Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PROSA KLASIK

 Prosa klasik ialah sebahagian daripada kesusasteraan Melayu klasik yang disebarkan
secara lisan serta tulisan yang disebarkan dari satu generasi kepada satu generasi.
 Karya berbentuk prosa bermaksud karya yang berbentuk karangan yang disulami
dengan pelbagai unsur gaya bahasa serta teknik penceritaan. Isinya berkisar tentang raja-raja,
putera-puteri raja, yang diselitkan dengan unsur luar biasa dan kesaktian, serta tentang
ketokohan dan kepahlawanan seseorang. Namun begitu, terdapat juga kisah yang berkaitan
dengan masyarakat biasa seperti Lebai Malang dan sebagainya. Cerita ini umumnya tidak
diketahui penciptanya, oleh sebab itu ia menjadi milik rakyat atau milik semua.

SIFAT ATAU CIRI-CIRI BAHASA KLASIK


 Ayat-ayat bahasa klasik panjang dan berbelit-belit. Tanda baca selalunya tidak
diletakkan dengan betul dan ada langsung yang tidak ada. Contohnya:

Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang
akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab
banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.

 Susuk ayat bahasa klasik banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, Sanskrit dan klasik.
Contohnya:

Arab: Allah Taala, makhdum, mualim dauat, wallahualam, taksim, dll.


Sanskrit: dosa, pahala, raja, dll
Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil), ratna mutu manikam (batu permata), masyghul
(dukacita, sedih), ceritera (cerita), amarah (marah), sahaya (saya), centera (cerita), khial
(khayal), dsb.

 Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalam bahasa klasik. Sebagai contoh:

Bahasa klasik: maka oleh Hang Tuah dipalang kepala dua orang yang mengamuk itu
terbelah dua.
Bahasa moden: lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang mengamuk itu dan
terbelah dua.

 Selalunya bahasa klasik banyak mendahulukan predikat, kemudian diikuti dengan


subjek (ayat songsang).

Bahasa klasik: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka. (Hikayat Hang Tuah)
Bahasa moden: Feringgi berperang dengan orang Melaka.

 Ayat bahasa klasik banyak menggunakan imbuhan ‘lah’ dan ‘pun’. Contohnya:
adapun, bertitahlah, berebutlah dan sebagainya.

“Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah
Melayu hal 55)
Batu pun habis berpelantingan.
pun turunlah
 Bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa Istana terutama dari segi penggunaan
perkataan dan sistem panggilannya seperti sembah, beta, titah, berangkat, gering, titah,
beradu, bersiram, mangkat, putera, puteri, bersemayam dan sebagainya.
 Petikan banyak menggunakan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang yang kini
tidak digunakan lagi. Contoh: arakian, syahadan, hatta, alkisah, kata sahibul hikayat, maka,
tatkala, adapun dan sebagainya.

MEMODENKAN PETIKAN PROSA KLASIK


Memodenkan petikan prosa klasik bermakna memindah atau menukar bahasa klasik atau
lama menjadi bahasa Melayu baru atau moden. Biasanya, petikan yang dipindahkan atau
dimodenkan itu diambil atau dipetik daripada satu atau beberapa perenggan sesebuah hikayat
yang khusus menampilkan bahasa klasik, kuno ataupun lama.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA KLASIK


Membaca dan memahami petikan
1.    Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
2.    Berikan tumpuan terhadap persoalan atau isu utama dalam petikan.
3.    Selain itu, buat beberapa catatan tentang watak-watak, latar tempat dan peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam petikan.

Menganalisis dan menulis serta memindahkan petikan prosa klasik menjadi petikan
prosa moden
1.    Pelajar perlu ingat bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.

2.    Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.

3.    Jangan pindahkan secara ayat demi ayat. Sebaliknya, fahamkan maksud keseluruhan petikan
dan ceritakan semula.

4.    Jangan menokok tambah dengan butir-butir atau fakta-fakta yang tidak terdapat dalam
petikan.

5.    Nama-nama khas seperti nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh ditukar/mestilah
dikekalkan.

6.    Kata “pun” dan “lah” hendaklah ditinggalkan. Contoh:


Bahasa klasik: maka seketika itu pun berputeralah tuan puteri itu seorang anak lelaki.
Bahasa moden: Selepas itu, Tuan Puteri melahirkan seorang anak laki-laki.

7.    Elakkan menggunakan perkataan-perkataan lama seperti arakian, hatta, sebermula, alkisah,


syahdan, sekali sepertua dan lain-lain dan perkataan-perkataan yang tidak lagi digunakan
sekarang. Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, perlulah ditukarkan kepada
bahasa moden. Ini penting kerana jika anda mengekalkan perkataan klasik tersebut, markah
anda akan dipotong kerana tidak menepati arahan soalan.

8.    Bahasa Istana tidak perlu diganti dengan perkataan lain atau perkataan yang seerti
dengannya.

9.    Ayat-ayat panjang, berbelit-belit dan tidak jelas hendaklah dipecahkan kepada beberapa ayat
supaya pendek dan jelas maksudnya.
Contoh:
Maka Sultan Melaka pun hairan melihat paras puteri Cina itu, disuruhnya masuk Islam,
telah sudah maka baginda pun berkahwinlah dengan puteri itu, beranak Paduka Seri Cina,
ayah kepada Paduka Isap.”
Jawapan:
“Sultan Melaka takjub apabila melihat kecantikan Tuan Puteri Cina itu. Baginda lalu
menitahkan supaya Tuan Puteri itu memeluk agama Islam. Selepas itu, baginda berkahwin
dengan puteri itu dan mendapat seorang putera bernama Paduka Seri Cina yang menjadi
ayah kepada Paduka Isap."

10. Tukarkan struktur ayat pasif menjadi struktur ayat aktif.


Bahasa klasik: maka oleh Hang Tuah dipalang kepada dua orang yang mengamuk itu
terbelah dua.
Bahasa moden: lalu Hang Tuah memarang kepada dua orang yang mengamuk itu dan
terbelah dua.

11. Tukarkan ayat-ayat songsang kepada ayat biasa.


Contoh:
Ayat songsang: “Hendaklah diperliharakan kamu sekalian dan dia”
Ayat biasa: “Kamu sekalian hendaklah memeliharanya”

12. Perbualan atau Cakap Ajuk di dalam petikan (jika ada mestilah dituliskan dalam perenggan
baru atau boleh juga ditukarkan menjadi ayat Cakap Pindah yang telah dimodenkan, tetapi
ditulis dalam satu perenggan sahaja.

Menganalisis dan menjawab soalan berkaitan dengan maksud rangkai kata


1.    Perhatikan perkataan atau rangkai kata berhuruf condong atau bercetak tebal dalam petikan,
kemudian garisi perkataan atau rangkai kata tersebut.
2.    Seboleh-bolehnya, ganti setiap perkataan anda sendiri tetapi mestilah mengikut maksud
penggunaannya dalam petikan.
3.    Berikan satu jawapan sahaja menunjukkan yang anda yakin dapat menepati maksud
penggunaannya.

Contoh teks klasik:


     Dengan tiada berapa lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka
Raden Inu segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka
disuruhnya Jerude dan Kartala masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan
menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha itu.

Maka tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya,
sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah
belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang sudah meninggal
diracuni itu. Lagi pula baharulah ia tersedar akan dirinya dan baharulah diketahuinya akan
segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-
ubatan Paduka Liku itu telah hilang kemanjurannya.

Senaraikan nama-nama watak:


1. Raden Inu
2. Jerude
3. Kartala
4. Mahadewi / Puteri
5. Kebawah Duli Sang Ratu Daha / Sang Ratu
6. Permaisuri (isteri Sang Ratu)
7. Paduka Liku.
Senaraikan latar tempat:
1. Dalam istana
2. Luar istana

Senaraikan isi penting:


1. Jerude, Kartala dan Mahadewi masuk ke istana untuk menghadap Kebawah
Duli Sang Ratu Daha.
2. Mahadewi pulang ke istana dalam keadaan bengkak di bahagian mata.
3. Sang Ratu teringkat akan permaisurinya yang telah mangkat.
4. Paduka Liku adalah seorang yang jahat.
5. Hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku sudah hilang mujarabnya.

Setelah ditukar teks klasik kepada teks moden:


Raden Inu, Jerude, Kartala dan Mahadewi sampai ke Negeri Daha. Raden Inu malu dan hanya
menunggu di luar istana. Beliau menyuruh Jerude, Kartala dan Mahadewi menghadap
Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Apabila Sang Ratu melihat Mahadewi datang dengan bengkak matanya, timbul rasa belas
kasihan. Baginda teringat akan Permaisuri baginda yang telah meninggal duania akibat
terkena racun. Baginda telah sedar akan kejahatan Paduka Liku kerana pada masa itu semua
hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku sudah hilang mujarabnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----
Contoh teks klasik 2:

Setelah dilihat oleh isterinya Seri Rama, yang bernama Sita Dewi, keduanya bertari-tari dan
melompat-lompat, maka kata Sita Dewi kepada Seri Rama:

“Ya, tuanku, tangkaplah kijang dua ekor itu akan permainan hamba,”

Maka kata Seri Rama: “Tiada hamba mahu akan dia mati, hanya hamba hendak dengan
hidupnya juga,”

Setelah Seri Rama mendengar kata isterinya itu, maka Seri Rama pun segera mengambil
panahnya lalu turun dari rumahnya. Maka kata Seri Rama memanggil Laksamana seraya
berkata:

“Hai, Laksamana, tinggallah adinda menunggui kakanda Sita Dewi, aku pergi mengikut
kijang dua ekor itu,”

Setelah Seri Rama berkata demikian, maka baginda pun berjalanlah. Setelah kijang itu
melihat Seri Rama datang mengikut dia, maka kijang itu pun larilah. Maka diikutnya juga
oleh Seri Rama.
 
Senarikan nama-nama watak:
1. Seri Rama (suami)
2. Sita Dewi (isteri)
3. Laksamana (adik)
Senaraikan latar tempat:
1. Dalam rumah
2. Kawasan hutan

Senaraikan isi penting:


1. Sita Dewi terlihat kijang 2 ekor dan menyuruh Seri Rama menangkapnya
untuk dijadikan binatang peliharaan.
2. Sita Dewi mahu kijang itu ditangkap hidup-hidup.
3. Seri Rama menyuruh Laksamana menjaga Sita Dewi.
4. Seri Rama pergi mengejar kijang dua ekor itu.

Setelah ditukar teks klasik kepada teks moden:

Apabila Sita Dewi, isteri kepada Seri Rama, melihat dua ekor kijang yang sedang menari-nari
dan melompat-lompat itu, lalu dia berkata kepada Seri Rama:

“Ya tuanku, tangkap kijang dua ekor itu untuk dijadikan haiwan peliharaan.”

“Kijang itu tidak dapat ditangkap hidup-hidup. Hamba akan panah kedua-keduanya,” kata
Seri Rama.

“Hamba tidak mahu kijang itu mati. Hamba mahu kedua-duanya hidup,” kata Sita Dewi.

Kemudian, Seri Rama segera mengambil panahnya lalu keluar dari rumahnya. Kemudian,
Seri Rama memanggil Laksamana dan berkata:

“Hai Laksamana, adinda jagakan kakanda Sita Dewi, aku pergi mengejar dua ekor kijang
itu.”

Setelah itu, Seri Rama meneruskan perjalanannya. Kijang itu melarikan diri apabila terlihat
kedatangan Seri Rama. Namun, Seri Rama tetap mengejarnya.

Anda mungkin juga menyukai