Anda di halaman 1dari 12

penting.

Sebaliknya, isu penderaan seorang pembantu rumah, Nirmala


Bonat, menyebabkan kerajaan telah menjadikan isu tersebut sebagai suatu
agenda apabila satu dasar dicadangkan untuk perlindungan pembantu-
pembantu rumah rakyat asing di Malaysia. Kerajaan juga mencadangkan
kepada agen pembantu agar mengadakan lawatan terhadap pembantu
rumah sebanyak sebulan sekali.

Jadi, secara jelasnya kita dapat lihat sesuatu masalah akan menjadi isu dan
daripada isu akan menjadi agenda. Hanya isu yang bertukar menjadi agenda
sahaja akan di fikirkan penyelesaiannya oleh kerajaan untuk membentuk
suatu dasar. Sebelum kita melihat lebih mendalam mengenai agenda,
perlulah kita ketahui tentang isu-isu yang mampu membentuk suatu agenda.

3.2 ISU YANG AKAN MENJADI AGENDA

Isu yang sering mendapat perhatian selalunya melibatkan perkara-perkara


berikut:
(i) Crisis proportions – iaitu sejauh mana besarnya krisis yang wujud
dan ia sukar diselesaiakan secara semulajadi. Maka kerajaan perlu
mengambil tindakan tertentu untuk menyelesaikan krisis
tersebut. Contohnya isu kenaikan harga minyak dunia.
(ii) Particularity – sesuatu isu yang besar dan bergantungan kepada
perkara-perkara lain ataupun kesannya adalah pada semua.
Contohnya, global warming, kebakaran hutan di Kalimantan
tahun 1990-an dahulu.
(iii) Emotive – sesuatu isu yang menjadi perhatian umum, di dalam
media massa. Contohnya kes penderaan pembantu rumah.
(iv) Wide impact – kesan yang mendalam terhadap masyarakat.
Contohnya, masalah banjir ataupun masalah sosial remaja masa
kini.
(v) Power and legitimacy – berkaitan kuasa dan autori yang dimiliki
oleh elit politik. Contohnya, kod etika untuk wakil rakyat dan
Pelan Integriti Nasional.
(vi) Fashionable – masalah semasa kini. Contohnya Penyakit Selsema
Burung.

3.3 BENTUK-BENTUK AGENDA

Menurut Cobb dan Elder, 1972, agenda terbahagi kepada dua bentuk iaitu
agenda sistemik dan agenda institusi.

3.3.1 Agenda Sistemik

Agenda sistemik selalunya mengandungi perkara yang diambil tindakan atau


belum diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu kerajaan.
Agenda ini dikenali sebagai agenda yang terkenal kerana perkara-perkara
yang dibincangkan mampu menarik perhatian umum. Perkara yang terdapat
dalam agenda ini tidak terhad kepeda peringkat persekutuan sahaja, malahan

34
ianya merangkumi peringkat negeri dan tempatan. Antara agenda sistemik
ialah kes ragut yang kian berleluasa pada masa kini.

3.3.2 Agenda Institusi

Agenda institusi pula dikenali sebagai agenda awam. Agenda ini adalah
susunan daripada perkara-perkara yang hendak dicapai oleh pihak kerajaan
untuk sesuatu tempoh yang tertentu. Setin[41 Tf-3st8u5-4.5(i agenda yang ingin di)-5.3(capa)]TJ16.204

35
3.5 PROSES PENETAPAN AGENDA

Isu-isu di atas merupakan isu yang berpotensi untuk menjadi agenda. Isu-isu
yang kita telah bincangkan merupakan perkara-perkata yang perlu
dimasukkan ke dalam agenda atau status agenda terlebih dahulu agar ia
mendapat perhatian pihak kerajaan untuk diambil tindakan melalui dasar
awam. Walaupun begitu, tidak semua isu-isu tersebut mampu mencapai
status agenda.

Untuk mencapai status agenda, mungkin berlakunya persaingan dalam


proses penentuan agenda. Ini berlaku disebabkan wujudnya dua pihak yang
terlibat dalam proses tersebut iaitu pihak penyokong dan pihak penentang.
Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik. Pihak yang cintakan bahasa ibunda masing-masing dan pihak
berkepentingan akan menolak sebarang cadangan mengenai perkara ini dan
cuba mengelakkannya daripada menjadi agenda kerajaan. Dengan kata lain,
menafikan agenda adalah perlu untuk menjaga kepentingan masing-masing.

Walau bagaimanapun, ada juga isu-isu yang telah mencapai status agenda,
tetapi lenyap begitu sahaja walaupun setelah dibincang dan diperdebatkan.
Contohnya, cadangan menyediakan penubuhan tabung bayi berkaitan kes
pembuangan bayi yang menjadi isu sekitar tahun 1990-an. Isu tersebut
mencapai status agenda apabila isu tersebut dibincang dan dibahaskan di
Parlimen. Malahan isu tersebut mendapat perhatian umum. Tetapi, sehingga
hari ini, cadangan penubuhan tabung bayi tersebut terus lenyap. Malahan,
walaupun kini ada kes yang sama berulang, tetapi isu tersebut tidak menjadi
agenda lagi. Keadaan ini menjelaskan pada kita, tidak semua agenda kerajaan
akan selesai melalui dasar. Sesetengah agenda akan lenyap begitu sahaja
disebabkan tiada tindakan susulan yang dilakukan.

3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDA

Kewujudan sesuatu agenda sebenarnya berlaku disebalik peranan pihak-


pihak tertentu. Kebiasaannya pihak-pihak yang memainkan peranan penting
dalam pentadbiran negara menentukan agenda kerajaan. Walaupun begitu
terdapat pihak lain juga yang terlibat dalam pembentukkan agenda tersebut.
Terdapat dua perspektif atau pandangan yang boleh kita lihat untuk
pembentukan agenda tersebut, iaitu:

1. Elitist Perspective - Perspektif ini menyatakan agenda ditentukan oleh


golongan elit yang memerintah sesebuah negara. Golongan elit ini
terdiri daripada golongan tentera, ahli perniagaan, golongan
bangsawan dan sebagainya. Di Malaysia, Majlis Tertingi UMNO
merupakan golongan elit yang menentukan agenda kerajaan yang
meliputi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di peringkat
kerajaan. Contohnya, isu politk wang akan di bawa ke Perhimpunan
Agung UMNO untuk dibincangkan.

36
2. Pluralist perspective - Perspektif ini melihat agenda akan ditentukan oleh
kumpulan berkepentingan yang memberi tekanan kepada pihak
kerajaan untuk menjadikan satu-satu perkara sebagai agenda kerajaan.
Kumpulan berkepentingan akan mendominasikan proses
pembentukan sesuatu agenda. Kumpulan berkepentingan ini akan
mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan mereka dan seterusnya
memberi tekanan agar isu tersebut menjadi suatu agenda kerajaan
untuk diambil tindakan dan seterusnya memenuhi kehendak dan
kepentingan kumpulan tersebut.

Kedua-dua kumpulan tersebut saling berkaitan mengenai sesuatu isu dan


agenda.

Selain daripada itu, secara umumnya proses penetapan agenda adalah hasil
daripada tiga aliran (stream) iaitu masalah, dasar dan politik. Ini berdasarkan
teori Kingdon iaitu penetapan agenda mengandungi tiga aktiviti atau stream
yang bebas dan kadangkala ketiga-tiga aktiviti ini menuju ke satu arah dan
seterusnya mencapai agenda pihak pemerintah. Tiga bentuk aliran tersebut
ialah:
(i) Problem Stream – bermaksud masalah awam yang wujud perlulah
mampu menarik perhatian yang meluas dari pihak awam.
Seterusnya, isu yang dibincang tersebut perlulah isu yang mampu
menarik pihak pemerintah untuk diambil tindakan melalui dasar.
(ii) Policy Stream- melihat ke arah kebolehlaksanaan sesuatu dasar
dari sudut teknikal mengenai cadangan penyelesaian terhadap
masalah dan diterima oleh umum.
(iii) Political Stream – lebih melihat kepada pendapat umum, pilihan
raya yang mengakibatkan pertukaran pentadbiran atau
perubahan suasana negara dalam menentukan agenda di pihak
pemerintah.

SOALAN DALAM TEKS

4. Jelaskan DUA (2) perspektif dalam pembentukan


agenda.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.7 PERMASALAHAN DASAR

Penetapan agenda berkait rapat dengan proses penstrukturan masalah.


Permasalahan dasar merupakan satu proses mengenal pasti masalah awam
supaya ia dapat diselesaikan dengan baik. Anda juga perlu mengetahui
bentuk-bentuk masalah yang dianggap sebagai masalah awam atau masalah
37
(iii) Responden - terdiri daripada kumpulan yang akan membuat
penilaian dan menyediakan input berupa maklumat sebelum
pihak pembuat keputusan dan membuat telahan. Kumpulan
inilah yang akan menjawab soal selidik yang diedarkan oleh
pekerja.

Langkah-Langkah dalam Teknik Delphi

1. Tinjauan awal masalah yang diutarakan - Tinjauan masalah awal


ini dilakukan dengan cara menggunakan borang soal-selidik. Borang
soal-selidik tersebut dihantar kepada kumpulan responden untuk
mengetahui masalah awal mengikut persepsi mereka dan seterusnya
meminta cadangan penyelesaian masalah tersebut.

2. Soal selidik yang telah dilengkapkan - Soal-selidik yang telah


lengkap di isi oleh responden akan dikumpulkan dan dipulangkan
semula kepada kumpulan pekerja.

3. Hasil dikumpulkan dan diedarkan

39
menyelesaikan masalah di kalangan penganalisis dasar. Dengan
membandingkan masalah yang dihadapi dengan masalah yang pernah wujud
dan diselesaikan, ia dapat meningkatkan keupayaan untuk memberi
cadangan penyelesaian ke atas masalah tersebut. Terdapat empat bentuk
analogi yang boleh digunakan oleh penganalisis dalam membandingkan
masalah awam yang wujud. Bentuk-bentuk analogi tersebut ialah seperti
berikut:

1. Analogi Peribadi - penganalisis akan membayangkan bahawa diri


mereka sendiri yang menghadapi masalah tersebut. Contonhya
masalah lepak. Untuk mengetahui mengapa remaja sering lepak,
penganalisis perlu melihat latar belakang kehidupan remaja tersebut
dan seterusnya membayangkan diri kenapa perlu melepak. Malahan
penganalisis juga boleh menyertai kumpulan tersebut dengan berlepak
bersama untuk mendalami masalah tersebut.

2. Analogi Langsung - penganalisis akan mengkaji sesuatu masalah


dengan mencari perkaitan yang seakan-akan sama dengan masalah lain
yang dihadapi. Contohnya, untuk me

40
2. Mengemukakan Andaian

Pada peringkat ini setiap ahli dalam kumpulan penaggung risiko akan
memberikan hujah secara mendalam dan terperinci atas sebab-sebab
masalah-masalah tersebut diandaikan.

3. Mencabar Andaian

Pada peringkat ini kesemua andaian masalah yang telah dicadangkan akan
dinilai satu persatu-satu. Semua anggapan masalah itu akan dibandingkan
dan dinilai dengan cadangan yang diberikan. Proses ini akan dijalankan
secara sistematik dan masalah yang jauh dan tidak ada sandaran yang kuat
berkaitan agenda yang dibincangkan akan ditolak.

4. Pengumpulan Andaian

Pada tahap ini masalah yang diterima akan disepadukan secara keutamaan.
Penganalisis akan mengemukakan andaian masalah berdasarkan kategori
mengikut kepentingan secara bertolak ansur dari aspek kesannya ke atas
penanggung risiko. Matlamatnya ialah untuk menghasilkan satu set andaian
yang diterima ramai oleh juruanalisis dan juga penaggung risiko.

5. Menyepadukan Andaian

Dengan wujudnya satu set andaian yang baru ia boleh digunakan sebagai
asas untuk mengenali masalah sebenar sesuatu agenda dasar.

3.8.4 Teknik Sumbang Saran

Sabitha Marican (1997), menyatakan teknik sumbang saran adalah kaedah


penyelesaian secara kumpulan. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan
perbincangan bersama-sama mencetuskan idea yang bernas untuk mencari
penyelesaian bagi masalah tersebut. Setiap ahli kumpulan perlu “memerah
minda” dan mencetuskan pelbagai idea sebanyak yang mungkin. Proses ini
akan mewujudkan idea yang kreatif dan ahli-ahli kumpulan perlulah
bekerjasama secara padu bagi mewujudkan pelbagai idea yang kreatif.
Sebaik-baiknya bilangan ahli ialah antara empat ke sepuluh orang.

Ciri-ciri Teknik Sumbang Saran ialah:


(i) Kesemua kritikan hendaklah dihindarkan. Penilaian terhadap
idea-idea hendaklah ditahan sehingga kesemua proses
pengeluaran idea selesai.
(ii) Pemberian idea secara debad dialu-alukan. Idea yang lebih
radikal adalah idea yang dianggap lebih baik.
(iii) Kuantiti idea diutamakan dimana peserta digalakkan memberi
sebanyak mungkin idea agar lebih berpeluang menjumpai idea
yang lebih bernas.

41

Anda mungkin juga menyukai