Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Masyarakat Malaysia terbuka dengan pelbagai pengaruh nilai, sama ada positif

mahupun negatif yang dicetuskan oleh perubahan luaran ataupun dalaman

sesebuah masyarakat. Keinginan untuk berubah dan tuntutan terhadap perubahan

menjadikan masyarakat Malaysia lebih mudah menerima pengaruh luar. Tuntutan

kea rah perubahan menyebabkan berlakunya reformasi, inovasi, evolusi,

transformasi serta revolusi dalam sistem sosial dan budaya masyarakat Malaysia.

Dasar pembaharuan ditiupkan melalui pendidikan,ekonomi,ideology politik,bidang

pengurusan, pemodenan komunikasi, serta aspek sosial dan gaya hidup (Abd

Rahim Abd Rashid,2001)

Nilai menurut pandangan Kluckhon dan Strodtbeck (1961), ialah sesuatu

yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberi arahan dan menjadi

petunjuk terhadap perlakuan serta pemikiran manusia dalam mengatasi masalah.

Nilai pada asasnya merupakan tanggapan yang mempengaruhi corak pilihan

terhadap bentuk, alat, dan matlamat tindakan (Zainal Kling, 1980). Nilai juga

dikatakan sebagai suatu prinsip kelakuan yang abstrak yang digeneralisasikan

dengan memuatkan perasaan emosi yang kuat dalam pengiltizaman yang positif lalu

memberikan suatu piawai untuk menetapkan sesuatu tindakan atau matlamat

(Theodorson & Theodorson, 1979 dalam Amat Juhari,2001).

Sistem nilai memberikan rangka kerja untuk penganalisisan norma-norma

masyarakat, keunggulan, kepercayaan, dan kelakuan. Nilai menjadi ukuran dan

pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan

kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000).
Dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan

tindakan, bentuk dan hubungan, intisari nilai, sikap, dan pandangan. Islam menjadi

jiwa dalam keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980). Nilai

Islam mempunyai hubungan yang organik dengan pandangan yang universal Islam

tentang Tuhan, manusia, dan alam (Kamal Hasan, 1980). Nilai dalam kehidupan

orang Melayu bersandarkan Islam memandangkan Islam ialah alternatif beragama

bagi orang Melayu (T.A. Ridwan, 2001). Nilai-nilai yang dibawa oleh agama Islam itu

telah membentuk peraturan sosial yang dapat membina disiplin sosial lalu wujudlah

hubungan sosial yang berkesan. Walaubagaimanapun, aspek dalam nilai Islam

dewasa ini kurang diberi perhatian oleh golongan penganutnya.

Nilai dalam masyarakat Melayu mempunyai hubungan tiga penjuru, iaitu

hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia, dan manusia dengan

alam. Maka nilai yang paling utama pastinya berpandukan hubungan antara

manusia dengan Tuhan, apa juga yang ditegah oleh Tuhan menjadi perkara yang

mesti dielakkan oleh manusia. Sebaliknya apa yang diperintahkan-Nya perlu

dilaksanakan sebaik mungkin. Tuhan telah memaklumkan apa yang baik dan apa

yang tidak baik untuk manusia. Nilai-nilai yang dinyatakan-Nya itu berhubung

dengan kehidupan sosial, ekonomi, politik, dan budaya (Noriati A.Rashid).

Walaupun sebahagian besar nilai-nilai yang diwarisi masyarakat masih lagi

diamalkan oleh masyarakat luar bandar dan pendalaman. Tetapi nilai ini sedikit

sebanyak sudah mula terpengaruh dengan nilai-nilai yang dibawa oleh pengaruh

besar materialisme dan kapitalisme. Masyarakat bandar pula semakin lama semakin

terpengaruh dengan nilai-nilai baru yang lebih bersikap terbuka, liberal, toleransi dan

mementingkan diri sendiri, kompetitif, berdaya saing dan progresif.


Dalam masyarakat Melayu sistem nilai amat berkait rapat dengan budaya

kesantunan dan kesopanan oleh masyarakat Melayu. Budaya kesantunan ini amat

penting dalam masyarakat untuk menggambarkan betapa tinggi budi dan bahasa

dalam kalangan masyarakat. Hal ini bersesuaian dengan budaya masyarakat Timur

yang menjadi sanjungan dunia. Budaya dan adat inilah yang harus dikekalkan dan

diwarisi oleh generasi akan datang.

Dalam erti kata lain isu berkaitan nilai dan kesopanan juga bersangkutan

dengan akhlak seseorang di dalam Islam. Dari segi bahasa, definisi akhlak adalah

berasal daripada perkataan arab dan merupakan jamak daripada perkataan khuluq.

Akhlak ialah sebenarnya tabiat semulajadi yang menjadi kebiasaan seseorang

seperti samaada cepat marah, cepat ketawa, mudah tersinggung, berubah

perlakuan dari perlakuan asal dan sebagainya. Akhlak juga merujuk kepada tabiat,

kebiasaan dan man'uah. Menurut istilah ilmu akhlak, akhlak bermaksud serumpun

nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang (Rosli Zainudin,Diana

Jais & Norizzati Abd Latif,2013).

lmam Al-Ghazali menjelaskan yang akhlak adalah suatu keadaan yang

mantap dalam jiwa manusia dan dari segala perbuatan terhasil dengan mudah tanpa

melibatkan daya pemikiran dan deliberasi. Sekiranya keadaan tersebut

menghasilkan perbuatan yang mulia, iaitu terpuji menurut akal dan syariat, maka

keadaan tersebut dinamakan akhlak mulia. Tetapi jika sebaliknya, ia merealisasikan

akhlak buruk atau perbuatan keji menurut akal dan syariat maka keadaan kejiwaan

tersebut dinamakan akhlak buruk.

Permasalah yang melibatkan kurangnya aspek nilai, luputnya budaya

kesopanan dan kesantunan atau pincangnya akhlak peribadi merupakan masalah


yang besar dalam institusi masyarakat pada masa kini. Masyarakat seolah-olah

sudah hilang budaya ketimuran yang menjadi keagunggan budaya Melayu satu

ketika dahulu. Renjatan budaya yang dipelopori dari Barat terutamanya telah

memberi satu gambaran jelas bagaimana mudahnya pengaruh luar memasuki

sistem nilai yang kita warisi dari turun-temurun.

PEMAHAMAN MENGENAI NILAI DAN KESOPANAN MENURUT AGAMA

Masyarakat Islam khususnya amat berpegang dalam konsep nilai dan

kesopanan. Ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah menjadi

panduan buat umat Islam.Sumber utama ini bukan sekadar pengarahan peribadatan

bahkan juga mempunyai petunjuk yang mutlak dalam kehidupan manusia. Oleh

yang demikian, umat Islam adalah umat yang berpegang kuat kepada agama

samada dalam konteks peribadatan dan kehidupan bermasyarakat.

Secara asasnya, Islam menjelaskan hubungan yang wujud dalam tiga

dimensi utama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Asas kesejagatan inilah yang

telah menjadikan Islam telah mampu bertapak dan mewarnai pemikiran masyarakat

Melayu dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai

asas yang kukuh. Akidah merujuk kepada asas-asas kepercayaan dan ibadah,

pemikiran dan tunggak kepada perjalanan hidup manusia didunia dan akhirat.

Manakala syariah merupakan peraturan dan hukum hakam kehidupan, dan akhlak

bermaksud asas-asas moral dan tindakan kelakuan manusia (Ahmad Bashir

Aziz,2004).

Seperti agama Islam, agama Buddha dan Hindu juga amat mementingkan

sistem nilai dalam masyarakat. Sistem nilai ini amat penting untuk dijadikan

pegangan dan panduan dalam hidup seseorang. Agama Buddha dan Hindu adalah
kepercayaan yang popular dalam kalangan masyarkat India dan Cina di Malaysia.

Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama

Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam

kehidupan, mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah

Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai

kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna.Oleh

yang demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap

yang dipanggil 'Nirwana'. Untuk itu, seseorang itu perlulah melepasi 'Empat

Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan dalam kehidupan

(circle of suffering).

Untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran Mulia' tersebut seseorang

penganut Buddha perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai 'Jalan

Mulia Lapan Lapis' (The Noble Eightfold Path).Ini adalah jalan yang terakhir

merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala masalah kehidupan

seperti dalam Rajah 3 di bawah. Lapan perkara yang dianjurkan ini adalah selaras

dengan kehendak yang dituntut dalam Islam. Perkara ini menampakkan persamaan

yang agak nyata dalam tafsiran sesebuah agama.Tiga kelompok moral yang

diketengahkan iaitu Akhlak (Sila), perkembangan mental (Samaddi) dan

Kebijaksanaan (Panna) adalah kelompok akhlak sosial yang baik dan dapat diterima

oleh segenap lapisan masyrakat. Ini bermakna sepatutnya tidak berlaku sebarang

‘cultural shock’ dalam konteks pemurnian budaya kerja kerana setiap agama

menganjurkan kebaikan yang sama (Ahmad Bashir Aziz,2004).

Untuk mencapai tahap Nirwana iaitu kebenaran tentang penghapusan

kesengsaraan dan pencapaian matlamat, penganut Buddha dan Hindu haruslah

mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjangi oleh kepercayaan mereka antaranya


termasuklah, Menghindari dari membunuh makhluk yang hidup, tanamkan sifat

penyayang dan belas kasihan, bersifat jujur dan tidak mengambil atau merampas

hak orang lain secara tidak sah, bercakap benar,jujur dan boleh dipercayai dan tidak

fitnah memfitnah, dan tidak mengadakan hubungan sulit antara lelaki dan

perempuan (berzina) dan perkara yang merosakkan moral remaja.

Ini adalah nilai-nilai yang dianjurkan oleh setiap agama. Nilai-nilai ini

merupakan satu perkara asas yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat supaya

kehidupan kekal sejahtera dan aman. Justeru, dimanakah silapnya terhadap

kepicangan nilai dan akhlak masyarakat dewasa ini? Sedangkan agam sendiri telah

menganjurkan pengamalan nilai-nilai murni yang menjadi panduan hidup setiap

penganutnya.

KEPENTINGAN NILAI DAN BUDAYA KESOPANAN

Masyarakat kini tidak lagi mengamalkan budaya dan nilai-nilai yang menjadi

lambing dan identiti kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Adat yang

menjadi asuhan dan warisan nenek moyang semakin lama semakin dilupakan

terutama golongan pascamerdeka. Budaya sopan santun amat terkenal dalam

masyarakat termasuklah budaya bertutur, berpakaian, berjalan mahupun adab dan

budaya dalam pergaulan. Budaya-budaya yang menjadi lambing kepada masyarakat

kini tidak lagi diambil berat, maka terhasilah sebuah masyarakat yang tidak

mempunyai adab dan tatasusila.

Nilai kesopanan seperti menghormati orang tua tidak lagi ditujukkan oleh

masyarakat. Budaya membongkokkan sedikit badan apabila berjalan dihadapan

orang tua tidak lagi menjadi amalan. Bahkan budaya ini seolah-olah tidak pernah

wujud dalam masyarakat terutama masyarakat Melayu. Dalam masyarakat, nilai-


nilai murni yang dibawa menunjukkan ketinggian budi yang dimiliki seseorang. Nilai-

nilai inilah yang akhirnya menjadi ukuran tahap dan darjat seseorang dalam

masyarakat.

Amalan nilai dan kesopanan amat penting dalam masyarakat bagi

mengeratkan perpaduan antara kaum. Perpaduan dalam kaum akan menjadi lebih

erat sekiranya masyarakat saling memupuk budaya hormat menghormati antara

satu sama lain. Keadaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan etnik yang berbeza selalu menjadi isu sensitif yang apabila tidak terkawal akan

menyebabkan berlakunya perbalahan yang besar dalam masyarakat.

Hal ini turut disentuh oleh Perdana Menteri Malaysia, dalam Utusan Online

pada 16 November 2014 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan

masyarakat Cina supaya sensitif terhadap orang Melayu seperti mana orang Melayu

bertindak sama terhadap kaum tersebut bagi memastikan negara terus aman dan

harmoni. Malah, menurut Perdana Menteri, pentingnya kedua-dua kaum itu

termasuk kaum lain memiliki sikap ‘mutual respect’ atau saling hormat-menghormati

antara satu sama lain berdasarkan kepada tunjang Perlembagaan Persekutuan dan

kontrak sosial.

Hubungan baik dalam masyarakat berbilang kaum penting untuk memastikan

setiap masyarakat bebas daripada sebaran ancaman dan dapat hidup dalam

keadaan sejahtera dan harmoni. Sejarah negara telah membuktikan apabila

hilangnya sikap hormat-menghormati dalam masyarakat maka akan wujudlah satu

perbalahan yang besar. Hal ini dibuktikan dengan peristiwa seperti 13 Mei 1969,

dimana akibat tiada nilai hormat-menghormati dalam masyarakat maka terjadilah

peristiwa yang tidak diingini.


Dalam peristiwa hitam negara ini dikatakan kaum Cina yang menang telah

berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang

kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula

pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan

menyapu 'menyingkir' orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu,

penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah

dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan (Tunku Abdul Rahman, 1969).

Pemahaman nilai hormat menghormati yang kurang dalam masyarakt telah

menyebabkan insiden-insiden ini berlaku. Justeru amatlah penting setiap individu

masyarakat menghormati setiap perbezaan yang dibawa oleh budaya dan adat

resam masyarakat lain yang menjadi identiti masyarakat Malaysia yang berbilang

bangsa, agama dan budaya.

Kepentingan nilai dan kesopanan dalam masyarakat turut dilihat dalam aspek

meningkatkan imej negara. Malaysia secara dasarnya amat terkenal dengan sifat

rakyatnya yang berbudi bahasa. Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati

Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh

dunia.Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan

keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia (Berita Harian

Online,2011). Kajian yang dikeluarkan oleh Global Peace Index ini secara tidak

langsung menunjukkan pemerhatian masyarakat luar terhadap Malaysia.

Secara amnya, isu keselamatan dilihat berkait rapat dengan nilai dalam

masyarakat itu sendiri. Jenayah seperti ragut, rogol, culik, rompak dan jenayah-

jenayah menunjukkan betapa pincangnya sesebuah masyarakat yang tidak

berpaksikan kepada sistem nilai. Nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh masyarakat
menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi

dan dilawati.

Amalan nilai-nilai murni dan budaya sopan-santun yang ditunjukkan oleh

masyarakat Malaysia terhadap masyarakat luar menujukkan bahawa masyarakat

Malaysia kaya dengan budi bahasa. Sebagai contoh, budaya senyum dan terima

kasih yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia menujukkan

bahawa kita bersedia menerima kunjungan pelawat dari luar yang dianggap tetamu.

Malah budaya dan nilai ini amat sinonim dengan masyarakat Melayu yang amat

memuliakan tetamu. Tetamu ini dianggap akan membawa rezeki dalam keluarga.

Sifat ramah masyarakat terhadap orang luar termasuklah pelancong asing

menggambarkan budaya Timur yang menunjukkan ketinggian nilai murni dalam

masyarakat. Nilai-nilai murni yang sering diamalkan ini akhirnya akan

mengambarkan masyarakat Malaysia yang penuh nilai kesantunan dalam kaca mata

masyarakat dunia.

CABARAN NILAI DAN KESOPANAN

Modenisasi serta globalisasi seringkali dianggap sebagai cabaran besar

masyarakat untuk terus kekal mengamalkan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh

agama mahupun adat dan budaya masyarakat. Modenisasi dan globalisasi yang

menyerang dalam dunia teknologi dan maklumat ini, menjadi satu ancaman kepada

masyarakat untuk kekal dengan budaya dan adat resam masing-masing. Kesan

ideologi globalisasi yang kian terus menular dalam masyarakat menyebabkan

terhakisnya identiti sesebuah masyarakat.


Nilai juga berubah daripada tradisional kepada moden. Pemodenan

melibatkan perubahan budaya, idea dan pemikiran baru. Inovasi teknologi,

pengurusan, metodologi dan komunikasi memberi kesan yang luas kepada

perubahan nilai hidup masyarakat dan individu. Tidak dinafikan agenda

pembangunan yang bertujuan menigkatkan pemodenan dan pembaharuan

memerlukan perubahan paradigma nilai dalam segala aspek perubahan. Matlamat

mengeluarkan Malaysia daripada belenggu kemunduran dan kemiskinan

memerlukan paradigma modenisme berasaskan nilai-nilai moden yang dinamik dan

progresif. Walaubagaimanapun perubahan ini turut memberi kesan besar terhadap

perubahan nilai yang berlaku dalam masyarakat.

Hal ini dapat dilihat masyarakat tidak lagi mengamalkna nilai-nilai murni

malah menganggap nilai-nilai ini sebagai sesuatu yang kolot dan mundur sekiranya

masih menjadi amalan masyarakat. Sebagai contoh budaya hormat menghormati

dalam kalangan masyarakat sudah terhapus. Tidak ada lagi budaya yang

menganjurkan sikap hormat kepada orang tua atau sikap sayang kepada orang

muda seperti peribahasa Melayu “yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Inilah

yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Sikap peduli dan mengambil berat dalam

masyarakat sudah lama dipinggirkan akibat daripada sikap prejudis antara satu

sama lain.

Hal ini boleh di perhatikan dalam masyarakat Malaysia dimana, sikap hormat

anak terhadap orang tuanya sudah terhakis. Saban hari kita didedahkan dengan

pelbagai berita pincangnya institusi kekeluargaan. Isu –isu seperti “anak pukul

emak”, “anak tetak ayah sehingga mati” seolah-olah sudah menjadi ruji dalam

masyarakat. Bagaimana disini kita melihat pincangnya institusi kekeluargaan yang

semakin hari semakin


Tahap modenisasi yang dicapai oleh sesebuah negara dan masyarakatnya

mencerminkan perubahan nilai-nilai penting yang berlaku. Nilai-nilai moden menjadi

pendorong kepada perubahan dan kemajuan. Modenisasi yang berlaku meliputi

seluruh aspek kehidupan sesuatu masyarakat serta membolehkan negara keluar

dari kemiskinan dan kemunduran.

Teknologi

Perubahan dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh sesuatu masyarakat

meninggalkan kesan yang besar ke atas perubahan sosial yang berlaku. Teknologi

mengatasi pelbagai kekangan dan masalah serta mengubah perspektif baru nilai

perubahan (Abd Rahim Abd Rashid,2001). Membangun dengan teknologi

merupakan penyesuaian dan penguasaan dalam proses melahirkan masyarakat

lebih kompetitif dan moden. Perubahan nilai yang diasaskan oleh perkembangan

teknologi maklumat, teknologi telekomunikasi dan teknologi elektronik menjadikan

transformasi sosial dan pembentukan sebuah negara maju semakin dapat

direalisasikan.

Perkembangan pesat teknologi moden telah menjadikan media sebagai salah

satu alat yang sangat berpengaruh dalam kehidupan individu terutama di kalangan

generasi muda kanak‐kanak. Perkembangan teknologi pendidikan telah diterima

oleh kebanyak guru sebagai inovasi yang menjadi penawar kepada hampir semua

keperluan pengajaran seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Arif dan Rosnanin (2001)

dalam Mohd. Arif dan Amla(2008).

Media massa banyak mempengaruhi perkembangan nilai dalam masyarakat

ketika ini. Secara semulajadi, minda seorang kanak‐kanak sangat mudah untuk

dipengaruhi.Terutama dengan rancangan‐rancangan yang ditayangkan di


televisyen, tidak kira jalancerita atau isi kandungannya, formatnya dan gerakannya.

Maka apabila masa dihabiskan dengan menonton televisyen, kanak‐kanak akan

terikut‐ikut dengan apa yang ditontonnya, dan tentulah media tersebut seolah‐olah

menjadi guru kepada kanak‐kanak tersebut (Perloff, 1997).

Media massa adalah unsur yang paling dekat memberi satu pengaruh dalam

seseorang individu itu terutama sekali kanak-kanak. Kanak-kanak ibarat span yang

mudah menyerap unsur-unsur yang ditunjukkan dengan mudah dan cepat. Kanak‐

kanak akan memproses secara aktif apa yang mereka tontoni daripada media

televisyen. Mereka akan memberikan reaksi terhadap paparan auditori dan visual

serta menimbangkan sama ada untuk menonton atau tidak sesuatu rancangan itu.

Berdasarkan Huston et al. (1992), selain daripada tujuan mencari hiburan, kanak‐

kanak menggunakan televisyen sebagaialat untuk mempelajari sesuatu.

Sebagai contoh, setiap genre filem atau drama yang disiarkan di televisyen

umpamanya akan menjadi contoh oleh masyarakat terutama kanak-kanak. Kanak‐

kanak akan terlibat secara aktif dalam sesuatu rancangan yang ditontoni

berdasarkan tahap pemahaman mereka tentang apa yang berlaku di dalam

rancangan tersebut. Beberapa rancangan kanak‐kanak telah dibentuk yang bukan

sahaja merangkumi isi kandungan hiburan tetapi bertujuan mengajar konsep nilai

dan sifat‐sifat yang positif. Sebagai contoh, rancangan Upin Ipin yang menjadi

kegemaran kanak-kanak pada setiap peringkat umur merupakan satu contoh

rancangan yang memberikan pengajaran disamping hiburan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga drama mahupun filem yang menunjukkan

penggunaan nilai yang tidak elok atau kurang sopan yang akhirnya menjadi ikutan

dalam masyarakat. Sebagai contoh, lambakan filem mengenai gangsterisme, buli,


perlumbaan haram, perjudian dan sebagainya seolah-olah mengajar masyarakat

mengaplikasikan nilai-nilai tersebut. Lambakan filem ini juga seolah-olah

menunjukkan sisi buruk masyarakat Malaysia terutama masyarakat melayu. Hal ini

kerana kebanyakan apa yang dipaparkan oleh media merupakan adaptasi sebenar

apa yang berlaku di dalam masyarakat.

Salomon (1983) menyatakan bahawa media menyediakan sistem yang

simbolik untuk pemprosesan kerana media bukan sahaja menyiarkankan kandungan

kepada penonton,tetapi kandungan yang disiarkan itu mempunyai bentuk dan

struktur yang seragam. Iniboleh dilihat daripada persepsi penonton tentang dunia

yang dibentuk melaluitelevisyen misalnya, cara hidup di Hollywood adalah kaya dan

glamor, maka, cara hidupsemua orang Amerika adalah sedemikian.

Justeru, media massa terutamanya dilihat sebagai cabaran terbesar dalam

usaha memupuk budaya dan nilai kesopanan dalam masyarakat. Agen-agen dari

Barat yang mudah diakses seolah-olah sudah terserap dalam budaya masyarakat

tempatan khususnya dalam kalangan golongan muda yang mudah terpengaruh dan

terikut dengan budaya yang dianggap baru, segar dan tidak kolot.

 Perloff, R. (1997). Mass media effects. United States: University of Virginia.

 Huston, A. (1992). Big world, small screen: The role of television in American

society.

 United States: University of Nebraska.

 Mohd Arif Ismail & Amla Salleh. (2008). Media penerapan dan pemupukan

nilai.  

 Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.


Budaya Materialisme

Banyak masalah sosial yang berlaku berpunca daripada pengaruh kebendaan.

Kos hidup yang meningkat menyebabkan manusia tidak lagi memegan kepada nilai-

nilai yang baik terutama dalam menjalankan tanggungjawab. Hawa nafsu dan

keinginan yang tidak terbatas untuk memiliki pelbagai kehidupan mewah, status dan

gaya hidup mendorong ke arah keruntuhan sosial(Abdul Rahmi Abdul Rashid,2001).

Nilai materialisme atau kebendaan mendorong kepada nilai kepenggunaan dan nilai

budaya masyarakat. Pertimbangan faedah kebendaan untuk mencapai keselesaan,

kesenangan dan kebanggaan, menyebabkan orang sanggup melakukan apa sahaja

untuk tujuan kebendaan. Masyarakat yang mementingkan kebendaan dan

mengabaikan etika dan kerohanian akan menghadapi krisis moral dan krisis nilai.

Aspek kekurangan nilai dalam individu bukan sahaja berlaku dalam kalangan

masyarakat malah turut membabitkan institusi pentadbiran negara. Gejala tidak

bermoral seperti rasuah seringkali dilaporkan berlaku khususnya daripada mereka

yang memegang jawatan tinggi. Rasuah merupakan satu masalah yang

melambangkan tahap moral sesebuah masyarakat atau negara. Negara yang tinggi

kadar rasuahnya dengan jelas menggambarkan betapa rendahnya moral serta jati

diri negara bangsa tersebut.Indeks Persepsi Rasuah merupakan satu indeks yang

biasa dirujuk untuk menilai tahap keseriusan rasuah di sesebuah negara.

Berdasarkan indeks tersebut bagi tahun 2003, Malaysia berada di tangga ke 37

daripada 133 negara.Malaysia mencatatkan 5.2 mata indeks di mana 10 mata

indeks menunjukkan negara yang bersih daripada rasuah dan sifar menggambarkan

keadaan yang sebaliknya.


Berdasarkan indeks tersebut, Finland mendapat tempat teratas dengan 9.7 mata

indeks dan Bangladesh merupakan negara di tempat terakhir (1.3 mata). Walau apa

pun kriteria yang digunakan dalam mengira indeks tersebut apa yang menyedihkan

ialah untuk sepuluh tempat teratas, tidak tersenarai satu pun negara Islam.

Kedudukan terbaik di kalangan negara Islam diperolehi Oman dengan kedudukan

keseluruhan pada tangga ke 26 dengan 6.3 mata indeks.Lebih menyedihkan bila

kedudukan Israel adalah lebih baik daripada semua negara Islam. Israel berada

pada tangga 21 dengan 7.0 mata indeks ( Utusan Malaysia,17 Jun 2004, hlm 7)

Rasuah menyebabkan sistem pentadbiran sesebuah negara menjadi tidak

cekap.Di samping itu ia turut menyumbang kepada pengagihan kekayaan yang tidak

seimbang. Oleh itu pengukuhan jati diri setiap anggota masyarakat agar tidak

memberi dan menerima rasuah hendaklah menjadi amalan dan budaya kerja rakyat

Malaysia. Ini dapat membantu gejala rasuah daripada berleluasa dalam masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebahagian besar

kes rasuah yang melibatkan orang kenamaan telah didakwa di mahkamah, sebagai

contoh kes yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor.

Aspek kekurangan nilai ini menjadi cabaran bukan sahaja dalam kalangan

meraka yang tidak terpelajar bahkan masalah lebih membelenggu mereka yang

mempunyai status pendidikan yang lebih tinggi. Manusia perlu mempunyai rohani

yang kuat, yang tidak didorong oleh kehendak hawa nafsu dan mengejar kebendaan

semata-mata. Masyarakat moden yang berhemah dan bermoral tinggi

mementingkan pembangunan kerohanian seperti ketelusan, keikhlasan, kejujuran,

keprihatinan, kepercayaan kepada Tuhan, keredaan dan ketenangan jiwa (Abd

Rashid Abd Rahim,2001). Justeru, dapat disimpulkan bahawa taraf pendidikan


seseorang tidak menggambarkan budi dan akhlak yang baik dalam seseorang

individu.

Budaya Kebebasan

Budaya barat yang dibawa membuatkan masyarakat semakin bebas dan

terbuka. Kebebasan yang dicapai oleh masyarakat negara ini mendorong kepada

pelbagai perkembangan sosial. Kebebasan sosial merupakan satu prasyarat kepada

perubahan yang lain seperti kebebasan menentukan masa hadapan, membuat

keputusan dan pilihan, mendapatkan pendidikan.

Kebebasan sosial ini boleh dilihat sebagai lanadasan yang mendorong

kepada transformasi sosial dan perubahan nilai dalam masyarakat. Nilai kebebasan

menjurus kepada nilai sosial dan nilai demokrasi yang diberikan kepada individu,

dan masyarakat umumnya yang menentukan perubahan yang ingin dicapai.

Masyarakat yang maju dan berhemah akan mempertahankan nilai-nilai kebebasan

supaya mereka tidak dikongkong oleh sistem nilai atau peraturan yang tidak

munasabah yang dikenakan kepada mereka (Abd Rahim Abd Rashid,2001).

Namun, disebalik budaya kebebasan yang diberikan ia memberi ancaman

kepada sistem nilai masyarakat sehingga menghakiskan sifat-sifat santun yang ada

dalam masyarakat. Kebebasan yang tanpa kawalan ini seterusnya menyebabkan

masyarakat semakin tenggelam dengan dunia yang mencabar ini. Akibat kebebasan

ini juga banyak gejala sosial yang semakin lama semakin menjadi barah dalam

masyarakat.

Sifat masyarakat yang semakin terbuka menyebabkan banyak pengaruh luar

dengan begitu mudah memasuki dan mempengaruhi golongan muda pada masa
kini. Sebagai contoh, budaya pemakaian yang tidak mencerminkan budaya

ketimuran. Hal ini dapat dilihat, budaya pemakaian menjolok mata dalam kalangan

wanita. Pakaian terdedah ini menujukkan masyarakat terutamanya dalam kalangan

masyarakat Melayu tidak lagi mempunyai sifat malu yang selama ini menjadi

pengangan dan ikutan. Golongan wanita kini tanpa segan silu mendedahkan tubuh

badan mereka di khalayak ramai menyebabkan tubuh mereka dieksploitasi daripada

setiap sudut mata yang memandang.

Kebebasan dari aspek pemakaian ini, adalah kesan-kesan budaya luar yang

masuk ke dalam masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat Barat beranggapan

manusia mempunyai kebebasan untuk berekspresi dalam apa jua aspek sekalipun.

Strategi

Warren (1997) menyebut bahawa apa yang paling penting adalah untuk ibubapa

menjadi agen pembudayaan dengan menonton bersama kanak‐kanak agar dapat

bersama‐sama terlibat dalam dialog secara aktif tentang visual dan cerita yang

ditontoni. Dengan ini,ibubapa dapat membentuk selera rancangan yang patut

ditontonoleh kanak‐kanak seterusnya menjadi agen pembudayaan yang positif

dalamperkembangan kanak‐kanak.Pengaruh media terhadap kanak‐kanak terutama

televisyen adalah satu isu yang seringdiperkatakan oleh ibubapa, pendidik, para

pengkritik media dan kumpulan‐kumpulanlain. Sesetengah daripada mereka melihat

media sebagai positif di mana ia dapatmembantu proses pembentukan kanak‐kanak

manakala ada juga yang tidakberpendapat sedemikian.

Straregi melalui pendidikan


Falsafah pendidikan negara menggariskan aspek utama yang ingin dicapai

ialah membentuk pelajar yang holistik dari setiap aspek iaitu jasmani,emosi,rohani

dan intelek (JERI). Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai mumi merupakan salah satu

unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

tercapai. lni jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005: him. ii)”

Justeru, pengahayatan aspek penerapan nilai murni adalah amat penting dan

menjadi agenda utama,keran nilai murnu yang dihayati itu akan menentukan jenis

manusia yang diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai murni tidak dapat

dipisahkan. Nilai-nilai inilah yang membentuk cara seseorang individu itu

bertingkahlaku, berfikir dan bertindak schingga mencorakan kebudayaan atau norma

sesebuah masyarakat (Mohd. Arifl-lj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini

Hj. Mahmud, 2005).

Anda mungkin juga menyukai