Anda di halaman 1dari 11

PERKONGSIAN I

Pergertian Perkongsian:
-1 jenis bentuk organisasi perniagaan yang terdiri daripada minimum 2 orang.
Perniagaan biasa : 2 < x < 20 orang
Perniagaan Bank : 2 < x < 10 orang
Perniagaan Perkhidmatan : 2 < x < 50 orang

Perjanjian Perkongsian
-perlu dibuat sebelum perniagaan perkongsian dimulakan
Tujuan:
1.Mengelakkan salah faham atau perselisihan yang mungkin timbul antara rakan kongsi di masa depan.
2.Untuk mempastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti dalam perjanjian.

Syarat Perjanjian
a.Nama perkongsi dan firma serta berapa lama atau tempoh perkongsian akan terus berniaga.
b.Jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi.
c.Cara pembahagian untung dan rugi.
d.Gaji, elaun / bonus yang dibayar kepada mana-mana pekongsi yang cekap.
e.Jumlah tunai / barang yang boleh dikeluarkan oleh setiap pekongsi untuk kegunaan sendiri.
f.Kadar faedah atas modal, ambilan dan pinjaman yang perlu dikenakan atau diberikan kepada pekongsi.
g.Bidang kuasa pekongsi.

Akta Perkongsian 1961


-Jika perkongsian tidak membuat perjanjian, maka perselisihan antara mereka diselesaikan menurut Akta Perkongsian 1961.
Kandungannya:
a.Untung / rugi dibahagi sama rata, tidak kira jumlah modal yang disumbangkan.
b.Faedah tidak dibayar atas modal pekongsi.
c.Faedah tidak dikenakan atas ambilan.
d.Pekongsi tidak berhak menerima gaji, elaun / bonus.
e.Faedah 8% perlu dibayar atas pinjaman / pendahuluan daripada pekongsi.
f.Semua pekongsi boleh menguruskan urusan perkongsian.
g.Semua buku perakaunan mesti disimpan di tempat perniagaan dan semua pekongsi berhak menyemak dam memeriksanya.

Cara Mencatat Ekuiti Pemilik


2 Cara
a) Modal Berubah
b) Modal Tetap dengan Akaun Semasa

1) Cara Modal Berubah : (Sama dengan Ak. Modal Keempunyaan Tunggal )


 Akaun Semasa tidak digunakan. Hanya Ak. Modal digunakan dalam catatan ekuiti pemilik.
 Ak. Modal yang disediakan merekodkan :
i. Ekuiti Pekongsi
ii. Keuntungan atau Kerugian
iii. Ambilan
 baki atau jumlah Ak. Modal setiap pekongsi berubah dari setahun ke setahun.
Contoh :
A dan B merupakan 2 pekongsi yang menyumbangkan modal RM5, 000 dan RM10, 000. Keuntungan perkongsian adalah
RM6, 000. Pembahagian untung adalah mengikut nisbah modal sumbangan. A dan B masing-masing mengeluarkan RM1,000
untuk kegunaan sendiri.
Penyelesaian :
Ak. Modal A
Ambilan RM1, 000 Bank RM5, 000
Baki h/b RM6, 000 Pembahagian untung RM2, 000

RM7, 000 RM7, 000

Ak. Modal B
Ambilan RM1, 000 Bank RM10, 000
Baki h/b RM13, 000 Pembahagian untung RM4, 000

RM14, 000 RM14, 000


2) Cara Modal Tetap Dengan Ak. Semasa
 Ak. Modal bagi setiap pekongsi direkodkan berdasarkan jumlah asal disumbangkan atau tetap dan tidak berubah.
 Jumlahnya hanya berubah bila modal tambahan dibawa masuk.
 Semua untung atau rugi bersih dan Ambilan tidak dicatat dalam Ak. Modal tetapi dalam satu Ak. khas atau Ak. Semasa.
(Ak. Modal tidak berubah)
 Akaun Semasa Merekodkan :
a. Ak. Ambilan
b. Faedah atas Ambilan
c. Faedah atas Modal
d. Gaji Pekongsi / Bonus
e. Pembahagian Untung / Rugi
f. Faedah atas Pinjaman. (jika pekongsi memberi pinjaman kepada perniagaan)

Contoh : Berdasarkan contoh 1


Penyelesaian : Ak. Modal A
Ak. Bank RM5, 000

Ak. Modal B
Ak. Bank RM10, 000

Ak. Semasa A
Ambilan RM1, 000 Pembahagian untung RM2, 000
Baki h / b RM1, 000
RM2, 000 RM2, 000

Ak. Semasa B
Ambilan RM1, 000 Pembahagian untung RM4, 000
Baki h/b RM 3, 000
RM4, 000 RM4, 000

 Baki Ak. Semasa pada akhir tempoh perakaunan merupakan jumlah keuntungan yang belum atau sudah diambil .
 boleh mempunyai baki DT/KT :
 Baki KT Ak. Semasa menunjukkan pemiutang kepada perniagaan
 Baki DT Ak. Semasa menunjukkan penghutang kepada perniagaan (ambilan lebih daripada pembahagian untung)
 Faedah ambilan akan dikenakan ke atas baki debit dalam perniagaan (Baki DT Ak. Semasa) kerana pekongsi berkenaan telah
berhutang kepada perkongsian.
Note :
 Kaedah Modal Tetap dengan Ak. Semasa bagi setiap pekongsi adalah lebih baik jika dibanding dengan kaedah Modal
Berubah.

Kelebihan Kaedah Modal Tetap :


 Ak. Semasa akan menunjukkan baki Debit jika pekongsi sudah mengambil ambilan melebihi bahagian untungnya.
Maka ini merupakan amaran / peringatan kepada pekongsi berkenaan.

Pro Format Akaun Semasa Pekongsi


Ak. Semasa Pekongsi
* Pembahagian Rugi RM x Pembahagian Untung RM x
Ambilan RM x Faedah atas Modal RM x
Faaedah atas Ambilan RM x Faedah atas Pinjaman RM x
Baki h / b RM x * Baki h / b RM x

RM xxx RM xxx
* Baki b/b x Baki b/b x

*Catatan untuk kes kerugian perkongsian


Faedah Atas Modal
 Dikira berdasarkan peratusan yang ditetapkan ke atas baki modal pada awal tahun mengikut tempoh perakaunan
 Merupakan hasil atau ganjaran kepada pekongsi yang telah melaburkan wang.tetapi bagi perniagaan pekongsian ia merupakan
belanja perkongsian
 Jika Faedah atas Modal dibayar dengan tunai : Dt. Ak. Faedah atas Modal
Kt. Tunai / Bank
 Jika Faedah atas Modal belum dibayar kepada pekongsi : Dt. Faedah atas Modal
Kt. Ak. Semasa Pekongsi
 Bukan merupakan belanja biasa dalam pengurusan perniagaan, oleh itu pada akhir tempoh ia tidak didebitkan dalam Ak.
Untung Rugi tetapi didebitkan ke Ak. Perasingan Untung Rugi : Dt. Ak. Peraasingan Untung Rugi
Kt. Ak.Faedah atas Modal
(jumlah terbayar dan belum bayar)
(Note : Akaun ini hendak diasingkan daripada Ak. Faedah atas Pinjaman bank)

Ambilan Pekongsi
 Mengurangkan modal yang boleh digunakan untuk perkembangan perniagaan pada masa depan (mengurangkan ekuiti
perniagaan)
 Jumlah ambilan didebitkan dalam Ak. Semasa dan bukan Ak.Modal (sebab amaun modal yang dilaburkan adalah tetap)
Dt. Ak.Semasa Pekongsi
Kt. Ak. Tunai / Ak. Belian

Faedah Atas Ambilan


 Dikira dari tarikh ambilan itu dibuat sehingga tamat tempoh perakaunan berdasarkan peratusan yang dipersetujui..
 Tujuan mengelakkan pekongsi membuat ambilan berlebihan
 Merupakan satu keuntungan kepada perniagaan perkongsian tetapi kerugian bagi pekongsi berkenaan:
 Jika Faedah atas Ambilan dibayar oleh pekongsi dengan tunai : Dt. Tunai / Bank
Kt. Ak. Faedah atas Ambilan
 Jika Faedah atas Ambilan belum dibayar oleh pekongsi : Dt. Ak. Semasa Pekongsi
Kt. Faedah atas Ambilan
 Pada akhir tahun, baki Ak. Faedah atas Ambilan dipindah ke Ak.Perasingan Untung Rugi
Dt. Ak. Faedah atas Ambilan
Kt. Ak. Perasingan Untung Rugi

Gaji Pekongsi
 Dibayar kepada pekongsi-pekongsi dengan tujuan menggalakkan pekongsi menjalankan tugas lebih aktif dalam pengurusan
perniagaan
 Merupakan hasil atau ganjaran kepada pekongsi.tetapi bagi perniagaan pekongsian ia merupakan belanja perkongsian.
 Jika Gaji Pekongsi dibayar dengan tunai : Dt. Ak. Gaji Pekongsi
Kt. Tunai / Bank
 Jika Gaji Pekongsi belum dibayar kepada pekongsi : Dt. Gaji Pekongsi
(tidak ditunjukkan dalam Imbangan Duga) Kt. Ak. Semasa Pekongsi
 Pada akhir tempoh, baki Ak. Gaji Pekongsi dipindahkan ke Ak. Perasingan Untung Rugi : Dt. Ak. Peraasingan Untung Rugi
Kt. Ak.Gaji Pekongsi

Faedah atas Pinjaman


 Merupakan belanja pengurusan perniagaan
 pinjaman boleh dibuat daripada pihak luar atau bank atau pun daripada pekongsi :
 Jika Faedah atas Pinjaman dibayar dengan tunai : Dt. Ak. Faedah Pinjaman
Kt. Ak. Tunai /Bank
 Jika Faedah atas Pinjaman belum dibayar kepada pekongsi : Dt. Faedah atas Pinjaman
Kt. Ak. Semasa Pekongsi (peminjam)
 Pada akhir tahun semua Faedah atas Pinjaman di pindah ke Ak. Untung Rugi : Dt. Ak. Untung Rugi
Kt. Ak. Faedah atas Pinjaman
 Jika Faedah atas pinjaman belum dibayar kepada pihak luar/ bank : Dt. Ak. Untung Rugi
Kt. Ak. Faedah atas Pinjaman
Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira Perkongsian
 Ak. Penamat bagi perkongsian adalah sama dengan Ak. Penamat pemilikan tunggal.(Ak. Perdagangan Ak. Untung Rugi
Kunci Kira-kira)
 Bagi perkongsian, selepas Ak.Untung Rugi disediakan, satu Ak. Perasingan Untung Rugi harus disediakan dengan tujuan
menunjukkan pembahagian untung dan rugi antara pekongsi

Ak. Perasingan Untung Rugi


 Untung bersih daripada Ak. Untung Rugi dibawa ke sebelah kredit Ak. Perasingan Untung Rugi untuk mengasingkan Untung
Bersih
 Rugi Bersih didebitkan ke Ak. perasingan Untung Rugi
 Untung/Rugi bersih akan dibahagikan mengikut nisbah yang dipersetujui anatara pekongsi selepas mengambilkira
i. Faedah atas Modal
ii. Faaedah atas Ambilan dan
iii. Gaji Perkongsi

Pro Format : (Andaian : 2 rakan kongsi A & B)


Ak. Perasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir ……………….
*(Rugi Bersih b/b) Untung Bersih b/b
Faedah atas Modal : Faedah atas Ambilan:
Pekongsi A Pekongsi A
Pekongsi B Pekongsi B
Gaji Perkongsian :
Pekongsi A
Pekongsi B
Pembahagian Untung : *(Pembahagian Rugi):
Pekongsi A Pekongsi A
Pekongsi B Pekongsi B

* Jika kes rugi

Kunci Kira-Kira
 Sama dengan KKK pemilikan tunggal kecuali modal pekongsi adalah tetap dan segala ambilan, untung atau rugi dicatatkan ke
dalam Ak. Semasa pekongsi.
Pro Format :
Kunci Kira-Kira pada ……………
Aset Tetap Ekuiti Pemilik
Modal : Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Ak. Semasa :
Pekongsi A xx
Aset Semasa Pekongsi B *(xx) xx
Liabiliti Jangka Panjang

Liabiliti Semasa

Note : Baki kredit Ak. Semasa tambah kepada Modal, baki debit Ak. Semasa tolak daripada Modal
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

 Bermaksud tamatnya perniagaan perkongsian


 Faktor-faktor Pembubaran :
a. terdapat perselisihan pendapat di antara pekongsi-pekongsi
b. salah seorang pekongsi menjadi muflis, tidak siuman atau meninggal dunia
c. perintah mahkamah yang mengarahkan perkongsian dibubarkan
d. tempoh masa pekongsian yang dipersetujui sudah tamat
e. semua pekongsi bersetuju pekongsian dibubarkan
f. apabila tujuan pembentukan pekongsian itu telah dicapai
g. penukaran pekongsian kepada syarikat berhad
h. apabila perniagaan itu mengalami keadaan ketakmampuan bayar (ketaksolvenan), iaitu perniagaan tidak mampu
menjelaskan hutang dan terpaksa ditutup
 Apabila sesuatu perkongsian dibubarkan:
 semua liabiliti dibayar
 semua aset perkongsian akan dilupuskan iaitu dijual atau
 aset diambilalih oleh pekongsi sebagai sebahagian tuntutan pembayaran atas haknya dalam pekongsian
 Semua liabiliti pekongsian dibayar mengikut susunan berikut :
a. Pemiutang luar
b. Pinjaman pekongsi-pekongsi
c. Jumlah terhutang kepada pekongsi-pekongsi berdasarkan baki dalam Akaun Modal mereka
 Akaun Realisasi disediakan untuk menentukan untung atau rugi atas realisasi asetnya atas pembubaran perkongsian

Akaun Realisasi
 Apabila dibubarkan, akaun ini dibuka untuk :
a) merekodkan jualan aset, perbelanjaan realisasi dan pendapatan seperti diskaun diterima.
b) menghitung keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
c) Untung atau rugi realisasi dibahagikan mengikut nisbah pembahagian untung dan rugi

Langkah-langkah untuk merekodkan pembubaran perkongsian:

1. Menutup semua akaun aset (kecuali tunai dan bank) dengan memindahkannya ke Ak. Realisasi
DT. Akaun Realisasi
KT. Akaun Aset

2. Merekodkan Penjualan aset


a. Menerima tunai kerana jualan aset dan bayaran oleh penghutang.
DT. Akaun Bank / Tunai
KT.Akaun Realisasi
b. Aset yang diambil alih oleh pekongsi.
DT. Akaun Modal pekongsi (yang mengambilalih aset)
Kt. Ak. Realisasi ( Mengikut nilai yang dipersetujui )

3. Membayar perbelanjaan pembubaran/ realisasi.


DT. Akaun Realisasi
KT. Akaun Bank / Tunai

4. Menjelaskan Pemiutang/Liabiliti
DT. Akaun Pemiutang / pinjaman
KT. Akaun Bank / Tunai

5. Diskaun diterima daripada pemiutang semasa pembayaran (merupakan satu keuntungan)


DT. Akaun Pemiutang
KT. Akaun Realisasi (dengan amaun diskaun diterima)

6. Penentuan Untung atau Rugi Realisasi (dipindah ke Akaun Modal pekongsi)


Baki Kredit Ak.Realisasi merupakan keuntungan manakala Baki Debit merupakan kerugian Realisasi
Untung : DT. Akaun Realisasi
KT. Akaun Modal pekongsi (mengikut nisbah pembahagian untung)
Rugi : DT. Akaun Modal pekongsi
KT. Akaun Realisasi
7. Kurangan Dalam Ak. Modal Pekongsi (Baki Dt. Ak.Modal)
Selepas Realisasi Akaun Modal pekongsi mungkin mempunyai baki debit Sebab-sebab :
a) Kerugian realisasi didebitkan dalam Ak. Modal pekongsi
b) Nilai aset yang diambilalih melebihi baki kredit dalam Ak.Modal
Pekongsi membawa masuk tunai :
Dt. Ak. Tunai /Bank
Kt. Ak.Modal Pekongsi

8. Membayar balik modal pekongsi.


DT. Akaun Modal pekongsi
KT. Akaun Bank / Tunai

9. Liabiliti tambahan dijumpai / tertinggal : contoh pemiutang


Dt. Ak. Realisasi
Kt. Ak. Liabiliti

10. Liabiliti diambilalih oleh pekongsi :


Dt. Ak. Liabiliti
Kt. Ak.Modal Pekongsi

11. Peraturan Garner Lawan Murray dikuatkuasakan apabila :


a. Pekongsian yang dibubarkan terdiri daripada 3 pekongsi / lebih
b. Salah seorang pekongsi bankrap. Ak. Modalnya mempunyai baki debit dan dia tidak mampu menjelaskan kurangan itu.
Fungsi :
 pekongsi-pekongsi lain akan menanggung kurangan pekongsi yang bankrap itu (baki debit Ak.Modalnya), dengan
mengikut nisbah modal tetap masing-masing yang dipersetujui sebelum pembubaran dan BUKAN mengikut nisbah
pembahagian untung rugi
Dt. Ak. Modal x
Ak. Modal y
Kt. Ak. Modal z (pekongsi yang bankrap)
PERKONGSIAN - AKAUN PENAMAT (Bentuk Penyata) :
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Dis 200x
RM RM RM
Jualan xx
Tolak Pulangan Jualan xx
Jualan Bersih xx
Tolak Kos Jualan :
Stok awal xx
Belian xx
Tolak Pulangan Belian xx
Belian Bersih xx
Angkutan Masuk xx
Duti Import xx
Insuran Belian xx
Upah atas Belian xx
Kos Barang Belian xx
Kos Barang Untuk Dijual xx
Tolak Stok Akhir xx
Kos Jualan xx

Untung Kasar xx
Campur Hasil:
Komisen diterima xx
Faedah diterima xx
Diskaun Diterima xx
Sewa diterima xx
Hutang lapuk pulih xx
(Pengurangan Peruntukan hutang ragu) xx
xx

xx
Tolak Belanja:
Gaji xx
Iklan xx
Angkutan keluar xx
Air dan elektrik xx
Insurans xx
Belanja am xx
Komisen jurujual/jualan xx
Sewa dibayar xx
Belanja membaiki xx
Alat tulis xx
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Cukai pintu xx
Faedah pinjaman xx
Diskaun diberi xx
Hutang lapuk xx
Belanja peruntukan hutang ragu xx
Belanja pos xx
Belanja susutnilai aset tetap xx
xx
Untung bersih (atau rugi bersih) xxx
Penyata Perasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 200x

Untung Bersih RMxxx


Campur Faedah atas ambilan :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
xxx
Tolak Faedah atas modal :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Gaji pekongsi :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx xx
Untung Bersih untuk dibahagikan 000
====
Pembahagian Untung Bersih :
Pekongsi A **
Pekongsi B **
000
====
Bentuk Penyata
Penyata Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 200x
Aset Tetap RM RM RM
Premis xx
Kenderaan xx
Tolak Peruntukan Susutnilai Kenderaan xx xx
Alatan Pejabat xx
Tolak Per.Susutnilai Alatan Pejabat xx xx
Kelengkapan xx
Mesin dan Jentera xx xx

Aset Semasa
Stok Akhir xx
Penghutang xx
Tolak PeruntukanHutang Ragu xx xx
Belanja Terdahulu xx
Hasil Terakru xx
Bank xx
Tunai xx

xx

Tolak Liabiliti Semasa


Pemiutang xx
Belanja Terakru xx
Hasil Terdahulu xx
(Overdraf Bank) xx xx

Modal Kerja xx

xx

Ekuiti Pemilik
Modal : Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Ak. Semasa : Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx

Liabiliti Jangka Panjang


Pinjaman : Pekongsi A xx
Gadai janji atas premis xx xx
xx

LATIHAN PERKONGSIAN I
1.Teh dan Boh merupakan dua rakan kongsi yang masing-masing menyumbangkan modal sebanyak RM25,000 dan RM15,000.
Mereka telah bersetuju membahagikan keuntungan atau kerugian mengikut nisbah modal yang disumbangkan.Keuntungan
Perkongsian adalah sebanyak RM8,000.Mereka juga telah masing-masing mengeluarkan ambilan sebanyak RM750 dan RM500.
Sediakan Akaun Modal dan Akaun Semasa Teh dan Boh.

2.Allen dan David memulakan perniagaan perkongsian pada 1 Jun 19-1 dengan masing-masing menyumbang modal sebanyak
RM50,000 dan RM30,000.Mereka bersetuju membahagikan keuntungan dan kerugian sama rata.Pada tahun perakaunan yang
Berkenaan , Allen dan David masing-masing telah mengeluarkan RM3,000 dan RM1,000 untuk kegunaan peribadi.Keuntungan
pada 31 Mei 19-2 ialah RM12,000.Tunjukkan :
(a) Akaun Modal Allen dan Akaun Modal David ( Modal mereka adalah tidak tetap )
(b) Akaun Modal dan Akaun Semasa mereka ( modal mereka adalah tetap )

3.Doe, Ray dan Mee merupakan tiga rakan kongsi yang membahagikan keuntungan dan kerugian mengikut modal yang
disumbang-
kan oleh mereka.Maklumat daripada petikan Imbangan Duga perkongsian mereka pada 31 Disember 1991 adalah seperti
berikut :

Imbangan Duga pada 31 Disember 1991 ( petikan )


Debit Kredit
RM RM
Modal
Doe 40,000
Ray 20,000
Mee 20,000
Akaun Semasa
Doe 12,000
Ray 800
Mee 2,200
Akaun Ambilan
Doe 2,700
Ray 1,300
Mee 4,800
Akaun Untung Rugi 48,000
Berdasarkan maklumat yang diberi , sediakan Akaun Modal dan Akaun Semasa bagi setiap rakan kongsi .
4. Kim dan Ball , dua rakan kongsi mempunyai baki modal dan Akaun Semasa seperti berikut pada 1 Jan. 1991 :
Akaun Modal ( RM ) Akaun Semasa ( RM )
Kim 11,500 4,500 ( Kt )
Ball 8,200 1,200 ( Dt )
Pada tahun berakhir 31 Dis. 1991, Untung Bersih perkongsian adalah RM21,000. Kadar pembahagian untung rugi dipersetujui
ialah Kim 2 / 3 dan Ball 1 / 3. Kim dan Ball masing-masing telah mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri RM4,000 &
RM4,200. Sediakan Akaun Modal dan Akaun Semasa bagi Kim dan Ball bagi tahun berakhir 31 Disember 1991.
5. Labu dan Labi adalah dua rakan kongsi yang mempunyai Imbangan Duga pada 31 Dis. 1995 seperti berikut :
Debit Kredit
RM RM
Premis 18 ,000
Angkutan 300
Hutang Lapuk 150
Belian dan Jualan 48 ,000 84 ,000
Pulangan 240 180
Gaji 4 ,200
Cukai Pintu 1 ,200
Insuran 420
Tunai di bank 2 ,100
Stok pada 1 Jan 1995 10 ,500
Kelengkapan 13 ,500
Upah 7 ,800
Modal : Labu 18 ,000
Labi 18 ,000
Akaun Semasa : Labu 300
Labi 450
Ambilan : Labu 2 ,400
Labi 2 ,700
Penghutang dan pemiutang 24 ,000 15 ,000
Peruntukan hutang ragu 750
Diskaun 300 60
Perbelanjaan Pejabat 330

136 ,440 136 ,440


Sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi , Akaun Perasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 1995
serta Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 1995 dengan mengambil butir-butir yang berikut :
(a) . Stok pada 31 Dis . 1995 dinilaikan sebanyak RM840 pada harga pasaran dan RM900 pada harga kos.
(b) . Sebanyak RM180 daripada jumlah angkutan ialah angkutan masuk.
(c) . Kelengkapan hendaklah disusutnilai dengan kadar 10 % setahun.
(d) . Faedah atas modal ialah 5 % setahun.
(e) . Labu akan dibayar gaji perkongsian sebanyak RM1500 setahun .
(f) . Upah terakru ialah RM1200
(g) . Untung rugi hendaklah dibahagikan sama rata .
(h) . Peruntukan hutang ragu adalah sebanyak 10 % daripada jumlah penghutang .
( Jawapan : UK = 26 ,000 , UB = 7 ,440 , Pembahagian Untung = 4140 , KKK = 54 ,690 )

6. Sediakan Akaun Perdagangan , Akaun Untung Rugi dan Akaun Perasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 1995
dan Kunci Kira-Kira pada tarikh yang sama bagi perkongsian Boh dan Sia berdasarkan maklumat yang berikut :
Imbangan Duga pada 31 Disember 1995
Debit Kredit
RM RM
Modal : Boh 18 ,000
Sia 9 ,600
Ambilan : Boh 3 ,500
Sia 2 ,858
Akaun Semasa pada 1 Jan . 1995 :
Boh 1 ,760
Sia 240
Premis 20 ,000
Kenderaan 3 ,740
Stok pada 1 Januari 1995 4 ,790
Pulangan 220 572
Jualan 57, 594
Belian 38, 926
Upah dan Gaji 9, 378
Angkutan Masuk 432
Angkutan Keluar 618
Sewa dan Kadar Bayaran 970
Insuran 232
Penghutang dan Pemiutang 6, 924 3, 798
Tunai di Tangan 360
Perbelanjaan Runcit 408
Pinjaman –Poh 4, 000
Diskaun 784 808
Perbelanjaan Membaiki Kenderaan 1, 270
Tunai di Bank 482
96,132 96,132
Maklumat Tambahan:
a. Stok pada 31 Disember 1995 ialah RM11,246
b. Kenderaan disusutnilai pada kadar 10% setahun
c. Insuran terdahulu ialah RM24
d. Sewa dan kadar bayaran terakru ialah RM114
e. RM600 daripada jumlah upah dan gaji termasuk gaji pekongsi yang telah dibayar kepada pekongsi Sia
f. Faedah atas modal ialah 5% setahun
g. Faedah atas ambilan ialah RM116 dan RM78 bagi Boh dan Sia
h. Ambilan sebanyak RM150 yang dilakaukan oleh Boh masih belum dicatatkan
i. Pembahagian untung dan rugi adalah mengikut nisbah 3:4
j. Faedah atas pinjaman yang terakru adalah sebanyak RM280
k. Peruntukan hutang ragu sebanyak RM640 diadakan
(jawapan : UK = RM25,194,UB=RM11,558, Pembahagian untung =RM9772 , KKK=RM41,762)

Anda mungkin juga menyukai