Anda di halaman 1dari 15

Asas Penanaman Secara Hidroponik

Berkebun ialah aktiviti yang memerlukan komitmen setiap hari untuk


memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagi kebanyakan
tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu, air perlu
diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala adalah sukar untuk
memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Namun,
penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam secara
hidroponik.

Kebanyakan tanaman sayuran memerlukan sekurang-kurangnya 2 kali siraman sehari.

Hidroponik ialah penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan


tanah. Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas konsep penanaman
secara hidroponik. Tanaman diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan
akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien
di bawah. Maka, tanaman tidak perlu disiram yang boleh menjimatkan banyak
masa dan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien.

Tanaman sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien melalui penanaman secara hidroponik.
Penanaman secara hidroponik adalah mudah dan ianya adalah permulaan yang
sesuai bagi mereka ingin mula berkebun. Selain daripada itu, hanya beberapa
barangan yang diperlukan dan bekas tanaman juga mudah untuk dibuat sendiri
contohnya daripada botol terpakai dan lain-lain. Kami juga menyediakan set
hidroponik takung yang mempunyai semua barangan yang diperlukan untuk
memulakan penanaman secara hidroponik.

Set Hidroponik Takung

RM45.00

Artikel ini akan memberikan anda kefahaman asas dalam penanaman secara
hidroponik yang boleh diaplikasi untuk pelbagai cara penanaman secara
hidroponik. Bahagian-bahagian di bawah disusun mengikut urutan langkah-
langkah untuk menanam secara hidroponik. Perkara-perkara asas berkaitan
tanaman juga diberi perhatian dan anda boleh membaca artikel-artikel yang
diberikan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. Jika anda mempunyai
sebarang persoalan atau maklum balas, sila tinggalkan di ruang komen di
bawah.

Sayur salad ditanam menggunakan set hidroponik takung Kebuna.


4 Keperluan Asas Tanaman
Tidak kira penanaman secara biasa atau hidroponik, terdapat beberapa perkara
asas yang tanaman perlukan iaitu air, cahaya, nutrien, dan udara. Oleh itu,
keempat-empat perkara ini adalah antara aspek utama di dalam penanaman.
Bahagian-bahagian di bawah akan menerangkan bagaimana untuk memastikan
tanaman hidroponik anda boleh mendapat empat keperluan asas ini dengan
mencukupi.

Tanaman yang Sesuai


Tanaman yang sesuai untuk ditanam secara hidroponik ialah tanaman jangka
masa pendek seperti sayuran dan herba. Pokok hiasan daun dan bunga yang
bersaiz kecil juga boleh ditanam secara hidroponik. Walaupun pelbagai tanaman
boleh ditanam secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan
mengikut jenis tanaman contohnya bekas tanaman untuk sayuran buah seperti
cili perlulah lebih besar berbanding sayuran daun seperti salad. Selain daripada
itu, keperluan air dan nutrien juga berbeza.

Sayur salad antara tanaman yang sesuai untuk ditanam secara hidroponik.
Bekas
Bekas tanaman hidroponik adalah terbahagi kepada dua iaitu bekas tanaman
dan bekas takungan larutan nutrien. Seperti yang disebut di atas, saiz bekas
tanaman perlulah bersesuaian dengan jenis tanaman. Bekas takungan juga
perlulah cukup besar untuk menampung penggunaan air oleh tanaman. Sebagai
contoh, bekas hidroponik di bawah boleh menampung 15 liter larutan nutrien
yang sesuai untuk lebih kurang 8 cawan sayuran daun membesar sehingga
dituai.

Cawan hidroponik dipegang oleh penutup dan larutan nutrien dalam bekas di bawah. Bekas hidroponik
takung ini sesuai untuk sayuran daun.

Cawan Hidroponik

RM0.80
Cili hidroponik DIY.

Bekas untuk tanaman hidroponik boleh dibuat daripada plastik tetapi pastikan
ianya daripada plastik yang tidak mengandungi bahan toksik seperti BPA. Jenis
plastik yang sesuai untuk membut bekas tanaman hidroponik ialah
‘polypropylene’ (PP) yang biasa digunakan untuk membuat bekas kotak
simpanan plastik. Untuk sistem hidroponik yang lebih kompleks seperti sistem
hidroponik di bawah yang menggunakan paip untuk mengalirkan larutan
nutrien kepada tanaman, plastik PVC-U, LDPE, dan HDPE sesuai digunakan.

Konsep penanaman secara hidroponik secara NFT yang digunakan untuk penanaman secara hidroponik
berskala besar.
Media
Bagi penanaman secara biasa, kebiasannya tanaman ditanam di dalam media
tanah. Tanah membekalkan utamanya air dan nutrien kepada tanaman. Selain
daripada itu, ianya juga memberi sokongan kepada tanaman dan pengudaraan
kepada akar tanaman. Perbezaan utama media tanah dan media hidroponik
ialah media hidroponik tidak perlu mengandungi sebarang nutrien kerana setiap
nutrien yang diperlukan oleh tanaman disediakan oleh larutan nutrien.

Tidak seperti media hidroponik, media tanah perlu membekalkan nutrien kepada tanaman.

Terdapat pelbagai media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara


hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini
adalah ‘inert’, bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan
mikroorganisma serta tidak terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya
media organik). Fungsi utama media hidroponik adalah untuk memegang air
dan nutrien, menyokong tanaman dan membekalkan pengudaraan yang baik
untuk akar tanaman. Walaupun begitu, penanaman sesetengah tanaman secara
hidroponik boleh juga dibuat tanpa menggunakan sebarang medium.

Media yang biasa digunakan dalam penanaman secara hidroponik.


Kangkung ditanam secara hidroponik tanpa menggunakan media.

Untuk kebanyakan tanaman, media cocopeat sesuai digunakan dan ia juga


mudah untuk didapati. Cocopeat memegang kelembapan dengan baik dan juga
mempunyai pengudaraan yang baik tetapi sebaiknya ia perlu dibasuh sebelum
digunakan kerana cocopeat mengandungi kandungan garam tinggi yang boleh
mengganggu pertumbuhan tanaman. Campuran nutrien juga mungkin perlu
disesuaikan untuk medium cocopeat dengan memberi lebih nitrogen dan
magnesium.

Karakteristik cocopeat perlu diketahui untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman terbaik.

Untuk membasuh cocopeat pada kuantiti yang rendah adalah mudah.


Masukkan cocopeat ke dalam baldi (bekas lebih kecil jika sedikit) sehingga suku
penuh dan kemudian masukkan air sehingga separuh penuh. Kacau cocopeat
dan air buat seketika dan kemudian buang air tersebut. Cocopeat perlu dibasuh
2-3 kali untuk memastikan kandungan garam cukup rendah.
Media cocopeat yang telah dibasuh diisi ke dalam bekas cawan hidroponik atau netpot.

Sumbu
Media yang digunakan atau akar tanaman perlulah sentiasa mencecah larutan
nutrien supaya tanaman boleh mendapatkan air dan nutrien. Jika tidak boleh
berbuat demikian, sumbu perlulah digunakan untuk menarik larutan nutrien
kepada tanaman. Antara benda yang boleh digunakan untuk membuat sumbu
ialah tali mop dan fabrik filter akuarium. Sumbu yang digunakan perlulah sesuai
dengan tanaman dan cara tanam kerana keupayaan sumbu untuk menarik air
adalah berbeza mengikut saiz dan material.

Sumbu digunakan untuk menarik larutan nutrien.


Semai
Cara semaian tanaman adalah bergantung kepada jenis tanaman dan media
yang digunakan. Secara am terdapat dua cara semaian iaitu semai terus ke
media hidroponik atau semai dan alih. Jika menggunakan cocopeat, sayuran
daun terus boleh disemai ke bekas tanaman. Sayuran buah seperti cili dan
terung sebaiknya disemai di dalam tray semaian dan kemudian dialihkan ke
bekas tanaman hidroponik. Cara semaian dan penjagaan diterangkan dengan
lebih lanjut dalam artikel di bawah.

Biji benih salad (terbenam sedikit) disemai di dalam media cocopeat. Air bertakung sedikit di bawah untuk
memastikan media sentiasa lembap.

Sayuran disemai di dalam tray sebelum dialihkan ke dalam tempat tanaman.


Lokasi
Bekas tanaman perlulah diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari
yang mencukupi serta terlindung daripada hujan. Tanaman perlu mendapat
sekurang-kurangnya 4-5 jam cahaya matahari terus (‘direct sunlight’) tetapi ianya
juga bergantung kepada jenis tanaman. Namun, penggunaan air adalah banyak
jika tanaman mendapat cahaya matahari terus sepanjang hari. Maka, tempat
yang sesuai untuk meletakkan bekas tanaman hidroponik adalah di bawah
pinggir bumbung supaya terlindung daripada hujan dan hanya mendapat
cahaya matahari terus dari pagi hingga tengahari.

Bekas hidroponik takung terlindung daripada hujan dan hanya mendapat cahaya terus matahari pagi di
pinggir bumbung.

Larutan Nutrien
Sekurang-kurangya 13 jenis nutrien perlu dibekalkan kepada tanaman untuk
pertumbuhan yang lengkap. Nutrien dibekalkan kepada tanaman dengan
menggunakan baja larut air atau biasa dikenali dengan nama baja AB yang
mengandungi kandungan nutrien yang lengkap. Ianya dicampur dengan air
pada kadar tertentu untuk menghasilkan larutan nutrien yang diisi ke dalam
bekas takungan larutan nutrien. Larutan nutrien ini perlu dipastikan mencukupi
kerana ianya akan berkurangan sepanjang pertumbuhan tanaman.
Nutrien-nutrien yang diperlukan tanaman.

Kadar kepekatan larutan nutrien adalah bergantung kepada umur dan jenis
tanaman. Bagi sayuran daun, kepekatan larutan nutrien tidak perlu diubah
sepanjang pertumbuhannya. Bagi sayuran buah pula, kepekatan larutan nutrien
ditingkatkan sewaktu peringkat berbunga dan berbuah. Setiap produk baja AB di
pasaran mempunyai formulasinya yang tersendiri maka kadar campuran air dan
baja AB untuk menghasilkan larutan nutrien perlulah dirujuk kepada pengeluar
produk baja AB tersebut.

AllGrower AB

RM8.00 – RM35.00
Kepekatan larutan nutrien juga boleh diukur dengan menggunakan EC meter.
Nilai kepekatan larutan nutrien yang biasa digunakan adalah dalam lingkungan
1.0-3.0mS/cm atau 1000-3000uS/cm. Walaupun EC meter berguna untuk
penanaman secara hidroponik tetapi mencukupi sahaja mengikuti kadar
campuran baja yang disarankan pengeluar. Selain daripada kepekatan larutan
nutrien, nilai pH juga penting tetapi jika menggunakan air paip, nilai pH air
adalah dalam lingkungan yang sesuai untuk tanaman. Oleh itu, EC dan pH meter
tidak wajib ada untuk penanaman secara hidroponik dan cuma penting untuk
penanaman skala besar.

EziEC EC Meter

RM60.00

Pengudaraan
Seperti yang disebut di atas, udara adalah antara keperluan asas bagi tanaman
dan akar tanaman juga memerlukan udara. Media cocopeat dan media
hidroponik lain yang disebut di atas semuanya mempunyai pengudaraan yang
baik tetapi perlu dipastikan media tidak tenggelam sepenuhnya di dalam larutan
nutrien, hanya sebahagian sahaja. Apabila tanaman membesar, akarnya juga
akan bertambah panjang maka paras larutan nutrien tidak perlu lagi mencecah
media. Biar sebahagian akar terdedah kepada udara untuk memastikan akar
tanaman boleh mendapat udara.
Akar tanaman bertambah panjang sepanjang tumbesaran tanaman.

Konsep ‘Kratky Method’.


Penjagaan
Terdapat dua perkara utama yang perlu dijaga iaitu pastikan larutan nutrien
mencukupi dan kawalan serangga perosak tanaman jika perlu. Larutan nutrien
perlu ditambah apabila ianya sudah tidak mencukupi untuk menampung
keperluan tanaman kerana apabila terlalu sedikit daun tanaman boleh menjadi
layu. Kawalan serangga perosak organik seperti minyak semambu sesuai
digunakan untuk kawalan afid, koya, dan lalat putih. Bagi ulat beluncas terdapat
juga bahan organik yang boleh mengawalnya tapi mudah juga untuk dibuang
dengan tangan.

Perosak-perosak biasa tanaman.

Nyamuk juga boleh menjadi isu dalam penanaman secara hidroponik


disebabkan air yang sentiasa bertakung menarik nyamuk untuk bertelur di
dalamnya. Satu cara untuk mengelakkan daripada populasi nyamuk bertambah
adalah dengan menukar larutan nutrien setiap 7 hari disebabkan 8-10 hari
diperlukan untuk telur nyamuk menjadi nyamuk dewasa. Larutan nutrien yang
hendak ditukar boleh digunakan untuk menyiram tanaman-tanaman yang lain.
Alternatif lain adalah dengan menggunakan ‘screen netting’ di dalam bekas
takungan seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah.
Kitaran hidup nyamuk.

Tuai
Kebanyakan sayuran daun boleh dituai dalam sebulan dari waktu semaian. Bagi
sayuran daun digalakkan untuk menukar larutan nutrien kepada air beberapa
hari sebelum dituai untuk mengurangkan kandungan nitrat di dalam daun.
Sayuran buah pula boleh dituai hasil sehingga umur 7-8 bulan sebelum perlu
ditanam baru. Sebelum menanam tanaman yang baru, sebaiknya dibasuh bekas
tanaman hidroponik daripada sebarang kotoran dan lumut. Lumut mudah
tumbuh dalam sistem hidroponik kerana larutan nutrien juga ialah sumber
makanan dan minuman baginya.

Anda mungkin juga menyukai