Anda di halaman 1dari 2

Petikan monolog olahan dari naskah La Putain Respecteuse karya Jean‐Paul Sartre.

SENATOR:
Dia memang betul. Kamu masuk ke apartmennya tanpa sebarang surat kuasa. Tanpa sebarang
kuasa. Kamu melayan dia dengan kasar dan kamu cuba memaksa dia bercakap tanpa
persetujuan dia. Itu merupakan tingkah laku yang tidak langsung menggambarkan cara Amerika.
Apakah Negro itu cuba merogol awak, anakku? Tidak? Baik. Tak bersalahan lagi. Pandang
saya... Saya pasti dia tak berbohong. (JEDA) Kasihan Mary! (KEPADA YANG LAIN) Err.. tuan‐tuan,
kita mesti bersepakat. Tak ada apa lagi yang kita boleh buat di sini. Kita mesti minta maaf
kepada Cik Lizzie. Siapa Mary? Mary? Kakak saya, emak kepada Thomas yang malang tu.
Seorang perempuan tua; perkara ini akan membunuh dia. Selamat tinggal, anakku.
(MELANGKAH INGIN PERGI TETAPI TIBA‐TIBA BERPALING) Anakku? Ya.. eh? Kenapa awak perlu
minta maaf, kalau awak sudah beritahu perkara sebenar? Tidak ada apa‐apa lagi yang boleh
dibuat oleh sesiapa pun. Dan tak ada sesiapa pun berhak menyuruh awak membuat sumpah
palsu. (jeda) Tidak. Jangan biarkan dia tukar fikiran awak. Kakak saya. Awak tak akan fikirkan
tentang dia, kan? (LIZZIE MENGANGGUK) Saya boleh lihat menerusi awak, anakku. Boleh saya
beritahu apa yang sedang awak fikirkan? (mengajuk gaya LIZZIE) "Kalau saya tandatangan,
Senator akan berjumpa dengannya dan akan berkata: Lizzie MacKay adalah seorang gadis yang
baik, dia memberikan semula anak kakak kepada kakak. Dan dia akan tersenyum sambil
menangis dan akan berkata: Lizzie MacKay? Saya tak akan lupakan namanya. Dan saya yang tak
ada keluarga, yang telah ditakdirkan terasing daripada masyarakat, saya akan mempunyai
seorang perempuan tua, tinggal di dalam rumah besarnya, memikirkan tentang diri saya. Akan
ada seorang ibu Amerika yang akan mengangkat saya di dalam hatinya." Kasihan.. Kalaulah
awak dapat tengok dia tersenyum.. dia tak akan tersenyum lagi.. Lizzie, lupakanlah. Selamat
tinggal, saya nak pergi jumpa kakak saya tu. Saya mesti beritahu dia pasal perbualan kita ni.
Lagipun dia yang minta saya jumpa awak. Cuma sebelum saya pergi, dengarkan, Lizzie.. lelaki
Negro yang awak lindungi itu, apa gunanya? Hanya Tuhan saja yang tau di mana dia lahir. Saya
dah beri dia makan dan apa yang dia buat untuk saya sebagai balasan? Langsung tak ada apa.
Dia tak bekerja, dia melepak dan menyanyi sepanjang hari; dia beli pakaian zoot dan tali leher
berwarna‐warni. Dia adalah anak saya dan saya sayang dia sebagai seorang anak. Tapi saya
tanya awak; apakah dia hidup seperti seorang manusia? Saya malah tak mungkin nampak
kematiannya. Anak yang seorang lagi, iaitu Thomas, sudah membunuh seorang lelaki kulit
hitam, yang jahat. Tapi saya perlukan dia. Dia seratus peratus bangsa Amerika, anak salah
seorang keluarga kita yang tertua; dia belajar di Harvard. Dia seorang pegawai ‐ dan saya
perlukan pegawai‐pegawai ‐ dia menggaji dua ribu pekerja di kilangnya ‐ dua ribu orang akan
kehilangan kerja kalau dia mati ‐ dia adalah seorang pemimpin ‐ satu benteng kebal untuk
menahan serangan komunisme, kesatuan kerja, dan orang hanyalah untuk hidup, d orang
Yahudi. Tugasnya an tugas awak adalah untuk selamatkan nyawanya. Itu saja. Sekarang pilihlah.
Dan sekiranya awak telah memilih, tolong tandatangan surat ini. Negro itu? Ah! Kalau awak
tandatangan, seluruh bandar ini akan menyanjung awak. Seluruh bandar. Seluruh kaum ibu di
bandar ini. Apakah awak fikir seluruh bandar ini salah? Seluruh bandar, dengan paderi dan
menteri, peguam dan pelukis, dengan datuk bandar dan ahli majlis bandaran dan semua badan‐
badan kebajikan? Awak fikir macam tu? Mari. (MEMBERI SURAT DAN PEN KEPADA LIZZIE) Nah,
macam tu Lizzie. Saya berterima kasih bagi pihak kakak saya dan anak saudara saya, bagi pihak
tujuh belas ribu penduduk berkulit putih dalam bandar kami ini, bagi pihak Uncle Sam dan
Negara Amerika yang saya wakili. Selamat tinggal, anakku. Saya akan jumpa awak lagi; kita ada
banyak perkara untuk diperkatakan bersama. (KEPADA YANG LAIN) Mari. (KELUAR)