Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM TAHUN 2018

Tarikh : 18 Julai 2018, Selasa


Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Puncak Sarjana, SMK Kangkar Pulai
Sasaran : Pelajar Sains SPM SMK Kangkar Pulai
Kerjasama : Unit Kecemerlangan SPM dan Panitia Sains SMK Kangkar Pulai

1.1 AKTIVITI

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains SPM merupakan program peningkatan


kurikulum yang diadakan di SMK Kangkar Pulai. Program yang melibatkan murid-murid
tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Sains ini adalah anjuran AJK Kecemerlangan
SPM dengan kerjasama Ketua Panitia Sains SMK Kangkar Pulai. Bengkel yang berlangsung
selama 3 jam ini diadakan di Bilik Puncak Sarjana, diadakan di luar waktu persekolahan.
Bengkel ini adalah berkaitan dengan teknik menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 yang
mengandungi aktiviti berkumpulan menjawab soalan pada kertas edaran yang dibekalkan
dan setap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring yang hadir.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada
para pelajar tentang teknik menjawab dan memahami kehendak soalan peperiksaan SPM.
Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan SPM dari
segi kualiti dan kuantiti. Penceramah yang berpengalaman yang merupakan pemeriksa
kertas peperiksaan iaitu En Muhammad Khairul Bin Jamaluddin dari SMK Taman Tun
Aminah telah dijemput untuk menyampaikan teknik dan cara menjawab soalan serta
penekanan kepada tajuk-tajuk penting kepada para pelajar.

1.2 PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program ini telah dibuat berdasarkan laporan dan pemerhatian oleh guru-guru
Sains yang terlibat. Kebanyakan guru-guru yang terlibat sepanjang program ini berpendapat
bahawa program ini Berjaya dijalankan mengikut tentatif yang dirancangkan. Para pelajar
yang datang dapat mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan
dapat berbengkel bersama dengan penceramah untuk menambahkan kemahiran menjawab
soalan. Namun begitu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tidak menghadiri bengkel ini
dengan alasan bengkel ini diadakan di luar waktu persekolahan dan masalah
pengangkutan.Oleh itu, pada tahun hadapan dicadangkan agar bengkel ini diadakan pada
waktu yang sesuai iaitu semasa waktu persekolahan.

1.3 REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM

Secara keseluruhan, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains SPM ini telah mencapai
matlamatnya kerana bilangan murid yang datang juga masih ramai . Walaupun terdapat
beberapa masalah dan kekangan seperti masa yang terhad, namun begitu, program ini telah
Berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah dirancangkan.

1.4 CADANGAN DAN PENAMBAIKAN

i) Persiapan dan perancangan yang lebih terancang perlu dilakukan supaya


bengkel ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan seperti perjalanan aktiviti
sepanjang program dijalankan.

ii) Murid-murid perlu dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lebih awal agar


pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.

iii) Mengenakan tindakan tegas terhadap para murid yang tidak menghadiri
bengkel ini supaya murid takut untuk ponteng.

1.5 PENUTUP

Keseluruhannya,Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains SPM ini telah berlangsung


seperti yang telah dirancangkan. Semoga program ini terus dijalankan sebagai aktiviti
tahunan setiap kali menjelang bulan-bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM agar
para pelajar akan lebih bersedia dan Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan dan
seterusnya dapat meningkatkan GPMP di sekolah masing-masing.

DisediakanOleh,

……………………….
(SITI ASMAH BINTI PARLAN)
Ketua Panitia Sains
SMK Kangkar Pulai

Anda mungkin juga menyukai