Anda di halaman 1dari 9

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi
merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan
pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan
atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah
perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut.
Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad kepada beberapa faktor.

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahan


fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang
berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa
pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. Kesimpulannya, pertumbuhan
bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia
dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu
tahap perubahan itu akan terhenti.

Sharifah A. Alsagoff (1987) pula menghuraikan psikologi perkembangan sebagai


kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan
kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu,
daripada pralahir (dalam kandungan) hinggalah dewasa. Menurut Crow dan Crow,
perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta kecenderungan ke arah
yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison
pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan yang berbentuk
struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan
semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Justeru, psikologi perkembangan boleh
diertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia
dalam aspek- aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan
tingkah laku sepanjang hayatnya.

Psikologi perkembangan kanak-kanak kepada guru adalah satu perkara yang


amat penting kerana melalui pembelajaran inilah guru dapat memahami perkembangan
fizikal, mental dan emosi muridnya demi membolehkan guru menyediakan rancangan
mengajar yang sesuai dan berkesan. Kajian perkembangan kognitif murid-murid
membolehkan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan
mereka. Selain itu, kajian perbezaan individu ini juga akan memberi panduan kepada
guru dalam mendisiplinkan murid-murid dengan lebih berkesan.
Secara holistiknya, kajian perkembangan kanak-kanak ini akan menjadikan guru lebih
memahami perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya demi meningkatkan
keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan kepada


beberapa peringkat seperti peringkat pralahir iaitu ketika dalam kandungan selama 9
bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak
ketika berumur 2 hingga 6 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak
berumur 6 hinga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11
tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga 15 tahun, peringkat
pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga 18 tahun, peringkat akhir remaja
ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan
peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.
PRINSIP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Menurut Haliza Hamzah (2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak boleh


dibahagikan kepada lima. Prinsip pertama ialah “proses perkembangan yang berlaku
mengikut aturan”. Contohnya apabila seorang bayi yang pada peringkat awalnya hanya
duduk dengan bantuan kemudiannya merangkak. Selepas itu, kebolehan untuk berdiri
dan berjalan. Perkembangan ini bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Prinsip kedua pula ialah “perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan dan
perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih
spesifik”. Contohnya, seorang bayi kecil hanya boleh menggenggam dan memegang
objek dengan tapak tangan sebelum menggunakan jarinya. Hal ini dapat
memperlihatkan pertumbuhan bermula dengan otot-otot kasar sebelum beransur
kepada pertumbuhan otot-otot halus.

Prinsip seterusnya ialah “pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu


proses yang berlaku secara berterusan”. Kemahiran yang sedia ada pada seorang
kanak-kanak adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru pada
masa yang akan datang.

Prinsip asas yang keempat ialah “corak dan aturan perkembangan yang hampir
sama namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu”.
Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-kanak itu pada satu jangkamasa
dan usianya. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10
bulan manakala ada yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satu
faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia.

Prinsip yang terakhir ialah “perkembangan yang bergantung kepada hasil


interaksi antara kematangan dan pembelajaran”. Kematangan adalah kemunculan
potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu. Perkembangan ini biasanya
dipengaruhi oleh genetik.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Faktor-


faktor tersebut ialah faktor baka dan faktor persekitaran. Contohnya, anak yang
pertama berbadan tegap dan tinggi lampai, tetapi tidak semestinya anak kedua
mempunyai ciri-ciri yang sama. Hal ini berlaku kerana ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada
pada anak adalah pewaris baka daripada ibu bapa ataupun salasilah keluarga yang
terdahulu.

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anaknya. Gen-gen ini terkandung di dalam kromosom yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan ciri atau baka keturunan. Mengikut kajian,
kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dimana masing-masing membawa gen
yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23
pasang kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma
dengan sel ovum, zigot mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-
masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya
berlaku dan membentuk ciri-ciri baka tersendiri, kemudiannya diwarisi oleh bayi yang
bakal dilahirkan.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan


individu meliputi juga penyakit yang dihidapi oleh ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap
perkembangan manusia dapat diperhatikan dari segi fizikal, mental dan emosi.
Walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan setiap
individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan melalui
kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama kecuali sesetengah kanak-kanak kembar.
Mereka mempunyai ciri fizikal yang hampir sama seperti saiz badan, ketinggian, berat,
bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik.

Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir
merangkumi gaya pemakanan serta kesihatan ibu, cara hidup ibu misalnya adakah
ibunya merokok semasa hamil, bentuk rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan
emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio
ekonomi, tahap pendidikan keluarga, pengaruh rakan sebaya, sekolah, masyarakat,
tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua ini dikatakan mempengaruhi
perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan
kanak-kanak adalah hasil interaksi di antara persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Jika ibu berada dalam keadaan tidak sihat semasa hamil, anak di dalam kandungan
kemungkinan akan mengalami kerencatan, sama ada dari segi pertumbuhan otak
mahupun fizikal. Anak itu mungkin dilahirkan dalam keadaan tidak cukup berat dan
mengalami berbagai-bagai komplikasi. Tempoh di dalam kandungan adalah sangat
penting. Ibu hendaklah menjaga kesihatan dan memakan makanan yang berzat dan
seimbang. Jika sebelum lahir bayi tersebut tidak membesar mengikut kadar yang
sewajarnya, apabila lahir nanti pertumbuhannya akan terencat. Waktu kelahiran juga
adalah penting dalam menentukan pertumbuhan yang sihat. Misalnya jika semasa lahir,
bayi itu mengalami pendarahan otak, lambat dikeluarkan atau dipaksa keluar sebelum
masanya, maka bayi tersebut akan mengalami kecacatan.

Aspek persekitaran yang lain ialah aspek pemakanan dan keperluan badan.
Pemakanan hendaklah diberi perhatian yang serius oleh ibu sama ada semasa
mengandung ataupun selepas lahir. Bayi dan kanak-kanak juga memerlukan senaman,
rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup adalah sangat penting kepada
kanak-kanak kerana semasa kanak-kanak tidur, semua sel-sel otaknya akan bekerja
dan berkembang selain memberi tenaga kepada kanak-kanak untuk aktiviti pada
keesokan harinya. Budaya masyarakat juga boleh mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan. Masyarakat yang mementingkan aktiviti lasak akan melahirkan
generasi yang sihat, kuat dan yakin menghadapi cabaran.
TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat


perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses manipulasi, penerokaan dan menilai
persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini,
Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu skema (schema), penyerapan
(assimilation), pengubahsuaian (accomodation) dan keseimbangan (equilibrium).

Skema adalah sebuah struktur kognitif atau mental yang membolehkan


seseorang individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Seorang bayi yang dilahirkan mempunyai skema umum dan semakin bayi itu
membesar, skema yang diperoleh semakin meningkat dan diperhalusi.

Asimilasi merupakan proses kognitif dimana berlakunya proses penyerapan


(fitting) maklumat baru ke dalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang
masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai pengalaman dan menerima berbagai
maklumat. Perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif, bukannya kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri menghasilkan perubahan kualitatif serta


perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,
maka ia akan diserap ke dalam skema. Jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat
tersebut akan ditolak atau diubahsuai. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada.

Sensori Motor (0 - 2 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitaran. Selepas dua bulan dilahirkan, seorang bayi
sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak mula
mempelajari bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak juga akan cuba
mempelajari koordinasi antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat.

Peringkat Pra Operasi (2 - 6 tahun)

Kanak-kanak boleh mengggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan


sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak boleh bertutur dengan
fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya menjadi semakin
pesat. Pemikiran mereka juga lebih bersifat egosentrik di mana mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya
semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan
dengan kenyataan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 - 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan


akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh
mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak boleh berfikir
secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.
Nammun, keupayaan untuk berfikir secara logik masih lagi terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di
dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran masih bergantung kepada objek-
objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif serta mampu
membuat rumusan atau generalisasi tentang sesuatu konsep. Remaja juga boleh
menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang
lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

UMUR /
PERKEMBANGAN KOGNITIF
PERINGKAT

 Boleh melihat perspektif orang lain dalam situasi yang mudah


 Perkembangan memori bertambah baik
2- 3 tahun  Mula sedar perbezaan dianatar mental diri dengan peristiwa
fizikal di luar
 Berpusatan diri berkurang

 Mengklasifikasi objek mengikut hierarki


3 - 4 tahun  Memahami perhubungan sebab menyebab
 Boleh membezakan imej dan realiti
 Perhatian menjadi lebih objektif
 Kesedaran makna sesetengah bahasa tulisan
 Mengira objek dalam kuantiti yang kecil
 Menguasai dwi-perwakilan

 Pemerhatian bertambah baik


 Mula mengenali dan mengingati skrip dan autobiografikal
5 - 6 tahun bertambah baik.
 Memahami huruf dan bunyi
 Menghubungkait sebutan huruf secara sistematik
 Boleh mengira dengan tambah dan tolak yang mudah

 Pemikiran lebih logikal


 Berupaya menyelesaikan masalah dengan nombor
6 - 8 tahun  Pemerhatian menjadi lebih teratur, adaptif dan terancang
 Berupaya memindah maklumat
 Menggunakan konsep nombor untuk mengira supaya mengusai
kemahiran matematik yang lebih kompleks

 Pemikiran logikal yang dikaitkan dengan perkara konkrit


9 - 11 tahun diteruskan
 Perancangan ditambah baik
 Strategi ingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan
 Regulasi kognitif ditambah baik

11 tahun dan ke  Berupaya menggunakan pemikiran logikal


atas  Boleh menghubung kait teori dengan bukti
 Lebih kesedaran diri dan fokus kendiri
 Pemikiran lebih idealistik
 Kemahiran metakognisi dan regulasi ditambah baik
 Menilai opsyen kerjaya berdasarkan minat

Jadual 1 : Perkembangan kognitif sepanjang peringkat kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai