Anda di halaman 1dari 20

Pengurusan Kelas Khas 1

1.0 Pengurusan Kelas Khas

Menurut Cegelka dan Berdine (1995) penyusunan fizikal bilik darjah boleh
mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.Ia boleh menambah atau
mengurangkan masa yang ditumpukan terhadap pembelajaran secara aktif dan
kekerapan kejadian masalah tingkah laku.

Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat


minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik
darjah yang paling berkesan ialah dimana hanya 5% – 13% daripada masa
keseluruhan di gunakan untuk persediaan bahan bantu mengajar.

1.1 Model Hewett

1.1.1 Definisi

Menurut Hewett, tingkah laku murid dipengaruhi oleh keperluan dan


kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang
mesra, kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat,
menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui serta
perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan
mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku


menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku
sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang
individu.

”Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku
suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku
baru jika individu itu diberi pengajaran.”
Pengurusan Kelas Khas 2

1.1.2 Kelebihan
Model Hewett mementingkan keperluan murid untuk bertindak balas
terhadap sesuatu yang tidak diketahui (menyiasat, menganalisis dan
menjelaskan). Menggunakan model ini sebagai salah satu kaedah
pengajaran dapat membantu meningkatkan motivasi murid-murid untuk
mengikuti pengajaran dengan bantuan internet dan bahan interaktif
yang menarik.
Selain itu, pendekatan ini juga dapat menggalakkan murid-murid
belajar secara kaedah inkuiri penemuan dengan membuat penerokaan
dalam pencarian sumber maklumat yang ditugaskan oleh guru di
samping melengkapkan murid-murid dengan kemahiran menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

1.1.3 Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan

Model ini perlulah dilaksanakan oleh guru yang mempunyai kemahiran


yang fleksibel dalam pelbagai bidang. Guru yang tidak mahir dalam
penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama untuk
menjayakan kaedah ini. Selain itu, murid akan mengambil kesempatan
ini untuk meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada
pengawasan dari guru. Guru juga akan menghadapi masalah dalam
mengawal tingkah laku murid jika guru terlalu mengikut kehendak
murid.

Model Hewett sesuai dijalankan untuk mengajar murid-murid


menggunakan teknologi yang terkini untuk mencari maklumat. Isu-isu
yang timbul bagi model ini ialah bilik pemulihan khas tidak
dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi seperti komputer dan kemudahan internet yang
mencukupi.
Pengurusan Kelas Khas 3

1.1.4 Cadangan

Kelemahan yang dihadapi oleh guru-guru iaitu guru tidak cekap


menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah
dengan menghantar guru-guru ke kursus atau bengkel untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran yang terkini yang melibatkan
penggunaan teknologi yang terkini.

Selain itu, bagi murid-murid yang mengambil kesempatan untuk


melayari laman sesawang yang tidak sesuai boleh diatasi dengan
pihak sekolah perlulah menyekat laman-laman sesawang yang tidak
sesuai dilayari oleh murid-murid terlebih dahulu.

Di samping itu, bagi isu kelas pemulihan khas tidak dilengkapi


dengan kemudahan-kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
yang lengkap boleh diselesaikan dengan guru pemulihan khas boleh
meminta peruntukkan kewangan dari panitia-panita lain untuk membeli
kelengkapan tersebut atau guru pemulihan khas boleh menggunakan
bilik akses yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang lengkap
jika guru ingin menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kemudahan tersebut.

1.2 Model Montessori

1.2.1 Definisi

Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di


Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah
menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah
menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria
Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan
kanak-kanak.Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace
Prize” sebanyak tigs kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan
1951.Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih
Pengurusan Kelas Khas 4

diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di


Amsterdam, Netherlands sehingga kini.

Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak-


kanak diperingkat awal lagi. Menurut Montessori, kanak-kanak akan
menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila
mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah
mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum
kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsep yang dikemukakan
oleh Montessori adalah seperti berikut:

i. Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah


menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria
mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah
disokong oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz
(2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat
pendidikan sebagai satu proses yang berkembang
serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak
yang belajar melalui persekitaran dan
mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan
sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa
hadapan.

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan


didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya
merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.
Pengurusan Kelas Khas 5

ii. Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan


bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan
kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan
pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan
konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka
memerlukannya.

Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi


seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala
aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah
disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan
oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik
komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian.

Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh


menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di
mana kanak-kanak belajar tanpa disedari.Pendapat
Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz
(2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat,
masa atau perhatian yang diberikan terhadap sesuatu
aktiviti oleh penjaga kanak-kanak, mungkin akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut merasakan perkara
itu adalah lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah
sebaliknya.

iii. Belajar melalui aktiviti bermain

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain


adalah satu keperluan.Melalui bermain kanak-kanak
dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali
sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat
Pengurusan Kelas Khas 6

Montessori, apabila seseorang kanak-kanak itu bermain,


secara tidak langsung mereka dapat belajar dan
mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila
melalui proses pembelajaran yang menarik dan
bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain
merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan
juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak
langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak
melakukan aktiviti yang kreatif.

Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan


pandapat yang hampir sama dengan pendapat
Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak-kanak yang
membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan
persekitaran mereka akan membina beberapa
sambungan pada otak kanak-kanak tersebut. Pernyataan
ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak
kanak-kanak akan turut berkembang dan secara tidak
langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk
menjadi lebih kreatif.

iv. Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak-kanak yang


berusia enam tahun dan ke bawah mempunyai minda
yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak-
kanak yang berumur enam tahun dan ke atas.Tempoh
masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu
merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk
mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini,
kanak-kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan
pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing
untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran
Pengurusan Kelas Khas 7

yang tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling


sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran.Tempoh tersebut dapat dikesan apabila
kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi
mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa
menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati
dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran.

Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952)


dalam Azizah Lebai Nordin (2002), turut menyatakan
bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif,
kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku
dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa
biasa.Ahli pendidik awal kanak-kanak menamakan masa
sensitif ini sebagai kesediaan (readiness).Selain daripada
model- model kurikulum Maria Montessori yang telah
dibincangkan, terdapat juga teori yang dikemukakan oleh
Maria Montessori iaitu teori interaksi.

v. Teori Interaksi

Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak


formal dapat dihasilkan bukan sahaja dari interaksi
dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya.
Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat
menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri
kanak-kanak tersebut.Selain itu, teori interaksi ini juga
dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi
sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal
kanak-kanak.

Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009),


turut mempunyai pendapat yang hampir sama dengan
Pengurusan Kelas Khas 8

Montessori iaitu bagi beliau, kanak-kanak belajar melalui


interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat.
Semakin ramai orang yang kanak-kanak tersebut
berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan
dipelajarinya.

Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar


seperti:

i. Pink Tower
ii. Brown Stairs
iii. Red Rods
iv. Cylinder Block
v. Smelling Jar
vi. Baric Tablets
vii. Latihan Mengecam Warna
viii. Sound Boxes
ix. Temperature Jugs
x. Pelbagai Jenis Kain

1.2.2 Kelebihan
Model Montessori ini mempunyai kelebihan di mana murid disediakan
dengan kaedah dan peralatan yang sesuai dengan masalah
pembelajaran yang dihadapinya. Di samping itu, model ini
mengutamakan latihan daya pengelihatan, pendengaran dan sentuhan
di mana murid dapat lebih mengenali sesuatu pembelajaran dengan
lebih mendalam.Model ini juga turut menekankan perkembangan
individu secara menyeluruh iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi dan juga
intelek.
Pengurusan Kelas Khas 9

1.2.3 Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan


Model ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu kaedah ini tidak sesuai
digunakan untuk semua murid dalam satu-satu masa pengajaran.
Guru tidak mempunyai bahan bantu belajar yang benar-benar
sesuai bagi setiap masalah yang dihadapi oleh setiap murid.

1.2.4 Cadangan

Guru perlulah membahagikan murid-murid mengikut kumpulan yang


tertentu seperti kumpulan yang bijak, sederhana dan lambat. Bagi
setiap kumpulan tersebut, murid-murid perlulah mempunyai tahap
kemahiran dan kelemahan yang hampir sama supaya guru boleh
menyesuaikan kaedah pengajaran dan bahan bantu belajar mengikut
kumpulan.Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang
murid, guru perlulah menjalankan Ujian Diagnostik kepada setiap
murid.

1.3 Stesen

1.3.1 Definisi

Model Stesen merupakan satu pendekatan alternatif yang digunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran. Model ini dimulakan pada tahun
2002 dengan projek perintis dibeberapa buah sekolah rendah di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran


Malaysia (2003), model stesen ialah bilik atau sudut dimana
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik
dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-murid di
Pengurusan Kelas Khas 10

beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar


sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran model ini memberi penekanan


kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan,
kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada murid.

Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan


pembelajaran disediakan berasaskan empat bidang dalam Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu Bidang Pengurusan
Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai Murni
dan Bidang Sosial,Riadah dan Kerohanian.

Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran,


kerjasama dari Guru Besar sekolah, penyelaras program, guru
pemulihan khas dan ibu bapa diperlukan.Dalam konteks ini, Guru
Besar merupakan orang yang diamanahkan dan
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang
kondusif.

Guru pemulihan khas dipertanggungjawab menguruskan dan


menceriakan stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang
sesuai untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan berkesan.

1.3.2 Kelebihan

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid


mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen
pembelajaran.Lebih banyak aktiviti dikendalikan diperingkat sekolah
rendah berbanding dengan peringkat sekolah menengah.

Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983) dibeberapa


buah sekolah rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis
Pengurusan Kelas Khas 11

aktiviti yang berlainan dijalankan dalam stesen–stesen pembelajaran


seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan, pembelajaran
koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,
pertandingan, projek seni dan sains.

Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen


pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti
pembelajaran dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur.Model
ini juga boleh mengurangkan gangguan dan bising, memperbaiki kualiti
interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid
menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik malahan boleh
mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa
mereka menjalankan tugas.

Kelebihan menjalankan model stesen turut diperlihatkan dengan


objektif kaedah ini iaitu:

i. Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses


pembelajaran

ii. Murid lebih berminat untuk belajar

iii. Murid belajar dalam suasana kondusif

Berdasarkan satu kajian oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris


(UPSI) mengatakan bahawa dengan kaedah stesen:

i. Pembelajaran murid lebih bermakna dengan bahan bantu


mengajar dalam stesen;
ii. Kaedah stesen membantu membuat persiapan yang
lebih terancang dan lebih mudah;
iii. Guru mempunyai rasa sepunya terhadap stesen masing-
masing;
iv. Guru hanya perlu menyediakan bahan bantu mengajar
untuk bidang disiplin yang berkenaan;
Pengurusan Kelas Khas 12

v. Guru dapat membina satu bentuk pengajaran dan


pembelajaran yang berturutan dan berterusan;
vi. Kaedah stesen membolehkan murid berasa gembira dan
berminat untuk belajar distesen masing-masing;
vii. Kaedah stesen menggalakkan mobiliti murid-murid dan
viii. Kaedah stesen membolehkan murid mengenali semua
guru.

1.3.3 Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan

Murid-murid akan hilang tumpuan kerana guru yang tidak cekap


menguruskan murid-murid akan menyebabkan murid-murid
melebihkan bermain daripada memberi tumpuan terhadap belajar.

Guru menghadapi masalah kekurangan ruang bilik darjah untuk


mewujudkan kesemua stesen.

1.3.4 Cadangan

Guru perlulah memperuntukkan masa dengan bijak supaya murid-


murid tidak hilang fokus terhadap pembelajaran. Contohnya, guru
menetapkan murid-murid boleh bermain selama 10 minit sahaja.Selain
itu, guru boleh meminta jasa baik Guru Besar untuk mencari alternatif
dalam mewujudkan stesen-stesen dan bilik darjah yang diperlukan
perlulah dikemaskini sebelum persekolahan bermula.

1.4 Kiosk
1.4.1 Definisi

Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence


yang diasaskan oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa
manusia mempunyai pelbagai kecerdasan.Kecerdasan ini merangkumi
Pengurusan Kelas Khas 13

pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud


dalam diri seseorang individu.

Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan


bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran
adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring
dengan tahap kecerdasan individu itu.

Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi


pendidikan, pengalaman dan persekitaran.Sehubungan dengan
konsep kepelbagaian, kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk
kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.Melalui
pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih
mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam
keadaan bosan atau rehat.

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk


Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang
alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.Kiosk
ini membolehkan guru mengajar murid-murid tentang kemahiran
kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,ruang,warna dan
garisan.Antara cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kiosk ini ialah
menggunting, menampal dan mewarnakan huruf pada gambar,
melukis danmencantum gambar serta menerangkan arah ke sesuatu
tempat. Bahan bantu belajar yang perlu disediakan di kiosk ini ialah
gambar, abjad getah, jigsaw puzzle,maze dan buku bergambar.
Pengurusan Kelas Khas 14

Gambar 1: Kiosk Visual/Ruang

Kiosk Matematik ialah ruang belajar dan mengajar yang


menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah
kompleks atau matematik.Melalui kiosk ini, murid dilengkapkan dengan
kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah
serta memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat
serta kebolehan menjangka.Antara cadangan aktiviti yang boleh
dijalankan adalah mengeja perkatan berdasarkan sukukata dengan
simbol matematik dan mengira jumlah harga barang. Guru boleh
menggunakan bahan bantu belajar seperti kad nombor, alat
pembilang, dekak-dekak, kad Domino dan kad perkataan untuk
membantu murid belajar dengan lebih bermotivasi.

Gambar 2: Kiosk Matematik


Pengurusan Kelas Khas 15

Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar dan mengajar


yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan
juga murid yang suka bertutur. Murid boleh didedahkan dengan
kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain dengan menjalankan aktiviti bermain kuiz,menyampaikan
maklumat dan bermain jual beli dengan bantuan bahan bantu belajar
seperti kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambar dan bahan untuk
aktiviti jual beli.

Gambar 3: Kiosk Interpersonal

Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar dan mengajar secara


individu.Di kiosk ini, murid dilengkapkan dengan kebolehan memahami
diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat serta kehendak
diri. Guru boleh menjalankan aktiviti jurnal, duduk bersendirian
membuat refleksi diri, catat kenangan atau perasaan dan membuat
projek berbentuk arahan kendiri dengan bantuan komputer, kad-
kad(huruf, perkataan dan ayat) serta buku cerita dan lain-lain
Pengurusan Kelas Khas 16

Gambar 4: Kiosk Intrapersonal

Kiosk Bahasa ialah ruang belajar dan mengajar yang


menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pendedahan kepada
murid-murid dengan kebolehan menggunakan kata-kata secara
berkesan dalam lisan dan penulisan. Guru boleh menjalankan aktiviti
mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan membuat
teka silangkata. Bahan bantu belajar yang boleh digunakan ialah kad
huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad ayat dan kad bacaan, pita
audio, permainan Sahiba, silangkata dan lain-lain.

Gambar 5: Kiosk Bahasa

Kiosk Kinestatik ialah ruang belajar dan mengajar yang


menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti
Pengurusan Kelas Khas 17

pengajaran dan pembelajaran.Kiosk ini memberi pendedahan kepada


murid-murid tentang kebolehan menggunakan badan untuk
menyatakan idea,perasaan dan menyelesaikan masalah dengan
menjalankan aktiviti menulis abjad di kad tebuk menggunakan jari,
berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan bermain karom bahasa.
Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan ialah kad tebuk,
bola, doh dan plastecine

Gambar 6: Kiosk Kinestatik

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar dan mengajar yang


menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam
menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan dilengkapkan
dengan kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhan,galian
dan binatang, termasuk batu- batan dan pelbagai flora dan fauna
dengan menjalankan aktiviti seperti melabel anggota badan, menulis
nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batu-batan
dan lain-lain dengan bantuan gambar, carta haiwan dan tumbuhan,
model haiwan dan akuarium
Pengurusan Kelas Khas 18

Gambar 7: Kiosk Alam Sekitar

Kiosk Muzik ialah ruang belajar dan mengajar yang


menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dilengkapkan
dengan kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan
mengenal lagu mudah,membeza atau mengubah rentak dan tempo
dalam melodi yang mudah dengan menjalankan aktiviti mengeja
perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan
memperdengarkan muzik semasa belajar dengan bantuan radio, VCD,
alat muzik sebenar atau ciptaan dan pita rakaman.

Gambar 8: Kiosk Muzik


Pengurusan Kelas Khas 19

Kiosk Pengamatan merupakan kiosk yang ditambah di dalam


bilik pemulihan khas.Ruangan ini diwujudkan bagi menguji
pengamatan deria mata dan pergerakan tangan murid serta melatih
pergerakan tangan sebagai asas penulisan dan mengecam
gambarajah,saiz serta bentuk dengan bantuan kotak berisi pasir,
gambar atau bentuk-bentuk, lembaran kerja maze dan menyambung
titik.

Gambar 9: Kiosk Pengamatan

Bilik pemulihan khas boleh disusun atur seperti gambar di


bawah:

Gambar 10: Pelan Susun Atur Model Kiosk


Pengurusan Kelas Khas 20

1.4.2 Kelebihan
Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Pemulihan
Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai
untuk dilaksanakan.Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa
kepelbagaian suasana pembelajaran.Pendekatan kiosk juga memberi
peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta
kreativiti mereka.
Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru, murid
sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Murid-murid
pemulihan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran
akademik mungkin lebih cenderung untuk belajar kepada kesesuaian
kecerdasan dan minat mereka.

1.4.3 Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan

Suasana disiplin murid akan menjadi disiplin yang negatif sekiranya


kawalan kelas oleh guru tidak dijalankan dengan baik dan murid gagal
mendengar arahan guru untuk beralih menggunakan kiosk lain kerana
hanya minat kiosk yang tertentu sahaja. Isu yang biasa terjadi untuk
model kiosk ini ialah kekurangan ruang dan bahan bantu belajar yang
sesuai.

1.4.4 Cadangan

Guru perlulah menetapkan masa bagi setiap kiosk supaya murid tidak
tertumpu pada kiosk yang tertentu sahaja. Guru juga perlu bijak
menyusun atur kelas supaya ruang-ruang kiosk tidak menganggu
ruang pengajaran dan pembelajaran. Guru pemulihan khas khususnya
perlulah memperjuangkan hak untuk mendapatkan bilik darjah yang
sekurang-kurangnya berkeluasan dua bay. Guru pemulihan khas juga
perlu kreatif dalam membina bahan bantu belajar murid-murid dengan
usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.