Anda di halaman 1dari 2

Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K)

DASAR 3K
 Menerapakan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan,
keselamatan dan kesihatan di SKSS.
 Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan dan
kesihatan di SKSS.
 Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertingkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan
dan kesihatan di SKSS.
 Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk memastikan tahap
peningkatannya di SKSS.
 Memupuk kerjasama diantara warga SKSS dengan pihak luar dalam membentuk seubah masyarakat yang
dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang masa.
 Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adalah amalan warga sekolah setiap hari.
 Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan, keselamatan dan kesihatan.

MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SK LKTP SELENDANG 01


1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui publisiti yang meluas
tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras dengan amalan Rukun
Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam panggilan biasa dan
saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.
6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan.
7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.

MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SK LKTP SELENDANG 01


1. Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan
persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.
2. Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.
3. Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.
4. Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekerja
swasta.
5. Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang
Penilaian Kebersihan.
6. Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.

PROSEDUR KESELAMATAN DI SK LKTP SELENDANG 01


1. Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
warga sekolah dan komuniti setempat.
2. Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

3. Semasa pergi ke sekolah murid-murid boleh


 Melintas kawasan letak kereta menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan sahaja.
 Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk di tepi dewan sekolah atau pintu tepi
Blok F.
 Murid-murid yang berbasikal perlu menolak basikal mereka melalui pintu masuk utama.
 Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya tidak membuat pusingan di hadapan pintu utama. Ini
adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.

4. Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting

supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.

 Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.


 Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.
 Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.
5. Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif
untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

MATLAMAT ASPEK KESIHATAN DI SMK DAMANSARA JAYA


1. Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara
yang betul.
2. Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.
3. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.
4. Menjalankan aktiviti suntikan BCG kepada murid-murid Tingkatan Tiga.
5. Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

Anda mungkin juga menyukai