Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PROGRAM PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1 SESI 2020/2021 (M201)

KOD & NAMA KURSUS:


KAB60204 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK

TUGASAN 1:
ANALSIS ARTIKEL

TAJUK TUGASAN:
ANALISIS ARTIKEL: BAHASA LISAN DAN KEMAHIRAN LITERASI
(ORAL LANGUAGE AND LITERACY)

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO.MATRIK NAMA TANDATANGAN


1 M20201000165 HUZAINI BIN AMIR

NAMA PENSYARAH:
DR. JUPPRI BIN BACOTANG

TARIKH SERAHAN:
4 DISEMBER 2020
SENARAI KANDUNGAN
____________________________________________________________________________

Perkara Muka Surat


____________________________________________________________________________

Jadual Analisis Artikel

Artikel 1

Artikel 2

Artikel 3

Sintesis dan Rumusan

Rujukan
JADUAL ANALISIS ARTIKEL

No.1 Sumber / Rujukan Tujuan / Objektif Metodologi Dapatan Implikasi / Cadangan Kajian Halangan /
(APA_6) (Design, kaedah, Sumbangan Lanjutan Lompang
sampel, (Gap)
instrument, Kajian
analisis, dll)
1. Linda M. Wright (2016) Objektif: Rekabentuk: 1. Aktiviti pemodelan, 1. Hasil kajian
How Does Play in 1. Menerokai jenis Kajian ini dijalankan pertanyaan, alat peraga, disebarkan kepada
Dramatic Play Centers aktiviti dan strategi secara kualitatif. dan buku dikenal pasti ibu bapa, pendidik
Help Preschool Children yang mendorong aktiviti dan strategi yang awal kanak-kanak dan
Develop Oral Language perkembangan Sampel: menyokong kepada pelajar dalam
and Literacy Skills? kemahiran bahasa - 10 kanak-kanak perkembangan bahasa program pendidikan
Walden Dissertations dan literasi kanak- - 10 Ibu bapa lisan dan kemahiran awal kanak-kanak.
and Doctoral Studies kanak prasekolah - 1 orang guru literasi pada anak kecil.
1-163 semasa bermain di   2. Penyelidikan
pusat permainan Instrumen: 2. Ibu bapa dan guru seterusnya perlu
yang dramatik. Pemerhatian, temu prasekolah membantu menyokong
bual, transkrip perkembangan pelaksanaan
2. Mengkaji video, catatan kemahiran literasi kanak- permainan sebagai
bagaimana ibu bapa lapangan. kanak dengan memberi wahana untuk
dan guru mendorong pengalaman bermain memperkembangkan
dan menyokong Analisis Data: kepada mereka untuk kemahiran kognitif
perkembangan Menggunakan membina dalam persekitaran
kemahiran literasi di pendekatan kajian perbendaharaan kata prasekolah.
prasekolah semasa kes. dalam menyatakan diri .
aktiviti bermain sendiri dan memahami 3. Menyebarkan
dijalankan. orang lain.  pemahaman bahawa
bermain di pusat
permainan dramatik di
prasekolah dapat
menyokong
perkembangan
kemahiran bahasa
lisan dan literasi yang
dapat mewujudkan
hubungan sosial yang
positif seterusnya
memberikan
perubahan dalam
program pendidikan
awal kanak-kanak.
2. P.L.N. Randima Objektif: Rekabentuk: 1. Sosiodramatik 1. Pengkaji perlu
Rajapaksha (2015) 1. Bagaimana Kajian ini dijalankan membantu kanak-kanak membuat banyak lagi
Promoting Oral kanak-kanak secara kualitatif. memulakan percakapan kajian mengenai
Language Skills in prasekolah dan bertindak balas permainan
Preschool Children mengembangkan Sampel: dalam perbualan.  sosiodramatik dan
through Sociodramatic keupayaan untuk - 10 kanak-kanak pengembangan
Play in the Classroom. memulakan - 1 orang guru 2. Aktiviti bermain bahasa kerana
International Journal of perbualan melalui sosiodramatik dapat sastera empirikal di
Education & Literacy permainan Instrumen: meningkatkan kemahiran daerah ini masih
Studies. Vol 4(1) 15-23. sosiodramatik Pemerhatian, bahasa lisan kanak- kurang.
doi:10.7575/aiac.ijels.v.4 yang dilaksanakan wawancara dan kanak disamping
n.1p.15 di dalam kelas? jurnal reflektif mencipta bahasa yang
kaya pengalaman belajar
2. Bagaimana Analisis: yang suka bermain.
kanak-kanak Menggunakan
prasekolah pendekatan kajian
mengembangkan kes.
keupayaan untuk
bertindak balas
dengan tepat dalam
perbualan melalui
permainan
sosiodramatik yang
dilaksanakan di
dalam kelas.
3. Mihaela-Roxana Anghel Objektif: Rekabentuk: 1. The Draw-a-person
(2018) Language And 1. Menganalisis Kajian ini dijalankan Test menunjukkan
Cognitive Development. hubungan korelasi secara kualitatif. tindakan intelektual
General Characteristics antara mempengaruhi tingkah
Of Pre-School Oral perkembangan Sampel: laku verbal, semakin
Language. The pertuturan dan tahap - 20 orang kanak- tinggi perkembangan
European Proceedings intelek murid kanak prasekolah. intelektual kanak-kanak,
of Social & Behavioural prasekolah. semakin tinggi tingkah
Sciences 666-672 Instrumen: laku verbal yang
2. Mengenalpasti - The Draw-a- ditunjukkan. U
jumlah bahasa yang person Test, The
khusus untuk usia Alice Decoeudres 2. The Alice Decoeudres
prasekolah. Psychological Psychological Language
3. Mengenalpasti Language Age Test, Age Test, hasil
sebarang ucapan A Vocabulary menunjukkan umur
yang ada gangguan Volume Proficency mempengaruhi
pada usia Test dan A Speech keupayaan untuk
prasekolah. Defect Test memahami, keupayaan
untuk menangkap
Analisis: hubungan antara objek
Analisis hasil 4 dan fenomena,
ujian. keupayaan untuk
menggunakan
perwakilan, keupayaan
untuk menggunakan
fungsi mnesik dan
kebolehan menggunakan
bahasa.

3. A Vocabulary Volume
Proficency Test, hasil
menunjukkan kanak-
kanak yang mempunyai
intelektual lebih tinggi
banyak menggunakan
jumlah perkataan
semasa bercakap
berbanding kanak-kanak
yang mempunyai
intelektual sederhana.

4. A Speech Defect
Test, hasil menunjukkan
kecacatan sebutan,
kelalaian suara,
kehadiran bunyi parasit,
pengulangan bunyi,
kesukaran mengucapkan
artikulasi yang
betul. Gangguan
pertuturan ini, berkaitan
dengan tahap
pematangan keupayaan
artikulasi atau tahap
perkembangan fonetik
artikulator, pendengaran
fonetik dan keupayaan
analitik-sintetik korteks
serebrum yang masih
belum matang dalam
tempoh ini.

Artikel 1:
Linda M. Wright (2016) kajian ini dilakukan adalah untuk menerokai jenis aktiviti dan strategi yang mendorong perkembangan kemahiran
bahasa dan literasi kanak-kanak prasekolah semasa bermain di pusat permainan yang dramatik. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk
mengkaji bagaimana ibu bapa dan guru mendorong dan menyokong perkembangan kemahiran literasi di prasekolah semasa aktiviti bermain
dijalankan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 10 kanak-kanak kecil
yang mengikuti Prasekolah di Kampus Universiti, 10 orang ibu bapa dan seorang guru. Data dikumpulkan melalui pemerhatian tingkah laku
kanak-kanak dan temu bual bersama ibu bapa dan guru prasekolah. Transkrip video, catatan lapangan, dan wawancara dianalisis untuk
memahami data yang dikumpulkan. Hasil dapatan menunjukkan aktiviti pemodelan, pertanyaan, alat peraga, dan buku dikenal pasti aktiviti dan
strategi yang menyokong perkembangan bahasa lisan dan kemahiran literasi pada anak kecil. Selain itu, Ibu bapa dan guru prasekolah turut
membantu perkembangan kemahiran literasi kanak-kanak dengan memberi pengalaman bermain kepada mereka untuk membina
perbendaharaan kata dalam menyatakan diri sendiri dan memahami orang lain. Untuk cadangan kajian lanjutan, hasil kajian ini perlu
disebarkan kepada ibu bapa, pendidik awal kanak-kanak dan kepada pelajar dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Penyelidikan
seterusnya perlu menyokong pelaksanaan permainan sebagai wahana untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dalam persekitaran
prasekolah. Akhir sekali, pengkaji seterusnya perlu menyebarkan pemahaman bahawa bermain di pusat permainan dramatik di prasekolah
dapat menyokong perkembangan kemahiran bahasa lisan dan literasi yang dapat mewujudkan hubungan sosial yang positif seterusnya
memberikan perubahan dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

Artikel 2:
P.L.N. Randima Rajapaksha (2015) Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana kanak-kanak prasekolah mengembangkan keupayaan untuk
memulakan perbualan melalui permainan sosiodramatik dan bagaimana kanak-kanak prasekolah mengembangkan keupayaan untuk bertindak
balas dengan tepat dalam perbualan melalui permainan sosiodramatik yang dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini dijalankan secara kualitatif
menggunakan pendekatan kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 10 kanak-kanak kecil yang dipilih menggunakan kaedah persampelan
bertujuan dan seorang guru. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, wawancara dan jurnal reflektif. Hasil dapatan menunjukkan  bahawa
intervensi bermain sosiodramatik memberi kesan positif kepada majoriti kanak-kanak untuk meningkatkan kemampuan mereka memulakan
perbualan ke tahap tertentu dari awal hingga akhir intervensi serentak dengan peningkatan penyertaan mereka dalam permainan
sosiodramatik. Selain itu kanak-kanak memperolehi banyak peluang untuk memperbaiki kemahiran bahasa lisan mereka dalam aktiviti yang
mereka suka ketika bermain, kerana aktiviti seperti ini memberi peluang untuk mereka mencuba pelbagai cara di mana kanak-kanak dapat
menggabungkan unsur-unsur bahasa tanpa perlu bimbang tentang kesalahan yang akan dilakukannya. Ini menunjukkan bahawa bermain
sosiodramatik dapat mencipta banyak peluang untuk mengembangkan kemahiran bahasa lisan pada kanak-kanak berbanding aktiviti
biasa. Untuk kajian seterusnya, pengkaji perlu membuat banyak lagi kajian mengenai permainan sosiodramatik dan perkembangan bahasa
kerana sastera empirikal di daerah ini masih lagi kurang.

Artikel 3:
Mihaela-Roxana Anghel (2018) Kajian ini dilakukan untuk menganalisis hubungan korelasi antara perkembangan pertuturan dan tahap intelek
murid prasekolah, mengenalpasti jumlah bahasa yang khusus untuk usia prasekolah dan mengenalpasti sebarang ucapan yang ada gangguan
pada usia prasekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan beberapa instrumen kajian seperti, The Draw-a-person Test, The
Alice Decoeudres Psychological Language Age Test, A Vocabulary Volume Proficency Test dan A Speech Defect Test. Sampel kajian terdiri
daripada 20 orang kanak-kanak prasekolah iaitu 11 kanak-kanak perempuan dan 9 kanak-kanak lelaki yang berumur antara 3 tahun setengah
dan 6 tahun setengah. Data dikumpul berdasarkan ujian yang dibuat. Hasil dapatan 4 ujian yang dilakukan, ujian pertama The Draw-a-person
Test menunjukkan  tindakan intelektual mempengaruhi tingkah laku verbal, semakin tinggi perkembangan intelektual kanak-kanak, semakin
tinggi tingkah laku verbal yang ditunjukkan. Untuk ujian kedua The Alice Decoeudres Psychological Language Age Test, hasil menunjukkan
umur mempengaruhi keupayaan untuk memahami, keupayaan untuk menangkap hubungan antara objek dan fenomena, keupayaan untuk
menggunakan perwakilan, keupayaan untuk menggunakan fungsi mnesik dan kebolehan menggunakan bahasa. Bagi ujian ketiga pula iaitu A
Vocabulary Volume Proficency Test, hasil menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai intelektual lebih tinggi banyak menggunakan jumlah
perkataan semasa bercakap berbanding kanak-kanak yang mempunyai intelektual sederhana. Akhir sekali, untuk ujian keempat A Speech
Defect Test, hasil menunjukkan kecacatan sebutan, kelalaian suara, kehadiran bunyi parasit, pengulangan bunyi, kesukaran mengucapkan
artikulasi yang betul. Gangguan pertuturan ini, berkaitan dengan tahap pematangan keupayaan artikulasi atau tahap perkembangan fonetik
artikulator, pendengaran fonetik dan keupayaan analitik-sintetik korteks serebrum yang masih belum matang dalam tempoh ini. Kesimpulanya
mempelajari ciri-ciri bahasa pada usia prasekolah sangat penting untuk mengetahui tingkah laku lisan dan aktiviti intelektual prasekolah. 

Sintesis:
Berdasarkan daripada ketiga-tiga artikel yang telah dianalisis didapati bahawa kesemua artikel tersebut mengkaji dan membincangkan
mengenai perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 6 tahun. Kesemua kajian
dilakukan secara kualitatif. Dua daripadanya menggunakan pendekatan kajian kes dan satu daripadanya menggunakan pendekatan ujian.
Walaupun berbeza pendekatan tetapi ketiga-tiga kajian ini masih menumpukan kepada perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat
prasekolah. Kajian-kajian ini menggunakan medium penilaian perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah dalam bentuk temu bual, soal
selidik, pemerhatian tingkah laku, refleksi jurnal dan ujian. Dalam artikel 1, penilaian dibuat melalui pemerhatian tingkah laku kanak-kanak dan
temu bual bersama ibu bapa dan guru prasekolah. Dalam artikel 2, data dikumpulkan melalui pemerhatian tingkah laku kanak-kanak, temu
bual bersama guru serta penulisan jurnal reflektif guru. Manakala dalam artikel 3, data dikumpulkan berdasarkan ujian yang dibuat
sepenuhnya keatas kanak-kanak. Kesemua kajian ini mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat prasekolah.
Perkembangan bahasa dinilai dari aspek aktiviti dan strategi yang mendorong perkembangan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak,
dorongan daripada ibu bapa dan guru serta hubungan korelasi antara perkembangan pertuturan dan tahap intelek murid prasekolah.

Rumusan:

Rumusannya, ketiga-tiga kajian tersebut telah dilihat betapa pentingnya kemahiran berbahasa semasa peringkat prasekolah. Hal ini demikian
kerana sekiranya kanak-kanak prasekolah tidak dapat menguasai asas kemahiran berbahasa dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap
perkembangan literasi mereka dan ia akan mempengaruhi pembelajaran mereka semasa di dalam kelas. Oleh itu kerjasama antara ibu bapa
dan guru-guru di prasekolah dalam hal meninjau kemahiran berbahasa kanak-kanak prasekolah melalui pemerhatian tingkah laku, pergaulan
dan perbualan mereka sama ada dari rumah atau di sekolah adalah amat signifikan untuk diambil tahu sebagai suatu data kepada guru-guru
dan ibu bapa bagi melihat perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah. Cara ini dapat membantu guru dan ibu bapa membimbing kanak-
kanak prasekolah yang mempunyai masalah dalam berbahasa.
Rumusan:
Linda M. Wright (2016) How Does Play in Dramatic Play Centers Help Preschool Children Develop Oral Language and Literacy Skills? Walden
Dissertations and Doctoral Studies.

Mihaela-Roxana Anghel (2018) Language And Cognitive Development. General Characteristics Of Pre-School Oral Language. The European
Proceedings of Social & Behavioural Sciences 666-672

P.L.N. Randima Rajapaksha (2015) Promoting Oral Language Skills in Preschool Children through Sociodramatic Play in the Classroom.
International Journal of Education & Literacy Studies. Vol 4(1) 15-23. doi:10.7575/aiac.ijels.v.4n.1p.15

Anda mungkin juga menyukai