Anda di halaman 1dari 4

Peranan dalam Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja

Masyarakat
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada
remaja. Remaja kini semakin hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh dan
terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat dan budaya kuning. Mereka mudah
hanyut 漂流 mengikut arus. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara
mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan
dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan
muafakat. Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk
menangani kemelut sosial yang kian berleluasa dalam kalangan remaja kita kerana masyarakat

merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi


segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja .

Isi 1 —— mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita
perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai
contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam
gejala menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan
mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa
mereka.- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang.

Isi 2 —— aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan -


contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila aktiviti berfaedah seperti itu
dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak muda
berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman
perumahan mereka

Isi 3 —— orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi
oleh anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak
senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda
yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.
Isi 4 —— menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran
dalam kehidupan mereka - berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja -
menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada
remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan – tidak terbabit dalam pelbagai
fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga - sama-sama
membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja
dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda
mereka itu.

Konklusinya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam


kancah sosial, pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua
strategi yang dirancang harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak
alasan lagi. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menyelesaikan
masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan
pemimpin masa depan kelak 闪闪烁烁.

Kegagalan untuk menyelesaikan polemik(报章杂志上的)论战,笔战 ini secara


rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu
masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana
globalisasi kini.
Kerajaan

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani
permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam
negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal
undang-undang.

Seterusnya, peranan kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Hal ini


disebabkan kebanyakan remaja yang berkumpul tanpa membuat aktiviti berfaedah menjurus
ke arah aktiviti tidak bermoral seperti merempit. Justeru itu, jika remaja merempit
tertangkap,  remaja berkenaan perlu diberi hukuman yang setimpal seperti duduk dalam
penjara selama dua hari tiga malam dan membuat kerja-kerja khidmat masyarakat selama
sebulan. Impak dari tindakan pihak berkuasa yang membuat pemantauan secara berkala
pasti mengurangkan aktiviti remaja merempit. Selain itu, dapat melahirkan rasa gerun
kepada semua remaja yang terlibat.  Jelaslah bahawa jika kerajaan dapat menguatkuasakan
undang-undang secara berterusan, saya yakin masalah sosial dalam negara ini dapat
dikurangkan bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sejurusnya, kerajaan juga boleh menganjurkan dan melaksanakan program kesedaran


berkaitan masalah sosial di dalam kalangan remaja. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa
cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan yang panjang. Tamsilnya, pelbagai
aktiviti boleh dilakukan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada remaja seperti
merempit (pameran kemalangan jalan raya) dan kesan penagihan dadah (pameran kesan
penagihan dadah, jenis-jenis dadah). Aktiviti sampingan lain termasuklah mengadakan
ceramah. Kesan kempen secara berterusan pasti dapat mendidik pengunjung menjauhi diri
dari perkara yang menjurus melahirkan masalah sosial remaja.

Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh
pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.
Sekolah

Sekolah adalah sebuah institusi yang disediakan oleh kerajaan sebagai tempat untuk
mendidik, membina tingkah laku positif remaja dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah. Remaja ke sekolah bukan sahaja untuk mengejar ilmu demi kejayaan masa depan
tetapi juga untuk membentuk sahsiah positif dari segi kepimpinan, ketrampilan dan
keberadaban mereka terutama dalam mendepani dunia luar yang lebih mencabar. Dalam
aktiviti kurikulum, nilai-nilai murni telah merentasi intipati semua mata pelajaran yang
disediakan. Manakala aktiviti kokurikulum pula, semua murid perlu mempelajari semua
aspek insaniah.

Di samping itu, sekolah menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar bermasalah. Setiap
sekolah telah dibekalkan dengan pegawai kaunselor yang berpengalaman dalam
mendengar dan menangani permasalahan pelajar dari segi sahsiah di dalam sekolah.
Tindakan dari awal perlu dilakukan jika kita mendapati pelajar telah menunjukkan sikap-
sikap negatif dalam sekolah agar tidak dibawa keluar.

Jika mendapat kes, pihak kaunselor perlu bertindak membuat sesi kaunseling kepada
remaja berkenaan sama ada secara personal atau berkelompok dalam bilik khas yang telah
ditetapkan secara berhati-hati bagai menarik sehelai rambut dalam tepung menyentuh
kesan-kesan tingkah laku negatif pada masa depan pelajar.

Sejurusnya, sekolah mengadakan tindakan koperatif bersama PIBG menangani masalah


sosial remaja dari dalam dan luar sekolah. Program Sarana Ibu Bapa telah diwujudkan untuk
membantu sekolah jika sekolah mengalami masalah kewangan dan masalah hubungan ibu
bapa dengan pihak sekolah, Dalam hal ini, PIBG menjadi penyatunya. ertemuan yang lebih
kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka
dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT
TINGGI-TINGGI”

Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar mereka
daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan sesetengah guru seharusnya tidak
dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para
guru juga harus peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta
menasihati mereka secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu
dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai