesti dapat memudahkn


interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar, terutamanya apabila pelajar mengalami
masalah dalam pelajaran dan hendak bertanyakan soalan kepada pengajar. Jadi, untuk
mendorong pelajar untuk berani bertanyakan soalan, maka ada beberapa perkara yang
perlu di pertimbangkan iaitu :

1. Ada dorongan yang tepat dari tenaga pengajar.


2. Mewujudkan suasana yang selesa untuk tenaga pengajar dan pelajar berinteraksi
semasa belajar.
3. Memberikan maklum balas yang sesuai dan berkesan untuk pelajar yang
mempunyai masalah dalam pelajaran.

Jadi, tenaga pengajar mestilah menyediakan perkhidmatan yang memberikan


maklum balas yang cepat dan tepat kepada pelajar. Sebagai contoh, memberi peluang
untuk bertanya secara langsung melalui Whatsapp jika pelajar mempunyai masalah
semasa pelaksanaan pembelajaran atas talian.

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran atas talian sama seperti pembelajaran


bersemuka

Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi mestilah mempunyai persamaan


antara keadaan pembelajaran atas talian dan pembelajaran bersemuka. Sistem
teknologi yang digunakan dalam pembelajaran atas talian diharapkan dapat memberi
6

suasana pembelajaran yang tidak jauh beza dengan kelas bersemuka yang dijalankan
di bilik darjah. Untuk memenuhi suasana ini, ada beberapa perkara yang mesti
dipertimbangkan iaitu :

1. Tenaga pengajar mestilah mewujudkan suasana pembelajaran yang bersemangat


dan menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif.
2. Tenaga pengajar mestilah memberikan maklum balas tepat pada masanya.
3. Menghasilkan persekitaran pembelajaran yang menuntut prestasi berdaya saing
di kalangan pelajar.

Hal yang demikian merupakan cabaran untuk tenaga pengajar kekal mewujudkan
suasana pembelajaran yang selesa, aktif dan bersemangat semasa pembelajaran atas
talian dilaksanakan. Ini kerana pembelajaran atas talian yang berlangsung lama boleh
membuatkan pembelajaran berasa bosan.

7.0 Peranan Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


Pembelajaran Atas talian

Literasi teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan penting dalam


dunia pendidikan kerana literasi teknologi maklumat dan komunikasi merupakan
kunci asas dalam bidang pendidikan pada masa ini. Selain itu, pelajar yang
mempunyai literasi teknologi tinggi juga dapat memperoleh banyak faedah, salah
satunya adalah memperoleh akses mudah ke pelbagai sumber pembelajaran sehingga
dapat meningkatkan kecekapan dalam belajar. Sementara itu, pelajar yang
mempunyai literasi teknologi rendah akan mengalami masalah dalam pembelajaran,
terutamanya pembelajaran atas talian. Sekiranya ia dikaitkan dengan pelaksanaan
pembelajaran atas talian semasa krisis global akibat penularan wabak COVID-19 ini,
pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi akan
memudahkan mereka untuk mengikuti setiap proses pembelajaran. Tetapi bagi
pelajar yang tidak menguasai penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran akan
mengalami masalah.
7

Selain itu, literasi teknologi maklumat dan komunikasi juga mempunyai


peranan dalam proses interaksi dan komunikasi semasa proses pembelajaran atas
talian. Tenaga pengajar dan pelajar yang mempunyai celik ICT akan menyajikan
interaksi semasa belajar walaupun mereka berdua berada di tempat yang berbeza.
Teknologi digital dan literasi teknologi maklumat dan komunikasi menjadi media dan
kaedah untuk tenaga pengajar dan pelajar dalam berkolaborasi dan berkomunikasi
dalam talian. Interaksi, komunikasi dan kerjasama semasa pembelajaran atas talian
semasa pandemik COVID-19 ini dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai
cara, termasuk komunikasi melalui e-mel, menggunakan ciri sembang di pelbagai
media sosial, dan melalui platform persidangan video.

Seterusnya, pengetahuan mengenai peranti teknologi dan kemahiran asas


dalam teknologi operasi adalah literasi teknologi yang paling asas untuk mendorong
dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran atas talian yang lebih berkesan.
Sejajar dengan itu, literasi teknologi diharapkan dapat mengembangkan kemahiran
belajar yang berkesan dengan memanfaatkan persekitaran digital yang kaya dengan
sumber pembelajaran. Apabila guru dan pelajar mempunyai literasi teknologi asas
yang baik, seperti mengetahui sistem teknologi dan mampu mengendalikannya, maka
prosesnya pembelajaran atas talian dapat berlaku dengan berkesan. Walau
bagaimanapun, tenaga pengajar dan pelajar harus sedar bahawa gangguan teknikal
sering menjadi halangan yang mungkin menyebabkan pembelajaran tidak berjalan
dengan berkesan mengikut perancangan.

Peranan literasi teknologi maklumat dan komunikasi juga tidak hanya


membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan sistem
teknologi dalam pembelajaran atas talian. Lebih daripada itu. literasi teknologi juga
mengembangkan aspek sosial dan etika penggunaan teknologi. Dalam Standards for
Student (ISTE), dijelaskan bahawa literasi teknologi maklumat dan komunikasi
mendorong pelajar untuk terlibat secara positif, selamat dan beretika ketika
menggunakan teknologi, termasuk ketika berinteraksi dalam talian. Mengikut
konteks pelaksanaan pembelajaran atas talian semasa pandemik COVID-19,
pengguna teknologi yang mempunyai celik ICT akan perhatikan etika, kesedaran dan
8

tanggungjawab mengenai semua aktiviti yang mereka lakukan, baik dalam interaksi,
komunikasi dan dalam membuat kandungan yang berkaitan dengan belajar.

Berdasarkan penerangan mengenai peranan literasi teknologi maklumat dan


komunikasi, ini menunjukkan bahawa literasi teknologi maklumat dan komunikasi
sangat kuat menyokong kewujudan teknologi yang menjadi media dan kaedah
melaksanakan pembelajaran atas talian semasa pandemik COVID-19. Tenaga
pengajar dan pelajar yang mempunyai celik ICT akan dapat menggunakan dan
menguruskan sistem teknologi dengan semua peranti mereka. Oleh itu, pembelajaran
atas talian dapat di jalankan dengan baik, bermula dari proses pembelajaran, tugasan,
penilaian sehingga proses interaksi dan kerjasama antara tenaga pengajar dan pelajar.
Bukan itu sahaja, literasi teknologi maklumat dan komunikasi juga akan membentuk
tenaga pengajar dan pelajar yang bertanggungjawab apabila menggunakan teknologi
semasa proses pembelajaran atas talian.

8.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian ini, literasi teknologi merupakan kunci untuk melaksanakan


pembelajaran yang dapat merapatkan interaksi, komunikasi dan kolaborasi antara
tenaga pengajar dan pelajar semasa pembelajaran atas talian. Walau bagaimanapun,
teknologi tidak dapat digunakan jika tenaga pengajar dan pelajar tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Literasi teknologi
merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran dalam memanfaatkan teknologi,
mulai dari mengenali peranti, mengendalikannya, memprosesnya dan menyampaikan
maklumat. Literasi teknologi juga mempunyai peranan penting dalam pelaksanaan
pembelajaran jarak jauh semasa pandemik COVID-19, termasuk mempermudah
pelaksanaan pembelajaran atas talian, menjadikan pelaksanaan pembelajaran atas
talian lebih berkesan, menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan memproses
maklumat, memudahkan komunikasi dan kerjasama tenaga pengajar dan pelajar, dan
mengarahkan pengguna teknologi menjadi lebih positif dan menegakkan etika sosial
ketika menggunakan teknologi dalam pembelajaran atas talian. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi semasa pembelajaran atas talian semasa pandemik
9

COVID-19 akan menyebabkan peningkatan literasi teknologi menjana kaedah baru


dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.

9.0 Rujukan

1. Mohamed, H., Judi, H. M., Noor, S. F. M., & Yusof, Z. M. (2012). Jurang digital
dan pendidikan di luar bandar: Tahap literasi teknologi maklumat dan
komunikasi pelajar. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-
Pasifik, 1(2), 1-13
2. Ahmad, I. (2018). Proses pembelajaran digital dalam era revolusi industri
4.0. Direktur Jenderal Pembelajaran dan Kemahasiswaan. Kemenristek Dikti.
3. McLoughlin, C. What ICT-related skills and capabilities should be considered
central to the definition of digital literacy? In T. Bastiaens and M. Ebner (Eds.),
Proceedings of World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and
Telecommunications. Chesapeake. 2011; 471-475.
4. Santoso, A., dan Lestari, S. The Roles of Technology Literacy and Technology
Integration to Improve Students’ Teaching Competencies. KnE Social Sciences,
2019; 3(11): 243-256.
5. Gupta, R. Impact of ICT in Distance Education and Teacher. International
Journal of Research. 2017; 5(1): 163–171.
6. Shopova, T. Digital Literacy of Students and Its Improvement at the
University.Journal of Efficiency and Responsibility in Education and Science.
2014; 7(2): 26-32.
7. Ezzaaine, Z. Information Technology Literacy: Implication in Teaching and
Learning. Educational Technology & Society. 2007; 10(3): 175-191.
8. Arifa, F, N. Tantangan Pelaksanaan Kebijakan Belajar dari Rumah dalam Masa
Darurat Covid-19. Kajian Singkat Terhadap isu Aktual dan Strategis. 2020;
12(7): 13-18.
9. (n.d.). Retrieved November 17, 2020, from (n.d.). Retrieved November 17, 2020,
from (n.d.). Retrieved November 17, 2020, from (n.d.). Retrieved November 17,
2020, from
10

10. (n.d.). Retrieved November 17, 2020, from


https://www.researchgate.net/publication/296686792_Literasi_Teknologi_Infor
masi_dan_Komunikasi
11. (n.d.). Retrieved November 17, 2020, from
http://ejournals.ukm.my/jpend/article/view/45.01-01
12. (n.d.). Retrieved November 17, 2020, from
https://edu3053ipgkpi.weebly.com/peranan-dan-kepentingan-teknologi-dalam-
pengajaran-dan-pembelajaran.html

Anda mungkin juga menyukai