Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan

untukmenjadi pelajar yang cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

            Setiap pelajar ingin berjaya dalam pelajaran. Tanyalah pada sesiapa sahaja, mereka pasti inginkan
keputusan yang cemerlang. Namun demikian, usaha-usaha yang proaktif perlu dilakukan untuk menjadi
pelajar cemerlang.

            Usaha paling efektif adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Langkah ini perlu dilakukan
sepanjang masa untuk mengelakkan kita lupa akan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.

            Seterusnya, pelajar cemerlang perlulah membuat jadual belajar. Bukan setakat itu sahaja, mereka
perlu patuh akan jadual yang dibuat itu dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

            Kita juga boleh belajar secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk perlulah mempunyai
bilangan antara dua hingga tiga orang untuk berbincang serta bertukar-tukar pandangan.

            Kesimpulannya, ada berbagai-bagai langkah yang boleh kita ambil untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Semuanya terletak atas kemahuan sendiri bak peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.

(126 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai