Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERMOHONAN
SEBUAH MESIN FOTOSTATE

UNIT HEM
SMK KANGKAR PULAI
PENGENALAN

Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang


penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan
mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan
murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah,
pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang
lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Hal-Ehwal Murid (HEM)
telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru
besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina,
pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan
kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya pelajar-
pelajar. Justeru itu, bagi melancarkan peranan Jawatan kuasa HEM segala
bentuk maklumat perlu di dokumentasikan dan sehubungan itu unit HEM
sangat memerlukan alat bantu ( mesin fotostate ) untuk membuat salinan
dokumen-dokumen tersebut supaya mudah untuk difailkan sebagai satu
sumber rujukan akan datang.

TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon sebuah


mesin cetak ( mesin fotostate ) di letakkan di bahagian unit HEM SMK
Kangkar Pulai.

MATLAMAT

Melancarkan tugas-tugas pendokumentasian unit HEM bagi sumber


rujukan akan datang.
OBJEKTIF

1. Memudahkan proses membuat salinan surat –surat amaran salah laku,


borang ponteng dan dokumen-dokumen penting jawatan kuasa HEM.

2. Mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh unit HEM


terutamanya dalam pengurusan disiplin sekolah.

3. Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan unit HEM.

KUMPULAN SASARAN
Jawatan Kuasa unit HEM SMK Kangkar Pulai

TARIKH DIPERLUKAN
Segera

TEMPAT
Bilik Disiplin , Unit HEM SMK Kangkar Pulai

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh :

Setiausaha Unit HEM


SMK Kangkar Pulai

Anda mungkin juga menyukai