Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PURUN,

28200 BANDAR BERA, PAHANG

KERTAS KERJA

MINGGU PENGAKAP
PENDIDIKAN KHAS
TAHUN 2020

TARIKH : 3 – 4 NOVEMBER 2020


TEMPAT : SEKITAR KELAS PENDIDIKAN KHAS

ANJURAN

BADAN BERUNIFORM PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK PURUN
1.0 Pengenalan

PPKI SK Purun mempunyai 20 orang murid . Murid PPKI juga terlibat dalam aktiviti Ko-
kurikulum Badan Beruniform Pengakap. Kertas kerja ini disediakan untuk marancang
mengadakan Program Teori Pengakap.
Walaubagaimanapun, berdasarkan situasi semasa iaitu negara berada dalam proses
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), program ini akan dilaksanakan
berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Aktiviti akan dilaksanakan melalui penjarakan sosial dan sanitasi yang
ketat. Murid akan sentiasa dipantau dan semua diwajibkan untuk memakai penutup muka.
Selain itu, muid tidak dibenarkan berkongsi peralatan . Aktiviti yang dibuat adalah melalui
aktiviti yang sesuai dengan SOP yang telah ditetapkan.

2.0 Objektif

2.1 Mengembangkan potensi pelajar khas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah
Pendidikan Khas.
2.2 Memupuk semangat jati diri dan usahasama dalam diri setiap individu di samping
memberi kesedaran tentang kebesaran dan ketinggian Pencipta-Nya.
2.3 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan komunikasi
antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.
2.4 Memupuk dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang berkekalan antara pelajar
dan guru pendidikan khas.

3.0 Anjuran

Badan Beruniform Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


Sk Purun
4.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 2 – 3 November 2020.

5.0 Tempat

Program ini akan diadakan di sekitar kelas Pendidikan Khas SK FELDA Purun

6.0 Sasaran

Program ini mensasarkan pelajar-pelajar PPKI Sk Purun

7.0 Jawatankuasa Program

JAWATANKUASA INDUK.

Pengerusi : En Mohd Zain Bin Abd Halim Guru Besar


Timbalan Pengerusi : Rosmiza binti Abdul Rahman PK Ko-kurikulum
Naib Pengerusi : Norfaizah binti Mat Diah Penyelaras Pendidikan
Setiausaha : Saufilina binti Juraimi Guru Pendidikan Khas

AJK : Irdayani binti Saleh Guru Pendidkan Khas

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
Pengarah Program - Saufilina Binti Juraimi
Penyelaras Program& - Norfaizah binti Mat Diah
Kewangan
Setiausaha Program - Saufilina binti Juraimi
Ajk Fotografi dan - Siti Nursharina binti Sobri
Dokumentasi
Ajk Makanan - Irdayani binti Saleh

Ajk Pembahagian Murid & - Irdayani binti Saleh


Keselamatan

8.0 Tentatif Program


Hari pertama – 3/11/2020 (Selasa)

Masa Aktiviti
8.00 – 8.30 pagi Sarapan pagi
8.30 – 10.30 pagi Teori Ikatan
10.30 – 11.00 pagi Rehat
11.00 – 12.00 tengah hari Amali Ikatan
12.00 – 12.30 tengah hari Makan tengah hari

Hari kedua – 4/ 11/ 2020 (Rabu)

Masa Aktiviti
8.00 – 8.30 pagi Sarapan pagi
8.30 – 10.30 pagi Teori pertolongan cemas
10.30 – 11.00 pagi Rehat
11.00 – 12.00 tengah hari Masakan Ikhtiar Hidup
12.00 – 12.30 tengah hari Makan tengah hari
12.30 – 1.00 petang Penutup

9.0 Anggaran Belanjawan

PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH

3/11/ 2020
Sarapan pagi 20 RM 4.00 RM 80.00
Makan tengahari 20 RM 6.00 RM 120.00

4/11/2020
Sarapan pagi 20 RM 4.00 RM80.00
Makan tengahari 20 RM 6.00 RM120.00

JUMLAH RM400.00

10.0 Sumber Kewangan


PCG Bantuan Kokurikulum PPKI

11.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan Falsafah
Pendidikan Khas. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada
peningkatan integriti pelajar PPKI dan memberikan pengalaman yang berguna kepada guru-
guru PPKI.

Disediakan oleh,

...........................................
SAUFILINA BINTI JURAIMI
Setiausaha Unit Beruniform Pengakap
PPKI Sk Purun

Disemak oleh,

..........................................
NORFAIZAH BINTI MAT DIAH
Penyelaras Pendidikan Khas
Sk purun

Diluluskan oleh,

…………………………………
MOHD ZAIN BIN ABD HALIM
Guru Besar SK Purun
Sk purun

Anda mungkin juga menyukai