Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendidikan adalah suatu usaha berterusan bermaksud pendidikan merupakan satu proses
pemerolehan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara
berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Jadi, pendidikan yang bermula dari awal
kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan
umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus
berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu
masih juga perlu untuk meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh
itu, proses pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan
diri dengan pelbagai perubahan.
Perkembangan potensi individu pula bermaksud setiap individu telah pun dianugerahkan
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini
sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkannya. Melalui
interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat,
potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan
pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan
mereka.
Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula
ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya
1
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.
Sekurang-kurangnya, perkembangan bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi
keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai
ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlak yang
terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah
seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan
juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam
menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan
pelbagai masalah dengan baik.
Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain
itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar.
Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu
untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.
Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah
bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan
nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.
Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan
memupuk perasaan kasih sayang sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan
amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang
berbilang kaum dan bangsa.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan
kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan
sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan
mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti
menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh
tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.
2
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah
menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut
pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang
berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud
mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas
dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai
kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah
mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan
bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara.
Bertanggungjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan
tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat
Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara.
Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan
elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia
perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin
mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat
toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi
mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk
memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan
ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan
negara.
Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai
kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.
Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai
kesejahteraan diri akan mampu untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I.
Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi
dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiranberfikir serta sikap
saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik.
Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu
sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi dalam Tema Sains
Hayat, Manusia, murid anda sepatutnya dapat :
Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di
sekeliling mereka.
Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.
Meningkatkan daya kreativiti murid.
Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis,
kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid
mengamalkannya.
Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
4
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
2.3.1 PENGETAHUAN
Dalam pendidikan Dunia Sains dan Teknologi, ilmu sains merupakan salah satu komponen
dalam penguasaan yang amat ditekankan selain kemahiran dan nilai murni. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan
Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,
dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan
teknologi. Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap
sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi.
Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam
kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin,
dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan
alam.
Apabila merujuk kepada penyataan standard pula, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard ini
dipilih kerana memastikan semua murid mencapai tahap yang ditetapkan dalam standard serta
membolehkan pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur dengan jelas. Seterusnya pengetahuan
murid perolehi melalui pengajaran dan pembelajaran diukur melalui penyataan standard
prestasi yang telah ditetapkan. Berikut ialah contoh pengajaran dan pembelajaran dalam Tema
Sains Hayat, Tajuk Manusia ini yang menekankan komponen merentas kurikulum
pengetahuan:-
Jadual 1 : Contoh pengetahuan sains yang diterapkan dalam tema sains hayat
5
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Daripada Jadual 1 jelas menunjukkan bahawa pengetahuan dalam perkara-perkara asas sains
dalam sains dan teknologi amatlah ditekankan dalam elemen merentas kurikulum dan
diaplikasikan dalam standard kurikulum serta standard prestasi.
Pengetahuan dalam pendidikan sains dan teknologi ini diperkukuhkan dengan strategi
pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard kurikulum sains
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses
pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan
minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Contohnya pendekatan inkuiri penemuan
yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman atau kontruktivisme yang
menekankan pengetahuan sedia ada murid. Melalui standard pembelajaran 1.1.5 (Rujuk
Dokumen Standard Kurikulum DST tahun2) yang membolehkan murid mencadangkan satu
hidangan makanan. Murid dibimbing oleh guru untuk memilih makanan berkhasiat melalui
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Guru sebagai fasilitator akan menambah
pengetahuan baru untuk melengkapkan idea murid. Di samping murid berpeluang
bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sains.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer, perisian
kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih
menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu wadah yang
berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Maka subjek komputer
merupakan subjek yang diserap dalam pendidikan Dunia Sains dan Teknologi.
Selain itu, kemahiran matematik juga diaplikasikan dalam sains. Sebagai contoh dalam tajuk
manusia ini, pengukuran berat dan ketinggian murid diajar. Secara tidak langsung, apabila
murid cuba melengkapkan jadual pengukuran, murid mengaplikasikan pengetahuan
matematik dalam mata pelajaran sains.
6
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
yang sihat. Selain memperolehi ilmu pengetahuan secara tidak langsung, pendidikan
kesihatan juga diterap dalam ilmu mata pelajaran sains.
Selain itu, pengetahuan pendidikan muzik juga diselit dalam mata pelajaran sains di mana
guru menggunakan lagu dalam mengajar topik manusia ini untuk memberikan murid lebih
kefahaman serta ingatan yang lebih panjang melalui pendekatan muzik.
Tidak lupa, subjek bahasa juga ditekankan semasa murid mengeja serta menulis perkataan-
perkataan sains. Kemahiran bertulis dan kemahiran membaca amatlah dititikberatkan.
Jadual 2 : Contoh pengetahuan lain yang diserap dalam Tema Sains Hayat
7
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
2.3.2 KEMAHIRAN
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran
saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut
kaedah saintifik. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.
Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan
mencari jawapan secara bersistem. Terdapat 12 kemahiran proses sains yang ditekankan
dalam Dunia Sains dan Taknologi tahun 2 ini.
Merujuk kepada tajuk manusia ini, kemahiran proses sains yang banyak digunakan ialah
mengukur, mengelas dan meramal. Jadual 3 di bawah menerangkan bagaimana kemahiran
proses sains ini diaplikasikan dalam pengajaran tajuk manusia ini.
Jadual 3 : Contoh penggunaan kemahiran proses sains dalam tema sains hayat
8
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang ditekankan. Kemahiran menaakul
adalah kemahiran yang digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil
dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih
mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif.
Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir
(KBSB).
9
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak
dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu
pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti
yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
Contoh pengajaran tentang keperluan asas manusia, murid mempunyai semangat ingin tahu
yang tinggi. murid akan berusaha mengenal pasti apa akan terjadi jika manusia tidak
mempunyai keperluan asas.
Murid akan dinasihatkan tentang perlakuan jujur dalam merekodkan data tentang ketinggian
diri dan kawan-kawan di dalam kelas. Secara tidak langsung, data yang diperolehi tepat dah
dapat disahkan.
c. Bersyukur
Murid diterangkan oleh guru tentang keperluan asas manusia, tumbesaran manusia serta
makanan yang membantu tumbesaran mereka. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ini, guru menerapkan nilai murni terhadap murid tentang konsep bersyukur kepada tuhan serta
menghargai apa yang mereka miliki serta dapat menerima kelebihan dan kelemahan masing-
masing.
Dalam topik ini juga, pengambilan makanan seimbang turut diajar kepada murid. Murid dapat
berkongsi pengalaman sedia ada serta mengamalkan cara hidup yang bersih. Murid
ditekankan agar sentiasa menjaga kesihatan untuk masa depan yang lebih sihat.
e. Bekerjasama
10
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk membuat analisis tentang
data ketinggian mereka. Dalam merekodkan data, murid-murid memberikan kerjasama
kepada ahli kumpulan untuk menghasilkan data ketinggian mereka. Secara tidak langsung,
mereka juga telah memberi kerjasama kepada guru.
Dalam standard pembelajaran tajuk manusia ini, murid perlu menjelaskan pemerhatian
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Guru memilih untuk menggunakan TMK dalam
menjelaskan pemerhatian, maka murid sedar akan kehadiran Sains dan Teknologi dalam
kehidupan mereka.
11
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan
yang seimbang digambarkan melalui Rajah di bawah.
12
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Jadual di bawah menghuraikan sepenuhnya bagaimana elemen merentas kurikulum sedia ada
bersama elemen baharu yang ditambah diaplikasikan dalam Tema Sains Hayat Tajuk
Manusia.
TAJUK MANUSIA
Kreativiti dan Inovasi Guru membuat aktiviti pengayaan melalui sesi kreatif.
Cth : Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menghasilkan kad menu yang kreatif berdasarkan pengetahuan
13
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
14
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
ELEMEN
MERENTAS
PENGETAHUAN KOMPONEN KURIKULUM
SIKAP KURIKULUM
& KEMAHIRAN
NILAI
SEDIA ADA
SAINS HAYAT
Bahasa
Patriotisme
Alam Sekitar
MANUSIA SIKAP SAINTIFIK SAINTIFIK KBKK Nilai Murni
Sains dan
Kemahiran Kritis Teknologi
Memahami manusia proses Sains Membanding
Minat
memerlukan Mengelas beza TAMBAHAN
Jujur
keperluan asas Mengukur Membuat TMK
Bersyukur kraetiviti
Menghargai Meramal urutan
keperluan asas Menghargai alam Keusahawanan
Kemahiran Kreatif
Mengaplikasi sekitar
manipulatif Menghubung
pengetahuan tentang Yakin dan berdikari
Menyimpan kait
tumbesaran manusia Sistematik
peralatan Menjana idea
Mengendali Menaakul
15 alat dengat menyelesaikan
baik membuat
keputusan
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Setelah kita lihat komponen merentas kurikulum yang terdiri daripada pengetahuan,
kemahiran, nilai murni dan elemen merentas kurikulum sebagai komponen input, sekarang
kita cuba membuat jangkaan komponen output iaitu pembangunan modal insan murid yang
cuba dicapai. Setelah melihat bahawa kurikulum baharu ini banyak kelebihannya, maka
beberapa jangkaan dapat dibuat. Secara khususnya dalam dunia sains dan teknologi tahun 2
Tema Sains Hayat Tajuk manusia ini, apa yang diharapkan terhadap pembangunan modal
insan ialah:-
Berilmu
Seimbang dari segi JERI
Dinamik dan Progresif
Boleh Menyelesaikan Masalah
Ikram
Bertanggungjawab
Berupaya Belajar Sepanjang Hayat
Boleh Membuat Keputusan yang Rasional
Mengamalkan Budaya Sains dan Teknologi
16
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Kurikulum sains dianjurkan secara bertema. Setiap tema terdiri daripada pelbagai bidang
pembelajaran, setiap satunya terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Objektif
pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran. Guru perlu menulis hasil
pembelajaran dengan menyatakan hasil tingkah laku yang boleh diukur, kriteria dan situasi.
Secara umum, hasil pembelajaran bagi setiap objektif pembelajaran dinyatakan tahap
kesukarannya. Walau bagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan cara yang holistik dan bersepadu yang
membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang pelbagai mengikut keperluan dan konteks
tertentu. Guru seharusnya mengelak daripada menggunakan strategi pengajaran yang
mengasingkan setiap hasil pembelajaran yang dinyatakan di dalam Spesifikasi Kurikulum.
Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi maklumat tentang skop dan dimensi hasil
pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dinyatakan di bawah lajur Cadangan
Aktiviti Pembelajaran diberi dengan tujuan untuk menyediakan beberapa panduan tentang
bagaimana hasil pembelajaran boleh dicapai. Aktiviti yang dicadangkan boleh meliputi satu
atau lebih hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti yang sesuai
dengan kebolehan dan gaya pembelajaran murid-murid mereka. Guru juga digalakkan mereka
bentuk aktiviti pembelajaran yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan pembelajaran
sains .
Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains menekankan kepada
pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses yang boleh membantu
murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk
membangun pemikiran ketahap optimum. Pembelajaran sains berfikrah boleh dicapai melalui
pendekatan yang pelbagai seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri. Oleh yang demikian aktiviti pembelajaran perlu dirancangkan kepada
merangsang pemikiran kreatif dan kritis murid-murid dan tidak hanya tertumpu kepada
pembelajaran secara rutin atau kebiasaan. Murid-murid harus menyedari tentang kemahiran
berfikir dan strategi berfikir yang mereka gunakan dalam pembelajaran. Mereka harus dicabar
17
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
dengan masalah dan soalan-soalan aras tinggi untuk menyelesaikan masalah yang
memerlukan kepada penyelesaian masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya
dapat membolehkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni secara bersepadu.
Penilaian di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman
murid tentang apa yang telah dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk
menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil penilaian di bilik darjah ini juga memberi
maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi
penguasaan dan pemahaman murid. Beberapa kaedah penilaian dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik
serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses
yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas
pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian
lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai
kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang
dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan
elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang
diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan.
Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
18
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Selain itu, pentaksiran harus dilakukan. Pentaksiran merupakan satu kompenen dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti seperti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan membuat interpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan. Tujuan sebenar pentaksiran dalam Dunia Sains dan Teknologi adalah:-
Bagi KSSR Dunia Sains dan Teknologi, pentaksiran dibuat mengikut Dokumen Standard
Prestasi. Oleh itu, guru harus memahami apa yang terkandung dalam standard prestasi untuk
membuat pentaksiran dengan berkesan. Guru juga harus bertanggungjawab memasukkan
band penilaian murid ke dalam sistem yang telah ditetapkan agar perkembangan murid dapat
dilihat dan diakses.
Jadi jelaslah bahawa guru mata pelajaran memainkan peranan yang penting dalam
menterjemahkan komponen Dunia Sains dan Teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penekanan terhadap hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran,
penilaian dan pentaksiran mampu menjayakan hasrat untuk melahirkan insan yang cemerlang
dan berilmu malah mampu mengamalkan budaya sains dan teknologi.
19
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
PENUTUP
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Semoga bermula dari tahun 2011, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan
terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal
insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang
unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh
tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya” haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan
setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut
tahap umur dan fizikal mereka.
20
FPK DALAM P&P DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
RUJUKAN
DOKUMEN ILMIAH
SUMBER INTERNET
http://ipgmalaysia.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan
http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/aspek-dan-kelebihan-kssr.html
21