Anda di halaman 1dari 2

30 Januari 2008

PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH

MODEL TYLER

Model Tyler merupakan model perkembangan kurikulum yang sangat terkenal (Yusuf
Hashim 2000). Dalam bukunya yang terkenal Basic Principles of Curriculum and
Instruction (1949), Tyler menekankan bahawa pengembangan kurikulum untuk bidang
pembelajaran apapun harus didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti berikut;

• Apa tujuan yang hendak dicapai?


• Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?
• Bagaimana mengatur pemberian pengalaman itu secara efektif?
• Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah dicapai?

PRINSIP ASAS Model Tyler

4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:

• Objektif pendidikan
• Kandungan Kurikulum
• Kaedah Pengajaran
• Penilaian

OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan:-

• Matlamat pendidikan yang hendak dicapai.


• Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran.
• Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur
pengajaran.
• Pengujian dan penilaian.

Sumber Objektif Pendidikan

Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :-

• Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual
dsb.
• Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.
• Menentukan apakah minat pelajar.

Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:-

• menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan


dalam masyarakat semasa.
• Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.

Didapati daripada cadangan pakar subjek :-

• Melalui penulisan dan cadangan pakar.


• Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

Tapisan Objektif Pendidikan

Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-

• Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk
memilih objektif pendidikan.
• Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama
ada menerima atau menolak sesuatu objektif.

Menggunakan psikologi dalam memilih objektif :-

• Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai
atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur pelajar.
• Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang
diperlukan oleh pelajar.