Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN

PROJEK PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING


SECARA FEEDLOT
&
RANCANGAN PEMASARAN
PENDAHULUAN
Kemajuan industri daging lembu tempatan telah dilangkaui oleh permintaan yang kian
meningkat dengan pesatnya terhadap produk-produk bagi 4 dekad yang lalu.

Mengikut sejarah dalam tahun 1970, jumlah permintaan untuk daging lembu telah dicatatkan
pada 14,935 tan metric sedangkan pengeluaran tempatan berada pada 12,980 tan metric. Ini bermakna
kadar sara diri daging lembu pada ketika itu adalah 87%.

Pada tahun 2003, pengeluar daging lembu telah meningkat kepada 23,970 tan metric sedangkan
permintaan telah meningkat lebih dari lima kali ganda pengeluaran pada 126,840 tan metric. Ini
bermakna tahap sara diri telah menurun dengan ketara sekali kepada hanya 19%. Sumber daging
tempatan adalah terdiri daripada 47% pengeluaran secara integrasi dan 30% lagi pengeluaran secara
feedlot.

Untuk menampung 81% lagi permintaan, Malaysia terpaksa mengimport lebih dari RM524 juta
daging lembu dan lembu hidup setahun daripada beberapa Negara seperti Australia, India, New
Zealand, Thailand dan Amerika Syarikat.

Daging lembu dari sumber tempatan lebih digemari pengguna dan daging itu mendapat harga
premium iaitu RM12 hingga RM 18 sekilo walaupun mutunya adalah sederhana dan tidak sekata. Daging
lembu India masih lagi mendominasi pasaran daging tempatan pada harga antara RM 6 ke RM8 sekilo
tetapi mutunya adalah rendah. Daging daripada Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat adalah
bermutu tinggi dan dijual di pasaraya-pasaraya Pada harga melebihi RM20 sekilo.

Bagi membendung pengimportan daging lembu dan lembu hidup yang kian meningkat, kerajaan
Malaysia telah menetapkan hala tuju industri lembu pendaging tahun 2010 dimana pengeluaran daging
disasarkan kepada 54,300 tan metric yang memerlukan sebanyak 38,033 ekor induk betina. Untuk
menampung keperluan induk betina ini, 40,000 ekor induk betina akan di import dari luar Negara dalam
tempoh 5 tahun. Peralihan dari system pengeluaran secara tradisional kepada system integrasi dengan
kelapa sawit dan system feedlot akan diperhebatkan melalui pemberian pelbagai bantuan kepada
pengusaha.
TUJUAN

Kertas kerja ini merupakan satu cadangan penerokaan perniagaan oleh syarikat Perniagaan kami
Kepada Penyelia Pemasaran Kursus Diploma Pemasaran semester 6 bagi tujuan mengguna pakai fasiliti
tersedia menternak lembu feedlot ditanah GM MCL 98, LOT 325, MUKIM SEMUJUK DAERAH JASIN,
NEGERI MELAKA untuk pengeluaran lembu pendaging feedlot secara komersial.

Kami berazam untuk menukar wajah fasiliti tersebut menjadi diantara fasiliti yang terbaik dan
dinamik dalam pengeluaran lembu pedaging feedlot di Malaysia. Azam ini akan dibuktikan dengan usaha
yang gigih dan dengan usaha gigih dan dengan izin Allah SWT tempatan pada tahun 2010.

MAKLUMAT TERPERINCI PROJEK

Projek Menternak lembu pedaging feedlot

Produk Dihasilkan Lembu hidup

Asal Lembu Kacukan komersial dari Australia


Kacukan Brahman – KK tempatan

Tempoh Penggemukan 4 bulan (120 hari = 1 pusingan)

Jumlah Lembu / peringkat 400 ekor bagi tahun Pertama & Kedua
600 ekor bagi tahun Ketiga – Kelima
800 ekor bagi tahun Keenam – Kesepuluh

Jumlah Pusingan Setahun 3 pusingan

Pendapatan Tahunan RM720,00 ( 400 ekor )

Kos Modal Permulaan RM 401,800

Kos Operasi tahunan RM549,140

Keuntungan tahunan RM170,860 ( 400 ekor )

Tarikh jangkaan mula projek 1hb Januari 2010


CARTA ORGANISASI

Ahmad Fitry bin Alias


(Pengerusi Eksekutif
Pemasaran ))KBahagi)Pemasaran)

Khairul anam bin Abdullah


(Ketua Unit Pemasaran
Komunikasi &

Nor Amiza Nor Faezah Nor Amira


(Pengurus Kandang) (Pengurus Akaun) (Pegawai Pemakanan

Pekerja mahir 1 Pekerja bukan Pekerja bukan Pekerja mahir 1 Pekerja bukan Pekerja bukan
(kosong) mahir 1 (kosong) mahir 2 (kosong) (kosong) mahir 1 (kosong) mahir 2 (kosong)

Anda mungkin juga menyukai