Anda di halaman 1dari 2

KEBITARAAN SEKOLAH : PROGRAM 1 MURID 1 AL-QURAN 1 BUKU

PENGENALAN
Al-Qur’an merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Rasul Muhammad saw sebagai penguat
kenabiannya, yang berfungsi sebagai petunjuk dan memberikan pedoman bagi kehidupan manusia menuju ke
jalan yang benar, disamping itu juga al-Qur’an mengajarkan dan mendorong manusia untuk berfikir logis dan
rasional, menggunakan daya akalnya untuk mengungkapkan segala keagungan Tuhan yang dapat dilihat dan
diteliti melalui penciptaan-Nya.
Al Quran merupakan khazanah ilmu dan segalanya mencakupi segala perkara yang perlu kita ketahui di
dalam kehidupan ini.
Buku pula merupakan catatan yang dibuat oleh manusia yang terkandung segala maklumat kehidupan
manusia serta ilmu yang pelbagai samada ianya merangkumi lagenda,metos,sejarah,saintifik dan segala yang
berkisarkan kehidupan dunia.
Oleh itu penggabungan keduanya yang harus dimiliki oleh murid-murid SK Sungai Kerawai ini ialah untuk
melahirkan murid yang terdidik jiwanya menguasai segala ilmu pengetahuan dalam menongkah arus kehidupan
dengan menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan.

OBJEKTIF
1. Melahirkan murid yang mencintai ilmu pengetahuan dan rajin membaca.
2. Mendidik jiwa murid ke arah menjadi insan yang berakhlak mulia dan bijaksana.
3. Memastikan pencapaian kualiti bacaan Al Quran murid pada tahap yang cemerlang.
4. Memastikan murid-murid mencapai sekurang-kurangnya satu bintang dalam program Nilam.

PROGRAM VLE FROG

PENGENALAN
Pelantar VLE adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memanfaatkan teknologi maklumat bagi meningkatkan kualiti Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPC).
VLE mengandungi pelbagai bahan dan aplikasi untuk membantu PdPC, meningkatkan daya kreaitiviti dan
pemikiran murid. VLE juga adalah pelantar komunikasi antara pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan
komuniti. Guru, murid dan ibu bapa diberi akses kepada VLE secara percuma.

FUNGSI VLE
1) Medium alaf baru untuk guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
2) Membolehkan perkongsian maklumat, ilmu dan pengetahuan kepada pengguna.
3) Menjimatkan kos penggunaan kertas dan alat tulis serta cara berkomunikasi yang lebih efektif.
4) Proses mengulang kaji pelajaran dan tugasan dapat dilaksanakan di luar waktu kelas.
5) Menyediakan pelantar pembelajaran yang bersesuaian dengan teknologi dan peredaran semasa.
6) Ibu bapa dapat membantu memantau aktiviti tugasan anak-anak mereka.
PROGRAM NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA)

PENGENALAN
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program
ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif
sehinggalah mereka tamat persekolahan.

NILAM DITAMBAH BAIK

Objektif Fokus dan pendekatan

Kualiti buku, jenis bahan bacaan dan pembuktian Pengiktirafan NILAM (ditambah baik)

Anda mungkin juga menyukai