Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak remaja pada masa ini.

1. Pengaruh Media Elektronik

Hari ini, setiap rumah mempunyai media elektronik seperti internet, televisyen, radio dan sebagainya.
Penggunaan yang disalahgunakan menyebabkan banyak yang ditegah dan dilarang oleh agama telah
menjadi perkara yang diminati oleh pelajar seperti menonoton budaya kuning, rock, lucah dan seks.
Budaya merah seperti 'wrestling' boleh mempengaruhi dan menyebabkan budaya samseng. Sebagai
langkah untuk megurangkan risiko ini, kita seharusnya mengurangkan penggunaan televisyen dan
cuba didik anak-anak kita untuk menggunakan media elektronik ini pada keadaan yang diperlukan
sahaja.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Terdapat pepatah yang mengatakan 'berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali'. Namun
hakikatnya akibat daripada pengaruh rakan yang ramai, akhlak remaja menjadi rosak. Hari ini
golongan remaja boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan
a. Kumpulan yang suka bersendirian
b. Kumpulan yang suka mengganggu dan mengacau
c. Kumpulan yang menjadi pak turut sahaja.
d. Kumpulan yang sukakan buku dan minat membaca
e. Kumpulan ala samseng
Kumpulan a, c dan d selalunya akan menjadi mangsa kumpulan b dan e. Pelajar-pelajar dari kumpulan
b dan e ini selalunya akan suka merosakkan harta benda sekolah, tempat awam, merokok, mengacau,
menonton video lucah, mengugut, mengurat, memeras ugut, mempengaruhi pelajar lain secara
melakukan 'vandalisme'. Justeru itu pelajar dari kumpulan b dan e ini harus ditangani dengan
bijaksana kerana mereka adalah insan yang senantiasa mencari sesuatu dan perlukan perhatian.

3. Pengaruh hiburan

Hiburan memang mengasyikkan dan menyeronokkan. Ia terlalu sesuai dengan jiwa remaja yang
menginginkan lebih hiburan. Pengaruh dunia hiburan ini dapat dikesan melalui peniruan gaya-gaya
artis yang menjolok mata, bergaya punk, berambut panjang dan bermacam lagi. Sebagai tambahan
bukan sahaja peniruan cara pakaian malah peniruan cara percakapan melalui tutur kata dan gaya
bahasa turut dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian mereka. Antara langkah untuk mengelakkan
risiko pengaruh ini ialah cari dan didiklah agar kita mencari hiburan mengikut kesesuaian naluri dan
kehendak agama.

4. Masalah keluarga

Institusi keluarga akan menjadi porak-peranda sekiranya keadaan dalam keluarga tidak aman dan
sering berlaku pertengkaran antara ahli keluarga. Jiwa remaja dalam situasi ini akan memberontak,
stress, tension dan suka melawan. Mereka yang berada dala situasi ini akan cuba mencari jalan keluar
untuk lari daripada masalah tersebut. Akibatnya ada yang tersesat jalan sehingga mengambil jalan
mudah dengan mengambil dadah, menghidu gam dan menyertai kumpulan samseng. Kita sering
terdengar akan kempen kerajaan iaitu keluargaku syurgaku, seharusnya ikatan kekeluargaan dibina
berteraskan pengetahuan agama. Amalkanlah walaupun sedikit ilmu yang kita pelajari agar dapat
menjauhkan diri daripada faktor yang keempat ini.
5. Masalah ekonomi

Tanpa ekonomi yang mantap dalam sesebuah keluarga, kehidupan menjadi melarat dan berlakulah
kejadian seperti mencuri, merompak dan menyertai kumpulan haram. Ekonomi adalah suatu faktor
yang penting dalam kehidupan pada masa kini justeru itu kita harus merancang dan mentadbir
urusan kewangan kita dengan baik supaya kita tidak terjerumus dalam kehidupan yang melarat.

6. Masalah di sekolah

Di kebanyakan sekolah, pelajar dibentuk agar mementingkan bidang akademik semata-mata tanpa
menumpukan perhatian terhadap pengukuhan sahsiah atau akhlak. Selain itu sikap guru-guru banyak
memberikan pengaruh buruk tanpa mengambil kira perasaan dan jiwa remaja. Akibatnya remaja
hidup dalam keadaan kebosanan tanpa menikmati suasana yang harmoni. Peranan guru pada masa
kini adalah amat penting dalam membentuk jiwa dan perwatakan pelajar. Pelajar berada di sekolah
hampir lebih daripada lapan jam, justeru gurulah ikon yang dilihatnya pada setiap hari. Sebagai guru,
saya akan senantiasa berusaha agar tingkah laku buruk saya tidak dilihat oleh pelajar yang sedang
saya didik.

Kesimpulan

Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan kerosakan akhlak pelajar-pelajar pada hari
ini. Apa yang penting ialah sikap anggota masyarakat itu sendiri yang perlu menjaga imej negara
daripada sebarang unsur yang boleh merosakkan. Marilah kita sama-sama mendidik remaja ke arah
kemuliaan dan ketinggian akhlak kerana mereka adalah individu yang perlu dibimbing dengan cara
yang penuh hikmah dan kebijaksanaan. Memberi perhatian yang serius, berbincang dan menunjukkan
contoh yang terbaik adalah salah satu daripada langkah yang terbaik. Janganlah kita menggunakan
perkataan yang keras, kasar dan kesat ke atas mereka kerana akibatnya mereka akan menjadi liar.
Sekiranya kita dapat lakukan yang terbaik ke atas mereka,m ereka akan berasa dihargai seterusnya
mendidik jiwa mereka kembali lembut dan menjadi manusia yang berguna pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai