Anda di halaman 1dari 35

1.

Pengenalan

1.1 Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek
pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk
membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah
berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan
beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan
guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh
kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu
pantas diperingkat global.

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian
budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited,
berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan


oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana
Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus
dan negara menghadapi cabaran alaf 21.

Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik.
Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang
perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan.
Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang
sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya
memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.

Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di
samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang
ingin maju dalam acuan kita sendiri.

1
Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi
penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut
kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan
teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.

PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan
orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara
dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan
oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum dan guru,
pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran
mempunyai kaitan rapat membangun pelan ini.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di
peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan.
Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya
dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya
dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang
membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap
yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.

Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah).
Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu
itu terlihat pada amal.

Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus
disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat
lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan
masyarakat yang baik.

Kemahiran dwi bahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia amat
mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus. Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu

2
penguasaan banyak bahasa menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan
bahasa Arab dijadikan bahasa utama.

Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam mana-mana proses
transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai Paling Utama (Supreme Values)
dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah penting membentuk watak dan sahsiah.

Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan etika dan nilai.

Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah


berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun. Tradisi Islam
silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya menyumbang terhadap
kemajuan tamadun Islam itu sendiri.

Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian epistemologi
(falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan nilai. Inilah yang dikatakan
integrasi dan islamisasi ilmu yang giat dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur
mengenai ilmu sifatnya merangkumi.

Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan adalah ciri
penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya mendidik warga pelajarnya
dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negaranya dan bersikap patriotik
terhadapnya.

Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana konsep melting-


pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud perbezaan kaum dan kelainan
faham politik.

Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses transformasi
berlaku.

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.

3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

4. Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

3
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasakan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam menyediakan ejen
perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan menjadi suatu kenyataan. Malah
PPPM melampaui sehingga tahun 2025 supaya kemajuan itu menuju kepada suatu
peradaban.

Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi konsisten. Ia


menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku dengan sekelip mata apalagi
untuk merubah sistem ke arah etika tinggi dan berasaskan nilai menuntut perancangan
yang rapi dalam meraikan agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang
dikendung tidak berciciran.

1.2 Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak
Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana
penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat
Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu
yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan.
Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah
pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class”
akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara
kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam
lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang

4
bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem
pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined as
being of the highest caliber in the world”. Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud
satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari
segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di
peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf
Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis,
iaitu :

i. Pembangunan tenaga manusia

ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi

iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

vi. Pembangunan teknologi dan sains

vii. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan

masyarakat.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya
bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan.
Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya
dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz
semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa
kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya
saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.

5
Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah).
Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu
itu terlihat pada amal.

Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum


yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan
bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan
masyarakat yang baik.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan
Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6
September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara
menghadapi cabaran alaf 21.

Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang
dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah
cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan.
Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang
sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya
memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.

Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran
globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim
Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.

Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia
menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains
dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.

PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang
ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara
dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa.

6
1.3.4 ISU PENDIDIKAN : Mendepani cabaran pendidikan Negara

BARU-BARU ini semasa majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian


Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Menteri Pendidikan
yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat
cabaran utama kementerian itu sepanjang 2015.

Pertama, cabaran bagi mendepani perkembangan ekonomi ASEAN yang pesat yang
dijangka muncul sebagai blok ekonomi kelima terbesar di dunia. Kedua, cabaran untuk
meningkatkan kerjasama dan hubungan antarabangsa bagi mendepani kemajuan dan
ketidakpastian masa depan.

Ketiga, cabaran memperkasa peranan kementerian untuk menghasilkan modal insan


minda kelas pertama. Keempat, cabaran melahirkan pengguna teknologi maklumat dan
komunikasi yang bertanggungjawab.

Keempat-empat cabaran yang digariskan tersebut adalah sangat penting untuk dihayati
oleh semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam dunia pendidikan. Hanya melalui penghayatan dan pemahaman mendalam
membolehkan usaha dan strategi digerakkan bagi memastikan kejayaan untuk
mendepani cabaran-cabaran tersebut.

Dalam konteks cabaran pertama, Menteri Pendidikan menyarankan agar sektor pengajian
tinggi merangka perancangan strategik bagi menangani cabaran mobiliti tenaga kerja
mahir dalam pasaran pekerjaan serantau yang dilihat lebih terbuka. Perkembangan pesat
ekonomi negara-negara ASEAN akan merangsang pertumbuhan ekonomi serantau yang
seterusnya dapat meningkatkan perdagangan antara negara-negara tersebut.

Hasil rangsangan perdagangan ini secara langsung dapat menggalakkan perkembangan


sektor perniagaan. Hal ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keperluan
terhadap tenaga kerja mahir antara negara-negara anggota.

Cabaran mobiliti tenaga kerja mahir boleh berlaku dalam pelbagai sektor sama ada sektor
korporat, pendidikan dan sebagainya. Justeru, pelan perancangan strategik bagi
mengurus hal ini wajar diusahakan agar mobiliti ini dapat diuruskan dengan baik dan
negara mendapat manfaat yang besar daripadanya.

Dalam konteks cabaran kedua, sektor pendidikan negara diharap mampu untuk berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia. Ini penting

7
kerana negara bukan sahaja berdepan dengan pendidikan dunia yang berkembang pesat,
namun negara juga berhadapan dengan ketidaktentuan dunia ekonomi dan politik dunia.

Bagi mengurus cabaran ini kerjasama wajar dijalinkan dengan sektor pendidikan di
negara-negara yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan. Kerjasama
dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Australia boleh terus
diperkasakan.

Selain itu, kerjasama dengan negara-negara lain terutamanya negara-negara Islam wajar
juga diberi perhatian serius. Ini kerana perkembangan pendidikan di negara-negara
tersebut adalah sangat menggalakkan dan ia mempunyai potensi yang besar untuk terus
maju pada masa hadapan.

Jika dilihat kepada sejarah, sektor pendidikan di negara-negara Islam berada pada satu
tahap yang cukup membanggakan pada suatu ketika dahulu. Ia berkembang ke negara-
negara Eropah dan Asia sehingga negara-negara ini mendapat manfaat yang besar.

Justeru, usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan ini wajar dilakukan. Negara
kita yang menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain perlu menggerakkan usaha ini.
Di samping menjadi contoh, kita juga dapat mengutip khazanah-khazanah pendidikan
silam yang maju untuk disuburkan kembali di negara-negara Islam.

Dalam cabaran seterusnya, aspirasi negara untuk mencapai status negara maju
tidak akan dapat dicapai sekiranya sektor pendidikan negara tidak mampu melahirkan
modal insan minda kelas pertama. Inilah cabaran besar sektor pendidikan iaitu untuk
memastikan negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Modal insan yang mempunyai minda kelas pertama adalah individu atau kumpulan orang
dalam masyarakat yang mampu menguasai sesuatu bidang ilmu yang tinggi, berdaya
saing, akhlak yang hebat, budaya kerja cemerlang, berintegriti, menjunjung nilai-nilai
murni dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Modal insan ini dilahirkan dalam acuan budaya, kesenian dan warisan tanah air. Mereka
menjaga agama, bangsa dan negara. Hanya dengan perancangan yang baik dan
berterusan mampu melahirkan modal insan ini.

Cabaran terakhir adalah berkaitan moral dan disiplin diri yang kuat yang harus ada pada
anak bangsa kita untuk mendepani kecanggihan dan kepesatan teknologi. Secanggih
mana pun teknologi dengan infrastruktur berkelas dunia yang ada dalam negara kita akan

8
tidak membawa makna sekiranya masyarakat dan anak-anak muda tidak mempunyai
akhlak dan etika yang baik sebagai pengguna teknologi.

Umum dapat melihat bagaimana salah guna teknologi berlaku dalam negara kita.
Penyebaran berita-berita palsu, provokasi, mengadu domba dalam kalangan masyarakat,
fitnah dan macam-macam lagi merupakan antara contoh salah guna teknologi yang
melibatkan masyarakat kita.

Adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk melahirkan generasi pengguna


teknologi yang bertanggungjawab. Pengguna teknologi wajar dididik dengan ilmu, akhlak
dan nilai-nilai murni agar mereka tidak menyalahgunakan teknologi.

Sebagai kesimpulannya, pendidikan merupakan nadi kemajuan dan kejayaan


sesebuah negara. Perancangan pendidikan negara harus dirangka sebaik-baiknya agar
mampu melahirkan generasi berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

1.3.5 Peranan Guru dalam dalam merialisasikan matlamat melahirkan modal insan
bertaraf dunia.

Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian pendidikan


dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira
etnik, jantina, status sosio-ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan
supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan
mencapai kecemerlangan dalam akademik.

1.3.5.1 Belajar Untuk Melakukan

Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang


dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus
hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang
akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya
perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang
itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya.
Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-
faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan
dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam

9
penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal
dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat
menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik

1.3.5.2 Belajar Untuk Menjadi Apa

Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk
membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan
estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan
mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya
supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan
yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan
seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting
pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk
berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi
untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka.
Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar
sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan
untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab
dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran
berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

1.3.5.3 Belajar Untuk Hidup Bersama.

Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang
boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang
kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak
asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian
sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin
hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua
manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu
mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan
masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di
dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan
bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

10
1.4 CADANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan pandangan yang diutarakan oleh, saya berpandangan bahawa


seseorang guru berkualiti masa kini mesti mengikuti perubahan yang berlaku dalam
masyarakat dan perkembangan antarabangsa. Maka, guru inovasi masa kini perlu
berkemahiran tinggi dari aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
memandangkan pada abad ini, negara berdepan dengan cabaran

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan pengembangan TMK.

Bagi melahirkan guru yang berinovasi, perkara paling utama yang mesti
diutamakan adalah latihan kemahiran kepada bakal guru dan para guru dalam
perkhidmatan. Latihan kepada para guru praperkhidmatan bermula daripada latihan guru
sama ada di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG).
Pembentukan modal insan guru harus diberi keutamaan bagi untuk membolehkan
pembentukan modal insan yang cemerlang. Bertitik tolak daripada ini, maka perubahan
dalam latihan perguruan yang selari dengan tuntutan perkembangan semasa merupakan
suatu keperluan.

Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan pendidikan, Mok Soon Sang, 2011,


mencadangkan agar guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti
kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau
konvensyen pendidikan di dalam atau luar negeri. Guru akan keluar daripada amalan
pengajaran dan pembelajaran yang lapuk hanya apabila mereka didedahkan dengan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi terkini. (Syed Ismail bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki bin Miskon, 2012). Maka dalam hal ini, pelaksanaan program Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalankan secara berkesan akan menyumbang ke arah
pembentukan guru yang inovatif seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan kini.

Selaras dengan transformasi pendidikan yang mementingkan TMK, menurut Zahri


Ramlan dalam Pendidik bil. 58, Mac 2009, para guru di Malaysia diberi pendedahan
dengan kepelbagaian kursus pengkayaan dalam kemahiran dan kompentensi
menggunakan peralatan TMK seperti kemahiran perkakasan dan perisian aplikasi.
Kursus-kursus kemahiran TMK yang dilaksanakan dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sekiranya guru yang menerima kursus ini
berjaya mengintegrasikan kursus yang diterima.

11
Di samping itu, amalan reflektif dan penyelidikan tindakan wajar menjadi amalan
para guru dalam menyuburkan nilai-nilai inovasi dalam profesionalisme keguruan.
Pendekatan guru sebagai penyelidik akan memberi ruang kepada guru untuk merancang
sendiri inovasi seterusnya memerhati dan menilai sendiri tindakan yang dilaksanakan.
(Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009). Hal ini akan lebih mendatangkan keberhasilan
terhadap perubahan sebarang bentuk amalan dalam bilik darjah kerana individu guru
sendiri melalui pengalaman dalam melaksanakan perubahan tertentu.

Galakan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada para guru
untuk melaksanakan inovasi merupakan sesuatu usaha dan sangat baik dan wajar
diteruskan. KPM telah memperkenalkan Pertandingan Inovasi pada peringkat bahagian
dan institusi bertujuan memupuk dan mencungkil kehebatan inovasi dalam kalangan
warga kementerian. Selain itu, KPM telah menjadikan elemen kreativiti dan inovasi
sebagai satu daripada elemen yang terdapat dalam Pelan Strategik Interim Kementerian
Pelajaran Malaysia 2011-2020.

Perkongsian pintar antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak


swasta yang bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam
usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam
bidang TMK merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kepada bidang pendidikan.
Antara projek perkongsian pintar termasuklah program i-Think seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, Schoolnet , GSB Technology Learning in School, Program
Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom, K-Perak E-Learning Cluster No.1
(KPEC) dan Cyberkids Camp.

Selain itu, budaya kolaborasi dalam pendidikan juga adalah suatu usaha yang baik
dalam mempertingkatkan amalan inovasi dalam kalangan guru. Budaya ini boleh
dijadikan amalan sama ada sesama guru dalam sekolah yang sama atau dalam program-
program tertentu merangkumi peringkat daerah, kebangsaan bahkan antarabangsa.
Penyelidkan tindakan juga boleh dijalankan secara kolaborasi. Pada era ini, terdapat juga
kolaborasi guru dalam bentuk atas talian melalui pembinaan laman web tertentu seperti
laman portal cikguNet dan portal pendidikan utusan. Hal ini membolehkan para guru dan
pelajar berbincang serta berkongsi ilmu dan kemahiran tanpa sempadan

Adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk melahirkan generasi pengguna


teknologi yang bertanggungjawab. Pengguna teknologi wajar dididik dengan ilmu, akhlak
dan nilai-nilai murni agar mereka tidak menyalahgunakan teknologi.

12
Sebagai kesimpulannya, pendidikan merupakan nadi kemajuan dan kejayaan sesebuah
negara. Perancangan pendidikan negara harus dirangka sebaik-baiknya agar mampu
melahirkan generasi berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Apa itu Ujian TIMSS dan PISA ?

TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian yang
dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti
tentang pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh
dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student


Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation
and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan
negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan
Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir
seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-
ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science


Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy
Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek
Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,
Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-
negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia,
terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

13
Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam
ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009 :

Matematik - 57 (mata 404)

Sains - 53 (mata 422)

Membaca - 55 (mata 414)

2012 :

Matematik - 52 (mata 421)

Sains - 53 (mata 420)

Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi
mengatasi masalah ini. Sumber

2.1. KSSR / KSSM

Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum
Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

14
2.2. i-Think

Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran


dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah,
dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

2.3. Kajian Susulan

KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang


cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan
dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

2.4. PPPM

Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik,
Sains dan Membaca.

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan


bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2.5. Task Force TIMSS dan PISA

Berdasarkan Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan tumpuan pada
peningkatan prestasi sistem pendidikan negara. Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA)
adalah pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan
sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. PPPM
menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata
antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM
menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-
dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.

15
Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan
pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Peningkatan KBAT dalam kalangan
murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA
dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah
dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.

Bahan sumber PdP Sains dan Matematik ini dibangunkan berasaskan gabungan
kerangka kurikulum kebangsaan dan juga Kerangka Kerja TIMSS dan PISA yang
berteraskan KBAT. Beberapa tajuk seperti Kebarangkalian bagi mata pelajaran Matematik
dan Sains Bumi bagi mata pelajaran Sains perlu diajar kepada murid-murid yang bakal
menduduki TIMSS dan PISA memandangkan tajuk-tajuk ini dinilai dalam pentaksiran
yang berkenaan.

Guru perlu menggunakan bahan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah atau di masa lain yang telah diperuntukkan. Usaha ini penting dalam
memastikan murid dibekalkan dengan kemahiran berfikir, kritis dan kreatif serta dapat
meningkatkan pencapaian negara seperti yang dihasratkan oleh PPPM.

TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan
oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola
oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat
organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.

2.6 Bahan Matematik

Bahan Sumber PdP Matematik mengandungi 32 modul yang dibangunkan


berasaskan gabungan kerangka kurikulum kebangsaan dan Kerangka Kerja TIMSS dan
PISA serta berteraskan KBAT. Selain modul konten, terdapat empat modul umum iaitu
Penyelesaian Masalah, Motivasi, Kemahiran Belajar, dan Penaakulan. Guru disarankan
menggunakan modul-modul ini sebagai usaha meningkatkan pencapaian murid dalam
aspek konten, meningkatkan motivasi dan juga KBAT dalam kalangan murid.

Terdapat empat bahan utama bagi setiap modul yang dibangunkan iaitu
Persembahan Powerpoint, Persembahan Prezi, Panduan Guru dan Pentaksiran.

16
Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi, yang berasaskan kandungan yang
sama, bertujuan memberikan pilihan kepada guru untuk menyesuaikan dengan minat dan
kecenderungan murid mereka. Kandungan dalam kedua-dua bahan ini membolehkan
guru membuat pilihan serta menentukan kesesuaian penggunaannya berdasarkan tahap
kebolehan dan pencapaian murid yang pelbagai. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan
pertimbangan profesional mereka.

Panduan Guru bertujuan memberikan panduan penggunaan Persembahan


Powerpoint dan Persembahan Prezi kepada guru. Penerangan terperinci tentang
kandungan dalam Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi memudahkan guru
untuk merancang dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dan bermakna.

Pentaksiran bertujuan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan KBAT mereka
melalui soalan yang pelbagai bentuk dan tahap. Soalan dalam Pentaksiran dibangunkan
berasaskan kepada tiga tahap pencapaian dan menggunapakai ikon yang berikut:

Pengkelasan soalan ini dilakukan bagi mengambil kira tahap kebolehan dan pencapaian
murid yang pelbagai. Soalan Emas disediakan bagi murid yang mempunyai tahap
penguasaan yang cemerlang. Soalan Perak disediakan bagi murid yang mempunyai
tahap penguasaan yang baik dan seterusnya soalan Gangsa disediakan bagi murid yang
mempunyai tahap penguasaan yang rendah ke sederhana. Seperti Persembahan
Powerpoint dan Persembahan Prezi, guru perlu menggunakan pertimbangan profesional
dalam menentukan kesesuaian soalan yang akan diberikan kepada murid mereka.

Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Program Penilaian Murid
Antarabangsa (Pisa) 2015 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan negara setanding piawaian
antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat menangani
cabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhi
keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif.

17
"Walaupun keputusan Pisa 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidak
memberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik
dalam Pisa 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 Sept lalu," katanya.

Kenyataan itu menyebut keputusan Pisa 2012 menunjukkan peningkatan pencapaian


dalam Matematik sebanyak 17 mata iaitu daripada 404 dalam Pisa 2009+ kepada 421.

"Dalam ujian Matematik, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65


negara yang mengambil bahagian berbanding kedudukan ke-57 dalam Pisa 2009,"
katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan Sains pada 2012 pula menunjukkan pencapaian yang
hampir serupa dengan Pisa 2009, iaitu menurun dua mata daripada 422 kepada 420 dan
berada pada kedudukan ke-53, jatuh satu tangga berbanding sebelumnya.

Pencapaian Pisa 2012 dari aspek bacaan pula menurun 16 mata daripada 414
kepada 398 dan Malaysia menduduki tempat ke-59 berbanding ke-55 dalam Pisa 2009.

Kementerian Pendidikan juga akan terus komited memperhebat usaha dan inisiatif bagi
melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga
teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.

Kenyataan itu menyebut Malaysia mengambil bahagian dalam Pisa buat pertama
kali pada 2010 (Pisa 2009+) di mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah dinilai
manakala seramai 5,700 murid bagi Pisa 2012, yang melibatkan 164 sekolah sebelum
PPPM dilancar.

Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum


ini yang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan
murid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab
soalan pentaksiran berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah segera, kementerian menubuhkan


Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan
Pisa yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum serta dianggotai kesemua
bahagian profesional kementerian.

Jawatankuasa itu akan mengenal pasti dan memantau inisiatif yang perlu dijalankan
untuk penambahbaikan program penilaian murid antarabangsa.

18
Kementerian juga sedang menyusun pelbagai tindakan penambahbaikan yang
selari dengan amalan terbaik antarabangsa dan menangani segera kelemahan yang
dikenal pasti melalui penilaian Pisa.

Satu daripada inisiatif dalam PPPM untuk meningkatkan prestasi Malaysia dalam
TIMSS serta Pisa ialah dengan membangunkan modul latihan Matematik dan Sains bagi
menangani jurang khusus dalam kandungan dan kemahiran yang diuji dalam Pisa dan
TIMSS serta format soalan Pisa dan TIMSS.

Kementerian turut menambah baik inisiatif berkaitan KBAT dan menambah


kemahiran guru yang akan meningkatkan hasil pembelajaran bagi keseluruhan murid.

Menurut kenyataan itu, bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kementerian sedang


mengemas kini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari dengan piawaian
antarabangsa.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperbaharui dan Kurikulum


Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017.

"Di samping itu, kementerian juga menambah baik sistem penilaian kebangsaan dengan
memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus soalan KBAT akan
dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Kementerian juga sedang memperhebat sokongan kepada guru dengan menambah baik
cara mereka menyampaikan kurikulum itu dan pelbagai program bagi mempertingkat
kemahiran sedang dirangka untuk mempersiapkan guru dengan KBAT seperti program i-
Think.

"Di samping itu, program peningkatan kemahiran literasi bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris dan Matematik (Linus 2.0) juga dijangka menyokong keputusan yang lebih baik
dalam TIMSS dan Pisa," menurut kenyataan itu.

19
3.0 Sekolah Berprestasi tinggi (SBT)

Definisi:

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai


etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan
modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu
berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mula diperkenalkan pada tahun 2010 bawah
Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengiktiraf sekolah terbail di Malaysia.
SBT secara tekal menghasilkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan
bukan akademik, mempunyai ciri yang terserlah dan berupaya bersaing pada peringkat
antarabangsa. Sekolah ini dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat, dan melihat
kepada dua kategori: (i) pencapaian akademik; dan (ii) prestasi dalam aktiviti kokurikulum.
Sehingga kini, terdapat 66 sekolah berprestasi tinggi. bagi menghargai pencapaian
mereka, setiap SBT menerima peruntukan sebanyak RM700,000 pada tahun pertama,
RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 setiap tahun itu untuk melaksanakan
program peningkatan mengikut pilihan sekolah. Sekolah ini mempunyai lebih keluwesan
operasi terhadap hal-hal khusus berkaitan pengambilan murid, pengurusan kewangan,
dan sumber manusia. Sekolah Kluster merupakan sekolah yang mempamerkan inovasi
dan kecemerlangan dalam biang kebitaraan. Sekolah ini mula diperkenalkan pada tahun
2007 sebagai model untuk sekolah lain dalam sistem. Setiap sekolah mempunyai
pengkhususan masing masing seperti seni dan muzik, atau sains dan teknologo. Seperti
SBT, sekolah perlu memohon untuk dipertimbangkan sebagai Sekolah Kluster.
Walaubagaimana pun, syarat pemilihan sebagai Sekolah Kluster adalah ketat, wujud
kelonggaran dalam pencapaian dan kecemerlangan akademik. Oleh yang demikian,
Sekolah Kluster terdiri daripada sekolah yang berada daripada Band 1 hingga 5. Sekolah
ini mempunyai keluwesan dari segi perbelanjaan kewangan untuk membangunkan bidang
kebitaraan dan sekolah boleh memilih 10% daripada ambilan murid setiap tahun.
Sehingga kini terdapat sebanyak 170 Sekolah Kluster dalam sistem.

Sebelum dianugerah taraf SBT, sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa


kriteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan
mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kriteria SBT ini
ditunjukkan dalam Rajah

20
SBT akan diberi ganjaran bagi melonjakkan kecemerlangan sedia ada. Walau
bagaimanapun, SBT akan diberi tanggungjawab untuk mewujudkan perkongsian pintar
dengan sekolah-sekolah lain bagi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah tersebut.

Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan


kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan
serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan. Kajian
mendapati bahawa peningkatan autonomi berkait rapat dengan peningkatan prestasi
sekolah

Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan


kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan
serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan. Kajian
mendapati bahawa peningkatan autonomi berkait rapat dengan peningkatan prestasi
sekolah

Keprihatinan terhadap perbelanjaan yang kurang berhemah akan ditangani


dengan memastikan autonomi fiskal setimpal dengan keberhasilan. Antara langkah
kawalan perbelanjaan termasuk menyediakan garis panduan kewangan bagi mencegah
penggunaan dana yang tidak bijak (misalnya, urus niaga telus berkaitan penyedia

21
perkhidmatan), mentakrifkan sasaran prestasi dengan jelas, menjadikan sekolah
bertanggungjawab atas penggunaan sumber dan melaksanakan langkah pemulihan ketat
sekiranya SBT gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Insentif kewangan bagi sekolah,
pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik: Insentif kewangan yang
disediakan termasuklah peruntukan tahunan untuk sekolah dan warga sekolah. Setiap
sekolah disediakan sebanyak RM 700,000 dan RM 1,000 bagi setiap orang di sekolah
menengah serta RM 700 bagi setiap orang di sekolah rendah.

Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan: Pelbagai kursus dan program
pembangunan diri disediakan untuk meningkatkan profesional pemimpin sekolah
antaranya diberikan cuti sabatikal.

Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam sistem pendidikan.


Ibu bapa diberi opsyen untuk membenarkan anak mereka memendekkan tempoh waktu
pembelajaran bagi sesuatu tahun tertentu. Pelajar ini boleh melangkau Tahun 2 dengan
menghabiskan 50% sukatan pelajaran tahun tersebut semasa Tahun 1 dan selebihnya
dalam Tahun 3.

Kementerian pelajaran telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestas Tinggi


(SBT) membabitkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian
dan enam sekolah rendah seluruh negara.

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT


sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh
dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;

Sekolah Berasrama penuh

1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru

2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban

3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak

4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah

6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban

7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

22
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis

9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya

10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka

Sekolah Menengah Harian

1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah

4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur

2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan

3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur

4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak

5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur

6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Baharu

OBJEKTIF

MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi


dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan
masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang
menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

23
MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan


tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.

CIRI-CIRI SBT

Pemimpin Sekolah:

• Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.

• SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.

• Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.

• Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.

• Sentiasa bersedia.

• Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan

GURU:

• Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan

sekolah

• SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah.

• Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa.

• Membangunkan bakat kepimpinan murid.

• Sentiasa bersedia.

• Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID:

• Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

• Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.

24
• Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.

• Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.

• Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT:

• Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.

• Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan)

• Peningkatan program jalinan dengan universiti

• Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa

• Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti

• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar

Negara.

• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua

pelajar

• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua

pelajar.

• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.

• Peningkatan jumlah guru cemerlang

• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru

PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG:

• Skor komposit yang berasaskan

• Skor GPS(pemberatan 70%)

• Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)

25
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

• Peningkatan ke taraf dunia.

• SKPM 90%

• Membina aspirasi untuk semua sekolah

• Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

KRITERIA ANNEX:

Personaliti Unggul

Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah
baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin.

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa

 Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan


antarabangsa.
 Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi
 Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan
bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh

 Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program


pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.

Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa

 Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan


menggunakan piawaian antarabangsa(cth.

26
6. Penutup

Kita percaya, perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan melahirkan


insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi. Bagi
memenuhi matlamat tersebut, pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat teras
iaitu meningkatkan akses, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan
pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang
seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu
sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia, daya ketahanan yang kukuh, dan
daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan
dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha
yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke
tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad
ke-21. Sistem pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan kita
terpinggir dan tersingkir. ‘Intellectual capital’ akan menjadi asas kukuh berbanding
kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya korperat yang
berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional.
Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit.
Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi,
organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia sangat
penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.

27
REFLEKSI

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasan EDU 3109, saya telah


memperoleh banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan pendidikan
serta isu keguruan. Tugasan bagi subjek ini bukanlah sesuatu yang mudah dan agak
mencabar buat saya. Tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama saya dalam
mengulas artikel berunsurkan pendidikan secara kolaboratif bersama rakan-rakan lain.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan


kerja kursus ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pencarían isu
yang bertepatan dengan guru dan keguruan. Saya telah melayari laman-laman web
tertentu, mencari, memahami dan memilih isu yang tertentu. Seterusnya saya telah
berbincang dengan rakan-rakan dan merujuk kepada pensyarah subjek ini bagi
membincangkan kesesuaian isu yang dipilih dengan kehendak tugasan subjek.

Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan


ilmiah seperti buku-buku yang berkaitan dan artikel daripada majalah serta akhbar atas
talian. Di samping itu saya melayari laman-laman web tertentu berkaitan Pelan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025 bagi meningkatkan pemahaman saya berkaitan
PPPM ini. Saya turut membuat pembacaan berkaitan program-program dan pelan-pelan
yang direncanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran
untuk membaca secara dan berfikir secara kritikal. Aspek ini saya peroleh melalui proses
menganalisis bahan bacaan yakni artikel yang telah saya pilih dan kemudiaannya mencari
bahan rujukan bagi proses mengulas perkara-perkara tertentu yang terdapat dalam artikel
berkenaan. Pembacaan secara kritikal memerlukan saya memahami konsep, istilah, logik
dan sebagainya. Manakala pemikiran kritis menuntut saya membuat banyak rujukan
untuk penjanaan idea.

Bagi perbincangan atas talian saya mengambil bahagian dalam portal


pembelajaran dengan mengemukakan pendangan seca ra aktif dalam forum yang
disediakan. Semasa di laman ilmu ini, kerjasama sesama ahli kumpulan merupakan
sesuatu yang sangat penting. Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan amalan kolaboratif sesama kami dalam membangunkan blog laman ilmu
bagi memenuhi tugasan bagi subjek ini. Hal ini menyedarkan saya bahawa perkongsian

28
kemahiran melalui amalan kolaboratif sememangnya memberi manfaat dan meningkatkan
kemahiran guru sekali gus memberi impak positif kepada profesionalisme keguruan.

Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang
lebih sensitif tentang profesión yang telah saya pilih iaitu profesión keguruan. Isu-isu
berkaitan pendidikan dan keguruan merupakan antara isu yang kerap diperkatakan.
Dalam hal ini, sebagai seorang guru, saya tidak sepatutnya mengambil remeh tentang
isu-isu ini memandangkan saya sendiri berada dalam bidang ini.

Análisis daripada artikel yang saya pilih mendorong saya supaya sentiasa
melengkapkan diri dengan pengetahuan dari semasa ke semasa kerana setiap saat dunia
ini mengalami perubahan.

Harapan saya agar segala ilmu dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang proses yang
saya lalu bagi menyelesaikan tugasan ini tidak saya persia-siakan. Ilmu hanya benar-
benar bermanfaat sekiranya dijadikan amalan.

29
Bibliografi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP
2006

Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia.
Bangi: As Syabab Media.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala
Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd.Nor bin Wan Daud. (2003). Budaya ilmu: Satu penjelasan. Singapura: Pustaka
Nasional.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

30
BIBLIOGRAFI

BUKU

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam
Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mahmud Khalifah, Usamah Khutub. Menjadi Guru Yang Dirindu. Bagaimana Menjadi
Guru Yang Memikat dan Profesional. Kuala Lumpur : SynergyMedia, S.A.Majeed & Co.
Sdn. Bhd.

Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur : Mc Graw Hill

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publication.

31
MAJALAH

Zahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka
surat 50-53.

INTERNET

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh. Kepimpinan Pendidikan Dalam


Pembangunan Modal Insan diakses daripada
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf pada 27 Ogos 2012.

Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin
diakses daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahguruberkualiti_Muhyiddi
n/Article pada 13 Ogos 2012.

Azmy Mohamed. (5/12/201). Rasional Pelaksanaan PBS diakses daripada


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm pada 27 Ogos
2012.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h (11 Mei
2012m) “Guru Penjana Inovatif Pendidikan” diakses daripada
http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2012/05-Mei/11-
Mei-2012.pdf pada 27 Ogos 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran


Malaysia 2011-2012. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim
%20KPM%202011-2020.pdf diakses pada 28 Ogos 2012.

Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia diakses daripada


http://www.moe.gov.my/ pada 27 Ogos 2012.

Modul i-Think diakses daripada http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/ithink/ithink.pdf


pada 26 Ogos 2012.

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131028/pe_01/Seminar-HOTS-
Utusan-tepati-PPPM#ixzz3RJYdtLa2

32
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-mampu-capai-kedudukan-lebih-baik-
dalam-pisa-26808?cp

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-


Persiapan-hadapi-alaf-21#ixzz3RJXq9lUd

© Utusan Melayu

PROF. DATUK DR. SIDEK BABA

Prof. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PENULIS ialah Pengarah Penerbitan UUM (UUMPRESS) merangkap Pensyarah Kanan


Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia.

http://abihulwa.blogspot.com/2015/01/isu-pendidikan-mendepani-cabaran.html

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 7:40 PTG

Label: RENCANA PILIHAN

http://sarjana.tripod.com/taraf1.html

DR. RAM AL JAFFRI SAAD (RAM@UUM.EDU.MY)

BIBLIOGRAFI

BUKU

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam
Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

33
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (Jun 2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mahmud Khalifah, Usamah Khutub. Menjadi Guru Yang Dirindu. Bagaimana Menjadi
Guru Yang Memikat dan Profesional. Kuala Lumpur : SynergyMedia, S.A.Majeed & Co.
Sdn. Bhd.

Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur : Mc Graw Hill

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publication.

MAJALAH

Zahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka
surat 50-53.

INTERNET

34
Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh. Kepimpinan Pendidikan Dalam
Pembangunan Modal Insan diakses daripada
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf pada 27 Ogos 2012.

Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin
diakses daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahguruberkualiti_Muhyiddi
n/Article pada 13 Ogos 2012.

Azmy Mohamed. (5/12/201). Rasional Pelaksanaan PBS diakses daripada


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm pada 27 Ogos
2012.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h (11 Mei
2012m) “Guru Penjana Inovatif Pendidikan” diakses daripada
http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2012/05-Mei/11-
Mei-2012.pdf pada 27 Ogos 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran


Malaysia 2011-2012. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim
%20KPM%202011-2020.pdf diakses pada 28 Ogos 2012.

Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia diakses daripada


http://www.moe.gov.my/ pada 27 Ogos 2012.

Modul i-Think diakses daripada http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/ithink/ithink.pdf


pada 26 Ogos 2012.

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131028/pe_01/Seminar-HOTS-
Utusan-tepati-PPPM#ixzz3RJYdtLa2

© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-


Persiapan-hadapi-alaf-21#ixzz3RJXq9lUd

35

Anda mungkin juga menyukai