Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/282906778

Inovasi dalam PdP BM- Permainan Bahasa- Kotak Magik

Article · July 2014

CITATIONS READS
0 31,903

1 author:

Chin Suk Mei


Open University Malaysia
4 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Chin Suk Mei on 17 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

1 KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori pertandingan ialah Kategori Individu Sekolah Rendah
TAJUK INOVASI
Kotak Magik---Permainan Bahasa (Bahasa Malaysia-Penulisan Bahagian C )
3. PENGENALAN:

3.1 Pengenalan dan diskripsi


Proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks dalam arus moden ini. Kaedah pengajaran.
Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood
(2003).Justeru, guru perlu memberanikan diri untuk berubah daripada pemikiran yang jumud dan
perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif
dan inovatif.

Sehubungan itu, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi yang saya hasilkan kali ini
dapat menepati “selera” murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang lebih relaks dan tanpa
berasa tekanan. Produk ini dihasilkan berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang
mungkin menjejaskan pencapaian mereka dalam akademik dan juga pencapaian mereka di
dalam kelas. Dalam penulisan Bahasa Malaysia bahagian C bagi sekolah Jenis Kebangsaan Cina,
murid-murid perlu membuat ulasan berdasarkan petikan yang diberi dengan tidak melebihi 40
patah perkataan. Dalam ulasan ini, murid-murid perlu menyatakan empat pengajaran atau nilai
murni serta memberi contoh berdasarkan nilai yang didapati did lam petikan tersebut. Markah
penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20%.

Kajian telah dibuat setelah analisis dan Post-Moterm dijalankan ke atas pencapaian murid dalam
Ujian Penggal II dalam bulan Oktober. Tinjauan menunjukkan seramai 6 orang mendapat
markah yang amat rendah dalam bahagian ini. Untuk mengatasi masalah ini, produk atau
pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina untuk membantu murid-murid menguasai
dalam penulisan bahagian C ini. Produk ini banyak berbantukan bahan bantu belajar dan juga
berdasarkan teori pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorism, Teori
Kontruktivisme dan Teori Humanism. Pendekatan yangdigunakan adalah seperti Pendekatan
Induktif,, Kaedah Komunikatif, Pendekatan Main Sambil Belajar, Teknik Bercerita, Teknik

1
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Latih Tubi dan juga Teknik Bersoal Jawab. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini
telah diaplikasikan sebanyak lima kali. Guru yang menjalankan aktiviti ini adalah saya sendiri.

4. OBJEKTIF, HASIL PEMBELAJARAN DAN RASIONAL


4.1 Matlamat
a. Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif yang menjejaskan pembelajaran.
b. Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

4.2 Objektif Umum


Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian murid dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu-Kertas 2 (012) Tahun 456.

4.3 Hasil pembelajaran


a. Murid-murid dapat mencapai markah yang lebih tinggi berbanding dengan pra ujian..
b. Murid-murid dapat mendapat skor sekurang-kurangnya 10/20.
c. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang tersirat
dalam pernyataan.
d. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

4.4 Rasional produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi.

a. Murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza. Murid-muird yang lebih


lambat atau lemah memerlukan program khas untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pengetahuan yang belum dikuasai.
b. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini disuaikan dengan pelbagai aktiviti
yang dapat menarik perhatian murid yang kurang memberi tumpuan dalam kelas.
c. Murid-murid diberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi sesama kawan
apabila aktiviti pembelajaran dan pengajaran diadakan.
d. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah mengambil kira murid-murid
yang tidak dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran yang sering diaplikasi di dalam
kelas. Ia juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengayaan bagi murid yang telah menguasai
kebanyakan nilai murni dalam Tahap II.
2
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

e. Pelbagai kaedah pengajaran serta teori pembelajaran diterapkan untuk memastikan murid-
murid dapat menguasai sesuatu pengetahuan secara keseluruhan.
f. Murid-murid dapat belajar dengan seronok dan dengan tanpa berasa tertekan.

5. STRATEGI DALAM MENGGUNAKAN PRODUK DAN P DAN P INI BERFUNGSI


TERMASUK CARA MERANCANG DAN MENYUSUN
aktiviti:
a. Mendapatkan laporan keputusan murid-murid dengan menggunakan Pra ujian.
b. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dengan menganalisis
cara murid menjawab ujian yang dijalankan.
c. Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
d. Merancang produk inovasi dan aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara
individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
e. Mengadakan Pasca Ujian untuk mengenal pasti peningkatan dalam pencapaian ujian dan
juga mengenal pasti keberkesanan produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini.
f. Laporan dibuat untuk disimpan sebagai rujukan.
g. Dengan menggunakan perisisan secara online (lampiran), data yang dikumpul dianalisis
dan dilaporkan dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan kerja merumus
data.

iii) Teori, pendekatan, kaedah dan teknik yang diterapkan dalam program ini

a. Teori Pemprosesan Maklumat f. Kaedah komunikatif


b. Teori Behaviorism g. Pendekatan main sambil belajar
c. Teori Kontruktivisme h. Teknik bercerita
d. Teori Humanism i. Teknik latih tubi
e. Pendekatan induktif j. Teknik nyanyian
k. Teknik lakonan

3
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

6. PENYATAAN MASALAH
Semua murid tahun 5 (kelas yang terpilih untuk menjalankan aktivitii inovasi) dapat menulis
format karangan bahagaian C iaitu format ulasan setelah murid dibimbing dengan teknik
nemonik.Walau bahaimanapun, nilai dan contoh yang disertakan adalah tidak betul atau tidak
sesuai dengan petikan yang diberikan. Masalah murid-murid tersebut ialah mereka tidak dapat
menangkap kata kunci yang akan menjemal kepada nilai daripada petikan tersebut. Masalah
mereka sama dengan masalah yang dihadapi kelas 4 dan 6.

7. KAJIAN LITERASI

Kajian oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 pula mendapati 12.6
peratus daripada 20000 orang murid tahun 1-3 di sekolah biasa menghadapi masalah
pembelajaran (Amin Salleh, Mahiran Abu Amin & Faridah Abu Hassan, 2002). Menurut Rozita
Sahimin (2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperolehi
keputusan ujian peperiksaan yang kurang memuaskan, kanak-kanak pemulihan juga
memperlihatkan ciri-ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang
terhad disamping rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
Kajian oleh Abdul Rasid Jamian (2011) telah mendedahkan pengaruh faktor-faktor yang
tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid.
Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa
rendah diri, tidak suka belajar dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini
beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan mena
rik perhatian guru dan rakan-rakan.
8. POPULASI / KUMPULAN SASARAN/ LATAR BELAKANG
Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 5 tetapi lebih memberi tumpuan kepada 6 orang
murid yang lemah di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kim Choo Seng.

8.1.1 Demografi data kumpulan sasaran atau peserta


Program ini melibatkan 6 orang murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah
berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal seperti yang tertera dalam jadual di
bawah:
4
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Jadual 1: Demografi data kumpulan sasaran atau peserta


No Masalah yang dihadapi
Peserta Jantina
1 A P -Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
-Leka dan malas
-Ingatan jangka panjang yang lemah
2 B P -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak,
cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
-Leka
3 C P -Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
4 D L -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak,
cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan
-Tiada keyakinan diri
-Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
5 E L -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak,
cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan
-Leka dan lambat
-Suka bercakap dan bergerak dalam kelas
-kurang tumpuan
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
6 F L -Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
-Leka dan malas
-Ingatan jangka panjang yang lemah

9. ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI

Sebelum pembelajaran dan pengajaran dijalankan, pra Ujian telah diadakan untuk mengenal pasti
tahap penguasan murid dan juga mengenasl pasti nilai murni yang masih belum dikuasai oleh
kebanyakan murid yang terlibat dalam program ini. Guru mendapati murid-murid tidak dapat
mengaplikasikan banyak nilai murni dengan baik. Mereka tidak dapat memberi nilai atau
pengajaran yang betul serta memberi contoh yang tepat berdasarkan petikan apabila membuat
ulasan.

5
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Kesan: Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah
pembelajaran seperti bosan, tiada minat, rasa tertekan, tidak dapat mengingati fakta atau
pengetahuan, rendah diri, diam, tidak mahu menglibatkan diri, kurang tumpuan di kalangan
murid-murid. Murid-murid kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar. Mereka kelihatan
lebih yakin walaupun sekali sekala tidak dapat memberikan jawapan yang betul dalam aktiviti
berbantukan bahan inovasi yang dihasilkan. Murid-murid juga dapat bermain dan belajar dengan
daripada kesilapan dan juga berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan lebih yakin. Murid-
murid juga dapat menyelesaikan latihan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.

10. HURAIAN INOVASI


10.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi

i) Kad Manila
ii) Pen Marker
iii) Stapel
iv) Kertas warna (boleh diabaikan)
v) Kertas lutsinar
vi) Gunting
vii) Buah catur yang dilekat dengan muka murid
viii) Serotap/Gam/Silikon
ix) Botol plastic terpakai
x) Bahan permainana kanak-kanak terpakai
xi) Cakera padat terpakai
10.2 Cara bahan digunakan
Gambar 1 Buka
Gambar 2

6
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Gambar 3 --Kotak dibuka

P1 Permainan
menyerupai
catur ular

P3

P2

1. Untuk tujuan pemulihan bagi kumpulan yang belum menguasai sesuatu kemahiran dan
pengetahun, contohnya belum menguasai suatu nilai bersama dengan situasinya, murid-
murid boleh mulakan aktiviti iaitu P1hingga P3 tanpa mengikut urutan.
2. Seorang murid dilantik sebagai penguji P1/P2/P3 melalui cabutan bertuah.
3. Penguji diberi set jawapan sebagai rujukan.
4. Penguji perlu mencatat markah yang diperoleh murid yang bermain ke dalam buku yang
dibawa bersama murid tersebut.
5. Murid yang lain boleh bermain secara bergilir-gilir.
6. Masa ditetapkan untuk setiap permainan.
7. 2 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan yang betul.
8. Untuk jawapan yang salah, penguji perlu memberi jawapan iaitu nilai atau situasi yang
betul, murid perlu membaca nilai dan situasi tersebut supaya dapat belajar walaupun
membuat silap.

7
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

9. Guru menetapkan masa untuk setiap permainan mengikut kebolehan kebanyakan murid-
murid dalam kelas tersebut atau
10. Masa yang ditetapkan bolehlah sama untuk setiap aktiviti. Murid akan diberi markah
dengan menjawab soalan sekadar yang mampu,
11. Guru pula akan menjadi pemerhati dan penjaga masa dan boleh meniup wisel apabila masa
telah tiba, murid pula akan tukar ke permainan yang seterusnya.
12. Huraian P1 (Permainan 1)
12.1 Dalam P1, murid diberi kad situasi (hijau) dan kad nilai (merah jambu). Murid
dikehendaki mengelaskan situasi berdasarkan nilainya.
12.2 Sebanyak 16 markah yang boleh dikumpul jika murid mampu memberi semua
jawapan yang betul.
Gambar 4: P1 (Permainan 1)

P
1

13. Huraian P2 (Permainan 2)


Gambar 5: (Permainan 2)

8
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

13.1 Dalam P2, murid dikehendaki memutar cakera padat.

13.2 Murid dikehendaki menjawab soalan yang dikena oleh anak panah merah tersebut.

13.3 Murid diberi 5 minit untuk bahagian ini. Murid akan diberi markah berdasarkan
jumlah soalan yang mampu dijawab dalam masa yang ditetapkan.

13.4 Guru boleh meletakkan jawapan di sebelah untuk memudahkan murid.

14. Huraian P3 (Permainan 3)


Gambar 6

Ikhlas

14.1 Untuk P3, pemain dikehendaki memutar “tangan” “televisyen manual” tersebut dan
padankan gambar yang betul berdasarkan nilai yang diberikan.

14.2 “Tangan” pertama digunakan untuk memutar gambar ke atas manakala yang kedua
akan memutar gambar ke bawah.

15. Aktiviti ini perlu dijalankan beberapa kali supaya murid dapat menguasai pengetahuan dan
disimpan sebagai ingatan jangka panjang.

16. Murid-murid juga boleh menjalankan aktiviti tanpa bantuan guru. Ia juga dapat dijalankan
secara berpasangan iaitu seorang akan menjadi penguji dan seorang lagi bermain.

17. Untuk aktiviti pengayaan dan pengukuhan bagi kumpulan yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahun, murid boleh bermula dari catur yang menyerupai ular catur
seperti gambar 7 di bawah.

18. Putar ayak dan gerakkan catur. Apabila catur mengena nombor yang ada tertulis P1/P2/P,
murid kena menjalani ujian atau latihan yang juga berbentuk permainan.

19. Jika catur terkena nombor yang ada tertulis “lagu 1/2/3”, murid kena menyanyi lagu yang
diubahsuai dengan menggunakan situasi dan nilai yang dilekat bersama kertas catur di
sebelah nombor tersebut. (Guru boleh tulis di atas kad manila)

9
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Gambar 7

Buah
Catur
Yang
dilekat
muka
murid

10
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

11. KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI

Inovasi ini melibatkan kos yang sangat rendah. Bahan kitaran semula telah seperti botol
plastik terpakai, bahan permainana kanak-kanak terpakai, cakera padat terpakai, botol
terpakai telah digunakan.Bahan seperti kertas warna boleh diabaikan untuk menghasilkan
produk ini.
Kos bahan wajib bagi menghasilkan inovasi adalah seperti berikut:

i) Manila kad : RM1.00


ii) Kertas Lutsinar : RM1.00
iii) Pen Marker : RM2.00
iv) Gunting :RM1.50
v) Buah catur dan ayak :RM 1.20
vi) Silikon : RM2.00
Jumlah : RM8.70

12. KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Semua murid yang terlibat telah lulus Ujian Pasca yang mengandungi soalan 35 jenis nilai
murni selepas aktiviti ini dijalankan sebanyak lima kali. Semua murid telah mencapai
peningkatan setelah selesai menjalankan pembelajaran dan pengajaran inovasi yang berpusatkan
muridini. Keputusan daripada ujian t test, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual . Peningkatan
pelajar juga boleh dibezakan daripada statistik yang dipaparkan dalam Jadual 1, perbezaan min
dan sisihan piawai antara Ujian Pra dengan ujian Pasca juga ditunjukkan di jadual 2 di bawah
iaitu:
Min skor ujian selepas program inovasi (M = 57.66667) adalah lebih tinggi berbanding sebelum
ini program ( M = 21) dengan sisihan piawai 5.89915 dan 7.52773.

11
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

Jadual 1: Keputusan Pra Ujian (sebelum menjalankan aktiviti inovasi) dan


Pasca Ujian (selepas program inovasi)

No Pra Ujian Pasca Peningkatan/


Peserta Jantina Ujian Penurunan
1 A P 20 60 + 40
2 B P 16 50 + 34
3 C P 32 68 + 36
4 D L 20 62 + 42
5 E L 16 48 + 32
6 F L 22 58 + 36

Jadual 2: skor Pra Ujian (sebelum menjalankan aktiviti pemulihan) dan Pasca Ujian
(selepas pemulihan)

Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, guru subjek matematik telah mengatakan
bahawa kebanyakan murid yang telah menjalankan aktivit inovasi ini memperlihatkan sikap
yang lebih positif dalam kelas. Mereka memberi respon dan menunjukkan minat dalam
pembelajaran dan pelajaran. Guru muzik juga menyatakan 2 orang murid iaitu Cindy dan Siaw
Hui memujuknya supaya mengizinkan mereka berdiri di barisan pertama samasa bertanding
dalam Action Song dalam sekolah.

Ini menunjukkan produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini bukan sahaja telah
meningkatkan pencapaian mereka dalam bahagian C penulisan nilai murni Bahasa Malaysia
bahkan juga dapat menyemai sikap yakin dalam diri murid-murid. Daripada pemerhatian kelas,
analisis data dan temu bual dengan guru subjek dan guru kelas, penulis mendapati murid-murid
memang telah meningkat dalam pencapaian mereka dari segi akademik mahupun sikap dan
minat terhadap pelajaran. Kaedah teknik dan teori serta falsafah yang diaplikasikan dapat
merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dan seterusnya dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Sehubungan itu, Roselan (2003) menyatakan

12
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

bahawa, interaksi lisan sebagai alat P&P yang dimiliki secara semula jadi, guru seharusnya
memanfaatkannya secara berkesan.

Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah, produk dan pengajaran dan pembelajaran
inovasi ini mampu untuk menyemai sikap dan nilai seperti yakin, mempunyai daya kepimpinan
dalam diri mereka dan nilai inilah yang akan membawa kejayaan mereka pada masa yang akan
datang.

13. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN

Produk ini sesuai digunakan guru Tahun 456 bahkan juga kelas KSSR kerana murid-murid

terdapat aspek nilai murni dalam silabus Kelas KSSR Bahasa Malaysia contohnya Tahun 3.

Teknik P dan P ini sesuai digunakan oleh guru yang mengajar dari pendidikan Pra wahal

peringkat menengah. Maklumat, lukisan yang berbentuk softcopy seperti latihan dan permainan

yang menyerupa catur ular dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet.

14. KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI

Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini amat unik kerana belum ada produk yang
serupa ini dihasilkan sebelum ini. Selain itu, ia juga tidak susah dibina, berkos rendah dan boleh
diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Ia juga dibina berdasarkan keperluan murid dari segi
psikologi, mental dan fizikal. Ia juga mampu untuk melahirkan murid yang aktif, bekeyakinan,
bermaya, mempunyai daya kepimpinan dan dapat bersosial, berinteraksi dan berkomunikasi
dengan rakan dan guru. Murid-murid juga boleh menggunakan produk ini semasa ketiadaan
guru contohnya pada waktu rehat kerana murid yang menjadi penguji boleh menguji dan
mencatat markah yang diperolehi oleh kawan.

15. KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan kaedah dan teknik mengajar yang kreatif dan
berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi
13
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

akan merangsang pelajar untuk belajar. Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan
sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha
untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan merancang teknik
mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Rajesvari, (2008) juga
mengatakan dalam kajiannya bahawa dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran diubah
suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran .
Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai tahap
pengetahuan yang berbeza untuk memudahkan pelajar memahami pengajaran guru . Sehubungan
itu, murid yang lemah mesti diberi pemulihan seperti mana yang dinyatakan oleh Ab. Rahman,
et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program
pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selepasa tinjauan dijalankan, produk atau
pengajaran dan pembelajaran inovatif ini bukan saja dapat membantu murid-murid yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran, ia juga boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dan
pengayaan bagi murid yang telah menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran.

16. RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008.) Keupayaan Kemahiran Membaca
Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar
Bandar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rasid Jamian.( 2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu

Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar .Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12Abdul
Wahab Mat. 1995.
American Psychological Association. (2007).APA Dictionary of Psychology
Washington, DC: Author
.Anuar Abdullah.( 1990).Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri
Pelajar Dengan Pencapaian Akademik . Projek sarjana yang tidak diterbitkan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia
Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dankeberkesanan

14
Inovasi dalam Pembelajaran Kotak Magik---Permainan Bahasa by Chin Suk Mei is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2014

program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar.


Prosiding Seminar KajianTindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua
. m.s 83-86.
Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhDthesis.
University of Warwick
Yahya, 2011. "Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal
Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru." Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru. N.p., n.d. Web. 26 Nov. 2013.

15

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai