Anda di halaman 1dari 15

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2020

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 8506061055620001


NO. KAD PENGENALAN : 850606-10-5562
NO. TELEFON : 016-3638043
E-MEL : alishirley85@oum.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................................1

2.0 BAHAGIAN A : PEMANASAN GLOBAL..............................................................................3

3.0 BAHAGIAN B : ULASAN VIDEO..........................................................................................4


3.1 Video mengenai 3 Dimensi Konsep Utama...........................................................................4
3.2 Video mengenai Pemanasan Global.......................................................................................4
3.3 Perbincangan Secara Kreatif dan Kritikal mengenai Pemanasan Global dan GCED.............5

4.0 DIMENSI KONSEP UTAMA GCED - KOGNITIF, EMOSI DAN TINGKAH LAKU..........6

5.0 CARA PENYELESAIAN MASALAH PEMANASAN GLOBAL...........................................8

6.0 KESIMPULAN.......................................................................................................................10

7.0 REFLEKSI KENDIRI.............................................................................................................11


<OUMH1603>
1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara komuniti dunia yang membangun dengan pesat dan tidak
terkecuali daripada menghadapi masalah dalam isu-isu alam sekitar, ia juga turut dihadapi
oleh setiap negara global yang mana masalah ini semakin hari semakin mencabar dan kian
meruncing. Perubahan iklim dunia dan ketidakstabilan ekosistem akibat daripada
perkembangan teknologi dan perluasan penempatan yang tidak mengikut garis panduan
ditetapkan telah merobek kelestarian alam sekitar. Punca utama berlakunya kerosakan dan
kemusnahan alam sekitar adalah disebabkan oleh kerana kurang pendidikan terhadap alam
sekitar dan sikap manusia itu sendiri alpa akan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh
Allah agar sentiasa memelihara serta memanfaatkan anugerah ciptaanNYA. Disebabkan dari
kealpaan dan sikap acuh tidak acuh melindungi alam sekitar, manusia telah menerima
implikasi dari perbuatannya yang tiada berkesudahan ekoran daripada pengabaian dalam
memelihara dan memulihara alam ini. Di antara kesan dan akibat yang ketara ialah sering
berlakunya bencana alam sehingga meragut nyawa, ancaman kesihatan, kerosakan harta
benda serta kemusnahan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Justeru itu, pendidikan khususnya berkenaan alam sekitar telah diperkenalkan dan dilihat
sebagai salah satu instrumen paling penting dan berkesan dalam menangani isu dan juga
permasalahan ini. Oleh yang demikian Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education - GCED) telah mengambil peranan dalam menyelesaikan isu ini
dengan memberi kesedaran dan penekanan kepada masyarakat global dari aspek kefahaman,
sosio ekonomi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu proses pembelajaran yang objektifnya adalah
menyedarkan setiap warganegara global bahawa alam ini adalah milik semua dan amatlah
penting dalam melindunginya. Proses ini memberi pendedahan bagaimana manusia
berinteraksi dengan alam sekitar serta bagaimana ia dapat memberi manfaat dan
kesejahteraan. Mengikut laporan United Nation Decade of Education for Sustainable
Development (UNESCO 1996), Pendidikan Alam Sekitar adalah proses pembelajaran yang
melibatkan penyelesaian masalah dan keupayaan pelajar dalam membuat keputusan yang
tepat demi masa depan. Ini bertujuan bagi menyediakan kepada generasi akan datang
terhadap keperluan dan kaedah pemeliharaan alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar wajar
diaplikasikan kepada setiap pelajar dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa bagi
1
<OUMH1603>
memberi kesedaran dengan menyalurkan maklumat dan mengembangkan kemahiran serta
menggalakkan penyertaan supaya dapat merangsang tindakan positif terhadap alam sekitar.
Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan faktor-faktor penyebab kepada
pencemaran dan kaedah mengatasinya.

Salah satu masalah yang berlaku dan memerlukan perhatian kita adalah kesinambungan
Persekitaran. Pendidikan Kewarganegaraan Global adalah bidang strategik program Sektor
Pendidikan UNESCO dan dibangunkan berdasarkan karya Pendidikan Keamanan dan Hak
Asasi Manusia. Ini bertujuan untuk menanamkan dalam diri para pelajar nilai, sikap dan
tingkah laku yang mendukung kewarganegaraan global yang bertanggungjawab seperti
kreativiti, inovasi, dan komitmen terhadap perdamaian, hak asasi manusia dan pembangunan
yang mampan. Untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari, 17 matlamat global
dirancang sebagai rangka tindakan untuk mencapai dunia yang lebih baik (Tawil, 2013).
Matlamat pembangunan lestari adalah seperti tidak ada kemiskinan, kebuluran, kesihatan dan
kesejahteraan yang baik, pendidikan berkualiti dan banyak lagi dari pelbagai bidang.

Selain kesihatan dan pendidikan yang baik, salah satu tujuan global yang sangat
ditumpukan oleh negara adalah kelestarian alam sekitar. Tambahan pula, pembangunan
ekonomi dan perubahan iklim saling terkait, terutama mengenai kemiskinan, kesetaraan
jantina, dan tenaga. Bahkan United Nation mendorong sektor awam untuk mengambil
inisiatif dalam usaha ini untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Perubahan iklim adalah ancaman persekitaran terbesar bagi bumi sekarang ini. Rata-rata
kenaikan suhu global adalah gejala perubahan iklim yang dikenali sebagai pemanasan global.
Oleh itu, kepentingan GCED semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai masalah
persekitaran yang kita hadapi secara global. Oleh itu, penulisan saya akan lebih tertumpu
pada cara-cara Pendidikan Kewarganegaraan Global memberi manfaat kepada masyarakat
dalam menyelesaikan isu-isu persekitaran seperti pemanasan global. Objektif penulisan saya
adalah pertama untuk memberi kesedaran kepada pembaca dan masyarakat mengenai
pentingnya melindungi dan memelihara persekitaran kita daripada kegiatan manusia yang
merosakkan. Selain itu, tujuan penulisan saya juga adalah untuk membina rasa
tanggungjawab di kalangan individu untuk menghormati alam sekitar, menggunakan sumber
semula jadi secara rasional serta mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan
pemanasan global untuk kelestarian alam sekitar.
2
<OUMH1603>
2.0 BAHAGIAN A : PEMANASAN GLOBAL

Pendidikan perubahan iklim untuk pembangunan lestari adalah langkah inisiatif


UNESCO bagi mengurangkan masalah iklim yang sedang dihadapi oleh negara-negara di
seluruh dunia. Ini merangkumi beberapa masalah persekitaran yang serius seperti pemanasan
global, pencemaran dan lain-lain. Masalah persekitaran yang akan menjadi tumpuan
sepanjang penulisan ini adalah berkaitan isu pemanasan global. Pemanasan global adalah
fenomena perubahan iklim drastik akibat kenaikan suhu rata-rata pada atmosfera, laut, dan
daratan bumi. Punca utama adalah tindakan manusia itu sendiri dan ianya dapat dilihat
melalui peningkatan mendadak suhu secara langsung. Selain kenaikan suhu permukaan
global terdapat juga kesan lain seperti pencairan ais yang turut menyumbang kepada
perubahan iklim.

Terdapat beberapa jenis gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global antaranya
adalah karbon dioksida (CO2) memberikan kesan yang paling ketara ke atas pemanasan
global. Pemanasan global berlaku apabila karbon dioksida (CO2) dilepaskan dalam kuantiti
yang besar apabila kita membakar bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum. Bumi
dikelilingi oleh suatu lapisan gas secara semula jadi. Apabila tenaga matahari sampai ke
bumi, kebanyakannya diserap oleh permukaan bumi, manakala sebahagiannya akan
dipantulkan semula ke angkasa lepas. Lapisan gas atmosfera juga menyerap sebahagian
daripada tenaga solar tersebut, dan membentuk ‘selimut’ yang memanaskan bumi. Proses ini
dikenali sebagai kesan rumah hijau (GHG) semula jadi.

Sebab-sebab memilih pemanasan global untuk penulisan ini adalah kerana masalah
pemanasan global semakin serius dari hari ke hari. Tanpa ‘kesan rumah hijau’ semula jadi ini,
suhu purata bumi akan menjadi terlalu rendah untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan (terlalu sejuk). Walau bagaimanapun suhu sedunia akan meningkat jika gas rumah
hijau di atmosfera meningkat dengan terlalu banyak akibat kegiatan manusia. Proses ini
dinamakan sebagai pemanasan global. 1Menurut kajian suhu purata global telah meningkat
0.75°C dalam masa seratus tahun (1906-2005). Di Malaysia, ianya meningkat sebanyak
0.5°C -1.5°C (1961-2007). Ahli sains menjangkakan peningkatan maksimum sebanyak 6.4°C
yang boleh membawa kerosakan serius kepada alam dan manusia. Ini bermaksud pemanasan
global secara berterusan akan menyebabkan bumi menjadi lebih panas dimana ais kutub

1
Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia 2016.
3
<OUMH1603>
selatan dan pergunungan Himalaya cair, peningkatan paras air laut, kesukaran untuk
pertanian dan sumber makanan, kekurangan air, kesihatan dan juga kepupusan beberapa
spesies haiwan antaranya batu karang menghadapi pelunturan kerana peningkatan suhu air
laut. Penyebab utama masalah pemanasan global adalah disebabkan oleh kegiatan aktiviti
manusia seperti pembakaran terbuka, penebangan hutan, pelepasan dari kenderaan bermotor
dan pembakaran bahan api fosil dari kilang menyebabkan pemanasan global dan ia perlu
dicegah melalui kaedah pembelajaran GCED. Peningkatan ini disebabkan oleh pembakaran
bahan bakar fosil, seperti arang batu, minyak, dan gas asli.

3.0 BAHAGIAN B : ULASAN VIDEO

3.1 Video mengenai 3 Dimensi Konsep Utama


Video ini berkaitan dengan konsep 3 dimensi Pendidikan Kewarganegaraan Global yang
menerangkan secara terperinci mengenai kemahiran kognitif, emosi dan tingkah laku yang
diambil dari YouTube melalui pautan (https://www.youtube.com/watch?
v=1GpIUoRoKCo&t=78s). Dari video tersebut saya memahami bahawa dimensi kognitif
bermaksud memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran kritis mengenai apa yang
berlaku pada persekitaran yang salinghubungan dan salingbergantungan antara pelbagai
negara dan penduduk di dunia ini. Konsep kedua ialah memiliki rasa kepunyaan sesama
manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidariti dan menghormati perbezaan
dan kepelbagaian. Seterusnya konsep tingkah laku adalah bertindak dengan efektif dan
bertanggungjawab di peringkat tempatan, kebangsaan dan global untuk dunia yang lebih
aman dan lestari. Video ini juga menjelaskan bahawa pelajar bertindak secara efektif dan
bertanggungjawab diperingkat kebangsaan dan global demi untuk kelestarian keamanan
dunia. Terakhir video tersebut juga menerangkan tiga konsep berfikir, perasaan dan bertindak
sebagai warganegara global bagi memastikan dunia yang lestari.

3.2 Video mengenai Pemanasan Global


Video berkenaan pemanasan global yang diambil dari YouTube melalui pautan
(https://www.youtube.com/watch?v=Y3gqoDUtmt4). Video dimulakan dengan definisi
peningkatan suhu purata bumi. Dari video tersebut saya memahami bahawa pada akhir abad
ke-21, pemanasan global kemungkinan akan menyebabkan kenaikan suhu bumi 2-5 darjah
Celsius yang akan mengakibatkan kepupusan spesies dan menjadikan hidup lebih sukar.

4
<OUMH1603>
Pemanasan global adalah fenomena pemerangkapan gas dikenali sebagai gas rumah hijau
membabitkan kumpulan gas (karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO),
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida) menghalang dan memerangkap haba bumi
daripada terbebas keluar ke angkasa. Bumi dikelilingi oleh suatu lapisan gas secara semula
jadi apabila tenaga matahari sampai ke bumi, kebanyakannya diserap oleh permukaan bumi,
manakala sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa lepas. Lapisan gas atmosfera
juga menyerap sebahagian daripada tenaga solar tersebut, dan membentuk ‘selimut’ yang
memanaskan bumi. Proses ini dikenali sebagai kesan rumah hijau (GHG) semula jadi. Selain
itu, video tersebut juga menerangkan kesan pemanasan global seperti peningkatan paras air
laut dan perubahan iklim. Terakhir, video ini juga menekankan cara-cara pencegahan
pemanasan global seperti menjadi sebahagian daripada Masyarakat Rendah Karbon (LCS)
melalui amalan cara hidup yang sederhana seperti penggunaan pengangkutan awam,
perkongsiaan kereta dan penanaman pokok bagi mengurangkan kesan gas rumah hijau.

3.3 Perbincangan Secara Kreatif dan Kritikal mengenai Pemanasan Global dan GCED
Pemanasan global adalah berkaitan peningkatan suhu rata-rata permukaan bumi yang
berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia. Ianya merupakan gejala daripada perubahan
iklim seperti kemarau, ribut, banjir kilat, salji di kutub semakin cair dan peningkatan paras air
laut. Perubahan iklim dan pengumpulan gas rumah hijau di atmosfera turut memberi kesan
langsung dan tidak langsung kepada dunia. Tindakan harus diambil oleh orang ramai melalui
Global Citizen Education yang lebih mengutamakan 3 aspek seperti kemahiran kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku.

Pertama, kognitif bermaksud memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran kritis


mengenai apa yang berlaku pada persekitaran yang salinghubungan dan salingbergantungan
antara pelbagai negara dan penduduk di dunia ini. Bahagian ini memperkenalkan nilai-nilai
penting, persepsi, kecekapan dan asas pengetahuan bagi setiap pelaksanaan GCED untuk di
implimentasi dalam bentuk amalan harian. Bagi masalah pemanasan global, GCED melalui
dimensi kognitif akan menghasilkan pertanyaan seperti status pemanasan global sekarang dan
masa depan, 'di mana kita dapat mencari maklumat mengenai pemanasan global'? 'Betapa
seriusnya pemanasan global sekarang'? serta pemikiran kritis mengenai apakah ia dapat
diselesaikan atau tidak. Di sinilah hubungan erat dengan dimensi kedua Pendidikan
Kewarganegaraan Global menjadi lebih jelas.

5
<OUMH1603>

Kedua, sosio-emosi yang memiliki rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai dan
tanggungjawab, empati, solidariti dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian.
Sehubungan dengan itu, warganegara global yang bertanggungjawab harus dapat
mencerminkan sikap dan nilai jati diri mereka sendiri. Dalam isu pemanasan global ini, sosio-
emosi adalah penting untuk memotivasi seseorang individu agar berkelakuan dengan cara
tertentu serta memberi inspirasi kepada mereka untuk mengubah tingkah laku yang akan
membawa kepada dimensi ketiga iaitu konsep tingkah laku.

Di sinilah para pelajar bertindak dengan lebih efektif dan bertanggungjawab diperingkat
kebangsaan dan global demi untuk kelestarian keamanan dunia seperti menjadi sebahagian
daripada Masyarakat Rendah Karbon (LCS) bagi mengurangkan pemanasan global.

4.0 DIMENSI KONSEP UTAMA GCED - KOGNITIF, EMOSI DAN TINGKAH


LAKU

Selaras dengan perkembangan yang bergerak pantas dan semakin mencabar, Pendidikan
Kewarganegaraan Global perlu peka terhadap perubahan dan isu semasa dalam senario dunia
tanpa sempadan. Kesedaran tentang kelestarian global dari aspek sosial ekonomi dan alam
sekitar perlu ditingkatkan agar berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan untuk global player yang berkesan. Sehubungan dengan itu Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan matlamat global yang dikenali sebagai Sustainable
Development Goals pada 2015. Ianya bertujuan memelihara bumi dan memastikan
kesejahteraan sejagat dinikmati semua. Selain dari itu, ia juga menerapkan nilai-nilai, sikap
dan tingkah laku dalam diri pelajar serta mendukung kewarganegaraan global yang
bertanggungjawab seperti kreativiti, inovasi, dan komitmen terhadap perdamaian, hak asasi
manusia dan pembangunan yang mampan. Terdapat 3 dimensi konsep utama dalam GCED
seperti kemahiran kognitif, emosi dan tingkah laku. GCED memainkan peranan penting
dalam mendidik dan mengekalkan persekitaran yang lestari sebagai persediaan menghadapi
masalah seperti pemanasan global.

3 dimensi konsep utama GCED dapat membawa faedah kepada masyarakat bagi
menyelesaikan masalah persekitaran seperti pemanasan global. Konsep pertama GCED
6
<OUMH1603>
adalah kognitif bermaksud mempunyai pengetahuan tentang persekitaran yang berlaku di
dunia ini. Kognitif ini memperkenalkan nilai-nilai penting, persepsi, kecekapan dan
pengetahuan yang menjadi asas bagi pelaksanaan GCED secara praktikalnya (Sitorus, 2005).
Sebagai contoh, bagi isu-isu persekitaran seperti dimensi kognitif pemanasan global memberi
manfaat kepada masyarakat dengan mewujudkan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan.
Ianya merupakan dimensi penting bagi konsep pendidikan. Mengaplikasi pengetahuan akan
memainkan peranan penting dalam aspek sosio-emosi. Sebagai contoh, berkaitan masalah
pemanasan global, teori kognitif akan membuat orang berfikir mengenai status pemanasan
global sekarang dan masa depan, 'di mana kita boleh mendapatkan maklumat mengenai
pemanasan global'? 'Betapa seriusnya pemanasan global sekarang'? serta pemikiran kritis
mengenai bagaimana isu tersebut dapat diselesaikan atau tidak.

Seterusnya, faedah dalam pendidikan GCED adalah konsep emosi yang mempunyai rasa
empati terhadap apa yang sedang berlaku dan merasakan bahawa kita mempunyai
tanggungjawab bagi memastikan dunia sebagai tempat tinggal yang baik dan selamat.
Menurut Maryono, 2015 adalah penting untuk mengetahui apa yang memotivasi seseorang
untuk berkelakuan dengan cara tertentu dan apa yang dapat memberi inspirasi kepada mereka
bagi mengubah tingkah laku. Sebagai contoh, dalam isu pemanasan global ini, emosi penting
untuk memotivasi seseorang bagi berkelakuan dengan cara tertentu dan memberi inspirasi
kepada mereka untuk mengubah tingkah laku yang akan membawa kepada dimensi ketiga
iaitu konsep tingkah laku. Sebagai contoh, GCED penting bagi masyarakat untuk bersikap
emosional terhadap keadaan bumi dan empati untuk mengambil tindakan bagi mengurangkan
pemanasan global daripada terus meningkat. Contohnya, di Tulungrejo pelajar mula
menunjukkan sikap mengambil berat terhadap orang lain dengan mengajak mereka
melindungi persekitaran dan mencegah dari merosakkan alam sekitar (Mukminin, 2014).

Akhir sekali, GCED tidak akan sempurna tanpa dimensi tingkah laku. Walaupun kita
mempunyai kognitif dan emosi, tetapi tanpa aspek tingkah laku, GCED pada masyarakat dan
persekitaran tidak akan berubah. Ia memberi manfaat kepada masyarakat dengan
menekankan tindakan yang betul dan perlu diambil bagi memastikan kelestarian persekitaran.
Sebagai contoh, Nigeria telah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada warga
sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti sehingga mereka mudah ingat dan peka pada
sasaran. Aktiviti tersebut merangkumi pertandingan fotografi bertema alam sekitar,
pengkomposan, dan penulisan mengenai pemanasan global (Rahmawati & Suwanda, 2015).
7
<OUMH1603>
Ini secara tidak langsung memberi para pelajar menghayati dan meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan kelestarian global dalam kehidupan harian.

5.0 CARA PENYELESAIAN MASALAH PEMANASAN GLOBAL

GCED memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah persekitaran seperti


pemanasan global. Dalam usaha ke arah menyelesaikan masalah persekitaran global,
misalnya Suruhanjaya Austria UNESCO, telah melaksanakan pendidikan perubahan iklim
seperti isu pemanasan global melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
kokurikulum. Selaras dengan itu sukatan pelajaran perlu dipertingkat dan diperkukuhkan
dengan dasar dan amalan tempatan bagi menangani pengurangan risiko bencana. Pendekatan
partisipatif yang penting di peringkat kebangsaan khususnya, berfokus pada kanak-kanak
agar ianya berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, di Afrika Selatan kaedah seperti panduan
sumber, bengkel latihan, pertandingan antara sekolah dan kempen media nasional digunakan.
Manakala contoh bagi pemanasan global, penggabungan sukatan pelajaran yang selari
dengan keadaan global semasa memberi kesedaran kepada orang ramai serta memenuhi
aspek kognitif GCED.

Seterusnya, masalah persekitaran dapat diatasi melalui GCED dengan mempraktikkan


pendidikan bukan formal. Kegiatan selepas sekolah memberi peluang kepada anak-anak
untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka melalui lawatan lapangan, projek
penyelidikan dan tindakan, serta secara praktikal menerapkan apa yang telah mereka pelajari
dalam pendidikan formal. Pendidikan yang tertumpu pada pekerjaan hijau seperti penerokaan
lawatan lapangan membantu anak muda mengembangkan kreativiti mereka, terlibat dalam
pekerjaan yang produktif dan menyumbang kepada ekonomi hijau yang baru muncul.
Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah pemanasan global, para pelajar harus didedahkan
kepada kesan akibat pemanasan global melalui projek sains bagi mendapat gambaran dan
pemahaman yang lebih baik.

Seterusnya menurut Empowering Core of Global Citizenship Through Implementation


Environmental Education Development in the School oleh University of South Korea,
masalah global dapat dicegah daripada meningkat melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Guru memainkan peranan penting dengan mengadakan program
8
<OUMH1603>
dan modul yang meliputi perubahan iklim, pendidikan alam sekitar dan pembangunan lestari.
Guru-guru harus mempunyai daya inovatif dengan mewujudkan aspek sosio-emosi serta
tanggungjawab terhadap sifat dan sikap di kalangan pelajar. Sebagai contoh, modul latihan
guru yang merangkumi penanaman tanaman di sekitar sekolah dapat menyelesaikan masalah
persekitaran seperti pemanasan global.

Oleh itu, bagi memastikan kelestarian global terhadap alam sekitar terjamin,
pembangunan sekolah hijau perlu dimulakan di negara kita. Ianya penting bagi memupuk
rasa tanggungjawab dan konsep rumah hijau dikalangan pelajar. Ia juga dapat memastikan
sumber semula jadi dapat digunakan secara berhemah dan efisien. Secara tidak langsung
ianya turut memberi kesedaran kepada pelajar agar lebih bertanggungjawab kepada sosial,
ekonomi dan alam sekitar. Misalnya, bagi mengatasi masalah persekitaran pemanasan
global, sekolah hijau harus menitikberatkan konsep penggunaan air dan tenaga yang minima
secara efisien, menggunakan bahan yang boleh dikitar semula dan tidak bertoksik. Sebagai
contoh, Sekolah Hijau di Bali, Indonesia telah dibina mengunakan buluh iaitu salah satu
sumber tempatan yang boleh diperbaharui.

9
<OUMH1603>
6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, GCED bertujuan bagi menyokong pelajar untuk menjadi warga
dunia yang berpengetahuan, yang menampilkan pemikiran kritikal dan kemahiran analitis
yang penting ditambah dengan kepekaan kemanusiaan. Perubahan iklim adalah ancaman
persekitaran terbesar bagi bumi ketika ini. Untuk mengatasi ancaman persekitaran seperti itu
dan menjaga persekitaran yang lestari, tiga dimensi GCED harus dilaksanakan oleh kita
semua. Ianya juga termasuk mempunyai pengetahuan dengan apa yang berlaku di sekitar kita
(kognitif), bersikap empati terhadap apa yang sedang berlaku dan merasakan bahawa kita
mempunyai tanggungjawab bagi memastikan dunia adalah tempat tinggal yang baik (emosi)
serta bertindak dengan berkesan dan bertanggungjawab untuk dunia yang lebih damai dan
lestari (tingkah laku). GCED memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah
alam sekitar seperti pemanasan global dengan memasukkan pendidikan perubahan iklim,
mempraktikkan pendidikan non-formal, melatih para guru dan pembangunan sekolah hijau
akan menjadi antara cara terbaik untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.

10
<OUMH1603>
7.0 REFLEKSI KENDIRI

OUMH1603 Kemahiran Belajar Untuk Abad Ke-21 adalah subjek yang saya ambil bagi
semester September 2020. Ianya juga merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh semua
pelajar program “Bachelor of Occupational Safety and Healthy Management with Honours”
di Open University Malaysia (OUM). Dengan mempelajari Kemahiran Belajar OUMH1603
untuk Abad ke-21 ini saya telah memperolehi banyak kemahiran seperti pemikiran kritis,
kreativiti, kemahiran berfikir reflektif, numerasi, celik digital, inovasi dan kreatif. Dalam
membuat tugasan ini, saya selalu berbincang dengan menggunakan applikasi whatapps untuk
bertanyakan tentang masalah yang dihadapi kepada rakan sekelas yang sama kemasukan
dengan saya pada bulan September 2020. Saya juga sering melayari internet untuk mencari
artikel dan info-info berkaitan dengan isu pemanasan global. Disini juga saya belajar
menggunakan rujukan gaya APA dalam membuat tugasan. Hasil dari pembelajaran dan
penulisan yang dilakukan ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan berkaitan
Pendidikan Kewarganegaraan Global dalam mewujudkan kesedaran untuk memastikan
persekitaran yang lestari. 3 dimensi utama GCED seperti kemahiran kognitif, emosi dan juga
tingkah laku membantu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya
memelihara dan memulihara alam sekitar daripada kehancuran.

Sebelum mempelajari kursus ini, saya tidak mengetahui kewujudan GCED dan
peranannya dalam menguruskan masalah global. Setelah mempelajari kursus ini, saya mula
mencapai kemahiran belajar hingga abad ke-21 dan juga belajar untuk mengambil tahu akan
kesedaran dan tanggungjawab sebagai penduduk di muka bumi ini. Saya berasa gembira dan
bangga apabila mampu mengatakan bahawa saya mempunyai pengetahuan yang boleh
dikongsi bersama berkaitan isu-isu global dan dapat bertindak seperti konsep kognitif, emosi
dan juga tingkah laku. Terakhir, kursus ini telah menyumbang kepada saya untuk memberi
kesedaran dan menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap bumi.

(3368 patah perkataan)


11
<OUMH1603>
8.0 RUJUKAN

Katherine, AG. (2014). The ipact of environmental education on youth and their
environmental awarness. Environmental studies undergraduate student theses. University of
Nebraska- Lincoln. Spring 5-2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global,


Bahagian Pembangunan Kokurikulum.

Maryono. (2015). The implementation of the environmental education at “adiwiyata”


schools
in pacitan regency (an analysis of the implementation of grindle model policy).
Journal of education and practice. 6(17), 31-42

Mukminin, Amirul.(2014). Strategies to educate Global Citizenship Education.


Ta’dib. XIX(02), 227-252.

Peekaboo, K. (2019,May 29). Global Warming-The End Game


Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=Y3gqoDUtmt4

Rahmawati, ira & Suwanda, I made. (2015). Environmental education principal methode and
application. Plenum press. New york and london.

Sitorus, Acelina Banguniati. (2005). Global citizhenship education: citizhenship education


for globalizing societies. Incooperation with the Autrian for UNESCO.

Tawil. (2013). Education for global citizenship: a framework for discussion. UNESCO
Education research and foresight (ERF) working papers series. 7. Paris UNESCO).

UNESCO. (2017). Measurement strategy for SDG Target 4.7. proposal by GAML Task
Force 4.7. Global Alliance for monitoring learning fouth meeting. Madrid. Spain.

Zulaikha Ng. (2020, March 4).3 Dimension Conceptual of Global Citizenship Education.

12
<OUMH1603>
Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=1GpIUoRoKCo.

13