Anda di halaman 1dari 5

PELABURAN DAN PENDAPATAN

Kapasiti bagi satu-satu feedlot berasaskan pada jumlah lembu yang siap digemukkan bagi setiap
peringkat menentukan pelaburan modal, perbelanjaan, pengoperasian dan jumlah pendapatan daripada
operasi. Perbelanjaan modal adalah keatas tanah, bangsal lembu, rumah pekerja, tangki kumbahan,
stor, makanan, pejabat, traktor, bajakpiring, bajak sikat, bajak putar, shredder, pam air, mesin
penimbang,pemotong rumput, tong plastic dan lori. Manakala perbelanjaan pengoperasian pula adalah
keatas lembu pengganti, konsentrat PKC, silaj, foraj, garam, kapur, ubatan ternakan, bil air dan lektrik,
gaji pekerja, penyelenggaraan dan kos pelbagai. Jadual 2 dan jadual 3 adalah ringkasan unjuran
perbelanjaan modal dan pengoperasian serta pendapatan atau pulangan bagi projek yang dicadangkan.
Secar ringkasnya ciri-ciri kewangan projek yang dicadangkan adalah seperti beriku :-

Jumlah perbelanjaan modal RM 407, 200


Perbelanjaan pengoperasian tahunan RM 548, 740 ( 400 ekor)
Pendapatan tahunan RM 720, 000( 400 ekor )

ANALISIS KEWANGAN

Analisis kewangan bagi projek yang dicadangkan bergantung keatas banyak andaian-andaian
penting kebanyakannya disenaraikan dalam jadual 4. andaian-andaian pendasar utama adalah:-

 Dalam cadangan projek ini kapasiti pengeluaran akan diasaskan kepada 3 peringkat iaitu 400
ekor ( tahun 1 hingga 2 ), 600 ekor ( tahun 3 hingga 5 ) dan 800 ekor ( tahun 6 hingga 10 ).

 Masa penggemukan bagi satu pusingan ialah 120 hari dan 3 pusingan bagi satu tahun.

 Lembu pengganti dibawa serentak dan lembu siap digemukkan juga dijual serentak diakhir
setiap pusingan.

 Purata berat hidup permulaan adalah 200kg dan berat hidup akhir 300kg.

 Harga belian lembu pengganti adalah RM5.80 / kg berat hidup dan harga jualan lembu yang siap
digemukkan adalah RM6.00 / kg.

 Kadar kematian lembu dalam pemeliharaan adalah 0.05%.

 Purata bahan kering pengambilan makanan adalah 3.2% daripada berat hidup lembu.

 Kos ransom adalah RM 7035 / kg.

 Nisbah bahan-bahan kering dalam ransom adalah PKC 52.2 ; silaj 12.8 ; foraj 32.0, ; garam 1.0
dan kapur 1.0

 Purata pengambilan ransom seekor sehari adalah 16kg.


Berdasarkan andaian-andaian tersebut unjuran analisis aliran tunai ( lampiran 1 ) meramalkan kadar
pulangan dalaman adalah tinggi. Tempoh pulangan modal selama 4 tahun. Dengan ini adalah diramalkan
bahawa projek yang dicadangkan adalah berdaya maju dari segi ekonominya.

PENUTUP

Pengeluaran lembu pedaging tempatan dalam system feedlot dengan menggunakan ransom yang
mengandungi isi rong kelapa sawit ( PKC ) 53.2% ; silaj 12.8% bahan kering ( BK ) ; garam 1% ; kapur 1%
adalah feasible dan di segi kewangan adalah berdaya maju. Dalam masa 4 tahun pengoperasian adalah
diunjurkan bahawa penanaman modal akan perolehi kembali dan mendapat keuntungan daripada
keseluruhan pelaburan. Berasaskan fakta-fakta ini BROMO HOLDING (M) SDN BHD yakin bahawa
cadangan yang dikemukakan dalam kerja ini adalah merupakan usaha yang praktikal dan
menguntungkan. Oleh itu pihak syarikat amatlah berharap agar pihak Yayasan Tekun Malaysia membuat
pertimbangan sewajarnya dan meluluskan cadangan ini secepat yang mungkin. Syarikat BROMO
HOLDING (M) SDN BERHAD telah bersedia untuk memulakan projek ini dalam masa seminggu selepas
kelulusan diterima. Harap pihak tuan dapat mempertimbangkannya secepat yangmungkin agar dapat
meningkatkan ekonomi yang disarankan oleh Menteri Pertanian. Disamping itu juga akan dapat
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan dapat merealisasikan objektif PERSATUAN
SENI SILAT LANGKAH BROMO untuk menyahut seruan kerajaan BASMI KEMISKINAN TINGKATKAN
EKONOMI UMMAH.
JADUAL 2 : KOS PENGELUARAN LEMBU FEEDLOT

Units Unit cost RM Total cost RM


PERBELANJAAN MODAL

RUMAH PEKERJA 1 10,000 10,000


TANAH 7 1,000 7,000
BANGSAL LEMBU 2 119,000 238,000
TANGKI KUMBAHAN 1 17,000 17,000
STOR MAKANAN 1 15,000 15,000
BANGSAL PROSES MAKANAN 1 5,000 5,000
PEJABAT 1 8,000 8,000
SHREDDER 1 6,000 6,000
PAM AIR 1 3,000 3,000
MESIN PENIMBANG 1 10,000 10,000
TONG PLASTIK 100 12 1,200
TRAKTOR 32 HP 1 22,000 22,000
BAJAK PIRING 1 1,400 1,400
BAJAK SIKAT 1 1,400 1,400
BAJAK PUTAR 1 1,800 1,800
PEMOTONG RUMPUT 4 900 3,600
LORI 3 TAN 1 46,000 46,000

JUMLAH KOS MODAL RM 407,200


Jadual 3 : Kos pengoperasian

400 EKOR ( 1-2 ) 600 EKOR ( 3-5 ) 800 EKOR ( 6-10 )

KOS PENGOPERASIAN

LEMBU PENGGANTI 464,000 696,000 928,000


KONSENTRAT PKC 44,000 66,000 88,000
SILAJ 3,200 4,800 6,400
FORAJ 8,000 12,000 16,000
GARAM 600 900 1,200
KAPUR 640 960 1,280
UBATAN HAIWAN 1,000 1,500 2,000
BIL LETRIK 500 600 700
BIL AIR 150 200 250
GAJI PEKERJA 24,000 24,000 30,000
PENYELENGGARAAN 850 1,000 1,200
PELBAGAI 1,800 2,000 2,500

JUMLAH KOS 548,740 809,960 1,077,530


PENGELUARAN /
PUSINGAN

KOS JUALAN LEMBU 720,000 1,080,000 1,440,000


JUMLAH KOS OPERASI 548,740 809,960 1,077,530

KEUNTUNGAN 171,260 270,040 362,470


Jadual 4 . Parameter-parameter yang digunakan dalam analisis kewangan.

PARAMETER PENGELUARAN NILAI UNIT UKURAN


1. Keluasan tanah 7 1/2 Ekar
2. tempoh bagi satu pusingan 4 Bulan / pusingan
3. bilangan lembu pengganti
- tahun 1 hingga 2 400-500 Ekor
- tahun 3 hingga 5 600-700 Ekor
- tahun 6 hingga 10 800-keatas Ekor
4. bilangan pusingan setahun 3 Pusingan / setahun
5. purata berat hiduppermulaan 200 Kg / seekor
6. purata harga belian lembu pengganti 5.80 RM / kg berat hidup
7. purata berat hidup akhir 300 Kg / seekor
8. purata harga jualan lembu 6.00 RM / kg berat hidup
9. purata pengambilan makanan kering 3.20 % daripada berat hidup
10. nisbah bahan ransom ( PKC : silaj, foraj, garam dan kapur) 53.2 : 12.8 :32 % DM
11. purata pengambilan ransom seekor sehari :1:1 Kg / seekor / sehari
12. jumlah bahan-bahan dalam ransom( basah ) 16 Kg / seekor / 4bulan
- PKC 500 “
- Silaj 400 “
- Garam 1000 “
- Foraj 10 “
- Kapur 10 “
13. kos bahan-bahan ransom RM / tan
- PKC 220 “
- silaj 20 “
- foraj 20 “
- garam 150 “
- kapur 160 “
14. kos ransom 7.35 Sen / kg
15. jumlah ransom basah bagi seekor / pusingan 1920 Kg / seekor / 4 bulan
16. kos ransom basah bagi seekor / pusingan 141.10 RM / seekor / 4bulan
17. ubatan 2.50 “
18. utility ( air & letrik ) bagi seekor / pusingan 6.40 “
19. pembaikan / selenggaraan 20.0 “

Anda mungkin juga menyukai