Pendidikan
Seni Visual
Kertas 2
OGOS
3 jam
2611/2
PARWAH INTELEK
SPM TAHUN 2011
KERTAS 2
TIGA JAM
3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh
peperiksaan.
(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat, Angka Giliran,
Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan mengikut susunan yang ditetapkan di sudut
kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda.
8 cm
(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. Anda dilarang membawa masuk sebarang
contoh atau lakaran ke dalam dewan peperiksaan.
(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali
ruang 5 cm X 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil
kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj atau teknik campuran digunakan ,anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain
yang dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.
(a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan percubaan SPM berukuran lebih
kurang 28 cm X 38 cm akan disediakan oleh Pihak Sekolah. Calon tidak dibenarkan
untuk menggunakan kertas sendiri.
(b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dibungkus. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.
(c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel.Permukaan lukisan tersebut hendaklah
dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh dibungkus
keseluruhannya dengan kertas plastik.
(d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh
menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah,
perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.
1. Rahsia dilautan dalam. Di dasar lautan kelihatan pelbagai jenis hidupan yang luar biasa
dari segi saiz, bentuk dan warna.
Lukiskan gambaran suasana tersebut dengan menitik beratkan kepada bentuk, jalinan
dan keindahan persekitaran yang berwarna-warni.
2. Kelab Pendidikan Seni Visual bercadang untuk menghasilkan kad ucapan “ Selamat
Hari Jadi ” untuk dijual sempena Minggu Kemanusiaan pada Ogos ini. Hasilkan kad
ucapan anda itu dengan menggunakan pelbagai alatan dan bahan seperti berikut :-
- Kertas warna/kertas lukisan
- Pensel warna/ water colour/ magic pen
- Gam/gunting/slotep
- Bawa apa sahaja bahan yang anda akan gunakan
3. Sekumpulan serangga sedang berebut-rebut mengerumuni sambil menikmati makanan
mereka. Gambarkan situasi tersebut secara ”Close Up”dengan memberi penekanan
kepada aksi, bentuk, jalinan, ruang dan pergerakan
4. Anda sedang minum petang bersama ibu dan ayah. Di atas meja telah sedia terhidang
tiga cawan kopi panas, satu teko air kopi bersama lima biji kuih donut dan tiga
potong kek. Beberapa biji epal yang telah masak ranum terletak di sudut tepi meja.
Cawan minuman itu bercorakkan motif bunga matahari, bunga raya dan rama-
rama. Bayang, warna dan lukiskan suasana berkenaan. Tekankan elemen bentuk, rupa
dan sebagainya dalam karya lukisan itu nanti.
5. Satu pengembaraan yang mencabar . Beberapa ahli Rakan Muda menjalani aktiviti
pengembaraan berakit disebatang sungai yang mengalir deras. Mereka bertungkus
-lumus mengawal rakit yang terumbgang-ambing dan hampir melanggar batu-batu
besar. Lukiskan suasana yang mencemaskan itu.
6. Lukiskan sebuah pemandangan yang menunjukkan sebuah lorong di kawasan
belukar. Di kiri-kanan lorong ditumbuhi rumput, lalang dan pokok-pokok.
Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan, ruang dan perspektif.
1. GUBAHAN
- Bersesuaian dengan soalan yang dipilih
- Pecahan ruang yang seimbang
- Rupa dan bentuk yang tepat
- Imbangan subjek dalam ruang (propotion)
- Pemilihan subjek sudut pemandangan yang menarik
- Aplikasi asas senireka [Markah 15 ]
2. A) WARNA
- Olahan dan teknik mewarna
- Rendering
- Kesan suasana dan mood yang ditimbulkan
- Kesan ruang dari olahan warna
B) MEDIA KERING
(pen,pen teknikal,
Arang, pensel dan
dakwat) - Olahan dan teknik penggunaan garisan
dalam mewujudkan kesan jalinan, bentuk, (tone)
nilai warna dan ruang
3. INTERPRETASI
4. KREATIVITI
- Penggunaan media dengan teknik yang sesuai
- Kemasan hasil kerja
- Gaya tersendiri [10 Markah ]
JUMLAH 50%